Jumaat, 12 Jun 2009

Sangat mencabar

10jun adalah hari pertama aku jaga mak aku lepas dia kuar wad 2jun hari tu. Lepas je kuar wad dia duduk kat rumah abang aku pasal anak2 dia ramai masa cuti sekolah ni. Maka ramailah boleh bantu dgn keadaan nenek yg amat teruk sekali tu..

Namun aku tetap datang sana hari2 pasal nak bawa baba g cuci kaki.
Tapi dapatlah aku berehat dan tido nyenyak di malam hari kat rumah sepanjang mak dan baba ada kat rumah abang aku tu.

Disebabkan anak2 abang aku nak bercuti dikampung masa cuti sekolah ni, maka bermulalah tugas aku seperti biasa tapi berlainan sikitlah daripada biasa.

Lain yg camne..hmm..pertama pasal aku sorang..kalau kat rumah abang aku tu ramai anak2 dia yg leh bantu nenek dia bangun duduk. Tapi keadaan aku yg berbadan dua ni dgn nak angkat mak huhu..terasalah amat payah sekali. Nak tak nak terpaksa minta bantuan baba tapi masalahnye..sampai bila baba boleh bantu..? Dia pun kaki tak kuat..sakit dan tak boleh tekanan yg kuat.

Mak plak. Bila dah susah payah nak bangunkan dia..bila dudukkan dia ke katil semula dia akan turun balik. Turun dgn sengaja dgn menghempaskan punggung dia dari katil tu. Bersusah payah nak turun jugak. Dia tak fikirkan camne cara aku nak angkat dia semula terutama masa dia nak ke tandas. Kalau dari katil aku boleh peluk dia dan senang sikit nak bangun berbanding kalau dia dah kat bawah..amatlah payah.

Dan perkara tu berlaku dan terus berlaku sampai aku rasa penat sgt dah nak naikkan dia semula dan kaki baba pun dah mula berdenyut. Akhirnya aku biarkan je...suke hati dialah nak tido mana..

Waktu malam dan siang takde beza..dia tak tido dan dia nak semua org pun tak tido untuk jaga dia sepanjang hari. Dia akan terus panggil dan panggil tapi panggilan dia bukan untuk makan atau minum air tapi dengan permintaan yg pelik...nak tidolah tapi dia kat tempat tido..nak balik rumah dialah..nak g kencinglah beraklah sedangkan dia pakai pempes dan aku tak mampu nak angkat dia setiap 5 minit nak g kencing dan berak tu.

Selama aku jaga mak..inilah waktu yg paling amat mencabar.Sbb mak tak pernah seteruk ini. Dulu pun tak leh bangun jugak tapi dia tak degil. Kali ni beserta degil, mulut asyik cakap merepek yg bukan2, terbalik dan kemburkan baju dlm beg..apa yg bersusun semua di semakkan..selerakkan..bantal tilam dicampak2..menangis..meraung..terjerit2 panggil nama org yg dikenali, minta tolong..ntahlah..susahlah nak tafsirkan apa yg berlaku pada dia...yang pasti dia nak semua org yg berdekatan dgn dia tambah banyak dosa..

Cara yang paling aku boleh lakukan skrg ni dgn membiarkan kat mana dia nak pegi walaupun dia hanya mengesot. Kat mana dia genti kat situ kita letakkan bantal. Tentang buang air, hanya kat pempes jelah. Nak angkat g tandas mmg tak terdaya sgt dah. Aku takut peranakan aku turun je. Mana yg terdaya je yg aku mampu buat.

Kalau hantar baba g cuci kaki..aku minta tolong jiran sebelah tengok2kan mak aku. Dia pun kesian tengok keadaan mak aku. Dah tak boleh buat apa. Dia bukan diri dia lagi tapi pandai plak menyakitkan hati org lain dgn kata2 dia. Mungkin dia dah nyanyuk dan dia mmg tak ingat apa dah..harap2 jiran semua faham kalau aku dan baba hanya membiarkan mak panggil aku dan baba dan ntah sape2 punya nama yg dia nak sebut..sbb setiap minit dia akan panggil dgn permintaan yg tak munasabah..kalau nak minum air atau nak makan tu takpelah..

Takat ni yg penting pd aku..hanya kekuatan dan kesabaran. Dah mula nak sekolah balik ni lagilah adik beradik yg lain sibuk. Datang jengah pun takde masa..ape lagi nak minta tolong jaga. Ade tak sesape yg boleh tolong carikan sorang pembantu untuk aku...serius ni..aku mmg dah tak larat sgt.

Malam tadi aku menangis pasal aku tak tahan, mak balikkan sabun cuci emas dia yg menyebabkan aku kene mop satu rumah..Perangai dia tak ubah mcm baby yg baru belajar merangkak tu..semua nak pegang semua nak musnahkan..

Dgn keadaan anak2 yg main permainan bersepah atas lantai..dgn mak yg sepahkan jugak barang2 dia dlm beg dan waktu tu dah kul 12.30am...siap semua mop satu rumah dah kul 1am tapi masih lagi tak dapat tido pasal mak tak boleh tido...asyik panggil dan terus panggil...apa yg dia nak semua perkara yg merepek je dan dia tak nak semua org tido..keadaan dia tak ubah macam nenek, mak pada mak aku. Penyakit keturunan atau balasan dosa?

Kenapa ye dugaan hebat ni berlaku..kalau mak yg berdosa dgn nenek akibat perbuatan dia yg lalu, kenapa anak2 plak yang kene tanggung dosa yg sama..ntah2 nanti aku dah tua pun akan sakit camtu gak..nanti anak2 buat camtu gak kat aku..sampai bila perkara ni akan berterusan...

6 bunga tulip:

░♥si lampu neon♥░ berkata...

dugaan tu weh, harap tempuhi dgn sabar

haruan tasek berkata...

banyakan bersabar ya..

julietchun berkata...

cari pembantu indonesia utk cepat dan senangkan urusan. Dlm keadaan sekarang mana buleh awak nak buat semua perkara sensorang.

kayteeze berkata...

Setiap orang punya dugaan yang berbeza...

Kak tie pula dengan kerenah seorang anak... tak kering air mata dibuatnya.. mungkin nampak macam remeh.. tapi... hanya tuhan saja yang tahu.. Biasa kak tie rasa duka kerananya..walaupun saban hari kak tie berdoa agar hatinya lembut..

Nrina... kita sama je.. dugaan itu rasa berat sangat. Tapi suami kita amat penyabar... alhamdulillah. Mudahan dia terus menyokong kita, ya...

Basikal Jepun berkata...

Jom singgah tengok barang dari Jepun..! http://jepunmari.blogspot.com have fun..matta ne!

Tirana berkata...

Nrina...

Banyakkan berdo'a untuk mak. Keadaan mak kembali seperti kanak-kanak... Mudah-mudahan Allah membersihkan dosanya menjadi bersih seperti kanak-kanak kecil yang tiada dosa dan itu jugak menjadi ujian bagi kita anak-anaknya samada sabar atau tidak dengan kerenahnya yang pelbagai.. Mohon do'a agar Allah bagi kekuatan pada Nrina dari segi emosi, rohani dan jasmani..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster