Selasa, 16 Jun 2009

Terlebih sudah!

Alamak..takut aku dgn komen semua org ni..rasa malu pun ada pasal asyik2 nak komen dan bitau benda yg sama huhu..aku jugak yg masih tak paham2 hehe..

Tq pada Kak Tirana, Kak Tie, Haruan Tasek, Julietchun, Suzi, Lynda, Si Lampu Neon, Cinta Cukulet, Cik Linn, Yulie kerana memberikan nasihat sebagai pengubat duka dihati dikala ia amat diperlukan. Di alam nyata pun susah nak dapat kengkawan yg sudi mendengar keluhan dikala kita dlm kesusahan. Tapi mmg ramai betullah kat blog ni..Alhamdulillah.

Terima kasih kepada kengkawan blogger yg lain juga kerana sudi baca dan menyelami keadaan aku sekarang. Entry aku tu semua setakat nak melepaskan tekanan je pasal rasa terbeban kat dlm diri kalau tak luahkan. Nak borak dan cerita kat jiran sebelah pun takde masa pasal aku banyak keje..yg ada byk masa dan masa tu aku yg tentukan sendiri hanya kat komputer ni jelah..

Adakala penulisan aku terlalu beremosi pasal aku nak lepas geram. Maknanya lepas terjadinya perkara tu aku terus bukak komputer nak menaip..baru rasa lega. Kalau dulu aku ada diary tapi lepas dah kawin ni tak suke pasal aku lambat menulis..sakit jari tapi kalau menaip ni laju dan leh delete kalau silap hihi..

Ayah, risau mama kalau ayah nak bertindak. Nanti mama malu ler kat adik beradik. Diorg tu bukan tak nak tolong tapi ada byk masalah. Kak Ngah dah suruh hantar je kat rumah dia balik kalau tak tahan. Abang Man nak jaga mak masa ayah balik nanti dlm seminggu. Abang Zai tak dapat bincang lagi pasal dia lum balik mengerjakan Umrah. Dak Nas diam membisu diri..Mungkin bz takde kat sini. Kakak boleh jaga salah sorang je tapi mak dan baba tak leh dipisahkan.

Lepas ni mama nak sms kat abang nal selaku ketua keluarga dan pengarah. Mama nak minta sape2 amik alih dlm seminggu ni. Jaga mak dan baba..mama nak cuti seminggu. (Boleh ke tu?)

Maaf ye kengkawan blogger..tentang bibik..aku tak pastilah sape yg akan cari.. masing2 ada suarakan tapi masing2 tak nak bertindak. Mungkin kalau diorg sendiri yg jaga diorg akan terdesak untuk cari jugak.

Alamak..baru je sebut2 nama Abg Nal..tetibe je dia datang. So tak yah ler aku sms menyakitkan jari so leh cakap terus je. So jalan penyelesaian dia hmm..dia nak kakak jaga plak dlm seminggu. Kesian kakak sbb aku faham keadaan dia...kehidupan dia skrg pun mengejar masa pasal nak buat tempahan kuih..buat kuih utk jualan..hantar kuih kat org tempah...itu pun dah cukup terseksa..tambah lagi nak jaga mak yg 24jam akan panggil dgn permintaan yg pelbagai tu..Makan kene bersuap..ke tandas kena bawa dan cebukkan..ade ke masa buat tu semua kak oii..kesian akak..

Nape tak hantar je kat rumah anak lelaki? pasal diorg keje? Isteri diaorg pun keje? Takde masa? Takde sape nak layan mak dan baba? Bukan bertahun..seminggu pun tak leh ke? kenapa nak bebankan anak pompuan jugak?

Lumrah dunia zaman sekarang agaknye kan...tak payahlah pk pasal sape patut sape tak patut..sape ada masa jelah..so beruntunglah sape yg keje tu ye..

5 bunga tulip:

Tirana berkata...

tak semestinya yang tak bekerja tu tak sibuk kan? Kadang2 surirumah lagi sibuk dari orang yang kerja ofis.. Cuma sibuknya kita di rumah..orang tak nampak..orang ingat kita goyang kaki..

julietchun berkata...

tak baik memendam perasaan, tambah dlm keadaan ko skang ni.kena berbincang adik beradik dgn baik,bak kata org umpama menarik rambut dlm tepung, rambut tak putus tepung tak berterabur.

Tanpa Nama berkata...

Kak tie faham.... Tujuan Nrina menulis di sini adalah kerana untuk meluahkan perasaan.

Memang elok begitu. Mesti rasa lega. Takkan nak marah2 pada emak dan ayah sendiri. Jadi dengan menulis, bukan saja untuk terapi diri, tetapi membuka mata pada pembaca2 yang lain.

Kak tie anggap, blog ini sebagai diary terbuka Nrina. Dan Kak tie serta teman2 lain dapat berkongsi pendapat dan cerita.

Selalu fikir yang positif. Cuma kekadang ada juga insan2 yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan kita. Berhati2 lah.

Psst- Disamping menjaga ibu dan bapa tu, jangan sesekali abaikan tanggungjawab Nrina yang lebih afdal... iaitu suami dan anak2. Kita orang perempuan bergantung sepenuhnya kepada suami... dunia dan akhirat.

Lynda berkata...

yea chayok chayok kak nor..heheh

♥nrina♥ berkata...

kak tirana:
betul tu kak tirana..walaupun keje ade gak masa bersantai borak2..gelak2..kita kat rumah ni kalau nak gelak sorang2..giler plak org lain kata hehe..

julietchun:
insyaallah akan selesai jugak perkara ni suatu hari nanti...

kak tie:
tq kak tie kerana memahami..bukan senang nak baca diary org hihi..adakala kita akan sama2 merasa suka duka org lain jugak kan..

lynda:
oye..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster