Rabu, 31 Oktober 2012

Ber4








Selasa, 30 Oktober 2012

Zafry


Isnin, 29 Oktober 2012

Hadiah untuk Zafry



Inilah sebahagian hadiah yg Zafry dapat.

Ada hamper tp ntah xde gambar plak..rasanya mcm ada amik hr tu hmm....lupa plak.

Tapi kebanyakkan bg duitlh...hari rayalh katakn. Duit raya baby lagi byk dr abg2 dia hahaha...

Kepada yang memberi diucapkan terima kasih banyak2... 

Rezeki untuk baby ni hehe...


Ahad, 28 Oktober 2012

Aku dan Zafry



Sabtu, 27 Oktober 2012

Layan je


Jumaat, 26 Oktober 2012

Dah pandai gelak..

Berita terkini

Zafry dah pandai ketawa dan gelak bila kita agah...

Sgt happy dengar suara dia walaupun masih garau hehe..

Dia cepat respon kalau pegang dagu, pipi dan sentuh bibir bawah dia... itu yg buat dia bercakap dan gelak....

Alahai cepatnya anak mama ni membesar...


Makan je...



Melepaskan kegeraman sebab hari raya hari tu tak dapat masak dan makan.

Tapi sambal ikan parang takde pasal nak tunggu ikan tu datang ketuk pintu rumah.. memang tak ler kan hahahaha....

Walaupun hanya 2 jenis lauk beserta nasi impit.. dugaannya aku nak berada kat dapur sgt mencabar.

Kejap anak minta susu, kejap tu Zafry bangun nak susu badan. Anak2 bergado nangis2. Buat aku terus jadi singa jadian.

Apapun sesi menternak lemak sgt2 menjadi huhu....camnalah nak buang semua kalori yg aku makan tadi ni..

Nota jari : Sedaaaappnye... puji ler diri sendiri... sape lagi nak puji hihihihi....

Zafry


Wajah pengubat jiwa mamanya...

Khamis, 25 Oktober 2012

Permainan lama yang dimodenkan

Riuh rumah dgn anak2 ni lebih2 lagi macam2 permainan yg diorg cipta sendiri.

Ni salah satu daripadanyalah....

Teringat aku masa aku kecik2 dulu main camni kat luar, pakai upih pelepah kelapa kering tu. Mmg riuh gaklah hehehe...

Apa2pun seronok jadi kanak2..kannn..






Rabu, 24 Oktober 2012

Zafry


Selasa, 23 Oktober 2012

Zahran dan Zafry


Isnin, 22 Oktober 2012

Gumbira..

Wahh...

Hilang sengal jiwa kejap bila dah bertukar dari laptop ke komputer..

Lepas ni aku melepak dlm bilik anak jelah dok mengadap komputer tu.

Seksa wei dgn laptop bila nak edit2 gambar ni..nak pakai jari sbb mouse x leh pakai pastu skrin kecik pastu meja x selesa...

Dulu tak kisah pasal x tegar sgt nak jadi blogger tapi skrg ni...hehehe...

Banyak benda nak cerita sbb ada kehidupan baru sbgai ibu kepada 4 org anak ni.

Nak tau susah x susahnya jadi ibu yg menjaga 4 orang anak lelaki... jap jadi tarzen, jap jadi singa, jap jadi panda hehehe...

Nota jari : Cepatnya waktu berlalu ye... nape masa dalam pantang hari tu rasa lambat je hehehehe...

Bersama selamanya...



Selipar mop

Masa aku dalam pantang aku mmg pantang tgk lantai kotor.

Jiwa aku bergelora nak pegang batang mop sebab sgt tak tahan tgk habuk bergulung2 menari2 depan mata aku seakan mengejek aku..

Aku mmg sgt bengkek sbb suami pun bukanlah jenis rajin mengemop orangnya...

Biasanya aku pejamkan mata dan keraskan jiwa supaya tabah melihat segala habuk dan semut seperti bergangnam style tu..

Tapi akhirnya benda ni sedikit sebanyak membantu aku melepaskan kegeraman aku tu.

Nak tau apa?

.




.



.




.




.




.




.

Haha...inilah dia...sekali lalu tu aku seret2 je dgn selipar ni...hihihi...



Ahad, 21 Oktober 2012

Zafry dan abang-abangnya









Dah besar anak mama ni semua..

Jadi anak yang soleh ye dan imam muda suatu hari nanti...

Sabtu, 20 Oktober 2012

Ape ler aku ni...

Adoyai...apa bengongnye aku ni.

Bape punye banyak kali ler aku tgk buku pemeriksaan baby tu tapi tak jumpa tarikh temujanji seterusnya...al maklum ler pes taim guna buku tebal gitu...biasa guna kad yg panjang tu je..

Abih tu dgn penuh yakin aku pun tetapkan tarikh sendiri sbb aku yakin itulah tarikh temujanjinya.. nurse tu pun salah ok sbb tak tulis tarikh temujanji yg tempat yg ditetapkan...

Aku pelik jugak sebab apsal ada temujanji hari Jumaat ek...selalu hari Rabu tapi xpelah..aku buat dek je ler...lambat lagi... dgn yakin ok tak tgk bulan tapi tgk hari je haha..

Tapi malam tadi baru aku tgk semula dan masa tu ler baru jumpa tarikh temujanji tu.. Hek eleh kannnn... dah terlepaspun tarikh tu..

Tadi g jugaklh kat klinik buat muka poyo tp mmg xde orgpun sbb klinik x buka utk urusan tu..Dia bg tarikh minggu depan je.

Jadi otak aku pun merayau pk nak g mana ni...dah cantik2 xkn nak balik rumah kan..tgh aku pk2 sambil drive tu ada plak kete ntah tetibe nak melintas kat petak kuning laluan terus aku..sib baik aku ternampak muncung kete tu klu tak mmg aku dah redah dia dah..kot iye pun agak2lah wei nak lintas kete gitu...aku x nampak sbb dilindung dgn kete yg tgh tunggu lampu merah..... sib baik baby tak jatuh kat bawah. Kepala dia terhantuk sikit je kat depan tu.

Aku putuskan untuk pergi ke kubur mak je tgk keadaannya. Mmg betul pun sangkaan aku sbb kubur mak tu dah retak batunya dan senget...kesian mak... nape ntah jadi camtu...ni mesti kubur sebelah curi tanah mak aku kot..pasal tu tanah tak cukup pastu kubur dia sengetlah...hishh...nak cari gado ni hehe... giler ko nak gado dgn kubur sebelah mak aku hahaha...

Pastu aku tepon lagilah tempat yg aku tempah nesan tu. Pun masih xde apa2 yg dia buat sbb termasuk ni dah 3 kali aku tepon. Lum ada kesempatan lagi katanya hmm...nak tunggu sampai terburai ke kubur mak aku tu baru dia nak datang...takpe aku masih sabar...

Dah selesai kat situ aku nak g shopping tapi x tau nak g mana plak..nak g JJ ke nak g Mydin...tapi bila pk aku xde apa pun yg nak dicari melainkan nak beli sayur je.. so aku g Mydin jelah memandangkan parking tak perlu bayar dan dekat sikit nak balik rumah. JJ lum bukak lagi pun masa tu hehe...awal lagi lum kul 10am pun.. Mydin pul 9am dah bukak..

Yg buat lama aku kat sana tu bukan apa...aku jap2 stop sbb nak susukan baby pastu aku tepon kakak aku dok borak lama2 dgn dia sbb nak habiskan bil tepon aku...esok dah habis tempoh tapi aku masih tak cecah RM30 lagi...rugi ler kan klu x guna..bayar tetap RM30 maa...

Dah lepas beli sayur..lupa plak kad Mydin ada kat suami...hmm mmg x dpt beli byk brg ler sbb rugi ler xde point hihi... so cuci mata jelah tgk barang2 tu..tetibe Zafry plak mengamuk sbb dia nak tido kot...mmg waktu tido dia pastu tu dia rasa x selesa...

Aku terus g sekolah tunggu budak2 tu balik sekolah, baru balik rumah. Itu jelah hal seharian ni.

Semalam aku bz edit gambar dan upload terus buat entry berjadual byk2 stok utk sebulan hehe..tapi tetibe ada gambar yg x bleh upload pastu internet mmg mcm siput ba** . Macam dengki je kat aku kann.... xpe lah..aku tido jelah..

Nota jari : Eh x leh makan keledek ler....angin...aku dok belasah byk giler semalam.. sudahnya Zafry buat hal malam tadi..padan muka aku....


Tiket

Cerita berkaitan sila klik SINI

Murah je pun nak masuk kat situ lagipun biasa2 je kemudahan dia.

Kene simpan utk dapatkan diskaun RM1 bila2 g lagi kat situ hehe..best kan... nak g lagilah hehe...

Pada aku tempat tu oklah sbb masa tu tak ramai sgt org so x lemas sgtlah tgk tempat tu.

Tempat air panas tu aku tak g pasal nak sumbat kat mana plak dgn baby ni..lagipun perjalanan nak ke situ lalu jembatanlah tanggalah...tak sesuai dgn stroller aku yg sarat barat ni...suami je yg merasa air panas tu. Anak2 pun tak g sebab masing2 leka mandi kat tempat kanak2 tu..


Dewasa RM6

Kanak2 RM3


Tapi kalau datang hari biasa kurang singgit jelah dari hari minggu tu...

 Nota jari : Sape2 dtg Melaka, singgahlah cuba rasa air panas kat sini plak hehe.

Air Panas Jasin











Sekarang ni setiap hujung minggu ada je plan kitorg...balas dendam berpantang 44 hari x g nane tu hehe..

Apa yang penting adalah melihat wajah keceriaan kat anak2 dan mak budak hihi..

Layan jelah ye..

Nota jari : Yang benaunya lama giler nak g sini tapi baru skrg dpt g...padahal dekat je pun dgn rumah haha...

Fakta Mengenai Bayi




Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 

Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar. 

Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Nota jari : Banyak info kat SINI

Jumaat, 19 Oktober 2012

Abang Zahran dan adiknya Zafry

Inilah kerenah diorg bila abang2 g sekolah. Tak lama lagi Zahran pun nak g sekolah jugak...tinggallah mama dgn Zafry je kat rumah.

Zahran ni geram sgt sebenarnya dgn Zafry sbb budak tu kecik.. dia tak pukul cuma dia suka dengki hehe.. 














Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster