Jumaat, 8 April 2016

Pemakanan sihat

Ayuh ! Amalkan Pemakanan Yang Sihat Besama Kami :)

Setiap makanan ini hanya mengandungi 50 kalori bagi setiap 100 grams hidangan. Sangat rendah kan?

1- DAUN SADERI
Makanan ini agak sinonim dengan anda yang mahu kuruskan badan. Makan saderi ianya seolah-olah anda tidak makan apa-apa. Ianya kaya dengan fiber dan air. Elakkan dari menambah bahan-bahan yang boleh 'double up' kalori daun saderi. Lagi baik jika dimakan begitu sahaja. Oh, sup juga akan menjadi lebih sedap jika masukkan saderi bersama.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram saderi: 16 kcl

2- BUAH OREN
Selain dari terkenal sebagai sumber utama vitamin C. Ia juga antara buah-buahan yang paling sedikit kalori.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram buah oren: 47kcl

3- KOBIS
Ia adalah sumber makanan yang termurah, tetapi sangat baik buat mereka yang mahu kurus. Banyak kebaikan kobis ini, menjadi perisai kepada kanser dan penyakit jantung.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram kobis: 25kcl

4- TOMATO
Kalorinya yang rendah menjadikan ia sering digunakan di dalam salad. Tomato juga akan menjadikan sup yang dimasak menjadi lebih sedap. Mengandungi lycopene yang mampu menghalang penyakit kanser. Ia juga sangat baik untuk kesihatan jantung.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram tomato: 17kcl

5- TIMUN
Mengandungi banyak air di dalamnya. Ia juga sangat terkenal sebagai sayuran yang rendah kalori.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram timun:16kcl

6- LEMON
Agak mustahil kalau anda boleh makan lemon bukan? Tapi lemon digunakan untuk memastikan pengambilan kalori yang rendah setiap hari. Lemon mempunyai tahap alkali dan antioksidan tinggi. Sangat baik untuk kesihatan.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram lemon: 29kcl

7- KOBIS BUNGA
Bagi anda yang sedang turunkan berat badan. Pasti biasa melihat bunga kobis digunakan untuk mengantikan sumber karbohitrat seperti nasi dan kentang.
Dari anda makan 'mash potatoes' gantikan dengan 'mash cauliflower'. Rasanya masih sedap. Bebas makan tanpa rasa takut. Sumber makanan zero kalori yang baik. Selain itu ia juga ada agen 'anti-inflammatory'.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram bunga kobis: 25kcl

8- CENDAWAN
Ia juga dikenali sebagai 'superfood', kaya dengan zat dan nutrisi penting. Anda bebas untuk masukkan cendawan ke dalam sup. Atau jadikannya sebagai 'side dishes'.
'Saute' dengan minyak zaiton dan perasakan dengan sedikit lada hitam dan garam pun dah cukup.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram cendawan: 38kcl

9-BUAH TEMBIKAI
Dan ianya sangat membantu untuk 'boost' metabolisma.
Jumlah kalori bagi setiap 100 gram tembikai: 30kcl
Allah SWT Maha Kaya, samalah juga dengan ciptaan-Nya. Terlalu banyak makanan-makanan yang ada untuk dipilih. Kenali dan ketahui kalori makanan sebelum masuk ke dalam perut.
Pilihlah jalan yang bijak untuk kurus. Usah semberono mengambil ubat kurus atau laburkan beribu duit di pusat pelangsingan, sebaliknya makanlah makanan yang sihat. Amalkan makanan zero kalori.
Biar lambat, asal selamat ye kawan-kawan.

Isnin, 4 April 2016

Muffin

Nah resepi xyah pakai mixer
Kikikiki

Telur gred A - pukul sebati je guna garpu pun bley
Vanilla essence
Susu full cream -1+1/2 cup
Melted butter or corn oil - 1/2 cup
*satukan in 1 bowl

Tepung self raising -1+3/4 cup
Tepung gandum - 1/4 cup
Baking powder - 1sudu besar
Brown sugar -3/4 cup
Castor sugar - 1/4 cup
* campur sebati buat lubang tgh2

Then campur bahan kering + basah. Kaup sampai sebati

Panaskan oven 20 min, 180 degrees

Buh dlm muffin cup portion 3/4
Bakar 20 min, 180degrees

Biar sat

Ngap

Sabtu, 2 April 2016

27 tanda anda sudah menjadi hamba dunia

Na'uzubillah...

27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA:

1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besuk, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak bisa mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berfoya-foya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat perhatian dengan penampilan fisik Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar bisa segera melanjutkan pekerjaan.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini bisa jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh..

Dakwah dan doa

Aamiin

Tips menangani anak demam

Ramai komen pasal demam
Saya nak share pasal Tips menangani anak demam drpd Dr. Suriyakhatun & apa biasa saya buat

⚡️DEMAM
-------------
👉🏻Suhu rendah, main seperti biasa
Tidak perlu risau
Berikan banyak air
Vit C atau jus limau nipis
Baobab fruit

👉🏻Suhu tinggi selera makan baik
Mulakan sponging
Berikan banyak air
Vit C atau jus limau nipis
Baobab fruit

👉🏻Suhu tinggi tak lalu makan banyak merengek.
Bawak jumpa dr
Ujian darah
Full blood picture
Jika normal FBP
Beri paracetamol hanya bila suhu cecah 38,5c
Sponging dan anti oxidants
Boleh rawat dengan herbal dan Homeopathy
Jika menunjukkan viral masih kena pantau FBP dan masuk wad jika platelet turun dan hematocrit naik.

👉🏻Suhu tinggi ada gejala sampingan
Sakit kepala atau mengiggil
Tonsil bengkak
Infeksi kulit.
Batuk kuat
Anak asyik tidur.
Jumpa doctor
Terima semua rawatan
Wajib buat FBP dan terus pantau.

⚡️Lepas baik deman pulihhkan sistem immune dengan prebiotic dan probiotic serta antioxidants.
Masuk wad jika FBP menunjukkan infeksi yang serius

-----------
Itu tips drpd doc
So boleh nilai anak masing2 kan sblm terus gi hospital atau klinik? 😊

Untuk saya
Biasanya saya sentiasa pantau suhu badan anak dan mulakan rutin :

☀️ Sponging - lap dan basahkan badan anak dgn air guna towel terutama bhgn pelipat sebab ia memerangkap haba

Jgn letak je towel basah tu setempat ya

☀️Mandikan anak dgn dgn Epsom salt atau lemon pon boleh

Kalau budak2 kecik ni , ajak berendam sekejap insya Allah ok

☀️ anak yang setahun ke atas, saya bagi minum air masak atau air masak + madu

☀️ basahkan stokin dgn campuran air + apple cider, pakaikan kat kaki anak

Atau

Tepekkan lemon / minyak bawang putih dan pakaikan stokin

-> utk yg pertama kali nk letak lemon dan minyak bawang putih, test dulu sikit kat kulit anak

Kalau anak naik tanda merah2, maksudnya anak alah dgn benda ni
Jgn teruskan rawatan guna kaedah ni

☀️ masakkan sup bone broth, bg anak minum supnya

☀️ bagi anak vitamin c

Banyak lagi cara alami yg insya Allah membantu memulihkan demam anak
Mengawal demam anak

Kalau tak ok jugak atau ada tanda2 yg doktor nyatakan di atas perlu rawatan, barulah bawa ke klinik atau hospital

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster