Isnin, 29 Februari 2016

Makanan tidak boleh simpan dalam peti sejuk


Berikut merupakan 10 jenis makanan yang anda kena elak untuk simpan dalam peti sejuk.

1. Ubi Kentang- Ubi kentang akan merasa “gembira” jika anda menyimpan ia di tempat yang kering, dan gelap. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menukar kanji dalam kentang kepada gula, dan ini akan mengakibatkan satu rasa yang kurang enak pada kentang.

2. Tomato – Simpan sahaja tomato di luar peti sejuk di tempat yang kering. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan tomato kehilangan kesegaran dengan lebih cepat.

3. Madu – Simpan madu di dalam suhu bilik dan jauhkan dari matahari. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan madu berbuah bentuk seakan kristal dan mengeras.

4. Tembikai – Menyimpan tembikai di dalam peti sejuk akan mengakibatkan ia kehilangan pengantioksida. Biarkan ia di luar untuk mengelakkan ia kehilangan nutrien yang sepatutnya kita ambil.

5. Bawang- Ramai yang tersilap bahagian ini.Menyimpan bawang dalam peti sejuk akan menyebabkan makanan lain di dalam peti sejuk terkena bau dari bawang. Simpan sahaja bawang di dalam almari makanan.

6. Roti – Ya, ramai yang lakukan ini. Anda menyimpannya di dalam peti sejuk kerana menyangka ianya dapat menghalang pembentukan kulat. Ya, memang ianya menghalang, tetapi ianya akan menjadi sedikit keras dan kering. Ya, boleh menyimpannya, tetapi masukkan di dalam bekas khas kontena dan jangan biarkan ia terbuka.

7. Kopi -Ianaya akan menyebarkan bau kepada makanan yang berada dalam peti sejuk. Maka, barkan ia di dalam suhu bilik bagi mengekalkan kesegarannya.

8. Bawang putih – Simpan bawang putih di dalam tempat yang gelap, kering an masukkan di dalam beg kertas. Ia akan terus kekal segar. Menyimpandi dalam pet sejuk menggalakkan pertumbuhan kulat pada bawang putih.

9. Sos – Semua sos boleh kekal segar dengan hanya meyimpannya di dalam suhu bilik dalam keadaan kering.

10. Tumbuhan herba – Menyimpan tumbuhan herba di dalam peti sejuk akan menyebbakan ianya hilang kesegaran dengan lebih cepat. Simpan tumbuhan herba dalam bentuk jambangan bunga, dan letakkan dan biarkan separuh dari herba itu di dalam air. Biarkan sahaja di dalam suhu bilik.
Moga selepas ini, anda tidak lagi membuat kesilapan menyimpan makanan yang tidak sepatutnya di dalam peti sejuk.

Ahad, 28 Februari 2016

Rukun 13

Bismillahirrahmaanirahiim
Assalaamualaikum warahmatullah
BAB RUKUN DLM IBADAH SOLAT - RUKUN 13 SERTA THU'MANINAH ( HENTI SEJENAK DGN TENANG - DLM 4 RUKUN)

Rukun 13 dalam solat wajib diketahui yg Islam  akil baligh  serta mukallaf (yg dibebankn hukum syarak atasnya). Disini dilampirkn rukun rukunnya yg terbahagi kepada :
1.Rukun Fiqli - perbuatan -  06 rukun
2. Rukun Qauli - perkataan - 05 rukun
3. Niat dan Tertib - 02  
Senarainya :

RUKUN FIQLI
1. Berdiri (bagi yg kuasa - tiada uzur)
2. Ruku' (dgn thu'maninah)
3. Iktidal (dgn thu'maninah)
4. Sujud (dgn thu'maninah) -2x
5. Duduk antara dua sujud (dgn thu'maninah)
6. Duduk dlm tahiyat akhir

RUKUN QAULI
1. Takbiratul ihram
2. Fatihah
3. Membaca tahiyat akhir.
"Attahiyatu  hingga wa asyahadu anna muhammadarrasulullah"
4. Membaca solawat atas nabi
sekurangnya " Allahumma solli ala muhammad " yg selanjutnya sampai habis (solawat ibrahimiyah) sunat.
5. Memberi salam yg pertama sekurangnya " Assalaamualaikum" yg afdhalnya "Assalaamualaikum warahmatullah. Salam yg ke2 sunat.

12/13. Niat serentak dgn takbiratulihram serta tertib. Yg dahulu didahulukan ikut urutan perbuatan solat.
*Takbir serta niat, fatihah, ruku', iktidal sujud, duduk antara 2 sujud, sujud dan selanjutnya.

Bacaan serta perbuatan selain rukun adalah sunat. Seperti doa iftitah, bacaan dlm ruku', iktidal, sujud, tahiyat awal etc.   Tertinggal sunat tak membatalkn solat, kurang pahalanya.  Perbuatan sujud sahwi (lupa) adalah sunat. Tapi dianjurkn laksanakn utk tampal kekurangan yg terlupa dan tertinggal seperti sudah dibincangkn oleh umum dipos ini.

Seyogianya diperbuat segala yg lazim (sunat sunat) dlm solat.
Bagi yg asal beragama Islam seeloknya mengetahui perbezaan mana yg rukun dan sunat dlm solat.
Moga manfaat bersama.
Sekian. Wassalaam.

Antara Kitab Fiqh ;
1. Sabilal Muhtadin, Bugyatul Thulab, Hidayatus Sibyan, Idaman Penuntut.

Rabu, 24 Februari 2016

Jangan basuh telur ayam

Assalamualaikum buat semua pengunjung .

Saya doakan semoga Allah jadikan kita kaya dan berjaya.

Hari ni, saya nak kongsi kisah pesanan tentang telur ayam ni bersama anda.

Alhamdulillah, ada manfaatnya dari kisah ini yang berguna kepada kita bersama.

BERSAMA TAUKE TELUR AYAM

Pagi Sabtu semalam, saya ke pasar pagi. Biasalah, hari cutikan.

Walaupun setiap hari saya cuti sebab hanya bekerja dari rumah tapi hari minggu tetap jadi pilihan untuk shopping. Rasa hidup je pasar bila ramai orang. Shopping sorang-sorang tak best. Betul ke betul?

Sampai saya ke kedai pembekal telur ayam sambil membelek-belek telur yang ada. Tapi yang saya hairan, banyak telurnya yang masih ada kotoran di kulitnya. Jadi, apa lagi, boleh jadi bahan bualan bersama tuan kedai ditambah aduan juga.

Kotor ek telur ayam sekarang ni. Kalau basuh sebelum jual bagus ni, kata saya sambil memandang kepadanya.

Jawabnya, Salah tu. Jangan basuh telur kemudian simpan. Kat kulit telur tu ada pori-pori dan selaput protection.

Itulah yang halang bakteria dan kotoran masuk dalam telur. Kalau dah basuh, lapisan tu hilang, bakteria dan kotoran lagi mudah masuk. Telur makin cepat rosak, pesannya dengan tenang.

Kali pertama kot saya dengar benda ni.Jahiliyah sungguh rasa.

Habis tu cara betul macam mana? sambung saya lagi.

Balik simpan dalam peti terus. Lebih tahan lama.Nak goreng, rebus untuk makan. Masa tu baru basuh. Terus masak dan makan. Itu cara betulnya, jawabnya.

Mohon bantu share ya jika artikel ini bermanfaat

Ayoyobetul ke info ni?

Korang buat macam mana?

JAWAPAN DARI SEORANG USTAZ

Jangan Basuh Telur Ayam Selepas Beli. Ini Pandangan Dari Pakar dan Ustaz

Isnin, 22 Februari 2016

Tips awesome untuk pelajar

TIPS AWESOME UNTUK STUDENTS :-

1.mandi wktu pg antara pukul 1pg - 6pg. Pada waktu ini,sangat bagus mandi,kerana ia akan mengurangkan lemak dlm badan.

2.jika bangun pukul 4 dan ke atas,jangan lagi tidur selepas itu,kerana jika tidur semula,akan melemahkn badan.

3.sarapan antara pukul 7pg - 7:30pg. Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dlm badan.

4.datang ke kelas seeloknya 10 minit awal atau lebih awal,kerana ia adalah adab, dan mungkin ada keberkatan di situ.

5.makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah jam,tidur seketika 10-15 minit, kemudian basahkan kepala untuk kembali segar.

6.lakukan aktiviti fizikal selepas asar,kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar. Jadi,gunakannya untuk sebarang aktiviti fizikal.

7.mandi malam lebih kurang antara pukul 6ptg - 6:30ptg.jangan beriadah terlalu lama,kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.

8.luangkan masa maghrib-isya` kepada Allah,kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi.

9.mula study lepas isya`. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2.30 jam untuk setiap malam.

10.tidur awal,lebih kurang pukul 11atau 11:30 mlm. Kerana pada waktu ini,hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.

11.jangan lupa bertahajud dan qiamullail,kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.

wallahu'alam .
moga bermanfaat.

Semoga langkah anda dan saya menuntut ilmu diberkati dan dapat memberi manfaat pada manusia lain.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami dalam menuntut ilmu dan berikanlah kami kefahaman yang jelas sepanjang sesi pembelajaran. Moga-moga. Aaaminn

Khamis, 11 Februari 2016

Rawat batuk dan selsama

Batuk dan selesema memang penyakit biasa yang kerap menyerang anak-anak kecil. Biasanya kanak-kanak mudah mendapat jangkitan penyakit ini tanpa mengira masa.

Bila dengar sahaja si kecil sudah mula batuk-batuk dan hidung meleleh dengan hingus, ibu dan ayah sudah susah hati. Mulalah terbayang kesukaran untuk menberi anak minum ubat atau lebih teruk
perlu mengambil nebulizer di klinik bagi melegakan lendir dan kahak yang tersekat dalam paru-parunya.

Bagaimanapun doktor pakar kanak-kanak tidak membenarkan pengambilan sirap ubat batuk di kalangan kanak-kanak dan bayi berusia bawah dua tahun.

Batuk dan selesema yang dialami oleh kanak-kanak sukar untuk sembuh. Biasanya ia mengambil masa yang lama. Ramai ibu bapa takut untuk menggunakan cara rawatan moden terlalu kerap kerana bimbang kesan sampingan kepada anak mereka.

Lepas ini kalau anak anda batuk dan selesema, anda tak perlu risau kerana ada kaedah merawat batuk dan selesema anak tanpa menggunakan ubat. Hanya menggunakan bahan semula jadi yang murah dan mudah diperolehi.

BACA : BAYI ANDA BERKAHAK? MESTI BUAT 5 TEKNIK TEPUKAN INI!

Bahkan ia boleh menyembuhkan batuk dan selesema anak dalam masa satu malam selepas mencubanya!

Rawatan ini berkesan memulihkan penyakit berkaitan saluran pernafasan pada kanak-kanak disebabkan kesan melegakannya yang sangat luar biasa.

Rawatan ini menggunakan balutan yang diperbuat daripada madu. Kehadiran madu sangat penting dalam cara rawatan ini kerana ia mempunyai aktiviti bio yang tinggi dan membantu
menghapuskan mukus/lendir dengan cekap.

Bagi melegakan batuk dan menyembuhkan selesema, rawatan ini berguna untuk kanak-kanak serta orang dewasa.

Bahan yang diperlukan:

2 sudu besar madu
1 sudu kecil minyak sayuran
3 - 4 sudu besar tepung
1 helai napkin
1 Pelekat (Band-Aid)
Pembalut luka

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung dan madu sehingga sebati.Pastikan ia tidak terlalu melekit.

2. Tambahkan minyak sayuran ke dalam adunan dan gaul rata. Buat adunan berbentuk gulung.

3. Letak adunan ke dalam napkin dan bungkus ia dengan cheesecloth.

4. Bungkusan madu telah siap! Letakkan pada dada atau belakang badan menggunakan pelekat (band-aid).

5. Bungkusan ini tidak boleh menutup bahagian jantung.

6. Kanak-kanak hanya perlu memakai rawatan bungkusan madu ni selama tiga jam sementara orang dewasa boleh memakainya semalaman.

Jangan panik, sekiranya anak anda berasa hangat dan mula berpeluh apabila menggunakan rawatan ini. Ia sememangnya kesan yang dijangkakan apabila melakukan rawatan ini dan ia bukanlah satu kesan sampingan.

Bila rawatan bungkusan madu ini sesuai digunakan?

* Ia sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas.

* Bungkusan madu ini selamat digunakan.

* Ia boleh digunakan untuk merawat batuk, selesema dan kegatalan kerongkong.

* Jangan sapu bungkusan ini pada kulit yang alahan, luka dan kecederaan.

* Gunakan rawatan mudah dan menakjubkan ini untuk merawatan selesema anak anda di rumah.

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster