Isnin, 31 Mei 2010

Selesailah kot..

Petang tadi aku dapat panggilan daripada kawan lama.

Kawan lama yg sama keje dgn aku dulu..skrg dia nak terima tawaran keje yg bos aku tawarkan pada aku dulu. Perkara tu mmg aku dah agak.

So dia telefon utk tanya pendapat aku. Ok je aku kata. Sekurang2nya dia dapat merasa ape keje yg aku lakukan dulu cuma aku rasa aku mcm tak sanggup nak buat keje tu semula...bila dikenang2 fuhhh!!!...takutlah hehe..

Aku ucapkan good luck pada dia. Dia kata aku ni sindir dia ke hehehe...tak lah..ikhlas ape..mmg aku doakan dia jadi pekerja yg lebih bagus daripada aku. Aku yakin dia mampu...sekurang2nya dia lebih garang daripada aku..itu satu kelebihan yg amat berguna utk dia mempertahankan diri dia daripada dibuli macam aku dulu.

Hari tu suami aku ada bitau...HR Manager call dia dari KL. Beritahu tentang tawaran bekerja utk aku. Mungkin diorg anggap suami tak benarkan jadi dia call ler suami aku utk pastikan keputusan aku tu hehe. Jawapan dia tetap sama..apa yg dia cakap..itu jugaklah aku akan cakap. Walaupun diorg takdepun tanya aku secara rasmi..takat main risik2 camtu je..rupanya mmg serius ye..aku ingat memain je diorg offer tu hehe..

Hmmm...pagi tadi Sita bg sms. Dia kata nak balik. Bila kata nak balik tu maknanya dia tak nak keje kat rumah tu lagi. Aduhai..aku dah risau dah...Ni semua pasal baba marah dia. Tak pasal2 nak melenting disebabkan Sita tu ajak makan sama..hishh...dia leh kata lak Sita tu duduk menumpang je kat rumah tu..nak balik tu baliklah tak payah datang lagi..sabau jelah..tak taulah aku apa punca dia hilang kawalan diri sampai cakap camtu. Tapi nasib baik tengahari tadi baba pujuk Sita tu balik. Kalau tak..satu hal lagi pulak nak kene pk bila Sita tu takde keje kat rumah tu lagi...

Ok..itu jelah celoteh aku hari ni..

Rabu, 26 Mei 2010

Dah lama idam..

Masa pertama kali aku tgk.aku cuba....wah..menepati citarasa cuma harganya yg buat aku telan air liur..

Setiap kali pegi sana aku mesti tgk kalau2 harga dia turun tp biasanya hampa..

Dari tahun lepas aku mmg pasang impian je yg aku akan beli tp x tau bila..selagi yg lama bole guna jd aku sentiasa kuburkan harapan..tak penting sgtpun..

TAPI....

Hari tu aku ajak suami g sana..saja2 je sbb aku rasa tgh ada jualan runtuh harga.

Tak ler aku sangka...tinggal RM15 je..BIAR BETUL!!!..

Nak tau ape..





















hehe..



















Harga dia dulu RM49.99 tau...



Terima kasih kat ayah yg belikan mama kasut ni..mama happy sgt..

Dia sapu 2 pasang lak tu..yelah org bekerja..hehe..

Kat Bata mmg tgh nak habiskan stok kot...tapi yg paling murah yg kat Jaya Jusco Melaka yg lama kat Ayer Keroh tu...kat tempat lain aku dah survey dah....tak semurah sana..cheh siap survey tu tak puas hati hehe..

Selasa, 25 Mei 2010

Patutlah

Berita terbaru yg aku dapat.

Patutlah diaorg nak org yg berpengalaman kerja semula sbb ISO dah nak dekat...

Korang tau tak betapa susahnya dan berdebar jiwa nak hadapi ISO tu..sama perasaannya masa nak jumpa doktor gigi dan dia bitau kene cabut huhuhu...

Oh tidak..tidak...sama jugaklah perasaannya masa aku nak kene indius masa beranak dulu..

So aku dah pun bitau keputusan aku. Mmg ada org yg kecewa tapi pada aku...lantaklah hahahaha ada aku kesah..

Wahh..wah sgt berlagak ye aku ni.

Sebenarnya aku ada terpk jugak nak jadi cleaner je hehe..sbb aku mmg dah byk pengalaman hape..see..tangan aku kasar ni sebagai bukti..hehe..

Tesco kat tempat aku ni akan dibuka...maklumlah dekat dgn stadium tu..jgn lupe ye datang ke melaka tgk SUKMA...leh singah rumah aku kalau tak malu hehehe...

Jgn lupe gak datang tesco..mana tau nampak aku tgh mop lantai kat sana hehehe...

Izin @ tak

Aku musykil apsal tak leh tgk ulasan ke2 ek? Komen dari suami plak tu...hishh!!!

Sebenarnya aku akan pk terima @ tak selepas dapat keizinan suami hehehe...

Mmg itulah alasan yg aku bagi kat diorg buat sementara waktu ni. Cuma aku konon nak advance sikitlah...manalah tau kalau suami beri izin maka aku perlulah pk secara drastik..

Hati aku beratlah skrg...aku genti keje dulupun pasal tak tahan keje kat sana..tension. Plak tu org yg benci aku masih lagi wujud kat syarikat tu. Maka masalah yg sama akan timbul jugak satu hari nanti.

Tapi bila pk secara mendalam..diorg tu nak aku keje balik sbb nak lari dari masalah yg diorg akan hadapi. Cari org yg berpengalaman supaya tak susah2 nak train org baru. Diorg kalau hargai aku...diorg takkan benarkan aku letak jawatan dulu. Tapi bukan aku ke yg beriya2 sgt nak letak jawatan hehehehe...

Aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Memandangkan Zahran yg menetek 24jam sehari ni maka aku kesian sgt kat dia. Tak sanggup nak berpisah dari tgk muka dia yg buat hati aku berbunga setiap hari...seronoknya ada baby ni tau hehehe...

Mmg aku nak ada kerjaya...tapi bukanlah waktu sekarang bila mana anak2 masih kecil memerlukan perhatian 100%. Tunggulah anak2 dah besar dah boleh urus diri sendiri. Mungkin aku akan pertimbangkan. Walaupun aku dah berada dlm kategori warga emas waktu tu hehehe...

Haa...baru dapat baca komen suami bila dah publish entry ni tadi.

So itulah jugak keputusan aku...tak ralat pun aku tolak tawaran tu. Aku rasa terharu jugak diorg hanya nampak aku yg boleh isi balik kekosongan jawatan aku dulu..

Satu penghormatan yg besar utk aku sekaligus menebus maruah aku yg dulu...yelah diorg tak hargai masa ada...cuma aku mengharapkan diorg akan dapat yg lebih baik dari aku tapi org tu plak blah jugak hahahaha....

Sedangkan tak bekerja ni pun aku rasa 24jam tu tak cukup utk aku dlm sehari...inikan pula bila dah bekerja...hmmm yeyeoo je aku ni hehe..

Kepada ayah yg sentiasa memahami mama ni..jutaan terima kasih. Mmg betul...apa yg mama dapat sekarang ni..kebebasan..berbelanja...lebih mewah daripada masa mama keje dulu. Mama mmg bersyukur sgt dan harapkan Allah sentiasa memberi rezeki pada keluarga kita. Cuma hmm..yelah ada satu dua perkara je yg buat mama terasa nak keje tu hehehe...tapi tak penting sgt pun daripada memeningkan kepala dgn masalah kat tempat keje plak..

Love u ayah...

Isnin, 24 Mei 2010

Terima @ tak..

Jam 3.07pm

Dapat panggilan dari kak ita. Kawan tempat keje lama aku.

Dia call utk menyatakan hasrat bos mengambil aku bekerja semula. Masa tu bos ada masa dia call.

Aku kata nanti aku pk dulu.

Sejurus lepas tu kak ita tu call aku lagi utk beritahu bos nak keputusan aku cepat sbb dia dah call HR Manager kat KL supaya tunggu keputusan aku dulu sebelum siarkan jawatan kosong kat jobstret tu.

Agaknya sebab inilah mata aku asyik berkedip..bukan nak jumpa org jauh tapi nak dapat tawaran keje. Berita baik ler tu kan..

Aku sekarang masih lagi berfikir...nak terima atau tak. Tapi makin difikir..rasa macam kenangan lama menerjah kembali membuatkan hati aku kelat nak terima pelawaan tu.

Tapi tak aku nafikan..sejak dua menjak ni aku macam nak punye kerjaya lain selain daripada surirumah tangga ni. Yelah.bekerja sambil duduk rumah pun ok jugakkan asalkan aku ada income sendiri..tgk kengkawan lain dgn bisnes baik punye..janji masyukk..

Paling ketara aku boleh tanya lak kat suami malam tadi. Mama nak ada keje ler..ape ek yg mama nak buat selain daripada duduk rumah je. Asalkan ada pendapatan sendiri. Suami aku cakap..tu bisnes jual telekung tu. Hmm...selalunya bukan aku yg jual pun...org lain yg jualkan.

Pastu Sita seboleh2 nak jaga anak aku yg kecil ni. Aku cakaplah dgn dia..nanti bila dia dah saya ajar minum susu botol..bleh sita jaga. Saya boleh keje hehe...

Semua tu atas naluri yg aku sebenarnya tak pernah pun nak jangkakan sebelum ni.

Kalau aku nak minta pendapat semua kengkawan..dah tentulah diorg setuju aku terima tapi camnelah dgn anak2 aku ni...hmmm...

Sekarang ni fikiran aku kosonglah...nak terima pun tidak..tak nak terima pun ye..

Tolong beri pendapat korang supaya aku boleh buat keputusan yg tepat..selain nak buat solat istikharah malam ni.

Tak sekolah

Tak tau plak hari ni cuti sekolah Zikry.

Pasal cikgu diorg menghadiri sambutan hari guru peringkat negeri.

Maka hari persekolahan diorg ni diganti pada hari Sabtu ni.

Tapi Zikry bangun pagi tadi dan telah dihantar ayahnya ke sekolah...

Bila aku tepon, cikgu cakap dah hantar surat memaklumkan cuti. Aku peliklah pasal aku tak nampak.

Bila Zikry balik rumah tadi aku cek ler beg dia..mmg takde tapi bila aku tgk ada satu kocek kat beg dia..kocek kecil je..surat tu terperunyuk dlm tu..aduhhh!!!

Tak penah pun aku nak cek ade pebenda dlm kocek tu selalunya..tak sangka plak dia pegi sumbat surat penting tu kat situ..

Jumaat, 21 Mei 2010

Ape nak citer ek?

Nak citer ape ek?

Ntahlah macam kehabisan idea plak aku ni. Seolah takde ape yg berlaku dlm hidup aku sedangkan setiap hari tak sama..cuma dah jadi rutin jadi nampak macam biasa. Jadi ape aku nak citer...duit dah takde muahahahaha....

Macam tulah bila suami dah ada dekat ni...masa byk dihabiskan dgn hal rumah je..otak pun ligat nak pk masak apa lepas ni..besok..lusa..

Cuma nak bitau...suami dah belikan tplink..sejenis wireless utk internet..hilang sikit sawang kat laptop aku tu..jadi dlm tandas pun boleh berinternet tapi...perlukah? hahaha...

Bila dah ada kemudahan yg amat canggih ni...kalau idea takde nak melekat depan komputer tak guna gak hehe...

Tapi syok gak skrg ni aku berinternet sambil tgk tv jadi dapatlah aku delete email yg dah beratus tu...kalau ngadap terus je internet dlm bilik tu..bosan jugak.

Ntahlah..malaslah...kamera rosak..duit takde..jadi idea pun tak singgah...

Baba aku sakit..dah bawa g klinik semalam. Malam tadi dia lagi teruk..rupanya gula dia rendah dlm badan jadi lepas bagi dia gula..alhamdulillah sihat sikit. Aku nak g jenguk diorg setiap hari tu susahlah..pasal kete dah mintak makan huaaa...aku takde duit mau kasi itu kete makan....

Sape2 ada duit lebih tolong sedekah sikit kat aku ni hehehehe...

Ahad, 16 Mei 2010

Hari Guru

Zikry dari awal dia dah pilih kad utk cikgu dia...masa beli besday kad ayah dia dulu tu..

Jumaat lepas dah bagi cikgu dia..hadiahkan pen je hehehe...

Bila aku tanya..cikgu cakap apa kat awak..katanya cikgu kata dia baik sgt dan ucapkan terima kasih..

Kepada semua guru2 kat Malaysia dan yg pernah mengajar aku..Selamat Hari Guru..

Semoga Allah memberkati apa yg cikgu semua lakukan...

Gambar mungkin dah takde lagi dah pasal kamera aku dah rosak..yg hanya leh pakai kamera suami je tapi dia nak pakai kamera dia huhuhu...puasa bergambarlah aku...

Sabtu, 15 Mei 2010

Aurat

Tutup salah..dedah tak salah..

Pompuan yg berpakaian serupa bogel tu dapat pujian..sanjungan..kehormatan..mahal plak tu..

Tapi yg bertutup ni..sebaliknye plak..

Kalau tak faham korang bacalah kat sini

Jumaat, 14 Mei 2010

Walker & Gula2

Naik walker pertama kali..dan makan gula2 abang dia..


















Budak ni sgt suka makan...pantang letak ape je makanan kat mulut dia..

Khamis, 13 Mei 2010

Ucapan Hari Ibu




Wah..balik sekolah semalam kat tangan dia ada sesuatu..tak letak dlm beg tu..punyelah xcited nak bagi mama dia..

Rupanya kad ucapan hari ibu..cikgu dia suruh buatlah tu..

Ape pun terharulah sgt sbb inilah kad pertama hari ibu yg daripada anak aku yg sulung tu huhuhu...

Bukan tu je kejutan yg ada..

Suami pun balik hari ni...tapi dah sampai sini baru bitau..huhuhu...padahal  pagi tu aku sms dia kata tak balik..sibuk..sabo jelah.. 

Patutlah beriya2 benar aku mengemas rumah dari pagi..luar dlm aku mop..naluri sorang isteri ni mmg kuatlah hehehe...

Isnin, 10 Mei 2010

Makanan Pertama


Zahran dah mula makan. Sukenye dia...

Walaupun belum 6 bulan tapi atas dasar kesian tgk dia suka tgk makanan dan org makan jadi aku belikanlah dia makanan.

Tunggulah dia dah besar sikit baru buat bubur nasi yg leh letak segala sayuran..buat masa ni malas plak nak blender kasi halus..

Lemah..

Bosannya hari ni..

Tak tau kenapa aku rasa kepala aku berat dari semalam..mabuk..nak muntah..lemah..

Dah ler aku tak datang bulan dah sebulan lebih ni...tapi tak taulah kalau mmg sbb kesan daripada makan pil perancang noriday tu..

Tapi hari tu baru berurut dgn Maklang tu katanya takde apepun kat perut aku..kalau ade mesti keras tapi tu dia urut bersengkak mcm biasa takde apepun...

Entahlah...ape pun yg aku nak buat jadi malas..

Esok cuti plak tu lagi...pasal sekolah Zikry baru buat sukan tapi zikry tak masuk pun..tak terpilih pasal asyik demam je hari tu agaknye..

Anak2 aku bagi kelonggaranlah utk dia tgk kartun. Dapatlah aku mengadap komputer ni lama sikit tanpa gangguan. Tapi seperti biasa..sebelum bukak komputer ni mcm beriya2 sgt tapi bila dah bukak hmm..tak tau plak nak buat ape..rasa nak tutup je plak..

Ahad, 9 Mei 2010

Jambu Air






Sejak 2 menjak ni...lepas aku balik dari CH hari tu..mak aku dah mengidam setiap masa jambu air ni..

So nak tak nak aku kene cari jugak setiap minggu utk dia. Lagipun kalau nak pujuk makan ubat ke ape ke..dgn buah tu lah yg boleh buat dia lembut hati. Kira umpan jugaklah..

Tak sempat g pasar aku belilah kat pasaraya besar..

Selamat Hari Ibu pada ibu diseluruh dunia terutama mak aku dan mak mertua aku...org yg amat berjasa membesarkan aku dan suami aku sehingga kini..

dan pada diri aku sendiri hehe..Zikry dan Zarfan hanya beri hadiah pelukan dan ciuman je sbb mmg itu je yg aku nak hehe...

Sabtu, 8 Mei 2010

Berak

Bab terberak ni dah jadi kebiasaan dah kat rumah mak dan baba tu..

Bukan mak je malah baba pun turut tumpang terberak sama ditempat yg tak sepatutnya.

Semalam aku datang rumah mak hantar jambu air dia tu..mulanya aku masuk nampak kat lantai bercap warna coklat..aku mmg syak taik tapi mungkin juga tidak jadi utk aku pastikan pebenda tu aku culik sikit dan cuba bau..mmg sah taik huhu..nasib baik tak rasa uwekk hehehe..

Bila aku tanya..mak kata dia berak mlm tadi padahal ni dah waktu petang dah nak malam dah ni..takkan takde sorang pun yg perasan dari siang tadi.

Bila aku pegi kat dengan bilik air tu baru perasan mmg ada taik elok terletak je kat bawah tangga..sedikit pekat dan telah dipijak seseorg..

Lepas aku kemaskan..mulanya aku agak baba yg pijak taik ni dah merata bawak jalan satu rumah tapi rupanya mmg ia pun keje dia sbb kesan taik mak pun masih lagi melekat kat kaki dia.

Siap boleh tanya plak kat aku...kuat betul bau taik..ntah taik sape ntah..huhuhu..padahal kat kaki dia...

Sita plak masa tu tgh bakar sampah kat luar rumah..jadi aku bersihkanlah semua lantai kat rumah. Terus hilang selera nak makan kuih yg aku bawakkan sbb mmg terbau taik je huhu..

Rupanya bila bitau..hal berak merata dan bersepah ni sgtlah biasa...dah tau terberak..kain tak nak tukar..tak nak mandi..itu baba aku ler sampaikan mmg merata2 bawak taik tu..duduk, baring, makan huhuhu...takde idung kot..itu lum lagi citer hal air kencing merata dlm rumah tu...

Sita pun dah malas asyik nak tegur dan suruh baba aku tu..yelah..bukannye sakit mcm mak pun yg asyik nak perlu ingatkan..dia masih waras lagi..takde masalahpun kalau nak bersihkan diri..tapi punyelah malas..kenapa ye...???

Hari tu..tau plak terhegeh2 nak suruh aku bawa dia cuci kaki kat klinik. Padahal sebelum ni bila nak bawa byk plak alasan..aku pun dah malas dah nak paksa..dia nak pegi aku bawak..dia tak nak aku biarkan je..daripada asyik nak kene ingatkan..itu aku dah bosan..terpulang pada dialah skrg ni...aku ikut jelah..

Daun Bambu




Pada sape yg tak penah tengok daun bambu..sini ada gambar..

Masa Zarfan kene campak dulu suami bawak balik 2 beg plastik..ni bukan nak buat mandi utk seminggu tapi utk sebulan rasanya hehehe...

Daun tu aku lurutkan daun dia pastu rebus..punyelah busuk bau dia..

Tapi org kata lebih baik rebus dgn tangkai sekali cuma aku punye peralatan tak cukup besarlah..periuk yg ada dlm rumah ni pun comel belaka..

Tentang keberkesanannya hmm..entahlah..ok kot sbb Zarfan cepat elok..itupun campur ubat sapu lagi..ubat makan lagi..apapun itu salah satu ikhtiar utk dia cepat sembuh..

Kata baba aku..kalau utk org dewasa..daun tu dilibas pada org yg kene campak..kang libas kat budak kang kata dera plak hahaha...

Mandikan dgn air daun tu pun dah separuh histeria dah Zarfan tu sbb air suam..dia lebih suka air sejuk daripada air panas..pantang betul dia kalau mandi pakai water heater tu..dia mmg tak suke..walaupun pagi hari..dia sanggup mandi air sejuk tu..peliklah dia ni..

Jumaat, 7 Mei 2010

Seram

Penunggu Gunung Raya

Biasa je kan tajuk citer tu..tapi cerita tu mmg aku akui sgtlah bestnye..

Memula tu aku ingatkan hantu tu nak beraya kat gunung hahahahaha...tetibe je lawak..

Jalan cerita dia macam baca novel Ramli Awang Murshid...kalau ada sape penah bacalah. Novel berbentuk thriller tu..

Lagi kita tgk, lagi byk persoalan yg terungkai..lagi tension dibuatnye sbb kene tunggu tiap minggu utk tgk dan tahu apa sebenarnya yg berlaku..

Macam malam tadi tu fuhh...sgtlah seram..boleh terangkat2lah badan aku bila terkejut tu.

Citer hantu ni tak macam citer hantu yg tunjuk hantu bangang tu..dia penuh misteri dan cerita disebaliknye..

Kalau nak diceritakan pun susah sbb bila suami tanya kenapa camni kenapa camtu..susahnye nak jawab sbb aku pun tak tau selagi citer tu tak habis lagi...bila nak suruh dia tengok sendiri..takut plak..

Yg aku tau..motif cerita ni memberitahu bahawa jgn percaya dan berjanji dgn syaitan sbb syaitan mmg jahat..camne manisnya janji dia pada kita tapi dia tetap syaitan yg telah berjanji dgn Allah akan menyesatkan manusia...bape byk perkataan janji daa...

Aku ni nak kata hantu tv tu tidaklah sgt..tapi kalau ada satu2 citer yg aku suke tu...tak naklah ketinggalan kalau boleh hehe..

Sinopsis Cerita Penunggu Gunung Raya

Mengisahkan sebuah mimpi misteri yang sering menghantui empat individu, Azam, Intan, Mas dan Omar yang sebenarnya terikat dengan kisah silam masing-masing.

Kisah bermula dengan Azam (Zizan Nin) seorang penulis novel seram yang terkenal tetapi kehidupannya kusut akibat sering diganggu oleh jelmaan bekas teman wanita yang telah membunuh diri kerana terlalu kecewa selepas putus cinta dengannya.

Intan (Emelda Rosmila) pula seorang janda muda yang baru kematian suami dalam sebuah kemalangan jalanraya dan dirundung resah gelisah kerana merasakan kandungannya bukan anak manusia.

Manakala Mas (Fouziah Gous) pula diburu rasa ketakutan dan bersalah setelah membunuh kekasihnya, Datuk Kadir.
Hidup Mas pada dasarnya nampak bahagia kerana dilimpahi kemewahan selepas menjadi perempuan simpanan ahli perniagaan berjaya.
Namun, hatinya sentiasa tertekan lantas mengambil tindakan drastik dengan membunuh kekasihnya sendiri.

Berbeza pula dengan Omar (Sahee. D), seorang pemaju hartanah yang hanya mementingkan keuntungan dan sanggup membuat apa sahaja untuk mencari kekayaan.
Malangnya, Omar terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sejak cuba menerokai kawasan di Kampung Gunung Raya.

Mimpi-mimpi aneh inilah yang akan menyatukan kembali empat sahabat yang sudah lama terpisah hingga pulang ke Kampung Gunung Raya.

Ketika masih kanak-kanak, mereka berempat selalu dibuli oleh anak ketua kampung, Dayak (Atta Imran).

Suatu hari, mereka memperdayakan Dayak ke perigi berhantu yang terletak di tengah hutan. Dayak terjatuh dan mati.

Tanpa diketahui, darah Dayak telah membebaskan iblis iaitu Penunggu Gunung Raya yang dikurung dalam peti kuno di bawah perigi. Atas tunjuk ajar Lebai Awang (Rahhim Omar), mereka berjaya menumpaskan iblis tersebut.

Namun, hasil daripada kejadian tersebut telah menyebabkan mereka hilang ingatan dan dihantar ke bandar bagi memulakan kehidupan baru.

Namun, Tok Sumun (Rosli Sako) berasa sangsi akan kematian anaknya dan mahu menuntut bela. Maka, Tok Sumun telah menyeru kepada Penunggu Gunung Raya untuk terus mengganggu pembunuh anaknya.

Setelah sekian lama, Azam, Intan, Mas dan Omar kini merasakan nyawa mereka terancam selain diburu rasa ketakutan atas dosa yang dilakukan.

Segala misteri dan rahsia asal usul mereka bakal terungkai. Siapakah Lebai Awang sebenarnya dan apakah dendamnya dengan Mak Leha (Ibu Aida) yang telah mengasaskan Kampung Gunung Raya?

Rimas

Aku rimas dgn rambut yg asyik gugur ni...
Bersepah sana sini...kalau seminggu tak vakum fuhhh!!!...dah bergumpal dah..
kat bantal, kat lantai, bucu rumah, bawah kerusi, tandas dan kat mana jualah tempat yg aku ada...
Rasa cam nak botak je..

Aku rimas dgn peluh yg macam air paip ni...
Kalau tgh buat keje tu jgn citerlah...luar dlm basah..meleleh tak henti.
Sibuk nak buat keje..sibuk peluh meleleh..asyik nak kene lap je..
Tengah tido pun leh basah je bantal..bau jgn cakaplah..

Aku rimas dgn semut halus bangang ni..
Letak ape pun kat atas meja makan dia dia datang..bukan kutip pun tapi bertenggek ramai2 kat makanan aku. Nak amik tu amik jelah..
Air yg aku tadah dlm bekas besar pun sama jugak dok berenang ramai2 dlm tu..kan bertutup..susah2kan diri masuk buat pe..kan dah menyusahkan aku kene buang air tu semua..

Aku rimas dgn perangai anak2 dan berperangai mcm anak2...
Anak2 aku ni nak salahkan pun namanya pun budak...so dah mmg perangai dia camni sbb lum tau ape pun lagi..tak boleh berfikir tapi mmg menyakitkan hati kalau tak nak dengar cakap tu..
Tapi kalau dah perangai org tua yg macam budak tu yg buat aku sgt bengang. Tiap kali nak kene pujuk nak kene ingat nak kene pesan...sampai satu tahap aku pun tak boleh nak sabar..(dgn anak2 pun aku susah nak bersabar...)

Aku rimas dgn berat yg tak turun2 ni..naik je plak. Dah beli jusmate5 tu pun bukan leh makan sbb takut baby lak yg kurus..tgh elok dia tembam tu nanti jadi lidi plak. Aku ni jugak yg tak kurus2...gemuk je..hishhh..

Aku rimas dgn keinginan aku yg tak berduit ni...itu nak beli ini nak beli...walaupun dah tekad tak nak beli tapi beli jugak..lagi aku cakap tak nak beli..masa tu jugaklah aku nak kene beli...haiighhhh!!!!...tensen..
Itu lum masuk lagi anak2 mintak mainan...daripada dia buat hal yg buat aku naik hangin..beli jugaklah..asalkan harga dia munasabah dan munasarawak..munamelaka je takde lagi..takpelah..lebih baik takde..

dah itu jelah..kalau ade lagi nanti aku bitau hahahaha...

Khamis, 6 Mei 2010

Aktiviti semalam

Semalam..byk jugak aktiviti aku..

Lepas hantar anak sekolah..aku pegi MBMB Ayer Keroh bayar saman parking bangang tu. Tak puas hati tu...tapi bayar jugak sbb takut naik mahkamah plak nanti.

Nasib baik dia bagi lagi diskaun 50% so bayar RM50 je.

Lepas tu lepaklah kejap kat taman depan tu. Tapi tak lamalah pasal dah nak panas..sempat jugak zahran menyarap kat kerusi taman tu beralaskan tilam..

Lepas tu aku rasa masa byk lagi ni..nak balik rumah malas jadi aku pk terus g MP ler plak nak tanya kamera aku tu boleh dibaiki ke tak.

Setibanya aku kat MP tu wahhh!!! byk dah berubah..parking dah cantik. Ceria je tgk warna terutama parking kat bawah..lantai pun cat tu..

Aku pegilah kedai kamera tu..tanya dia apa masalah kamera aku ni..dia kata masalah sensor..nak tukar tu RM 200++ lum masuk servis lagi..beli baru jelah katanya..

So itu jelah...memang dah nasib. Guna pun rosak tak guna pun rosak..itulah risiko barang elektronik ni..

Lepas tu lepak jap bagi Zahran susu tapi dia tak nak pasal suasana kat sana lebih menarik perhatian dia daripada menyusu..

Makan kat McD yg baru bukak...tak penah aku makan sarapan kat McD..inilah pertama kali. Melayang jugaklah RM16++. Happy Meal 2 je. Itupun tak habis..

Masa nak bayar parking..huhu amatlah bangang jugak aku rasa..mesin yg pertama aku guna tak nak duit aku..puas dah aku jolok..dia tak nak amik..kung ajar betullah..

Terpaksalah aku pegi mesin lain..itupun memula tak nak jugak tu..aku nak tempeleng je tapi bila dia sedut duit aku tu haaa...selamatlah kau daripada pelempang aku..

Sebenarnya aku ingatkan dia dah print dan kononnye free masa aku gune mesin yg pertama tu. Bila keluar mesin tu kata aku lum bayar...itu yg aku kene pusing balik tu. Tak ke bangang.. mesin tu bangang atau akukah???!!! hahahaha...

Lepas tu..beli topup...kat kedai rumah mak aku tu..dia kan ada cop kad kalau beli topup dan leh tukar hadiah bila dah penuh hehehe...topupkan hp baba aktifkan 365 hotlink tu dan terus balik rumah basuh baju.

Pegi pasar malam..makan dulu kat rumah pastu hantar zikry mengaji dlm kul 8malam.

Malam tak leh tido..batuk je sampai ke pagi..bila nak bangun tak larat dah sbb tak cukup tido dan badan terlalu sakit. Rasa nak suruh Zikry ponteng je sbb aku mmg tak larat nak berdiri sbb kaki menggigil. Tapi pegi jugak dia sekolah..

Lepas balik hantar dia sekolah aku terus tido sampai dia balik..dia bagi salam pun aku ingat mimpi je hahahaha....

Mangsa kecantikan




Asyik menangis je masa aku tgh syok tepek timun tu kat muke..

Haa..hambik...tepek kat muka dia plak!!...terus terdiam..

Nak cantik jugak kot hahahaha...

Rabu, 5 Mei 2010

RFC lagi





Teringin utk pergi tapi akhirnya berakhir dgn kecewa sbb ingatkan makanan yg sama seperti dulu...

Sebenarnya mmg itulah risiko makanan segera ni..ntah daging semalam dia panaskan balik atau minyak semalam dia gunakan sampai liat mcm akar kayu..

Masa dulu makan daging ayam mmg besar..jenuh nak habiskan tapi kali ni macam kecut plak..hitam lak tu..hmmm..

Perkara camni bukan terjadi kat sini je..kat McD ke KFC ke pizza ke same je...nasiblah..

Yg happy anak2 jugak sbb ada mainan..tapi cam biasa..mainan tu tak bertahan lama..tak sampai satu hari dah jahanam..

Selasa, 4 Mei 2010

Hadiah utk ayah





Hanya ini je yg mampu kitorg berikan utk ayah yg jauh di mata tu..

**Zikry yg teruja beli kad dan nak tulis utk ayah...hadiah ciuman dan pelukan je dari dia...

35

Selamat Hari Ulangtahun kelahiran yg ke 35 untuk ayah tersayang..



Semoga apa yg ayah hajati tercapai...



Mama dan anak2 kat sini sentiasa mengingati, merindui dan menyayangi ayah..

Isnin, 3 Mei 2010

Degil Ya rabbi

Rasanya hari ni adalah hari yg memenatkan walaupun tak ler penat fizikal sgt cuma penat mental je.

Setelah 3 hari aku tak online pasal ntah pebenda masalah internet ntah..dengarnya ada kerosakan talian yg menghubungkan internet yg berhubung dgn amerika pebenda tu..camtulah..

Pastu kerosakan tu 2hb baru diorg nak selesaikan so aku dapatlah online hari ni sbb malas nak bukak 2hb tu.

Macam biasa mmg byk sikit masa terbuang bila dah mengadap komputer ni...sambil basuh baju..dan kemas rumah dan susukan baby..dan masak..

Bila semua benda tu nak kene buat serentak...so faham2lah.

Lepas Zikry balik sekolah..dah tutup komputer..bersiap utk ke rumah baba plak nak amik

Tapi aku lupe nak call awal sbb dah bitau pagi aku akan datang petang. Bila dah kunci pintu semua dah separuh perjalanan baru aku call suruh baba cepat siap utk pergi cuci kaki dia.

Aku kecewa jawapan dia...tak payahlah pegi...dah ptg sgt..org kat sana benci tgk..

Ni aku dah dlm perjalanan dlm kete. Kalau tau dari tadi tak nak pegi..cakaplah awal2..tak ler aku susah payah mengunci semua pintu, angkut anak aku..yg baby tgh nyenyak tido dlm buai..angkat kain baju takut kene hujan bila petang...dah ler tak kering lagi..kene sidai dlm rumah.

Ntahlah...susahlah nak cakap betapa degilnya bapak aku ni. Mcm2 alasan dia bagi utk tak nak pegi. Tapi bila aku tak datang bawa dia pegi cuci kaki..dia tanya plak bila nak datang...ni dah datang tak nak pulak..aduhai ape le malang nasib aku ni...

Dahlah hari ni Zahran buat hal. Tido dlm buai tak nak..baring tak nak..nak aku pegang je. Zikry dan Zarfan tu jgn cakaplah..dgn mainan bersepah..berlari sana sini..terjerit menangis bergado..aduhh!!!

Kalau dia letak diri dia kat tempat aku..'mungkin' dia boleh faham ape yg aku rasa tapi masalahnye dia hanya pk diri dia je.

Datang pagi dia bagi alasan kat klinik ramai org...datang petang dia kata klinik tu dah nak tutup..lum kul 4pm pun lagi..kalau masa aku datang amik dia..tak terhegeh2 baru nak mandi nak cari baju dan kenekan butang..tak ler lambat..tapi bila aku datang masih dgn kain pelikat tak mandi lagi walaupun aku dah call sebelum aku nak datang..mmglah tak sempat..

Aku dah malas dah nak layan. Lantaklah nak jadi ape pun jadilah. Pembantu rumah aku tu pun mati akal dgn baba aku ni. Tak pernah jumpe org sedegil ni katanya. Suruh makan ubat tak nak..suruh mandi pagi tak nak..yg dia nak..kutip sampah yg org dah buang..ntah ape nak jadi pun tak taulah..nak menyemakkan rumah yg dah bersih tu.

Masalahnya kalau dah kene potong jari kaki tu lagi. Sape nak kene bawa cuci setiap hari..kalau bukan aku yg kononnye byk masa ni. Nak harap org lain semua keje..takde masalahpun kalau yg bekerja tu nak tolong tapi kalau senang dgr cakap takpelah jugak. Ni tak...kalau budak dah lama aku tempeleng ni..masa aku kecik2 dulu pun dah puas kene tempeleng dgn dia..

Penatlah...aku bosan nak layan hari2 benda sama camni. Sebelum ni mcm2 alasan jugak dia bagi tapi cuma hari ni aku dah tak tahan...aku penat..kalau dia tak nak..aku lagi sejuta kali tak nak bawa dia cuci kaki tu. Buang masa aku tunggu. Lebih baik aku tido je kat rumah..

Apasal ler bapak aku camni..org lain punyelah bangga dgn bapak masing2..jadi idola..tapi bapak aku ni perasan bagus je. Padahal sifat munafik lengkap dlm diri dia. Ape yg dia ajar..kuang hajar dgn mak mertua..maki hamun bini..tuduh bini berzina..gado dgn org dan sebut pasal keburukan org walaupun org tu dah mati..teramat suke berprasangka buruk..buat baik pun tak gune sbb dia akan tafsirkan ade niat tak baik disebalik tu..suke bohong..mmg dia ajar aku dari kecik utk bohong..pada dia bohong tu tak berdosa..kenape ye..KENAPA bapak aku camni...bosannye..

Bukanlah takde yg baik sifat dia. Ade..tapi sifat jahat lebih terserlah..dia pandai berlakon plak tu. Yg paling teruk baba aku penah buat kat mak...dia sanggup pentingkan org cina sakit kat hospital tu daripada mak aku yg tak leh diri lama utk dia bagi kat cina tu kerusi roda yg tgh mak aku duduk. Dia suruh mak aku berdiri...buat baik kat org lain tapi bukan dgn bini sendiri.

Aku malu..sgt malu. Aku ni dari benih dia..pasal tu sikap tu ade kala mengalir dlm diri aku. Sama jugak dgn adik beradik aku yg lain..kalau dia suke berdendam dan membenci org sampai ke mati...tak hairan anak2 dia akan buat camtu jugak.

Teringat aku cerita hari tu Dosa Serupa...terkene dgn keluarga aku. Tapi drama tu lagi dasyat..keluarga aku tak ler sampai tahap gitu..anak2 masih amik berat walaupun dlm hati ni mmg sakit je..

Penatlah..aku ni demam. Suara pun hilang..batuk, selsama..aduh!! sgt terseksa...

Stokin



Pakai ape pulak aku kali ni...

Ni semua keje mama ni...tak habis2 nak sakat aku..










Tak nampak beza ape pun stokin ni cuma ni stokin sekolah abang dia...dah tak muat jadi aku belasah jelah pakaikan..muat plak muahahahaha...

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster