Khamis, 6 Oktober 2011

Buat keje sekolah

Assalamualaikum Puan Jamilah. Saya inginkan tips untuk anak sulung saya yang baru masuk Darjah 1.

Kerja rumah (homework) merupakan satu kejutan budaya bagi dia. Dia sering main-main ketika membuat kerja rumah.

Kerja yang boleh siap dalam masa setengah jam, kadang-kadang mengambil masa sejam lebih sebab perhatiannya mudah terganggu dengan adik-adiknya yang bermain atau rasa susah nak siapkan tugasan yang bersifat tulis berulang-ulang.

Untuk makluman Puan, saya bekerja sendiri dan terlibat aktif dalam NGO.

Waktu kerja saya fleksibel tetapi adakalanya saya perlu keluar pada waktu malam untuk mesyuarat.

Mungkin Puan ada cadangan untuk saya agar saya dapat menyeimbangkan masa untuk anak saya yang masih lagi dalam tempoh meyesuaikan diri.

Terima kasih saya ucapkan atas respon Puan.

Jawapan

Waalaikumsalam Puan A. Terima kasih atas kiriman e-mel Puan.

Biasanya kanak-kanak mengambil masa untuk membiasakan diri menyiapkan kerja rumah. Ada banyak faktor terjadi demikian.

Tapi selalunya bila masuk Darjah Satu, tak biasa ada homework, tiba-tiba terpaksa buat.

Jadi saya setuju dengan Puan tentang tempoh menyesuaikan diri. Saya ada beberapa cadangan :

01.
Kanak-kanak memerlukan struktur dalam kerja rumah.

Bagi kanak-kanak kecil seperti anak Puan, Puan digalakkan untuk memperuntukkan masa selama setengah jam atau 45 minit khas untuk memastikan anak Puan menyiapkan kerja rumahnya (Puan boleh mengurangkan masa tersebut jika ia terlalu lama untuk anak Puan).

Gangguan seperti televisyen perlu dielakkan 100%. Berikan tempoh masa itu satu nama yang menarik.

Contohnya dalam keluarga kami, ia dinamakan 'The Golden Hour.' Kami akan berkumpul bersama dan setiap orang akan mengulangkaji pelajaran atau membuat kerja rumah atau membaca buku dan lain-lain.

Anak Puan boleh membuat kerja rumah sambil adik-adiknya main conteng-conteng atau membaca buku atau aktiviti lain yang berkaitan. Idea ini bertujuan untuk membuatkan dia berasa disokong dan tidak rasa terasing atau sunyi.

02.
Kanak-kanak akan merasa keberatan apabila yang diberi terlalu susah. Pastikan ini tidak berlaku kepada anak Puan.

03.
Anak Puan adalah seorang lelaki. Anak lelaki sifatnya berbeza daripada anak perempuan.

Sampai satu tahap dalam kehidupan mereka, tahap hormon testosteron berada di kemuncak yang menyebabkan dia perlu banyak bergerak (physically active).

Ini memang naluri kelelakian semulajadi.

Sebenarnya, sangat sukar untuk seorang budak lelaki berusia tujuh tahun untuk duduk selama setengah jam terus-menerus.

Puan boleh cadangkan rehat lima minit selepas 30 minit membuat kerja contohnya. Kemudian teruskan lagi.

04.
Tunjukkan minat terhadap apa yang dipelajarinya. Bincangkan apa yang dia belajar di sekolah termasuklah kerja rumah yang dibuatnya. Jadi, sekolah dan kemampuan menyiapkan kerja rumah menjadi sumber kebanggaan bagi dia.

05.
Kanak-kanak amat responsif terhadap galakan atau encouragement. Elakkan diri puan dari mengkritik anak-anak. What gets noticed gets done. Jadi, cari peluang untuk memberi galakan kepadanya, sekecil mana sekalipun.

06.
Jadikan aktiviti membuat homework sesuatu yang menyeronokkan. Anak puan masih kecil. Cari cara-cara kreatif supaya membuat kerja rumah adalah sesuatu yang menarik dan bukan sesuatu yang membosankan. Cuba kaitkan apa yang dia pelajari dengan kehidupan seharian.

07.
Saya perlu meletakkan cadangan ini dalam point terakhir kerana ia sangat penting. Kanak-kanak lelaki dalam umur anak Puan mempunyai kecenderungan terhadap ayahnya. Ini bukan bermakna puan kurang penting sebagai seorang ibu, cumanya pada usia sebegini, mereka cepat belajar untuk menjadi seorang lelaki. Jadi, amat perlu untuk seorang bapa memberi perhatian secukupnya mulai peringkat ini.

Ketika umur begini, ayah mereka adalah seorang hero bagi kebanyakan daripada mereka. Jadi ia sangat penting untuk seorang ayah untuk membina hubungan yang rapat dengan mereka. Ayah juga perlu membantu dalam usaha ini.

Wassalam.

Dapat sumber kat sini

Ahad, 2 Oktober 2011

Nak ajar anak..

Salam semua..

Berabuk bersawang dah blog aku menyepi. Oklah ada gak ni benda yg aku nak citer hehe..

Aku mempunyai masalah yg nak dikatakan besar jugaklah pada diri aku iaitu nak ajar anak dan bagi dia seronok buat latihan dan kerja sekolah.

Aku biasanye rasa masa sgt2 x cukup bila hari persekolahan. Bukan masa utk aku tapi utk anak2. Dia sekolah sampai petang. Kul 6.30pm baru balik rumah. Pastu nak pergi mengaji balik dlm kul 9pm. Pastu nak makan, nak tgk tv, nak riadah. Bila nak buat keje sekolah? apatah lagi nak ulangkaji atau buat latihan.

Klu sorang mungkin xpelah kot sbb leh tumpukan kat dia sorang je tp ni 2 org pastu si adik tu ada kelembapan yg sgt dasyat sket hehe..ditambah plak dgn adik kecik yg kejenye mengacau je. Abg tgh buat keje sekolah dia g rampas pensil dan baling.. ape je yg ada kat abg dia dia rampas dan baling..buku dia komotkan dan koyak. Pensil box dia bawa lari jauh2 suruh abg dia kejar dia..jadi camne tu..

Cuma ada waktu je bila keadaan jadi tenang masa Zahran tido so aku dapat tumpukan perhatian sepenuhnye kat salah seorg anak2 aku je. Diorg ni jenis klu kita x pandang dia buat keje sekolah maka secara automatik mmg dia pun x nak beri perhatian dekat latihan dia walaupun senang.

Si Zarfan lagi teruk..yg 5 tahun tu. Dia mmg xde keyakinan langsung nak buat keje sekolah dia walaupun setakat membaca. Mmg dia sgt ketinggalan kat sekolah. Dia dpt tempat last sekali dlm kelas dia atau dlm budak yg sama baya dia. Dia takkan membaca dgn sendiri walaupun bacaan tu dah dibaca lebih 100kali depan dia. Dia hanya leh hafal apa yg disebutkan pada dia tp x ingat apa lepas tu. Tak taulah..aku ada kecewa dan rasa putus asa sikit nak ajar dia sbb dia mmg langsung x berikan tumpuan dan masukkan dlm fikiran dia..masih penuh dgn permainan yg nak disusun2 tu agaknye hehe..

Tapi aku sgt suka 'Golden Time' dimana aku sama2 duduk buat keje sekolah dan latihan bersama dia itupun kalau x diganggu dgn si Zahran ler hehe.

Semalam yg aku rasa terharu dan bangga dgn Zikry. Aku x boleh melepasi pagar yg dihalang supaya abg2 dia boleh tumpukan perhatian dgn kerja sekolah diorg. Lepas je, Zahran menangis sbb dia nak ikut sama mengacau abg2 dia. So aku boleh ajar dari luar pagar hehe.. Tapi walaupun abg dia x leh tumpukan perhatian dgn kerja sekolah dia sbb aku xde, aku dengar dia ajar adik dia membaca hehe..buku smart reader. Lawak jugak bila dengar tp oklah sbb dia nak jugak ajar adik dia cuma x ler mcm aku ajar sbb aku cepat marah. Tenang je aku dengar. Dia ada gak bertegas cuma x ler kuatkan suara cam aku hehe..

Lagi satu..hari tu Zikry ada bawa balik buku kawan dia. Cikgu suruh dia tiru buku kawan dia sbb byk buku dia x siap keje. Apa yg disalin kat papan hitam mmg dia x sempat habiskan jadi buku latihan dia terbengkalai camtu je. Aku ingatkan mmg xde apa rupanya dia yg x buat keje. Aku mmg naik hangin betul dpt tau camtu. Dahlah alat tulis asyik hilang. Pemadam sekolah pagi lain sekolah petang lain...giler apa tetiap hari yg bagi baru. Geram sgt dah aku..

Tapi marahlah camne..suruhlah dia janji. Ingatkan dia tapi dia tetap ulang dan ulang. So aku biarkan jelah tapi makin dibiar makin menjadi..penatlah asyik nak marah je.

Aku perlukan sgt org yg sama masalah dengan aku kongsi pengalaman dia. Nampak mmg mudah nak selesaikan tp adakala situasi dan keadaan kat rumah ni dgn ada anak kecik yg x tau pape..tau mengacau je buat aku jadi sgt x sabar..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster