Khamis, 30 April 2009

Nak balik yeehaaa...

Nak balik esok..yaahuuuu...


Tak tertahan rasa badan ni menanggung segala mengidam yg tak berkesudahan. Kat kepala aku ni asyik pk nak makan apa kat malaysia..lepas satu kedai ke satu kedai aku nak senaraikan dan tak lupa jugak aku nak g pasau beli ikan parang, tenggiri dan udang besar2 nak goreng dan buat sambal tumis..kerang jugak huhu..sotong haha..dan kuih yg aku nak makan hihi..

Untuk 2-3 hari ni aku rasa tak larat nak bangun..terhuyung-hayang badan aku. Mcm lantai ni lembut sgt rasanya..

Tadi aku rasa sakit mcm nak bersalin masa buang air..bukanlah pasal susah sgt tp ntahlah tetibe je nak sakit mcm tu..seksa sgt..bila kenang balik rasa takut je..

Dah lama blog aku tergendala camtu je pasal aku tak larat langsung nak ngadap komputer ni..tengok komputer pun rasa nak muntah..hmm..

Sebenarnya kitorg dah kehabisan duit kat sini..maklumlah makan asyik kat luar je..duit tetiap hari mengalir mcm air paip hihi...

Harap2 hubby dapat selesaikan masalah tu secepat mungkin..kat sini takde Maybank..payah sikit..plak tu hubby penah cakap kalau guna maps kat sini kene tolak RM15...giler kan..baik takyah..

Aku tepon baba aku semalam..katanya dia masuk hospital. Kene potong ibu jari kaki dia pasal dah bernanah. Dia ada kencing manis so takut merebak lebih teruk. Kesian baba..

Tapi itu kesan daripada kecuaian diri dan kemalasan nak makan ubat. Harap dia sedar dan ubah cara hidup dia lepas ni..

Tak sabar rasanya nak tunggu esok. Aku akan naik kapal terbang tengahari dlm kul 1pm camtu..doakan aku sekeluarga selamat pulang ke tanah air yg tercinta ye hihi...

Isnin, 27 April 2009

Layan jelah..

Disebabkan keadaan kesihatan aku tak menentu kat sini so update pun amatlah slow.

Perut lapar tp takde selera nak makan pastu asyik pk nak makan makanan yg ada kat malaysia..tak dapek nak nolong kata hubby..camne cari pun mesti tak sama..

Seksalah dlm keadaan camni skrg..emosi terganggu..mood takde..anak2 selalu jadi mangsa..kesian diorg bosan pasal aku tak nak kuar bilik pasal tak larat nak jalan..terasa nak muntah je.



ni beli baju anak dan hubby..aku pun ade jugak hihi..tu semua tu dah sejuta lebih..rupiahlah..


tengah asyik shooping dgn hubby..anak2 aku si Nelson yg jaga..pastu Zikry dah pau Nelson tu mainan..5ribu tu harganya..


seperti sedia maklum..mainan tu hayatnya tak sampai satu hari..hmm


si Zarfan suruh abang dia diam..aku lupa lak pasal apa..



ni susu aku beli kat sana..nampak mcm serupa tp tak sama..


susu dia nampak tak bape coklat dan takde perbezaan ketara pun. kalau dutch lady 123 kat malaysia warna cam pudar sikit tp 456 coklat dia lebih gelap dan nampak pekat tp yg kat sini tak..


tu jenama dia..teringat aku susu cap bendera hihi..


ni batagor..best gak


ni nasi bakar..korang nampak tak kopok dia yg warna putih tu..kat sini dah kira best sgt kopok tu tp tekak aku tok leh telanlah..


makan nasi bakar..


nasi tu Zikry yg nak..ingatkan sedap tp haduh..tak leh telanlah..tp Zikry habis makan.


yg Zikry makan tu otak2 katanye..punyelah tak sedap..buang byk plak tu sbb liat dan tak leh terimalah tekak aku ni..


kiranya aku makan utk malam tu je dah habis 70ribu huhu..pasal ade beli nasi goreng utk hubby harga 20ribu



Hari tu ada pergi jugak Pasar Baru...sape datang Bandung ni kalau tak ke Pasar Baru tu kira lum lengkaplah hihi pasal tujuan mesti nak shoopingkan..

Tp dlm keadaan aku yg masih lemah..dan anak2 yg buat hal. Aku tak dapat nak lelama kat dlm tu walaupun lama jugak cuma lama jenjalan dan sesat je hihi.

Korang bayangkanlah dah ler hari minggu..org punyelah ramai..kira berlaga bahu je..rasanya kalau aku terjatuhlah mesti kene pijak punye..sbb org tak pandang bawah tp pandang keliling sbb mencari apa yg berkenan di hati.

Ada 6 tingkat..aku parking kat tingkat 5. setiap tingkat pun aku tak larat nak jalan semua tempat. Jualan diorg bercampur dan nasiblah kedai yg kitorg sempat singgah tu.

Kat sana aku kene sebu telinga..nak muntah dan rasa melayang..tak leh lama sgt so mintak maaflah pasal mmg tak dapat beli byk..

Yang aku beli byk pun telekung je pasal nak menjual hihi..lagipun bukan pilih sgt sbb diorg dah sediakan.

Diorg ni susahlah nak mintak kurang..ada byk bersyarat plak kalau nak mintak kurang tu..lagi plak dia tau kita dari Malaysia..dah malas nak bertekak harga..amik jelah mana yg patut..

Mmg tak sempat amik gambar sbb tangan aku perlu pastikan pegang anak dan tiang utk berpaut..takut rebah je.

Begitulah sikit lebih kurang yg aku leh citerkan sebelum aku melepek tak larat kat bilik je..

Nombor Bilik

Untuk Azue..

Salam Azue..


Saya beli 3 je pasal ada org lain gak yg nak hehe..so saya bagi awak pilih..yg mana satu.

Yang hitam ada 2, satu yg sulam dan satu lagi yg labuci. Yang satu lagi warna coklat..ingatkan meroon hehe..salah tengok plak.

Yg ni warna hitam..sulam dr dekat. Sulam dia warna peach..





Yang ni warna hitam jugak..labuci..





Yg ni coklat..sulam dia warna senada..





Ok..pilih mana satu..eh mana dua..kalau nak 3 pun boleh hehe..nanti ada masa saya g lagi kat Pasar Baru tu..

Jumaat, 24 April 2009

Pasal tv

Tak habis lagi tu nak citer pasal tv hehe..


Disbbkan kat hotel ni aku ada kebebasan utk tgk rancangan kegemaran aku tanpa ganggu kartun anak2 so aku ape lagi dok lepak tengok tv jelah..

Rancangan yg sering buat aku nak nangis je dan terlalu emo adalah rancangan Hallmark - The Biggest Loser..

Aku jadi termotivasi tengok org nak kuruskan badan tp aku masih dok atas katil tido je hehehe..

Tapi kebanyakkan citer kat siaran Hallmark tu ada kaitan dgn semangat dan perjuangan hidup sbb ada di ambil dari kisah benar so aku mmg suke lagi dululah rancangan tu..

Lagi satu..aku happylah tengok ada citer hindustan kat sini..saluran indonesialah. So tunggu punya tunggu..aku tengoklah tp huhu..diorg cakap indon plak hihi..dah di alih bahasa..tak feeling langsung..

Tadi baru tengok citer Oshin..cakap indon jugak..tak kisahlah pasal kat malaysia pun dah dialih bahasa jugak..

Merangkak sikitlah nak paham dan aku buat2 paham je dgn citer yg dah dialih bahasa tu sbb dah takde citer yg best lagi nak di tengok hehe..mmg aku perah habis citer kat tv tu..hihihi...

Citer cina kat sini susah nak tengok..apa lagi citer Malaysia. Citer indon mmg berlambak mcm kat Malaysia jugak..diorg byk saluran tapi masih boleh mengekalkan hanya citer diorg je tp kita kat malaysia mcm tak asli pun..kalau org luar datang ke malaysia mesti pelik sbb tak tau yg dia duduk tu negara malaysia..citer indon lebih byk dr citer malaysia..

oklah..aku nak sambung tengok tv balik hihi..

Gosip panasss


Wah..korang tau tak berita terhangat kat sini..hehe..mestilah tak tau pasal korang bukan ada kat sini pun hihihi..


Mulanya aku buat tak kisah dan tak amik peduli je dgn citer gosip ntah hape ke benda kat indon ni tapi bila dah tetiap hari dok citer benda yg sama..musykil sikitlahkan..

So aku sempatlah tadi amik pen dan kertas..konon cam wartawan..cari fakta apa yg sebenarnya yg diperkatakan..

Camni kisahnye..

Korang penah dengar tak Kerabat Raja Kelantan berkahwin dgn orang dari Indonesia ni..Nama Raja tu Tengku Muhammad Fakhry dan perempuan indon tu nama Manohara.

Diorg ni kawin 26 Ogos 2008..lum setahun lagi tapi rumahtangga diorg dikatakan dilanda kemelut yg dasyat.

Korang tau tak apa tuduhan yg dah dibuat..si Manohara ni telah diseksa secara seksual dan tidak dibenarkan langsung untuk berhubung dgn keluarga atau sape2 pun..kecuali menjalankan tugas sebagai isteri kerabat di raja kelantan..

Diorg kawin pun mcm tergesa2..pastu kerabat raja Kelantan ni putuskan hubungan dgn keluarga kat indon tu.

Manohara ni adalah model kat Indonesia ni dan mmg cantik sgt pun..mcm rossa tapi lagi cantik dari rossa hehe..dan antara org yg seratus tercantik diindonesia..

Mak Manohara ni namanya Daisy Fajarina. Dia kesal sbb beri anak dia kawin dgn raja ni pasal raja ni konon kurung anak dia dan seksa.

Ada gak perbualan telefon dan anak dia nangis je...tak cakap apa dan raja kelantan tu mcm beri byk alasan dan mengatakan Manohara baik2 je..

Pastu yg paling aku rasa pelik..diorg mengaitkan perkahwinan Bunga Citra Lestari dan Siti Nurhaliza menerima nasib yg sama...hish..ade ke situ plak..

Diorg cakap..kalau kat Malaysia lepas kawin diorg takde kebebasan utk berkarya dan meneruskan pekerjaan..contoh siti nurhaliza yg dah tak menyanyi lepas kawin. Seolah dikongkong. Pasal tu si bunga tak nak duduk malaysia supaya dia tetap dapat terus jadi penyanyi dan pelakon.

Korang dapat bayangkan tak ape yg ada kat fikiran aku ni...diorg kat sini anggap org malaysia kalau kawin akan dikongkong oleh suami dan tak akan mampu buat apapun..

Buruk sgt anggapan diorg ek..kononnya lepas kawin isteri tu dianggap harta dan seolah kene putuskan hubungan dgn keluarga dan jadi harta kerajaan seperti di Kelantan.

Tak hairanlah pegangan demokrasi yg diorg pegang kat indonesia ni sehinggakan kebersihan juga rakyat punye hak utk tak menjaganya dan sanggup longgok dan biar bersepah tanpa ada jabatan yg uruskan secara rutin..

Dan tak hairanlah karya di Malaysia dianggap sampah di sini...sbb diorg mmg suke sampah diorg dan tak suke sampah org lain masuk..hish..geram sgt ni..

Aku rasa mungkin berita pasal kerabat raja kelantan tu tak tersebar di malaysia utk jaga nama baik kerajaan kelantan. Mungkin juga ada yg tau sbb aku tak tau hehe...

Kes itu masih lagi berlanjutan sehingga hari ni dan mak Manohara tu merayu supaya dia dapat jumpa anak dia. Tengku Muhammad Fakhry tu dah culik Manohara dan menjadikan aset kerajaan Kelantan.

Manohara ni penah lari ke Jakarta dan beri surat menyatakan diperlakukan secara tidak sepatutnya bermula dari malam pertama dan dia ingat diorg kawin atas dasar cinta tapi dia rasa sebaliknya. Dia ada nyatakan dlm surat tu suruh datang kat Jakarta dan berunding dgn pihak berwajib utk berpisah kalau tak silap aku tp Fakhry amik jalan damai utk g Umrah dan selesaikan. Masa lepas buat Umrah tu fakhry culik Manohara dan tak dibenarkan balik malah berjumpa dgn keluarganya di Indonesia ni.

Itulah sedikit fakta yg boleh aku bitau..ntahlah aku rasa tak salah tindakan Fakhry sbb akan memalukan pihak diraja Kelantan. Tulah..nak kawin sgt dgn anak raja..tp kat sini panggil Pengeran..anak rajalah kan hehe..aku bukan tau sgt bahasa diorg ni..tp aku amik fakta yg aku faham jelah hihi..dah kawin mana boleh tarik diri camtu je..nak menyesal pun tak guna dah..

Kesian tu mmglah kesian tapi nasi dan jadi bubur dan ibu Manohara mmg sedih sgt dan meraih simpati rakyat Indonesia supaya terus membenci Kerajaan Kelantan secara umumkan Malaysia atas sikap Fakhry yg mengurung anak dia Manohara tu.

Kalau korang nak tau lebih detail..korang g je kat Google dan taip manohara..segala citer pasal diorg ada..

Khamis, 23 April 2009

Ahh...

Seksanya dalam keadaan skrg ni..


Perasaan yg tak menentu..selera yg tak dapat dipenuhi..ahh..tensionnye..

Aku dah 3 hari tak turun sarapan. Sbb aku takde selera dan anak2 susah nak bangun awal.

Aku rasa aku dah lama tak makan kenyang..takat minum oat dan ratah cornflakes. Dah itu je utk alas perut..

Bukan pasal aku takde duit tp selera mmg takde. Kesian kat anak2 sbb diorg kene ikut gak apa yg aku makan. Tp tak kisahlah pasal diorg ada susu.

Aku dah muak dgn makanan yg ada kat hotel ni masa sarapan. Muak sgt. Kata nak turun sarapan pun dah leh buat aku rasa nak muntah.

Tapi hari ni terpaksa jugak pasal aku dah lapar giler ehehe..aku nak cari yg masam2 je..

Tulah masalahnye kat sini..takde pun yg masam2. Aku tak suke sgt jeruk tp kat sini mmg tak byk mcm kat malaysia pun. Adelah jeruk mangga kot tp tak seleralah aku tengok. Aku cuma nak makan tomyam.

Tadi sebelum nak turun sarapan aku baring sambil hilangkan mabuk ni tp tetibe je terbau tomyam..ya allah..mmg aku ngidam sgtlah tu. Mungkin utk hilangkan tension tu allah beri aku bau tu hmm..alhamdulillah..tp aku nangis pasal aku nak makan huhuhu...

Turun sarapan tadi aku amiklah cornfleks dan cococrunch utk makan tp tak lalu langsung. Adelah soto ayam..ayamnye dah abis pasal aku turun lewat. Fuh tak leh bau pun..

Aku makan bubur je..sedap jugak bila ada kacang dgn bawang goreng tu hehe..tambah 2x. Sebelum tu aku jumpe limau kat buah-buahan. Oklah suke tp manis..tak masam. Kiciwa sikitlah hehe..

Lain..aku lantak jus oren 3 cawan sbb masam sikit hehe..

Masa ni lah aku teringat kalau dapat masak asam ke..asam rebus ke..ahh...mesti berselera aku makan.

Aku tanyalah hubby..dia tak rasa ke cam yg aku rasa skrg ni. Katanya masa memula dulu adelah..skrg ni dah biasa dah.

Ya Allah..susahlah nak tafsirkan perasaan aku skrg. Bila apa yg kita makan tak sampai rasa puas..makan kenyang tp kepuasan tak sampai..so susahlah nak bitau camne...korang duduk sinilah baru tau camne. Tp rasanye kalau aku leh masak dgn cara aku sendiri..mungkin aku takkan hadapi keadaan camni kot.

Kesian kat hubby tp aku harap dia ok dan boleh kurus lepas ni hehe..

Lagi satu yg aku amat sakit hati dan kiciwa...

Kalau kat Malaysia tu..mana ada channel yg takde citer indon..naik muak tgk tv kat malaysia asyik ade je citer indon..tp sepanjang aku kat sini..takde penah satu citer dr malaysiapun yg ada..malah lagu ke video klip ke pun takde..sakit hati aku tau..

Peliklah apsal kat malaysia tu berlambak2 dok kutip citer dr Indonesia ni..padahal aku rasa citer kat Malaysia tu lebih bagus dari Indonesia ni..hish..ni geram ni...

Selasa, 21 April 2009

Tag Wallpaper dari @liya

Tag pertama setelah aku pindah rumah.

Daripada Aliya

Peraturan
1) anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jngan tipu2 ek x suke
2) bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...
3) tag 10 people...



Betul..aku tak tipu..inilah wallpapernye..tp lappy hubby aku lah..yg kat Bandung ni. Aku percaya dan yakin..dia jugak penah letak wallpaper kat lappy ni tp tak berjaya..hasilnya tetap hitam hehe...

Aku takkan tag org hehe..buat masa nilah pasal aku nak jadi org baik muahahahaha....

Isnin, 20 April 2009

Makin pusing..

Ahh..aku dah merasakan perubahan hormon skrg ni..

Semakin pening dan badan semakin lemah..

Tapi belum lagi muntah2..cuma takde selera nak makan walaupun perut ni lapar dan sedang menyanyi dangdut..

Apa pun aku tak dapat nak sah kan ape2 sbb takde bukti..tunggu balik Malaysialah sbb aku malas nak cari farmasi kat sini..hehe..

Tapi mungkin jugak stress sbb nak kene pk perabut yg bersesuai dgn rumah baru aku ni..ape yg perlu dikurangkan dan apa yg nak ditambah..sungguh tension..dan memeningkan kepala..

Tak sukelah kalau korang datang rumah aku takde perabot so korang kene duduk atas lantai je hehe..walaupun hakikat rumah aku yg sebenar mmg takde perabot pun muahahahaha...

Oklah..aku tak bershooping lagi skrg..hubby teramat bz dgn kerja dia. Mulanya cam tensen gak sbb tak dapat lagi nak beli brg yg dirancang tp bila pk balik..tujuan datang sini bukan bercuti..ikut hubby je sbb dia keje sini so kene terima hakikat yg dia keje dan aku je yg cuti hihihi..

Tapi kalaulah takde anak2 ni..dah lama aku bershooping hari2 naik teksi ke angkutan kota ke..jalan kaki ke..kat sini byk pengangkutan..tp bila pk dgn anak2 yg tak reti bahasa lagi ni so aku sanggup memerap dlm bilik daripada menyakitkan hati aku terjerit2 bila kat luar pkkan keselamatan dia..

Walau apapun aku tetap happy kat sini sbb hubby ada depan mata dan perasaan risau aku tak ler sampai berminggu2 cuma masa dia g keje je..so mmg bahagia kerana dapat disamping dia..love u ayah..

Ok..itu sajelah utk hari ni..aku nak lepak tengok tv..dan mmg itu je keje aku tetiap hari..

Jumaat, 17 April 2009

Sambungan tergendala

Sambung kat sini jelah memandangkan aku punye blog tu dah penuh gambar hehe..

So blog ni kira cam kosong dan semak sikitlah..maklumlah baru pindah rumah..amik masa sikitlah nak dandan hehe..


masuk meja ni..dah 3 kali pindah hehe..memula makan kat dlm pastuh budak2 ni nak mandi so naik kat atas..pastuh diorg asyik nak main kat kolam yg dalam so pindahlah duduk lepak sini lak..sambil bawak sarapan yg mana boleh hehe..


yang Zarfan makan tu kuih serabai..betullah kat sini pun pakai nama tu tp aku cari gula merah tu takde lak..kalau pai, waffle dia letak plak gule tu hish..so tak bestlah takde nak cicah gule..


diorg ni semua ikut aku hehe..selimutkan kaki..









Ok..itu je gambar yg tergendala tadi hehe..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster