Memaparkan catatan dengan label Bandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bandung. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mei 2009

Jejak Kaki ke Malaysia Semula

Nak balik dah...

Aku kene sakit perut plak lagi..haduh..ntah hape nasiblah..tp tahan jelah..

Lepas susun beg dlm kete..g beli brownies..utk ole2..itu je..sbb duit kene simpan takut tak cukup jika ada penambahan masa timbangan..

Tak dapatlah nak beli keychin ke hape ke..huhu..

lepas beli brownies kat Kartika Sari..yg aku suke tu..


masa ni singgah kat opis hubby yg kat Bandung. Hantar barang dia..simpan sementara. itu ada termasuk brg dia lagi tu..kitorg bawak balik 3 beg je..itu baru duduk 25 hari..kalau duduk berbulan2 rasanya kene sewa lori hihi..


kat dlm opis..mcm kat spa plak rasanya hehe..


kat luar ada kolam mcm landskap..ada ikan leh gigit2 hihi..aku rasa nak letak kaki je..tapi rasanya ikan ni makan terus kaki aku tu nanti hihi..





pokok bunga yg ada kat situ..





ni keta ke 3 selama aku ada kat Bandung. Kete kedua xciden dan kemek belakang, kete langgar pasal brek mengejut tp bukan salah Nelson tapi salah bas yg tetibe ubah haluan jalan..nasib baik hubby ok..supir dia mmg superb hihi..pasal dapat mengelak langgar kete depan.








dah jumpe kastam..tata Bandung..


kapal terbang yg bukan aku naik hihi..lepas kapal terbang ni berlepas baru kapal terbang aku sampai..








itu kapal terbang tentera..


kat ruang menunggu..





ni kapal terbang yg aku naik...tak dapat amik gambar bebanyak pasal si Zarfan lari ke terminal..puas ler hubby kejar sambil kamera kat tangan dia..


tempat duduk ni namanye tempat duduk panas hihi..hotseat, kene tambah duit plak.. hish..sbbnye kat kosi tu lebih selesa yg luas sikit..baris kedua dari depan.. aku tengok cam biasa je..saje je nak caj lebih..


malu nak tunjuk muka konon...tp senyum hihi..


pemandangan kota Bandung dr atas. Padatkan..


Yg berpetak2 tu sawah..cantik plak tengok dr atas ..





ntah hape negara ler tu agaknye..cam pulau je..Indonesia jugak kot hihi..





ni dah sampai Malaysia..tengah berpusing nak turun mendarat..


Wah dah nak sampai..


suke..terus hilang sakit perut hihi..











sampai dah..yaahuuu...masa sampai pegawai kastam sibuk mengenakan penutup mulut..takut selsama babi tu hihi..harap2 kitorg takde ler yg terjangkit..






Balik dari LCCT..terus balik tp singgah Alor Gajah cari kedai makan pasal aku malas nak masak hihi..

Makanlah apa yg aku nak..terutama tom yam..tapi tak kene selera jugak..ntahlah.. tekak ni melampau tau..

Sampai je rumah fuh..lega dan rindu giler rumah aku ni..terasalah luasnye duduk kat rumah..kalau boleh peluk ler rumah ni..dah peluk lunyai dah..

Tapi kat rumah aku ada bau yg amatlah kurang menyenangkan..seperti yg aku mmg dah jangka..kucing2 kat taman yg benci aku telah membuat pesta kat rumah aku...mcm2 pesta diorg buat hish..bau hancing busuk masam jangan cakaplah..dgn muntah tahi segala..buat aku lagi dendam kat kucing ni semua tau..siap beranak pinak kat belakang rumah..

Bau dia semerbak dlm rumah...terpaksalah mencuci waktu tu jugak..hish..amatlah busuk..

Pertama kali aku bukak blog baru aku kat komputer rumah ni fuhh..cantiknye hihi..masuk bakul angkat sendiri..pasal monitor komputer ni lebih besar so leh tengok dgn luas berbanding lappy kat sana..

Punyelah rindu nak taip kat keyboard ni dan mouse yg amat memahami hihi..

Oklah..sekian sahaja citer aku kat Bandung selama 25 hari.

Terima kasih kerana sudi mengikuti...nanti aku merepek lagi hihi..

Dinner

Malam ni adalah malam terakhir kat Bandung.

Nak g makan malam kat tempat istimewa hihi..konon cam romantiklah.

Tempat makan tu kat atas bukit. Memang cantik permandangan dari atas bukit tu..terasa sejuk dan nyaman. Kalau bercinta tu mmg best arr tapi disebabkan aku bawak anak2 hmm..pempaham jelah hihi..hilang rasa romantik.

masa ni tunggu Nelson..kat bahagian parking kete.





ni dah sampai ler ni..tu nama zuba-zuba..mashroom sup tp kat atas tu ada roti..nak amik sup kene pecahkan roti kat atas dulu..


ni aku punye tomyam..hmm..ada ke patut dia g letak santan..sib baik ada lemon kat tepi tu..leh aku hisap2 hehe..sampai pecah bibir hisap lemon tu...masam giler..














melepas rindu naik basikat kat rumah..bolehlah asalkan ada bentuk basikal hihi..


tengok tu..dia kawan dgn minah indon tu..mesra plak tu..siap ngaku dia suke budak tu hihi..











Balik sudah...

Makan kat situ punyelah jelak..kenyang giler..padahal tak makan ape sgt pun..makanan kat situ jenis makanan barat tp ada gak makanan jepun, thai..malaysia je takde..

Aku makan udang goreng..2 ekor je tp ntah kenyang plak sbb ada nasi sejemput dan ayam mcm chiken chop tu..tak habis..muak sgt..

Malam lepas balik tu..terus berkemas barang segala yg patut disumbat dlm beg.

Berpeluh2 berkemas..akhirnya bolehlah bawak balik seperti yg dirancang. Tak lebih tak kurang hihi..

Aku tak leh tido malam tu..puaslah golek2 badan..sakit perut pun iye jugak. Pasal lemon tu kot. Lemon dlm air pun aku belasah jugak..hubby siap sedekah lemon dlm air dia..fuh..kalau sebiji tu dah tercabut telinga ni aku rasalah hihi..

Aku akan rindu bunyi kapal terbang, keretapi dan wisel yg membising selalu..rindu pemandangan bukit bukau yg berkabus..dan suasana sejuk..

Harapnya aku nak berkunjung lagi jika fulus hubby ada lebih hihi...

Kat rumah dah..

Aku dah sampai rumah haaaaa....betapa rindunye aku dgn rumahku ini..seperti sang kekasih bertemu saiz bajunya hihihi...

Betapa happynya saat nak naik kapal terbang dan memijak bumi yg aku cintai ni. Terus hilang segala sakit perut dan sakit hati hehe..

Gambar byk tapi nantilah dulu kasi hilang penat..sbb aku malas nak amik cabel kat atas rak tu..sbb cabel yg dah biasa gune tu tinggal kat Bandung utk kegunaan hubby.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..pergi dan balik..

Dan dgn sekembalinya aku ke sini..aku bawak balik jugak perkara yg amat berharga..kenangan dan baby hihihi...sah dah sah..huhu..suke sgt..

Kenangan berada kat sana..mmg tak dapat dilupakan. Tetibe terasa rindu plak nak duduk sana tapi tak nak duk lelama hehehe...

Sesungguhnya kota Bandung, Jawa Barat Indonesia amat cantik dan sejuk. Kalau ada duit berlebihan..tak salah berkunjung ke sana sbb kita dapat mengenal baik buruk negara org dan akan rasa bersyukur. Tapi persiapkan diri mental dan fizikal pasal rintangan dan dugaan kat sana boleh tahan jugak hehe..terutama dlm bab membeli belah ni..mcm semut jatuh dlm seguni gule..boleh jadi giler woo..

Pada rakyat Indonesia..jika ada terbaca dan terkecil hati atas komen yg aku bagi kat blog aku ni..mohon maaf. Aku setakat luahkan apa yg aku rasa. Kita semua manusia..sama je cuma kebudayaan, bahasa dan sikap yg membezakan. Apapun..layanan mereka selama aku berada kat sana..amat baik. Terima kasih kerana memberi tanggapan yg baik kerana dlm yg buruk mesti ada yg baik hehe..

Ok..tunggu jelah nanti aku upload gambar terakhir berada kat sana. Nak tidolah. Rindu betul nak tido kat lantai rumah sendiri hihi..

Khamis, 30 April 2009

Nak balik yeehaaa...

Nak balik esok..yaahuuuu...


Tak tertahan rasa badan ni menanggung segala mengidam yg tak berkesudahan. Kat kepala aku ni asyik pk nak makan apa kat malaysia..lepas satu kedai ke satu kedai aku nak senaraikan dan tak lupa jugak aku nak g pasau beli ikan parang, tenggiri dan udang besar2 nak goreng dan buat sambal tumis..kerang jugak huhu..sotong haha..dan kuih yg aku nak makan hihi..

Untuk 2-3 hari ni aku rasa tak larat nak bangun..terhuyung-hayang badan aku. Mcm lantai ni lembut sgt rasanya..

Tadi aku rasa sakit mcm nak bersalin masa buang air..bukanlah pasal susah sgt tp ntahlah tetibe je nak sakit mcm tu..seksa sgt..bila kenang balik rasa takut je..

Dah lama blog aku tergendala camtu je pasal aku tak larat langsung nak ngadap komputer ni..tengok komputer pun rasa nak muntah..hmm..

Sebenarnya kitorg dah kehabisan duit kat sini..maklumlah makan asyik kat luar je..duit tetiap hari mengalir mcm air paip hihi...

Harap2 hubby dapat selesaikan masalah tu secepat mungkin..kat sini takde Maybank..payah sikit..plak tu hubby penah cakap kalau guna maps kat sini kene tolak RM15...giler kan..baik takyah..

Aku tepon baba aku semalam..katanya dia masuk hospital. Kene potong ibu jari kaki dia pasal dah bernanah. Dia ada kencing manis so takut merebak lebih teruk. Kesian baba..

Tapi itu kesan daripada kecuaian diri dan kemalasan nak makan ubat. Harap dia sedar dan ubah cara hidup dia lepas ni..

Tak sabar rasanya nak tunggu esok. Aku akan naik kapal terbang tengahari dlm kul 1pm camtu..doakan aku sekeluarga selamat pulang ke tanah air yg tercinta ye hihi...

Isnin, 27 April 2009

Layan jelah..

Disebabkan keadaan kesihatan aku tak menentu kat sini so update pun amatlah slow.

Perut lapar tp takde selera nak makan pastu asyik pk nak makan makanan yg ada kat malaysia..tak dapek nak nolong kata hubby..camne cari pun mesti tak sama..

Seksalah dlm keadaan camni skrg..emosi terganggu..mood takde..anak2 selalu jadi mangsa..kesian diorg bosan pasal aku tak nak kuar bilik pasal tak larat nak jalan..terasa nak muntah je.



ni beli baju anak dan hubby..aku pun ade jugak hihi..tu semua tu dah sejuta lebih..rupiahlah..


tengah asyik shooping dgn hubby..anak2 aku si Nelson yg jaga..pastu Zikry dah pau Nelson tu mainan..5ribu tu harganya..


seperti sedia maklum..mainan tu hayatnya tak sampai satu hari..hmm


si Zarfan suruh abang dia diam..aku lupa lak pasal apa..



ni susu aku beli kat sana..nampak mcm serupa tp tak sama..


susu dia nampak tak bape coklat dan takde perbezaan ketara pun. kalau dutch lady 123 kat malaysia warna cam pudar sikit tp 456 coklat dia lebih gelap dan nampak pekat tp yg kat sini tak..


tu jenama dia..teringat aku susu cap bendera hihi..


ni batagor..best gak


ni nasi bakar..korang nampak tak kopok dia yg warna putih tu..kat sini dah kira best sgt kopok tu tp tekak aku tok leh telanlah..


makan nasi bakar..


nasi tu Zikry yg nak..ingatkan sedap tp haduh..tak leh telanlah..tp Zikry habis makan.


yg Zikry makan tu otak2 katanye..punyelah tak sedap..buang byk plak tu sbb liat dan tak leh terimalah tekak aku ni..


kiranya aku makan utk malam tu je dah habis 70ribu huhu..pasal ade beli nasi goreng utk hubby harga 20ribu



Hari tu ada pergi jugak Pasar Baru...sape datang Bandung ni kalau tak ke Pasar Baru tu kira lum lengkaplah hihi pasal tujuan mesti nak shoopingkan..

Tp dlm keadaan aku yg masih lemah..dan anak2 yg buat hal. Aku tak dapat nak lelama kat dlm tu walaupun lama jugak cuma lama jenjalan dan sesat je hihi.

Korang bayangkanlah dah ler hari minggu..org punyelah ramai..kira berlaga bahu je..rasanya kalau aku terjatuhlah mesti kene pijak punye..sbb org tak pandang bawah tp pandang keliling sbb mencari apa yg berkenan di hati.

Ada 6 tingkat..aku parking kat tingkat 5. setiap tingkat pun aku tak larat nak jalan semua tempat. Jualan diorg bercampur dan nasiblah kedai yg kitorg sempat singgah tu.

Kat sana aku kene sebu telinga..nak muntah dan rasa melayang..tak leh lama sgt so mintak maaflah pasal mmg tak dapat beli byk..

Yang aku beli byk pun telekung je pasal nak menjual hihi..lagipun bukan pilih sgt sbb diorg dah sediakan.

Diorg ni susahlah nak mintak kurang..ada byk bersyarat plak kalau nak mintak kurang tu..lagi plak dia tau kita dari Malaysia..dah malas nak bertekak harga..amik jelah mana yg patut..

Mmg tak sempat amik gambar sbb tangan aku perlu pastikan pegang anak dan tiang utk berpaut..takut rebah je.

Begitulah sikit lebih kurang yg aku leh citerkan sebelum aku melepek tak larat kat bilik je..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster