Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mac 2016

Solat dhuha

((  SOLAT DHUHA. ))

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan

YANG PERTAMA :
Dosa Terampun

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR Tarmidzi)

YANG KEDUA :
Org Bertaubat

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)

YANG KETIGA:
Tercatat sebagai orang yg taat

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.

Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.

Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.

Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."
(HR At-Thabrani)

YANG KEEMPAT :
Masuk  syurga daripada pintu yang khas

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”
(HR At-Thabrani)

YANG KELIMA :
Rezeki Success

Allah swt mencukupkan rezekinya.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”
(HR Abu Darda)

YANG KEENAM :
S u d a h  b e r s e d e k a h

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.

Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.

Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."

(HR Muslim)

Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja.

Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah.

InsyaAllah Azrul Iznan 😙

Isnin, 21 Mac 2016

Solat taubat

:: CARA PALING MUDAH NAK BUAT SOLAT  TAUBAT ::

Kita ni tak lari dari buat dosa.. Dosa nyata dan dosa yg tak nyata.. Bila terbukak je pintu hati dan mula sedar selama ni banyak buat dosa, hati terus rasa nak bertaubat.. Risau kalau esok lusa mati.. Terus tak sempat.. Tapi ada di antara kita tak berapa pandai.. Solat pun sebelum ni kejap buat kejap tak.. Hafal pun mana yg perlu je.. Ni nak buat Solat Taubat, bila bukak buku, ada do'a.. ada Penghulu Istighfar.. ALLaH.. Dah la tak hafal.. Nak baca arab pun tak tahu.. Abes camne?

Takpe.. Ni atok tunjukkan cara Solat Taubat yg paling mudah.. Satu atok nak tekankan.. Kita bila bertaubat, kita tak boleh assume sekali buat, kompom ALLaH terima taubat.. Kena buat selalu.. Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih.. Pastu rajin nak beribadat.. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.. Tanak lagi buat dosa-dosa lama.. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima..

Solat ni elok buat malam-malam.. Sebelum tidur atau sebelum Subuh.. Waktu sunyi malam.. Bunyi cengkerik je ada.. Baru tenang bila nak mintak ampun dgn ALLaH..

Bersihkan diri.. Amek wudhu..
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki)..

Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..


أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x

Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”

Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..

Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..

AstaghfiruLLaHhal'adziim /

AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.

Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..

Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?

Bukan tak boleh baca do'a taubat atau Penghulu Istighfar, tapi kalau nak baca pun masih terkial-kial, camne? Kita nak mintak ampun ni.. Takkan dgn air mata meleleh-leleh tu jugak kita nak refer kertas baca do'a? Guna je do'a bahasa melayu dulu.. Nanti inshaALLaH bila dah istiqomah, baru la upgrade sikit.. Cari do'a bahasa arab..

Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;

Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.. Camne kita nak bersihkan hati..

InshaALLaH, kalau buat selalu, kita akan rasa beban yg ditanggung tu hilang.. Senang kan?
Satu kita kena ingat, ALLaH Maha Pengampun.. RahmatNya melebihi MurkaNya..

Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

Kalau rasa ada manfaat, SHARE ler... Mana tau ada kawan2 kita yg masih mencari2 camne cara nak bertaubat...

Ahad, 28 Februari 2016

Rukun 13

Bismillahirrahmaanirahiim
Assalaamualaikum warahmatullah
BAB RUKUN DLM IBADAH SOLAT - RUKUN 13 SERTA THU'MANINAH ( HENTI SEJENAK DGN TENANG - DLM 4 RUKUN)

Rukun 13 dalam solat wajib diketahui yg Islam  akil baligh  serta mukallaf (yg dibebankn hukum syarak atasnya). Disini dilampirkn rukun rukunnya yg terbahagi kepada :
1.Rukun Fiqli - perbuatan -  06 rukun
2. Rukun Qauli - perkataan - 05 rukun
3. Niat dan Tertib - 02  
Senarainya :

RUKUN FIQLI
1. Berdiri (bagi yg kuasa - tiada uzur)
2. Ruku' (dgn thu'maninah)
3. Iktidal (dgn thu'maninah)
4. Sujud (dgn thu'maninah) -2x
5. Duduk antara dua sujud (dgn thu'maninah)
6. Duduk dlm tahiyat akhir

RUKUN QAULI
1. Takbiratul ihram
2. Fatihah
3. Membaca tahiyat akhir.
"Attahiyatu  hingga wa asyahadu anna muhammadarrasulullah"
4. Membaca solawat atas nabi
sekurangnya " Allahumma solli ala muhammad " yg selanjutnya sampai habis (solawat ibrahimiyah) sunat.
5. Memberi salam yg pertama sekurangnya " Assalaamualaikum" yg afdhalnya "Assalaamualaikum warahmatullah. Salam yg ke2 sunat.

12/13. Niat serentak dgn takbiratulihram serta tertib. Yg dahulu didahulukan ikut urutan perbuatan solat.
*Takbir serta niat, fatihah, ruku', iktidal sujud, duduk antara 2 sujud, sujud dan selanjutnya.

Bacaan serta perbuatan selain rukun adalah sunat. Seperti doa iftitah, bacaan dlm ruku', iktidal, sujud, tahiyat awal etc.   Tertinggal sunat tak membatalkn solat, kurang pahalanya.  Perbuatan sujud sahwi (lupa) adalah sunat. Tapi dianjurkn laksanakn utk tampal kekurangan yg terlupa dan tertinggal seperti sudah dibincangkn oleh umum dipos ini.

Seyogianya diperbuat segala yg lazim (sunat sunat) dlm solat.
Bagi yg asal beragama Islam seeloknya mengetahui perbezaan mana yg rukun dan sunat dlm solat.
Moga manfaat bersama.
Sekian. Wassalaam.

Antara Kitab Fiqh ;
1. Sabilal Muhtadin, Bugyatul Thulab, Hidayatus Sibyan, Idaman Penuntut.

Selasa, 6 Oktober 2015

Amalan selepas solat

Isnin, 5 Oktober 2015

Solat jamak

Ahad, 16 Ogos 2015

Solat dhuha

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster