Isnin, 28 November 2011

Mana satu hehe..

Aku x taulah blog ni makin susah nak update x mcm dulu...makin x paham lak aku dibuatnye..aku pun x tau kedudukan gambar ni lintang pukang pastu aku nak tulis kenyataan berdasarkan gambar asyik kene tgk pratonton je pastu aku dah lupa kedudukan gambar yg mana satu...

Yg sebetulnye aku dah malas hahaha...so belasah jelah...

Gambar ni separuh gambar barang kat rumah baru yg tukar pasal x muat nak letak kat rumah so amik yg ni ler...yg satu lagi tu gambar rumah aku..cuba korang teka yg mana satu hahaha...mcm lah korang rajin nak layan aku punye blog ni kihkihkih...

Gambar rumah aku tu aku amik dari sekolah baru Zikry...sekolah dia atas bukit..angin punyelah kuat pastu pemandangan mmg superb...klu bersantai kat situ mmg lelap haha..

Buat pengetahuan..aku lum pindah lagi..rumah masih sedang dibaiki supaya lebih cantik..cantik yg camne..ntah aku pun x taulah..aku sendiri pun x sabar nak tgk tp lum nampak sgt lagi cantiknye buat masa ni...













Jumaat, 25 November 2011

Sewa Katil Hospital

Ramai plak bertanya pasal sewa katil hospital tu...

Untuk pertanyaan lanjut : 0126317007

Aku pun punye ngong x letak pun nombor telefon utk dihubungi. Oklah skrg aku dah letak..kesian kat org yg dah berbulan tanya tp aku x jawab sbb mana ler aku nampak mesej dia bila entry dah bertimbun2 hehe..

Maaf ye yg bertanya..

Selasa, 8 November 2011

Apa aku suka

Ni pasal dekorasi lah ni haha..

Aku suka simple tp semak haha boleh terima ke kihkihkih...

Aku tak suka dekorasi ala english tu sbb nampak serabut dan semak sgt.

Aku suka yg nampak ringkas mcm moden tapi praktikal dan mudah suai padan dengan apa2 hiasan.

Aku suka cerah tp bukan putih sbb susah nak jaga hehe..

Aku suka byk laci dan setiap ruang dpt digunakan sebaik mungkin...mcm beg aku jugak..byk sgt ruang dan zip hihi..

Buat masa ni...hanya ni jelah yg aku dah sediakan utk rumah baru. Tp ini hasil 2 pendapat so ada sedikit kerojakan di situ hihi..
























Bila baca balik

Aku sekarang ni lebih kepada mengenang kembali kenangan pahit yg mula bertukar manjadi manis.

Baca semula kesusahan yang pernah aku alami..kesengsaraan yg pernah aku lalui..sgt perit membacanya seolah bukan aku yg lalui tp org lain.

Perkara yang paling aku sedih bila keluar makan kat kedai. Bila aku nampak ada org bawa mak dan ayah diorg makan bersama. Sedih sgt..aku x boleh nak bendung air mata waktu tu...

Teringat masa dulu sbb aku suka bawa mak dan baba makan kat kedai. Bila lepas waktu buat temujanji kat hospital. Bila lepas shooping. Bila mak terasa nak makan sesuatu.

Peritnya hati bila aku dah tak mampu nak rasai saat itu semua. Bagi korang yg masih punye mak dan ayah, masih ada waktu untuk gembirakan diorg dgn bawa g makan kat luar. Takkan nak suruh dia masak je kan. Sekali sekala diorg akan sgt seronok bila kita bawa g makan kat luar walaupun sekadar minum air kelapa.

Kalau kat rumah ni aku tak terasa sgt. Tapi bila tgk kat luar klu g jenjalan, tgk diorg bawa mak dan ayah dan happy gelak2..aku sgt cemburu. Sgt tak best bila kita dah kehilangan kawan baik dan tempat bercerita luahan rasa. Aku ni x ramai kawan dan tak semua kawan kita boleh bercerita secara telus. Hanya kat mak je sbb kita akan bercerita tanpa kompromi...x kisah dia nak kecik ati ke terasa ke sbb kita cerita hal yg jujur tak berselindung.

Yg paling aku ralat...baba tak dapat rasa rumah baru aku. Patut baba ada bilik sendiri kat rumah baru tu. Tak ler duduk kat ruang tamu rumah aku skrg. Yang paling2 ralat...mak aku x tau langsung pun aku ada rumah baru. Tapi dia dah tahulah skrg ni...

Sape2 yg singgah dan baca luahan hati aku ni. Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk kedua ibu bapa aku ye..

Selasa, 1 November 2011

Amalan Ketika Pindah Rumah

Amalan Ketika Pindah Rumah

Soalan:
Apakah pandangan Islam perihal pindah rumah?

Jawapan:
الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب ، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل ، وآله وصحبه أجمعين ،
وبعد
Dalam Islam belum didapati amalan khusus atau bacaan tertentu ketika pindah rumah melalui hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, yang ada ialah adab-adab ketika hendak masuk ke rumah, dan ketika menziarahi rumah. Perkara masuk rumah itu ada disebutkan secara umum berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

فإذا دخلتم بيوتا فسلموا على أنفسكم تحية من عند الله مبركة طيبة
(سورة النور : 61)
Tafsirnya: Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah hendaklah kamu memberi salam kepada sesiapa yang seperti kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.
(Surah an-Nur: 61)
Menurut asy-Syeikh Nashr bin Muhammad bin Ibrahim as-Samarqandi di dalam kitabnya Bustan al-' Arifin, tuntutan memberi salam menerusi ayat di atas merangkumi dua keadaan iaitu sarna ada memberi salam ke atas ahli ke1uarga yang tinggal di rumah berkenaan, jika mereka ada di rumah pada ketika itu, atau pun memberi salam ke atas dirinya sendiri jika tidak ada orang di dalam rumah.

Mana-mana rumah yang tidak ada penghuni atau memanglah pada kebiasaannya rumah yang mahu dipindahi itu belum mempunyai penghuni, jadi bagaimanakah cara memberi salam? Iaitu caranya dengan mengucapkan:

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
Ertinya: Sejahteralah ke atas kami dank e atas hamba-hamba Allah yang salih.

Antara perkara-perkara yang digalakkan dibuat dalam rumah ialah membaca ayat-ayat suci al-Qur'an, kerana sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu 'anhu ada menyebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إن البيت الذي يقرأ فيه القرآن يكثر خيره والبيت الذي لا يقرأ فيه القرآن يقل خيره
Maksudnya: Sesungguhnya rumah yang dibacakan di dalamnya al-Qur 'an banyak kebaikannya, dan rumah yang tidak dibacakan di dalamnya al-Qur'an, sedikit kebaikannya. (Mukhtarat min Fadha'il al-Qur'an Ii Ibn Katsir: 29)

Di dalam sebuah hadits yang lain ada pula menyebutkan:

لا تجعلوا بيوتكم مقابر إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة
(رواه مسلم)
Maksudnya: Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan! Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah.

(Hadits riwayat Muslim)


Inilah di antara kepentingan membaca surah al-Baqarah, kerana di dalam Islam, kita wajib mempercayai bahawa di samping manusia, ada makhluk lain yang diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Ta 'ala yang tidak nampak oleh penglihatan kita yang terdiri daripada makhluk malaikat, jin dan syaitan yang berada di sekeliling kita. Kerana itu, digalakkan bagi kita membaca surah tersebut untuk tujuan menghalau jin dan syaitan yang mungkin sudah terlebih awal menghuni mana-mana rumah yang tidak dihidupkan dengan bacaan¬bacaan al-Qur'an, termasuk rumah yang hendak atau baru dipindahi itu.
Selain membaca al-Qur'an ialah mendirikan sembahyang fardhu dan seberapa banyak sembahyang sunat di dalam rumah, kerana rumah yang tidak didirikan sembahyang di dalamnya adalah umpama sebuah kuburan. Ini jelas disebutkan di dalam sebuah hadits:

اجعلوا من صلاتكم في بيوتكم ولا تتخذوها قبورا
(رواه مسلم)
Maksudnya: Hendaklah kamu bersembahyang di dalam rumah¬rumah kamu dan janganlah kamu jadikan ia sebagai kuburan.
(Hadits riwayat Muslim)
Maksud daripada perkataan "sembahyang" di dalam hadits ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi ialah sembahyang sunat. (Shahih Muslim, syarh aI-Imam an-Nawawi: 3/56)
Seterusnya digalakkan supaya menjadikan rumah itu sebagai tempat untuk mengingati Allah (dzikrullah). Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مثل البيت الذي يذكر الله فيه والبيت الذي لا يذكر الله فيه مثل الحي والميت
(رواه مسلم)
Maksudnya: Perumpamaan rumah yang di da/amnya ada dzikrulliih, dan rumah yang tidak ada dzikrulliih di da/amnya ada/ah umpama an tara yang hidup dengan yang mati.

Walau bagaimana pun aI-Imam aI-'Allamah as-Sayyid asy-Syarif Muhammad bin Ali Khird (meninggal pada tahun 960H) dalam kitabnya aI- Wasa'il asy-Syafi'ah fi al-Adzkar an-Nafi'ah wa al-awrad aI-Jami'ah wa ats- Tsyimar aI- Yani'ah wa al-Hijb al-Harizah al-Mani'ah 'an an-Nabiy Shallallahu 'AIaihi wa Sallam fi al-Adzkar wa aI-ar'iyah Ii al-Asbab aI-Waqi'ah ada menyatakan amalan ketika mendiami rumah baru, dibaca tiga hari berturut-turut pagi dan petang. Mudah-mudahan rumah itu diberkati, aman dan keluar daripada rumah itu setiap makhIuk derhaka daripada kalangan jin. Bacaan yang dimaksudkan:

1. Membaca al-Fatihah (3x)

2. Membaca ayat


فإذا استويت أنت ومن معك على الفلك فقل الحمد لله الذى نجنا من القوم الظالمين (28)
(سورة المؤمنون : 28)
Tafsirnya: Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang beserta denganmu te/ah berada di atas bahtera itu, maka hendak/ah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang te/ah menye/amatkan kami daripada orang-orang yang ber/aku zalim. "
(Surah al-Mu'minun: 28)


3. Kemudian dibaca ayat:

وقل رب أنزلنى منزلا مباركا وأنت خير المنزلين (29)
(سورة المؤمنون : 29)
Tafsirnya: Dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Turunkanlah aku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat. "
(Surah al-Mu 'minun: 29)
4. Menurut al-' Allamah itu didapati bahawa ulama Yaman selepas membaca ayat-ayat di atas, membaca pula doa berikut ini:

اللهم يا من فلق البحر لموسى بن عمران ، ونجى يونس من بطن الحوت ، وسر الفلك لمن شآء ، أنت العالم بعدد قطر البحار وذرات الرمال ، يا خالق أصناف عجآئب المخلوقات ، أسألك الكفاية يا كافي من استكفاه ، يا مجيب من دعاه ، يا مقيل من رجاه ، وأنت الكافي لا كافي إلا أنت ، إكفني شر ما أخاف وأحذر ، واملأ هذا المنزل خيرا وبركة ، وصل على نبيك ورسولك سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم.
Ertinya: Wahai Tuhan kami yang membelah laut untuk Musa bin 'Imran, yang menyelamatkan Yunus daripada perut ikan paus, yang melayarkan bahtera bagi sesiapa yang Allah kehendaki, Engkaulah yang Mengetahui bilangan titisan air laut, bilangan zarrah pasir, wahai Pencipta bahagian¬bahagian keajaiban makhluk, aku mohon kepadaMu kesempurnaan, wahai Yang Menyempurnakan sesiapa yang meminta kesempurnaan daripadaNya, wahai Yang Memperkenankan sesiapa yang memohon kepadaNya, wahai Yang Menyahut sesiapa yang mengharapNya, Engkaulah yang Maha Sempurna, tiada yang sempurna melainkan Engkau, jauhkanlah aku daripada kejahatan yang aku takuti dan aku khuatiri, dan penuhkanlah rumah ini dengan kebaikan dan keberkatan, dan kurniakan selawat dan salam kepada NabiMu dan RasulMu Sayyidina Muhammad, keluarganya dan sahabatnya. (AI- Wasa'il asy-Syafi'iyy 439)
Doa di atas ini dibaca sebanyak (3x)
Amalan yang kita bawakan ini hanyalah sebagai irsyad jua, mudah" mudahan ada berkatnya.

والله أعلم بالصواب

Negara asal : Brunei darussalam

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid
Tarikh Diisu : 2004

Nota: Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004

Nak tengok je kat sini

http://www.suarakarya-online.com/news.html?id=152777

http://www.inspirasidekorasi.com/tag/dekorasi-rumah/

http://cruzindoartwork.wordpress.com/tips-n-trik/tip-feng-shui/

http://duniahiasandalaman.blogspot.com/

http://www.citydirectory.co.id/properti/berita/Tips-Memilih-Warna-Cat-untuk-Ruang-Tamu

http://www.deko-eric.com.my/seasons/index.html

http://id.xiaohuxingzhuangxiu.com/?jian-yue-feng-ge-ying-zao-da-kong-jian-ju-shi_14.html

http://inspirationfordecoration.blogspot.com/search?updated-max=2010-08-11T04%3A00%3A00%2B12%3A00&max-results=30

http://www.impiana.my/artikel.asp?mag=impiana&id=6529439261

http://qash-maju.blogspot.com/search/label/ALMARI%20PAKAIAN

http://www.senihias.com/v2/

http://duniahiasandalaman.blogspot.com/search/label/Impak%20dramatik%20hitam%20putih

http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=309

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster