Rabu, 30 Jun 2010

Makan Malam Ikan Bakar

Family mertua ada buat makan2 kat Muara Sungai Duyung. Aku pergilah tanpa suami huhu..sedih.

Punyalah sesak kat sana..nak parkinglah paling susah sbb ramai sgt org yg lapar hehe..

sampai je makanan dah siap sedia..kitorg datang lewat sbb aku datang dgn along. Yg lain dari kampung jadi dah sampai dulu.

Zahran ni syok je tido kat Uda...tak taulah nape kalau uda pegang je mesti dia tido..selesa mcm tilam bono kot hehe..

makanan dah habis kitorg belasah..ni tgh nak balik dah..

itu along tgh menapau..







tetibe je ade kek..mmg sedap kek ni..yg penting coklat..

ni anak along..

pengantin lelaki..

pengantin perempuan




Habis tu baliklah..zahran ni dari pegi sampailah balik ntah hape hangin dia asyik nangis je..mungkin tak cukup tido jadi dia sgtlah letih. Nak aku peluk je..

Aku ni dah ler asyik batuk je..dia nak tido pun mesti terjaga..

Selasa, 29 Jun 2010

Boleh ke?




Sebenarnya itu jelah cara yg aku boleh fikirkan setakat ini utk buat dia tak menangis bila letak dlm car seat.

Dia kan budak yg penuh dgn penerokaan baru..jadi tak syoklah utk dia baring je..dia nak angkat kepala dia dah lihat sekeliling.

Jadi mmg aku bawa walker tu ke mana je aku pegi terutama rumah mak aku utk mudah dia bergerak jadi tetibe aku dapat idea utk letak walker kat belakang bersendalkan kerusi depan dan dibawah ada beg aku utk halang daripada dia jatuh..

Aku dah tak boleh letak dia sebelah aku sbb dia sangatlah lasak..asyik ganggu aku memandu dan sgtlah bahaya bila dia cuba pegang stereng kete masa kete sedang bergerak sbb tangan dia sgtlah kuat utk lepaskan. Penah jugak tertonggeng jatuh masa cuba nak capai sesuatu kat bawah kerusi..

Rasanya tak salahkan aku buat camtu hehe..

Cuma kete aku tu sgtlah semak dgn ada car seat dan walker..yg car seat tu plak yg abang2 dia berebut2 nak duduk kat situ...yelah kecik2 tak penah hehe..

Sabtu, 26 Jun 2010

Sita nak berhenti

Aku rasa masalah ni dah sampai ke kemuncak..

Tak boleh dibendung lagi.

Sita telah minta berhenti keje hujung bulan ni. Alasan...dah tak tahan dgn apa yg berlaku. Dia sampai cakap tak dapat gaji pun takpe..asalkan dia dapat balik.

Korang bleh bayangkan tak..duit skrg tak penting pada dia. Jadi apa alasan utk buat dia terus kekal bersama dgn mak dan baba aku tu.

Betapa tegangnya situasi yg perlu dihadapi setiap hari membuatkan dia dah muak utk kekal lebih lama lagi. Mak aku punye perangai ni lebih teruk dari budak. Kalau budak pun dipujuk dgn gula2 dah diam. Tapi yg ni minta benda yg kitorgpun tak tau nak bagi apa...

Semalam aku datang sana..mood mak mmg tgh tak elok. Dia tak nak mandi..tak nak makan..hanya nak lari dari rumah. Habis semua brg dlm rumah dibaling. Kain baju Sita dikembur dan dicampak keluar bilik. Pinggan mangkuk kat dapur habis bertabur jatuh. Brg dlm peti ais dicampak keluar. Ada pulak kudrat dia utk buat semua tu padahal setiap malam bila nak bangun buang air mesti terjerit2 panggil baba utk bawa dia ke bilik air..kan jahat tu.

Abang aku yg dikatakan pijak dia tu. Sebenarnya abang aku tu terpijak kaki dia masa nak gerakkan dia ke tepi jalan. Dah dia berdiri tgh2 jalan. Kete, motor nak lalu pun tak boleh. Dia cakap...dia nak abang aku tu mati kemalangan. Keje abg aku tu bawa bas UTEM tu..dan yg paling teruk dia cakap...dia haramkan susu badan dia pada abang aku tu. Padahal abg aku tu bukan marah dia ke pukul dia ke..cuma mati akal nak pujuk dia utk balik ke rumah. Dahlah abg aku tu anak yg paling lama minum susu badan dia..

Aku pulak..dia cakap anak derhaka kalau tak bawa baba aku pergi jauh2. Dia ingat baba ni sampah ke bleh buang sesuke hati.

Mak kata mak akan bunuh diri kalau baba masih ada lagi. Itu mmg janji dia katanyalah. Alasan, tak tahan lagi dgn kata2 baba yg menikam2 diri dia. Padahal baba tak cakap apa pun. Diam salah..tak diam pun lagi salah. Yg pelik dia mengamuk tu tak tau punca apa..tetibe je..seolah ada dengar bisikan jahat utk dia buat camtu..dan dia ikut apa yg bisikan tu kata..Mak tak penah sebut perkataan Allah lagi..dah takde Allah dlm diri dia. Dia hanya menyumpah saja terutama bila dia berada dlm keadaan tak selesa mcm sejuk ke, panas ke, sakit ke..takde zikir takde apapun yg boleh buat dia ingat pada Allah. Bagi dia air bacaan yasin pun tak berkesan. Ada beli kaset utk bacaan Rukyah..utk halau jin setan..pun tak berkesan.

Apa agaknya hukum seorg ibu mengeluarkan kata2 macam tu. Boleh terima pakai ke. Nak kata dia ni kurang waras..adakala ok plak. Tapi marah dia mmg keluar dari hati. Dia mmg tak fikir panjang pun dgn kata2 dia. Dia jatuh sendiri..katanya baba aku tolak. Padahal baba aku tak dekat pun dgn dia. Apapun kesalahan dia..dituduh org lain yg buat. Pastu menangis2 mohon simpati kat org luar seolah2 mcm kene dera dgn kitorg padahal kitorg tak leh datang dekat dgn dia pun bila dia nak naik hangin tu. Apa lagi nak memaksa dia.

Mmg buntu sgt...tak tau apa yg perlu kitorg buat skrg dgn sikap mak yg makin menjadi tu. Kitorg tak tau sebenarnya apa yg dia nak..kata nak halau baba tapi bila baba takde depan mata menangis2 plak nak baba balik. Apa nak jadi pun tak taulah.

Dah ler nak bulan puasa..pastu nak raya. Hari raya nanti dah tentu2 ramai yg datang rumah. Lagi menjadi2 perangai dia bila ada org yg lebih menunjukkan simpati sbb dia lagi bangga diri dan makin buat hal.

Org luar tak tau apa2pun yg berlaku. Bila hanya dengar cerita dari mak je..sgtlah tak adil sbb mak pandai reka cerita yg bukan2. Semata2 nak minta simpati dari org luar dan faham dia. Dia mmg marah sgt dgn baba tapi dlm masa yg sama dia tak nak berpisah dgn baba. Apa yg dia nak tu????

Aku tak dapat nak bayangkan kalau hari raya org datang ramai pastu mak buat hal terkencing terberak kat atas katil tu jugak sbb nak lepaskan geram marahkan baba. Taik merata satu rumah bila kitorg takde utk jaga. Fuhh...sgt memeningkan kepala. Masing2 pun ada mertua jugak. Bukan nak beraya kat rumah dia je sepanjang hari.

Ya Allah..kenapalah teruk sgt perangai mak ni. Apa lagi jalan penyelesaian yg harus kitorg buat..nak dihantar rumah sakit jiwa ke....?????? zalim pulak kan..

Aku sgt cemburu tgk anak2 masih boleh bergelak ketawa dgn ibu mereka walaupun dah berusia dan sakit. Aku dulu adalah anak yg paling rapat dgn mak. Tapi aku juga anak yg paling byk terima doa yg buruk2 dari mak sejak dia sakit. Sape yg paling kerap datang melawat dia..makin bertimbun doa yg buruk..mungkin pahala tu hanya Allah yg boleh tentukan samada dapat atau tak hasil daripada kita amik berat kat dia tu. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..kitorg dah habis ikhtiar camne lagi cara utk buat dia kembali normal...skrg hanya berserah pada Allah.

Khamis, 24 Jun 2010

Walker Baru





Akhirnya aku beli jugak.

Beli kat JJ semalam. Hari Jcard. Pegi pun dah kul 10mlm. Lepas Zikry balik mengaji dan makan. Perut kene kenyang..kang lapau semua brg nak dibeli hehe.

Pk punye pk...belilah jugak. Survey kat Kids Zone dlm RM110. Tapi yg ni harga dia RM125.70 bila di pk beli kat JJ ada points pastu dapat voucher RM10 kalau beli RM100 maka habislah RM 200 kat sana sbb beli mainan dan baju dan alas kain walker tu nanti utk standby kalau koyak.

Sebenarnya itu aku amik yg display punye. Budak tu dah amik kat store yg baru tapi dia tak perasan yg dia amik warna hijau. Aku nak biru yg sama warna kat display tu. Agaknya dia malas jadi dia cakap yg biru dah habis stok. Nampak sgt muka dia terkejut masa tau kat kotak tu tunjuk warna hijau. Nasib baik aku ni jenis pelanggan yg tak cerewet jadi aku amik jelah yg display tu. Malas nak panjang cerita sbb aku dah penat kendong baby.

Aku kat sana dlm 2 jam je..itupun aku buat muka kesian masa nak beratur tukar voucher tu. Anak takde org jaga..saya penat kendong baby..jadi dia suruh aku masuk je hehehehe...Kalau beratur tu huhu..rasanya kul 12 lebih agaknya baru leh balik.

Nenek sakit

Nenek aku sakit. Itu jelah satu2nya moyang anak2 aku yg tinggal. Dah 80 lebih umur dia. Mungkin mencecah 90 kot. Dulu dia sakit jugak tapi skrg langsung tak leh bergerak. Kaki dia mengerekot mcm baby. Tak boleh nak diluruhkan sbb mmg sakit. Dia hanya telentang. Tak leh mengiring pun. Yg bergerak hanya mulut dan tangan. Mata dia kengkadang je bukak. Cakap pun kurang..dia dah tak ingat sape2.

Masalahnya...mak aku buat hal. Apa kene mengena dgn nenek kan? Mmg ada kene mengena.

Dia tak jumpa nenek tu pun lebih baik. Bukan kitorg ni kejam tapi tengoklah apa yg jadi lepas dia jumpe mak dia tu.

Dulu masa org tua tu memerlukan jagaan..seboleh2 dia nak mengelak tapi skrg bila dia dah tak mampu nak jaga..sibuk plak nak pegi tgk org tua tu. Nak pegi tiap2 hari...kalau dia tu senang nak bawa takpelah jugak.

Tu lepas jumpe walaupun baba tak cakap apa yg menyakitkan hati dia. Dia tetap buat hal. Balik je dari jumpe nenek..hangin dia mcm ribut. Buat apa pun jadi salah. Bagi ubat, suruh mandi, makan..semua tak nak. Mulut dia maki hamun, menyumpah tak tentu pasal, sebut yg tak elok didengar.

Masalahnya kitorg tak tau kenapa dia tetibe jadi camtu..lepas je jumpe nenek mesti jadi macam tu. Bila tak jumpe dia ok..normal. Bukan skrg je...mmg dari dulu sejak dia sakit. Tapi dari dulu masa dia sihat mmg baba selalu marah dia lepas jumpe nenek sbb tiap kali lepas balik jumpe keluarga dia..dia jadi makin kurang ajar. Jadi berlanjutanlah terutama lepas dia sakit. Walaupun baba tak tegur pun dia mcm dgr bisikan yg suruh gado jugak. Itu sakit mental kot.

Semalam lagi teruk. Dah ler dia simbah air dari tandas ke luar. Habis lantai dapur basah sampai ke peti ais, bawah almari. Dgn kain yg basah, Sita suruh mandi dia tak nak. Dia tido dgn kain yg basah tu. Lepas tu dia keluar dari rumah pasal pintu tak berkunci. Dah lepas kat bawah dia menjerit terlolong2 kat luar panggil semua org yg lalu lalang kata baba dan sita dera dia. Padahal diorg tak buat apa pun. Dia kalau dah marah tu..dekat dgn dia pun tak kasi.

Masa tu hujan. Kebetulan abang aku ada. Tapi dia pun tak mampu buat apa sbb mak aku mmg tgh menggila. Yg paling tak best dia bitau kat org luar yg lalu lalang kat situ...baba sepak dia, sita marah dia, abang aku tu pijak dia...ade ke patut padahal dia tak bagi sape2 pun sentuh dia. Abang aku datang dekat dia kene tolak.

Camne nak terangkan hal sebenar kat org luar. Dah tentu2lah diorg percaya kata2 mak tu. Aku tak taulah apa motif dan sebab dia leh buat cerita sampai mcm tu kat keluarga dia sendiri.

Masa aku datang ada masa dia menangis sendiri. Kata badan dia gatallah pastuh seolah2 nak perhatian kita. Nak kita sayang dia je. Dia hasut semua anak2 supaya benci dan halau baba. Bila kitorg tak buat tu yg dia naik hangin satu badan tu. Habis semua org dia haruknya.

Hal yg jiran marah Sita tu..aku masih belum berkesempatan jumpe dia. Asyik takde kat rumah je bila aku datang. Takut kot..

Ntahlah...camne ek nak selesaikan masalah ni. Sita pun dah tekad akan berhenti sebelum raya ni. Nak pujuk pun dah tak boleh sbb dia pun bosan dah dgn apa yg berlaku. Penat. Bukan penat nak jaga makan minum, kemas rumah tapi dgn sikap yg tak sudah2 tu. Asyik bergado je. Mmg itupun punca aku pindah...tak nak byk dosa dgn ibu bapa.

Bergado kalau tau punca sbb tu takpelah jugak. Ini kengkadang tak tau kenapa..tetibe je. Adakala pasal hal kecil sgt...baba tak bangun masa dia panggil nak pegi buang air padahal dia boleh bangun sendiri. Macam cari sbb nak marah. Sita ada nak bantu dia tak nak..nak baba jugak. Kan jahat tu. Abih tu baba aku bukanlah sihat sgtpun..kejap2 mabuk..letih. Jadi bila dah baring dia malaslah nak bangun. Lagipun baba aku pun ada perasaan jugak. Tapi tak dinafikan mulut dia pun mcm longkang.

Aku tak taulah apa yg perlu aku buat skrg. Baba marah aku pasal aku bawa mak jumpe nenek sebelum tu. Itu kali kedua dia jumpe nenek. Sebelum tu kakak ipar aku yg bawa. Masalahnya kalau tak bawa dia asyik merayu..konon nak tenangkan hati dia tapi tak sangka lebih teruk tindakan dia. Serba salah aku dibuatnya. Skrg ni sejak dia tau nenek mmg ada kat kg..mmg tiap2 hari dia nak lari dari rumah...nak pegi kat mak dia tu. Bukan dekat nak pegi. Kene jugak dgn kereta. Dia nak jalan kaki..kalau larat tu takpelah. Dulu masa larat tak nak pegi pun rumah nenek tu.

Susah nak terangkan hal sebenar masalah keluarga aku ni kat org luar yg tinggal berdekatan. Terlalu panjang lebar nak diceritakan. Mak tak nampak seperti org ada masalah mental tapi hakikatnya itulah...yg tak tahan tu dia reka cerita yg tak betul semata2 nak meraih simpati pada org luar yg tak tau apa cerita sebenar.

Aku ni bukanlah seorg yg penyabar sbb mmg takde keturunan aku pun yg penyabar. Mmg aku membesarpun dlm keadaan dan situasi yg tak boleh dijadikan teladan. Isteri yg kurang hormat suami. Suami yg ego melangit. Amarah yg tak terbendung. Jadi utk aku jadi sorg yg boleh bersabar terima semua situasi ni...tidak. Kalau anak aku yg bertindak mcm tu pun..dah lama tangan aku singgah pipi dia.

Tak mcm keluarga mertua yg aku tgk fuhhh...sgtlah penyabar ayah mertua aku tu. Agaknya kalau semualah lelaki mcm tu..tentulah takde wujud isteri yg terbiar ni. Sepanjang aku jadi menantu..tak penah aku tgk dia marah2 atau tunjukkan emosi. Dia tenang walaupun dlm keadaan gelabah. Mak mertua ada penyakit panik tapi dia pun takdelah marah yg extrem yg aku saksikan bertahun2 dgn keluarga aku.

Bukan nak puji tapi aku boleh buat penilaian. Disebabkan sikap mertua yg camtulah yg buat anak2 bersatu. Tak bersepah mcm keluarga aku ni. Masing2 ada perasaan kecil hati dgn kata2 yg baba aku cakap. Kene halau rasanya semua adik beradik aku penah rasa. Dituduh curi brg dia...tak mengaku anak pun ada.

Tak taulah...sikap ni mcm penyakit jugak. Ada masa dia akan mengalir jugak dlm darah yg berada dlm badan kitorg ni. Mmg takkan berakhir...takkan berakhir...takkan berakhir...

Selasa, 22 Jun 2010

Bukit Gambang 3

Hari terakhir..nak balik dah huhu...

Kitorg balik awal..budak2 tu tak leh mandi pagi kat kolam tu pasal rumah mertua ada kenduri lepas majlis perkahwinan tu.

ni lepas sarapan



niler kolam tu...budak2 je yg rasa happy..

itu tempat makan



muka tak puas hati..tak nak balik..
































Bergerak je..




asyik bergerak je...sejak dah pandai merangkak ni fuh..sgtlah tension nak biarkan dia terlepas begitu sahaja..sbb dia akan berada di bawah ini kalau kita leka sekejap...






































Bukit Gambang 2

Hari kedua inilah akan digunakan sebaiknya utk aktiviti diorg...itu yg penting..




water park kat sini...dekat je sebelah hotel tu tapi nak masuk kene bayarlah hehe..

aku tak pegi..ayah dia je yg bawa diorg tu..aku makan tido je dlm bilik hehe..

kene pakai tag kat tangan









































wajah ganas zahran..sakit wooo bila dia datang ke arah kita dgn walker dia tu..bengkak2 kaki dihentamnya..



sgt berlagak..







makan malam..tapi ni dah lepas makanlah..









ni g tempat mainan..fun fair kat hotel tu..meriah sungguh..





ayah amik gambar masa tgh naik crazy bus

tu ler crazy bus tu..











ada pameran utk kraftangan negeri pahang..zikry nak sgt main congkak..so dapatlah tunjuk yg real camne main congkak..




malam tu punyelah letih..Allah jelah yg tau..aku kendong si zahran tu yg buat letih satu badan..malas nak bawa stroller pasal kete tak muat dah hehe..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster