Malam tadi aku macam biasalah tetibe je bersemangat nak ubah kedudukan ruang depan rumah aku yg bakal aku jadikan tempat berpantang aku tu...
Dah itu je tempat yg sesuai dan luas..kat tengah rumah plak ade tv..bising plak baby nak tido nanti. Lagipun pengudaraan kat ruang depan rumah aku tu best sgt sbb leh bukak tingkap dan terang hehe..
Puas jugak aku pk kat manalah nak letak segala kain dan telekung yg aku jual tu. Kat dlm bilik kalau letak sempit plak anak2 nak tido lagipun kalau tetamu datang takkan nak suruh masuk dlm bilik tengok kain..jadi aku cuba ubah supaya leh letak jugak kat depan tu..tetamu yg datang bukan je akan tengok baby tapi leh jugak tengok kain dan telekung yg aku jual tu hehe..janji poket masyukkk hihi..
Tapi bukan ini tujuan sebenar aku nak cerita..
Tengah aku mengemas tu..tetibe aku terpk plak nak tukar span utk sofa bed aku tu. Yelah sejak aku lahirkan Zarfan..dah 3 tahun lebih tak berbasuh pun sarung tu..apatah lagi span tu..makin mereput.
Puaslah aku mengelap besi sofa bed aku tu malam tadi. Punyelah banyak habuk..sbb tak penah sentuh pun bawah sofa tu sebelum ni sbb ada span sofa tu.
Jadi aku bercadang esok hari maknanya hari ni ler utk pegi cari kedai membaiki sofa..nasib baik kedai perabot yg aku tanya tu bitau katne tempat tu..kalau tak payah gak nak cari tanpa panduan sbb kengkawan yg aku tanya semua tak tau..
Maka aku pergilah tadi. Kat Peringgit je kedai tu bersebelahan dgn Petronas Peringgit. Alhamdulillah aku pegi kedai yg bukan sia2 sbb mmg dia menyediakan perkhidmatan bukan je span utk sofa tapi leh tukar kain utk sofa..
Tapi korang tau tak bape harga span tu? Aku nak yg kualiti eloklah sikit..tak nak yg macam aku gune skrg ni sbb penyek je..
Harga sekeping besar mcm tilam katil baby tu RM50. Jadi semua ukuran cam sofa bed aku tu RM150..mulanya aku ingat dia cakap satu RM50, aku pun angguklah tapi cam tak bape dengar plak, aku tanya balik..rupanya seratus lima puloh uhuk..uhuk..
Tercekik aku dengar..pastu aku tanyalah kalau siap tukar dgn kain sekali berapa..harga kain semeter RM30..jumlah yg diperlukan utk sofa aku 5 meter jadi RM150 jugak..tapi kesemua jumlah termasuk upah jahitlah RM400. Itupun dah habis kurang dah aku mintak..dia tak leh kasi kurang lagi.
Fuhh..aku beli sofa bed tu RM690..adakah berbaloi? oh ikan kaloi..
Pastu pk punye pk punye pk..minta izin kat suami tadi..dia mcm berbelah bagi je. Pastu masa utk diorg siapkan dgn kain sekali amik masa dlm seminggu lebih..lama gak tu..takut nanti aku dah bersalin takde katil plak..dahlah itu je katil yg ada..
Jadi aku buat keputusan utk beli span jelah..lain kali boleh pk tukar kain sbb tidak berapa penting buat masa ni. Apepun RM150 tetap melayang huhu..
Sofa bed aku yg hanya akan bertukar span je..lum rupe lagi hehe..
Selasa, 2009 Disember 01
Span Sofa Bed
hasil semaian ♥nrina♥ di 11:36:00 PM 1 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Isnin, 2009 November 30
Kerenah pembawakan
Makin lama makin ketara..
Itulah yg aku rasa skrg ni..mmg aku aktif waktu malamlah..
Bila malam je bersemangat nak buat keje sampai penat..
Tapi bila siang..aku dah macam ular sawa kekenyangan..tak boleh nak bangun langsung..
Seolah-olah baby ni beratkan badan dia sampaikan aku nak bangun berdiri dan berjalan pun cepat mengah dan lenguh kaki.
Mata ni susah betul nak pejam bila malam..peluh tu jangan cakaplah habis basah kepala..bantal ler jadi mangsa..baju pun tak kering kat bahagian leher tu..rasa nak bawa kipas berdiri tu ngadap muka aku je..tapi tak kuasa lak nak angkat hehe..
Pelik betullah pembawakan baby aku kali ni. Kengkadang rajin tak bertempat..aku tak pernah serajin begini masa tak mengandung terutama bab mengemas, cuci lantai luar..2 atau 3 bulan sekali je aku cuci itupun kira rajinlah selalunya masa nak rayalah hehe. Tapi kali ni seminggu sekali..ade sebab pun aku cuci seminggu sekali tu..ada beli filter tapis air kat luar..yg besar tu..jadi kene backwash. Daripada buang air camtu je, baik aku cuci lantai.
Lagi satu aku cepat giler panas baran. Walaupun aku mmg panas baran orgnya tapi kali ni lebih teruk. Mungkin keadaan aku yg mengandung ni tapi ntahlah..kesian jugak kat anak2 aku tu bila pk balik tapi mmg patutpun aku marah dgn kenakalan diorg. Cuma aku rasa fizikal aku tak cukup kuat utk tahan diorg jadi aku lepaskan melalui jeritan hehe..macam singalah hihi..
Bab makan pun satu hal..malas makan. Nak diet je hehe. Kalaulah mak aku masih sihat..dah tentu aku harapkan dia masak je utk aku hehe..macam dulu..siap buat permintaan lauk lagi. Ape leh buat..dah nasib..skrg ni mak aku mengharapkan lauk dari aku tapi aku sendiripun tak kuasa dah nak pegi pasar..tak larat..
Terkilan raya hari tu aku tak dapat nak masakkan masakan yg best utk suami dan mak. Byk bahan takde dan mmg aku tak laratpun nak berdiri lelama. Mmg suami tak suruh pun aku masak tapi kesianlah dia dah jarang makan masakan aku disebabkan ketidaklaratan aku ni.
Rasa cam mengada je tapi hakikatnye itulah. Aku mmg tak larat waktu siang. Pasal tu nak keluar asyik bertangguh dan akhirnya tak kuar langsung. Kalau keluarpun mmg waktu malamlah tapi tak sampai sejam dah pulang sbb tak larat. Nak kene cari tandas je utk buang air kecil..tu yg malas rasanya hehe.
Haa...sebelum terlupa aku nak bitau jugak. Aku tak mengalami sembab kaki dan gemuk jari tau. Cincin aku tetap longgar sedangkan sebelum mengandung aku rasa muat2 je cincin tu. Rasanya mmg pil perancang keluarga ni menggemukkan badanlah. Susah sgt nak diet kalau makan pil perancang keluarga tapi skrg ni walaupun mengandung berat aku tak bape naik walaupun perut aku makin membesar. Aku punya p***d*** pun tak membesar. Gitu je bentuknya dari sebelum mengandung..cuma cangkuk bertambah inci..susah betul nak cari jenis cup A dan saiz 38/40. Daripada menanggung ketidakselesaan tu..aku lebih rela tak pakai c*** langsung hehe.
Harapnya diet aku berjaya lepas bersalin nanti walaupun masih jugak nak makan pil perancang keluarga. Aku tak suke cara lain sbb rasa cam menyakitkan..tak suke kene cucuk2 jarum ni hehe.
Oklah..celoteh diwaktu bosan.
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:36:00 AM 4 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Ahad, 2009 November 29
Penantian dlm kerinduan..
Bosannya malam ni..
Terasa benar kerinduan pada suami yg baru je petang tadi berangkat ke Bandung disebabkan tugasan yg tak dapat dielakkan.
Dalam keadaan aku camni..bila ada suami di sisi tu rasa selamat ler. Malas betul nak susahkan org lain bila aku nak bersalin nanti.
Jarang aku ni online memalam..selalunya mmg dari awal aku dah tido tapi malam ni lepas ngemaskan persediaan baju utk aku berpantang nanti..simpan baju mengandung yg tak perlu..susun balik kotak dan aku cuba tido balik tapi masih jugak tak leh lelap mata..terpaksalah aku bukak komputer ni hilangkan bosan dan rindu..
Anak2 aku bagi kelonggaran dia tengok tv..sampai tertido sbb bilik diorg jadi tempat keje aku mengemas tadi. Masih belum siap sbb aku perlu angkat kotak dan ntah ape benda lagi tu..pinggang dah sakit so kene rehat..sambung esok je..
Harapnya baby ni janganlah keluar waktu ayah dia bertugas jauh diperantauan tu..mmglah aku nak baby ni cepat keluar tapi bila dah dlm keadaan camni..tak sukelah kalau takde suami di sisi huhu..
Kalau jadi ape2 kat aku dan baby ni..aku sumpah org yg menyebabkan suami aku kene pulang kat sana tu..biar dia akan terima nasib yg sama...tak pk ke bini org tu nak bersalin..pastu nak tunda2 lak keje tu..mcm sengaja je nak menyusahkan aku sekeluarga..dengki ke ape..hishhh...meluat betul aku dgn org indonesia ni tau..tau menyusahkan org je..kerajaan dia yg bangang bukan je menyusahkan rakyat sendiri tapi org lain jugak..
Luahan hati org tak puas hati hehe..lantaklah sbb aku tertekan skrg ni..tension sgt..tak boleh ke dlm 2 bulan ni biarkan suami aku ada kat sisi aku..aku bukan mintak setahun..tapi bulan doblas ni sampai bulan satu...itu je..tak boleh ke gantikan org lain jap ke..bodoh ke ape diorg tu tak dapat nak handle gajah hijau tu tanpa suami aku..sampai bila nak jadi pandai..
Ayah..maaflah kalau kata2 mama ni melampau tapi ini sekadar luahan je. Mama tau keje ayah bukan seperti org lain boleh fikirkan. Hanya ayah je yg tau..apapun mama kagum dgn diri ayah yg sentiasa sabar dlm keje. Walaupun adakala mama cemburu kerana diduakan dgn kerja ayah tu hehe..
Semoga ayah sentiasa selamat dan sihat. Cepat balik tau..
hasil semaian ♥nrina♥ di 1:37:00 AM 1 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Khamis, 2009 November 26
Aiman Zikry 5 Tahun (2)









Lepas tu sambut kat sekolah pulak pada keesokan harinya.
Zikry yg terlalu teruja sampaikan dia dah g sekolah naik basikal tapi balik rumah sampai 2 3 kali sbb aku lum siap lagi utk hantar kek tu. Dia marahlah pasal aku lambat sgt hantar kek tu kat sekolah dia..aduyai..bertuah punye budak..
Masalahnya adik dia si Zarfan tu lum bangun tido lagi..camne aku nak g..kenelah siapkan adiknya dulu..
Jadi lepas tu aku pegilah sekolah. Masa tu diorg ni tak belajar hari tu..memain je. Lagipun kebetulan tuan punya tadika tu ada buat makan2 sikit..nak beli kfc bagi budak2 ni makan.
Tapi lewatlah sbb tengah beli. Jadi aku cakap dgn cikgu..potong kek dululah..saya pun tak leh tunggu lama. Nak amik gambar je hehe..
Sepatutnya ada 12 org pelajar tapi ramai yg dah bercuti dan berpindah. Yg ada tu separuh je. Yg pelik goodies aku yg sebanyak 16 bungkus tu habis plak hmm..
Cerita terbaru.
Aiman Zikry demam..batuk pada mulanya pastu badan dia panas..demam nak besar hehe..
Aku pulak makin tak larat..dah mcm penguin kalau dah jatuh tak leh bangun hehe..golek2 je hihi..
Baju yg lum dilipat dah menggunung..buat sakit mata tapi sakit lagi pinggang aku nak mengadap baju tu semua..serba salah dibuatnye..
Rumah pun makin tak terurus..memasak tu lagilah..nasib baik hubby tengah diet so aku kurang memasak..
Esok Raya Haji tapi aku nak beli brg utk memasak perrghhh punyelah malas..pakai ape yg ade dlm peti ais tu jelah agaknye..MALASSNYEEEE...
hasil semaian ♥nrina♥ di 10:31:00 AM 1 bunga tulip
Label: Zikry
Aiman Zikry 5 Tahun (1)
Malam sebelum sambutan hari kelahirannya..
Tak sabar sgt nak potong kek..nasib baik aku ade beli kek tambahan utk buat sambutan kat rumah. Tapi kek yg murah jelah hehe..






Lepas tu toksah citerlah..habis berkecai kek tu dibuatnye..
hasil semaian ♥nrina♥ di 10:18:00 AM 1 bunga tulip
Label: Zikry
Khamis, 2009 November 19
5 Tahun
Aiman Zikry Zolpaka dah 5 Tahun.
Cepatnya masa berlalu..maknanya lagi 2 tahun langsaikan hutang kete hehehehe...
Anak sulung aku ni lah madu dan racun..suka duka semua ada kat dia..aku bergado dgn mak dan suami pasal dia tapi aku berbaik semula pun pasal dia..
Nak dapatkan dia pun satu cerita jugak tapi biarlah aku dan suami je yg simpan rahsia tu..
Sebenarnya dia memang suka sambut hari lahir ni. Kalau boleh nak setiap hari dia suruh beli kek dan candle..semata2 nak tiup lilin kek tu je..
Cuma terkilan sikit sbb aku nak belikan kek Ben10 kat Mydin hari tu tapi disebabkan dah habis dan terlewat nak buat pesanan maka habislah kek tu. Tinggal kek Transformer jer..bolehlah..daripada Kek Barbie hehe..
Gambar?..aduhai malasnye..yg ni pun dah terlewat sgt aku publishkan pasal malas yg teramat sgt nak mengadap komputer skrg sbb baby tak bape suke aku duduk kat sini..sempit kot bagi dia hehe..dia nak aku baring je hehehe...
hasil semaian ♥nrina♥ di 9:41:00 AM 1 bunga tulip
Label: Zikry
Rabu, 2009 November 18
Kebetulan
Kebetulan yg terjadi dlm hidup aku..terutama bab melahirkan anak ni jelah hehe..
Tarikh bersalin anak2 aku..awal 5 hari dr jangkaan. Sama.
Hari Jumaat kedua2 anak aku dilahirkan. Sama.
Berat 3.5kg kedua2nya juga semasa dilahirkan. Sama.
Adakah yg ketiga akan memecah persamaan ini semua..
Kita tunggguuuuuu...
hasil semaian ♥nrina♥ di 1:50:00 PM 5 bunga tulip
Label: Cerita Aku


