Selasa, 31 Ogos 2010

Zahran dan giginye

Gigi dia dah tumbuh memula bawah pastu atas plak..sgt seram tgk gigi dia apalagi masa tgh nak menyusu badan huhuhu..ngerinya..

Berposak jugak nak amik gambar gigi dia terutama yg atas tu..dah ler besau..










Dia ni suke sgt ganggu aku masa solat..dok pandang je muke aku..hishhh..nak tergelak pun ada..rasa tak khusyuk solat dibuatnya sbb geram sgt kat dia..

Mandi



Punyelah suke sgt masuk bilik air..pantang terbuka je..pastu pandai plak panjat naik ke atas tu..

Tengok tu dia mandi tak nak duduk dlm besen lagi..dah besar katanya..

Lebih suka mandi pegang baldi sambil gigit kepala paip tu..

Pastu tak reti2 nak keluar..nak main air je kejenye..

Isnin, 30 Ogos 2010

Mak dan Ubat

Ubat itu sgtlah penting untuk mak tidak bertindak agresif.

Tapi disebabkan ubat tu telah menjadikan mak aku sgtlah lemah walaupun sekadar utk duduk dgn sendiri..dia hanya nak baring dan tido je. Berbanding dulu..jgn kata baring..tidopun tak pernah..

Aku pernah tak beri dia ubat tapi lain pulak jadinya. Lemah tetap lemah tapi dia mula meludah dan memaki hamun tak tentu pasal. Sape2 yg dekat kene tendang sedangkan aku sekadar nak betulkan kain dan baju dia je. Masa tu adik beradik aku tau plak marah kat aku sbb aku tak beri mak ubat tu. Sedangkan niat aku hanya nak mak kuat utk berjalan..

Sekarang ni pula..keadaan mak aku tu merisaukan adik beradik aku yg lain. Kemerosotan otak dia makin teruk sbb terlalu lemah dan merepek bukan2 terutama memori lama yg sering disebut2.

Diorg cadangkan kurangkan pemberian ubat tersebut...pada aku ubat tu dah kuranglah tu sbb setengah waktu siang dan sebiji waktu malam. Aku yg jumpe doktor dan bincang mengenai ubat tu dan mmg tak boleh dihentikan makan seumur hidup dia.

Tapi kalau itu yg diorg cadangkan..diorg kene jaga sendirilah. Nak tau camne keadaan mak kalau tak makan ubat tu..jagalah sendiri. Masa tu nanti aku dah tak boleh nak bertolak ansur..lantaklah..

Kengkadang aku ni jadi marah dgn pemikiran lelaki yg nampak semuanya mudah. Rata2 semua lelaki kat dunia ni camtulah...jaga mak tapi yg jaga bini diorg. Apa perasaan bini tu ade ke diorg nak fahami.

Yg aku ni..dahlah aku kene jaga A-Z..jaga anak, suami, rumahtangga. Nampak mudah pada pandangan lelaki...tapi lelaki tu sendiri tak mampu lak nak buat tugas sorg isteri. Dah tau tak mampu...tolong faham cukuplah. Lebih2 lagi kesiankan aku ni..

Pada aku..aku lebih rela tengok mak aku telentang camtu berbanding dia sihat dan buat hal mcm dulu..cukuplah aku dah serik..keselamatan aku dan anak2 berada dlm bahaya kalau ubat tu dihentikan atau dikurangkan..diorg ade ke pk?

Ini jelah pilihan yg aku ada selain daripada hantar kat hospital sakit jiwa atau rumah org tua.

Dah cukuplah tu..aku tak nak diorg perbesarkan hal ni lagi...jgn jadikan aku biadap plak. Aku ada hak sbb aku yg jaga mak aku sekarang ni...

Zahran


Nostalgia raya yg biasa

Setiap kali hari raya...

Aku hanya melaram masa umur aku bawah 12 tahun je..pakai baju cantik2, melaram dgn kasut baru, beg baru tapi penah putus tali pasal berat sgt bawa duit syiling hehehe...

Lepas tu aku jadikan hari raya adalah seperti biasa..hambar je sbb...

Lepas je solat aidilfitri tu dan ziarah kubur..aku terus balik rumah dan menjadi penghuni dapur yg sejati.

Baju pun terus tukar pada yg buruk sbb aku hanya keluar sekadar menghantar air dan ganti kuih yg dah habis..

Begitulah seterusnya sampai raya ke 3.

Punyelah ramai yg datang rumah..mcm artis plak tapi bukan melawat aku tapi mak dan baba aku punye ramai sedara mara. Datang setahun sekali so mmg ler ramai..sekali serbu sampai 7-8 kete pun ada..

Keje aku kat dapur tak henti basuh cawan, pinggan..siapkan makanan yelah ada buat goreng mee ke ape ke kan..

Nak melaram pebendanya kalau nak bersinsing lengan berlipat kain gitukan...

Lepas kawin plak hmm mulanya sama jugak tapi disebabkan ada keluarga mertua jadi dapatlah aku berehat setelah bertahun jadi penghuni dapur setiap raya tu..dapat g jenjalan beraya rumah saudara mara...happylah sikit berhari raya daripada sebelumnya.

Tahun ni...belum tau lagi camne keadaanya...

Sabtu, 28 Ogos 2010

Syurgamu Ramadhan


Aku teruja ler setiap kali terpandang karya Shahrulezad Mohameddin ni..semua best.

So sekarang ni tengah cerita Syurgamu Ramadhan tu fuhh..sgtlah aku suke tgk..

Ayat yg paling aku suka dengar...

Marah tanda sayang
Benci tanda rindu

Betul apa..kalau kita marah sgt maknanya kita sayang kat org tu..tanda amik berat.
dan sekiranya kita terlalu benci org tu maknanya kita rindu sgt kat dia..rindu akan diri dia yg dahulunya..

Sinopsis cerita

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…

Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya…

Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?

SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..

Syurgamu Ramadhan akan disiarkan di TV3, bermula Ogos 10, 2010. Setiap Selasa-Khamis, jam 10 malam

Nak tengok cerita ni g kat SINI

Lagu ni pun aku suka sgt..walaupun video dia citer lain..ade aku kesah..lagu sama takpe hehe..

Jumaat, 27 Ogos 2010

I Love U...

Dah berpunya..


Dah berkahwin..


Dah berlima

Khamis, 26 Ogos 2010

Keadaan sebenar

Nak tau keadaan sebenar.

Nak tau kene jaga sendiri. Abang2 aku pun dah rasa camne susahnya jaga mak aku walaupun sehari.

Doktor beritahu aku, mak aku ni ada penyakit nyanyuk yg tahapnya agak serius sbb boleh bertindak agresif. Sembuh tu, tidaklah sbb faktor usia. Lagipun mak dan byk kali kene strok jadi fungsi otak makin terjejas dan mengecil menyebabkan semua jadi tak betul.

Makan
Dah beripun dia cakap lapar dan kata aku tak bagi makan. Tgh makan pula dia cakap tak nak makan byk2 nanti susah nak berak. Lepas makan pula..jerit2 panggil aku semata2 nak beritau tak nak makan lagi padahal aku dah siap cuci pinggan dah..

Minum
Kerap sgt minum tapi adakala selang beberapa saat je dia nak lagi air. Sukarlah sekiranya masa tu aku tgh nak buat keje lagi. Lagi satu..suka sgt minta air sejuk dan manis..aku bagi masa nak makan ubat je. Dia ada kencing manis, tak boleh nak ikutkan sgt kehendak dia tu.

Selimut
Sentiasa berada dlm keadaan sejuk. Selimut yg ada kat dia ada 3. Bukan yg nipis tu tau..yg tebal mcm comforter tu..ada 3 kat badan dia dan dia masih lagi minta selimut dan sehelai kain batik utk diletakkan atas badan dia. Walaupun camtu punye tebal pun masih lagi terjerit2 minta selimut. Itu yg aku adakala malas nak layan dan biarkan je.

Bantal
Asyik buang bantal kat kepala dia dan terjerit2 minta bantal lagi. Letak balik dia buang dan kata aku tak bagi dia bantal. Dia tuduh aku kedekut sbb tak bagi dia bantal. Aku pun tak faham bantal apa yg dia nak...

Nak buang air kecil dan besar
Tetap terjerit2 panggil utk buang air sedangkan dia pakai pempes. Dia tahu dia tak mampu ke tandas sbb sukar nak berdiri tapi dia minta aku bawa dia kat tepi pintu utk buang air..camne tu..siap tunjukkan tempat tu..dia nak buang air kat situ katanya..

Ulang ayat
Sering ulang je apa2 ayat. Biasanya dia panggil nama. Tapi ntah sape2 ler yg dia panggil. Seolah berzikir plak. Tapi bila aku suruh berzikir..aku plak kene tengking. Biasanya aku akan berzikir kuat2 sebelah dia supaya dia ikut sama. Tapi aku tak boleh setiap masa buat begitu sbb aku pun ada keje lain nak kene buat..
Lagipun tak kira masa dia panggil. Dia bukan peduli masa tu aku tgh solat ke walaupun dia nampak aku tgh solat lagi dia panggil2..tgh berbuka ke bersahur ke susukan anak ke...
Masalahnya bukan tak nak layan tapi dah layan pun tetap juga memanggil cakap benda yg sama dan adakala tak logik pun permintaan dia tu sbb benda tu tak wujud..hanya halusinasi dia je..

Menyumpah dan memaki hamun
Kalau memori lama dia bersama baba datang semula..dia akan bertindak begitu. Pasal tu lah perlu utk pisahkan dia dgn baba supaya memori pahit dia hilang terus dlm ingatan. Alhamdulillah...dia jarang bertindak camtu lagi sbb dah hampir sebulan dia tak jumpe baba. Aku pun sering ingatkan kenangan manis je kat dia supaya dia happy selalu. Tapi dia sering kali panggil nama baba aku tu...mungkin dia tak sedar ataupun dia juga rindu.. Tapi cerita yg paling dia suka dengar pasal baba, bila baba tu terjatuh ke, sakit ke..dia akan happy.

Adakala dia berada dlm dunia dia sendiri. Dia nak kita faham dia tapi dia sendiripun tak faham apa sebenarnya yg telah berlaku. Tapi selalunya dia akan tenang dan nyenyak tido jika ada ramai org yg datang tgk dia..adakala aku risau org akan pk aku buat2 cerita sedangkan mak aku ok je bila org ramai ada. Itulah yg aku maksudkan..hanya yg jaga je tahu keadaan sebenar walaupun sehari. Mak aku ni sebenarnya takut sendirian..pasal tu dia nak ada org sentiasa berada kat sisi dia.

Mak perlu dilayan dia mcm budak kecil. Beri semangat dan pujian jika dia buat sesuatu.

Aku nak tidur pun sukar sbb selalunya mmg tak nyenyak. Bukan saje dia yg jadi punca tapi baby pun sama..bila nenek dia dah tido..si kecik tu tak tido..bila baby tido si besar pula bangun..dan bila diorg tido..zikry dan zarfan pula bergado..bising dan bila dibiarkan nanti semua tak tido...aku lagi tak leh rehat.

Sebenarnya..jaga mak aku ni walaupun sehari tapi byk sgt cerita mcm jaga seminggu..itu dari cerita abg2 aku yg amik setiap hari minggu tu ler. Sama je klu aku nak cerita pun cuma aku harungi perkara tu setiap hari..

Jgnlah kata aku ni tabah dan kuat semangat. Sebenarnya aku lemah...sbb aku seringkali jatuh tergolek cuma aku tak perlu tunjukkan itu depan semua org yg berdekatan. Cukuplah setakat aku mengadu dgn Allah diwaktu aku sgt2 tak tahan dgn apa yg berlaku...Allah tu kan Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani..

Mungkin rahmat yg Allah berikan aku pada bulan Mulia ni ialah..ketabahan..itulah hadiah yg aku dapat sepanjang masa ni..lagipun hidup tetap perlu diteruskan..tak sempurna pun aku tetap perlu terus berjalan..sakit pun sakitlah..aku tak boleh berhenti cuma boleh berehat..

Rabu, 25 Ogos 2010

Ceria ke?

Hari ini dan semalam.

Semalam, pagi aku keluar bawa mak ada temujanji klinik psikiatri tu. Nasib baik kakak ipar datang membantu dan anak2 aku hantar kat rumah along. Alhamdulillah si Zarfan tak buat hal nak ikut dan baby tido je.

Melihat keadaan mak aku kat wad masa masuk hospital tu, doktor tu bertanya sape yg jaga sekarang. Aku bitaulah aku. Tapi doktor tu kata..awak ceria je selalunya org yg jaga mesti sedih dan tak mampu nak senyum apa lagi nak ketawa.

Yelah..aku jawab balik. Kalau saya pun murung..dah tentu sayapun tergolong dlm pesakit psikiatri jugak hehe. Saya perlu positif supaya saya boleh kawal perasaan.

Apapun doktor pun cam kagum dgn aku tapi aku cakap balik..itu semua dgn bantuan ubat yg doktor berikan. Kalau tak dgn ubat tu rasanya saya hantar balik kat hospital ni je hehe..

So lepas ni ubat tu perlu diteruskan utk tidak dia bertindak agresif. Kalau tak, aku jugak yg susah.

Tapi walau camne aku positif pun..aku tetap manusia yg lemah. Air mata sering gugur diwaktu aku tak mampu nak tanggung berat penderitaan tu. Dah itu je yg mampu aku buat utk beri ketenangan. Aku bukan boleh nak marah atau tengking balik mak aku sbb aku tak nak dia lagi teruk sbb cukuplah baba sorang yg dah buat dia camtu. Tapi yg paling buat aku sedih bila mana aku tak dapat kawal perasaan marah dgn anak2...menyesal yg sgt2 bila aku dah hilang pertimbangan tu. Adakala aku sanggup cederakan diri sendiri utk mengawal kemarahan tu.

Hari ni pula.

Zahran ada temujanji kat klinik desa sini. Berat dia dah 8.1kg. Aku keluar dari pagi lepas hantar Zikry ke sekolah terus ke klinik. Kul 10am balik rumah. Mak aku tinggalkan sendirian kat rumah sbb dia tgh tido. Itupun aku tawakkal je. Harap takde ler apa yg jadi. Minta tolong kat jiran kalau mak aku tu nak minum ke apa ke.

Apapun yg berlaku...hidup perlu diteruskan walau sesukar manapun jalannya..

Ahad, 22 Ogos 2010

Lagi penat..

Aku sedih semalam.

Dah ler keluar lewat pastu nak makan takde tempat duduk. Ramai giler org semalam..

Terpaksa duduk kat kerusi dan keadaan sgtlah tak selesa sbb takde tempat letak makanan huhuhu...seksanya.

Dahlah anak2 tak reti duduk diam dgn baby yg tak menyempat2 nak makan jugak.

Solat pun ntah..terbang camtu je. Dah ler org ramai..nak tinggalkan pun dgn sape..

Ntahlah bila pk idea berbuka kat luar dgn anak2 ni sgtlah teruk. Lainlah kalau ada suami...sedih sbb tgk org lain yg berkeluarga bersama happy..sedangkan aku sarat barat dgn anak2 ni..sendirian.

Yelah ingatkan nak happykan anak2 yg lama dok terperap kat rumah...bosan plak diorg tak beriadah kat luar..nak jugak happykan diorg sekali sekala. Kononnya tapi cukuplah tu..dah serik ni..

Lagi satu..car seat yg aku beli dulu tu sgtlah tidak berguna. Buat sakit hati je. Dahlah tak sama..dlm gambar lain. Zahran tak nak duduk dlm tu..menangis je..dan kalau dilonggarkan dia akan keluar dan ganggu aku memandu. Nampaknya hanya walker je yg mampu buat dia diam dlm kereta tapi mmg kesian bila dia tertido..

So lepas ni minta maaflah aku nak keluar lagi melainkan terus beli brg dan terus balik..takdenye nak melangok lelama..buat sakit hati je.

Org sekeliling tgk pun sakit mata dgn kenakalan anak2 aku dan keselambaan aku mengatasi tu semua. Aku dah bosan dah..tak kuasa nak cakap ke nak marah ke dgn anak2 ni..diaorg tetap camtu jugak.

Sgtlah memenatkan...lebih penat daripada aku jaga mak aku tu. Dgn anak hilang, dgn makanan berterabur jatuh atas lantai rumah, dgn baby yg tak henti menangis minta diperhatian, dgn abg yg sering buat hal..asyik nak bergado je dgn adiknya..ahhhh!!! tension sungguhlah..

...

Bila terjadi camni aku terfikir..camne aku dah tua dan sakit nanti.

Ada tak anak yg nak jaga aku sedangkan keadaan akan datang ni lebih mencabar. Masa diorg kecik ni pun tak suka tgk nenek dia sakit camtu...malas nak layan walaupun setakat berikan air.

Nanti anak2 baru nak hidup..bekerja utk teruskan hidup..ada rumahtangga..ada masalah sendiri..

So...aku rasa tak boleh biarkan diorg hidup hanya utk mengejar dunia je.

Aku bercadang nak hantarkan salah seorg anak aku ke Sekolah Pondok atau Sekolah Tahfiz..

Salah seorang atau semua hmmm....

Kalau salah seorang..siapa?...

Masih tengah difikirkan...

Ada ke yg berdekatan kat Melaka ni je..tak yahlah aku susah2 nak travel jauh2 bila rasa rindu tu.

Ayah..harapnya ayah setuju dgn perancangan mama ni...utk masa depan kita juga bila kita meninggal dunia selain daripada amal jariah..kita akan meninggalkan anak yg soleh utk mendoakan kita sentiasa semasa di dalam kubur.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Cuti?!

Hari minggu..

Mungkin boleh dikatakan hari cuti utk aku jaga mak. Mungkin?

Tapi hari ni mmg iya hehe..

Abang aku bawa dia balik jaga satu hari. Esok diorg hantarlah balik.

Tapi cuti itu bukan bermakna cuti yg merehatkan cuma cuti jaga mak je.

Aktiviti hari ni mungkin lebih memenatkan daripada jaga mak aku tu.

Yelah...kene cuci cadar, selimut dan kene g rumah kat sana amik pempes dan baju mak..kemas rumah kat sana yg hancing tu sbb baba aku ni mmg tak pandailah bab mengemop ni..diajar byk kali pun masih tak reti tapi rajin plak nak mengemop tu aduhh!!!...nak pijak lantai pun geli sbb melekit dan terlalu hancing.

Rasanya hari ni ingat nak g makan kat luar tapi boleh ke dgn berderet2 anak aku ni hmmm...tapi teringinlah hehe..

Jumaat, 20 Ogos 2010

Subuh

Setiap kali jam 6.30am lebih kuranglah..

Aku pasti terdengar bunyi burung yg lalu seolah setiap baris rumah ni dgn bunyi 'squirk'..tak taulah burung apa tu. Kuat bila lalu atas rumah dan bila jauh tu sayup je..

Dah lama dah tapi bila rasa waktu tu mcm tepat je maka aku rasa seperti ada sesuatu..

Mungkin inilah rahmat yg Allah berikan...mungkin itu malaikat..Allah jelah yg tau..Subhanallah!!

Rugikan org yg tak solat Subuh...

Positif!!

Aku semakin membiasakan diri. Yang penting perlu fikir positif.

Yelah..dah tak perlu asyik keluar rumah, terkejar sana terkejar sini. Aku dapat tumpukan perhatian hanya kat rumah. Rehat pun banyak hehe..tak ler kesian tengok Zahran yg asyik terlentok dlm kereta.

Mungkin inilah kekuatan yg Allah telah berikan dan mungkin juga setan kene ikat bulan rahmat ni. Maka setan tu tak ler menghasut dan membisikkan sesuatu yg jahat dlm fikiran mak aku dan aku.

Satu perkara yg lebih penting utk mak aku tenang ialah pisahkan dia dgn baba kalau boleh selama-lamanya.

Sejak mak jadi begini...org yg aku paling salahkan adalah baba aku. Dia dah seksa jiwa dan perasaan mak aku sejak sekian lama..sejak mak lahirkan anak pertama. Dah lebih 50tahun..

Sikap ego, pentingkan diri dan prasangka buruk tu dah buat mak aku sakit jiwa. Aku pun hilang hormat dgn baba aku sendiri dan aku mmg tak segan silu mengaku yg aku bencikan baba aku. Tapi camne pun dia tetap baba aku..nak benci pun setakat perbuatan dia jelah..bukan diri dia.

Takdepun contoh yg baik dia tonjolkan...hanya keburukan. Dia mengajar aku menipu, tak salah. Berburuk sangka dgn org, tak salah. Kurang ajar dgn mertua, tak salah. Bergaduh melampaui batas,tak salah.

Ayat yg paling aku ingat dia beritau aku. Kalau seseorg tu buat jahat walau sekali je dgn dia, akan dia ingat sampai mati. Padahal berjuta kali org tu buat baik pun takkan dia ingat. Itu yg aku perlu belajar daripada dia...???

Pendek kata...sifat munafik tu mmg lekat kat dia. Tapi yg sering dia katakan..org lain tu munafik walaupun org tu sering ke masjid sedangkan dia solat wajib pun tak buat.

Sekarang ni dia tinggal sendiri kat rumah. Dia tak nak duduk rumah abg aku sbb tak tahan asyik di suruh solat dan berpuasa. Rumah abg aku tu dekat dgn surau tapi kaki dia tak jejak lagi kat surau tu. Dia sanggup tinggal sendiri asalkan takde sape2 paksa dia buat perkara baik. Dia nak hidup dgn cara dia sendiri.

Aku kesian tgk mak aku tu. Jiwa dia jadi tak tenteram dan akhirnya jadi seperti sekarang walaupun masih muda lagi..baru 66 tahun dah nyanyuk. Tapi aku tak rasa mak aku nyanyuk tapi lebih kepada tekanan perasaan yg menyebabkan dia jadi tak betul.

Bila difikirkan mak dan baba aku ni tak bagus dlm komunikasi. Tau nak marah dan bergado je sejak dulu. Tak hormat pun baba aku sebagai suami. Yelah..tgklah contoh yg berada depan mata diorg. Nenek dan datuk aku pun mmg buat camtu. Datuk aku tu lurus bendol jadi mmg nenek aku jadi queen control ler..itulah agaknya yg mak aku belajar..suami pun panggil nama je.

Pada aku yg ada mata, ada telinga, ada otak utk fikir...tak perlulah ikut perkara yg tak betul tu.

Sedih aku dan terlalu malu berada dlm keluarga yg begini. Pada yg tak tahu apa, mmg tak nampak cacat cela keluarga aku tapi bila dah jadi keluarga aku, baru tau apa sebenarnya yg berlaku. Baba aku ni mmg seorg pelakon yg hebat. Dgn org luar mmg baik tapi dgn anak sendiri boleh dikatakan anak haram sampaikan tak mengaku keturunan zuriat dia bila anak cuba menegur perilaku dia yg tak betul tu. Nauzubillah. Allah je yg tahu betapa sakitnya hati dgn perangai baba aku tu.

Apapun dah berlaku pun apa yg patut berlaku hasil daripada perbuatan dia. Asyik tanya hal mak aku..yelah konon rindu. Tapi apa berlaku kalau dudukkan diorg berdua balik? Mesti bergado bergado dan bergado. Org dlm kubur pun disebut sebut.

Mak aku mmg suka sebut nenek..nenek aku dah meninggal bulan lepas. Tapi baba aku mmg benci dgn nenek jadi dia sebutlah ayat yg sgt menyakitkan hati. Manalah mak aku tak sakit. Kat rumah aku pun mmg dia sebut nenek seolah nenek masih hidup seperti dulu. Biarlah..tak luak apa pun kalau mak nak sebut byk kali pun..

Mak aku tenang kat sini walaupun dia sakit. Takpelah..asalkan kesakitan dia tak bertambah.

Rabu, 18 Ogos 2010

Sabarlah...

Setiap hari kat tempat aku ni hujan..dah 3 hari berturut2 dah.
Sekarang pun dah mendung sgt.

Yg buat aku tergelak disebabkan cuaca yg sentiasa mendung ni masa ayah aku kata dah solat asar sedangkan waktu tu zohor pun belum masuk lagi hehe..kes nak cepat berbuka ler tu agaknya..

Seperti yg kita semua tahu, hujan tu rahmat Allah yg paling banyak. Alhamdulillah.

Tapi adakalanya bila kenangkan kakak aku, mertua aku yg g menoreh getah tu hmm..kesian plak. Dah tu org yg berniaga kat pasar ramadhan tu...susah payah nak selamatkan juadah daripada kene hujan tapi rezeki tetap rezeki...insyaallah Allah gantikan dgn perkara lain.

Bagi aku kat sini...rahmat yg aku rasakan ialah semua kata aku kurus hehe..walaupun mmg itu yg aku harapkan tapi kurus yg diorg maksudkan bercampur dgn penderitaan yg aku tanggung sekali. Apa boleh buat..dah itu yg tersurat..Allah dah aturkan begitu maka aku terima jelah.

Harap boleh lebih kuruslah lepas ni tapi jgnlah sampai aku sakit plak sbb kalau aku sakit camnelah dgn mak aku tu...

Tapi sakit pinggang tu amatlah terasa sekarang ni sbb terpaksa angkat mak yg boleh tahan jugak beratnya. Kaki dia terlalu lemah nak bergerak. Semalam dia dah terberak kat lantai maka dgn tetibe aku kuatkan juga daya yg ada utk seret dia ke tandas huhuhu..sgt seksa tapi alhamdulillah aku dapat lakukan seorg diri. Nak minta pertolongan org pun tak sempat..takut lagi susah nak bersihkan najis dah terkena kat lantai.

Biasa yg buat aku bengang dimana waktu sahur dan berbuka..semua perlukan aku walaupun sebelum tu aku dah layan dah diorg ni semua. Zahran yg asyik nak berdakap, mak aku pula asyik nak dilayan permintaan yg bukan2 tak logik pun ada..itu yg buat aku penat sikitlah. Tu lum tambah lagi yg zikry dan zarfan tu bergaduh...

Apapun yg berlaku..sabarlah...

Selasa, 17 Ogos 2010

Mandi sendiri



Zahran 8 bulan





Cincin Hilang Jumpe




Tajuk yg pelik tapi benar..

Aku sendiri pun macam caya tak caya perkara ni berlaku.

Aku tak sedar cincin aku jatuh sbb aku dah puas cari kat tempat yg aku rasakan benda tu jatuh tapi tak jumpe.

Masa tu waktu pagi masa aku nak pegi jaga mak kat hospital. Macam org gile plak aku mencari2 kat tengah jalan tu sambil mengaru2 kepala dan akhirnya aku putus asa dan terus pegi jaga mak je.

Bila nak balik waktu tengahari, aku cuba jalan kat tempat yg sama. Yg aku sangatlah hairan..tak cari sgtpun setakat memandang ke bawah je dan aku jumpe cincin aku tu.

Wallahualam apa yg terjadi masa cincin tu terjatuh sbb mmg aku tak nampak. Bila jumpe macam biasalah dah hancur digelek pelbagai kenderaan.

Apapun alhamdulillah..mungkin itu sekadar sebahagian ujian juga...

Aku sayang sgt cincin tu sebenarnya tau..bukan cincin kawin sbb tak muat..itu cincin aku beli lepas beranak anak pertama dan mmg sgt2lah aku berkenan rekabentuk tu..

Isnin, 16 Ogos 2010

...



Terkejut juga aku datang waktu pagi jaga dia..lihat keadaan dia kene ikat.

Aku jadi sgt sedih...tapi tak boleh nak marah sbb mmg dia tak terkawal sebenarnya. Diberi ubat tidur pun hanya tidur selama 10minit sahaja. Sedangkan ubat yg diberikan itu patutnya bertahan lebih dari 6 jam.

Jalan Berliku


Andai kamu tidak diberi pilihan memilih jalan yg berliku apakah yg anda akan buat? Berdiam diri..itu bermakna mati.

Hidup perlu diteruskan walau apa jua yg terjadi meskipun jalan yg berliku itu adakala mencacatkan jiwa, hati dan perasaan.

Adakala liku itu sgtlah tajam dan perit untuk diredah begitu sahaja tapi yg hanya mampu dilakukan..teruskan jua perjalanan itu.

Adakala juga liku itu jenisnya gunung yg amat tinggi..terus juga mendaki.

Tujuannya...untuk mendapat keredhaan Allah dan menerima segala dugaan yg diberikan.

Ganjaran...tidak jua didunia ini..dan bukanlah sekarang..seperti simpanan wang dibank. Sedikit demi sedikit dikumpul akan banyak dan bila sampai waktu akan menerima bonus tapi jika kita keruk je simpanan tu...habis pula. Oleh itu jgn mengeluh..

Adakala aku akan dapat bantuan berupa tali..meskipun hanya seutas benang..itupun aku harus bersyukur meskipun sakit jari aku untuk memegang..

Namun seperti biasa aku kene redah segala onak ranjau berduri dengan usaha sendiri kerana bantuan tidak selalu ada.

Semoga kesabaran sentiasa berada dlm jiwa aku...Ya Allah ampunkan aku jika ini cara utk aku menebus segala dosa aku padaMu Ya Allah...

Aku berharap akan ada cahaya yg menjadi penamatnya di hujung sana...


*******

Untuk pengetahuan korang..aku ni tgh jaga mak aku kat rumah aku sendiri macam dulu.

Bezanya dia dalam keadaan yg amatlah sukar utk aku terangkan.

Yang pasti jika dia marah dia akan meludah dan memaki hamun tak kira masa.

Terima kasih tu takkan terucapkan melainkan dituduh anak derhaka dan haramkan susu badan dan byk lagi...

Adakala penat jaga tu tak terasa sgt cuma hati terasa perit nak telan segala kata2nya itu...

Yg pelik doktor psikiatri pun tak nak terima dia kerana faktor usia..tapi aku rasa diorg tak sanggup sbb keadaan mak aku kat wad pun byk menyusahkan doktor dan nurse..

dan sekarang aku rasa lebih perit sbb suami aku bertugas seperti biasa jauh dari sini..maka tinggal aku keseorangan menguruskan segala hal dlm bulan puasa yg amat berkat ni...

Rabu, 11 Ogos 2010

Zahran dan dugaan

Aiman Zahran dari seminggu ke seminggu perkembangan dia tanpa henti aku rasa..

Mulanya aku baru tau dia mula nak berdiri..lepas tu dah merangkak.

Paling terbaru aku baru perasan dia dah tumbuh gigi bawah. 2 batang.

Org kata tumbuh gigi bawah ni baik sbb bila dah besar cakapnya ke bawah je tak ke atas.

Berbanding abang2 dia mmg tumbuh gigi atas dulu.

Aku sebenarnya kesian dgn dia. Yelah dari mula dlm perut sampai dah keluar..dia yg paling byk menerima dugaan.

Skrg ni dia asyik ikut aku ke hospital..perjalanan nak pergi dan balik dia mesti tido kat walker dia. Terlentok2 letih..bila letak kat belakang suruh tido..dia terjaga pula.

Letih lagi dia nak dibandingkan dgn aku ni. Dia tak bebas..terkurung kat stroller je.

Tapi ape ler yg dia boleh beritau..budak macam dia bukan faham erti mengeluh..apa semua dia redah tanpa perasaan..perit pun dia masih boleh ketawa..

Hari ni hari pertama puasa..seperti biasa hari pertama mesti Allah beri mendung dan sejuk je kan..tengoklah nanti seterusnya fuhh!! dugaan..dugaan..

Selasa, 10 Ogos 2010

Dapat duit ye ye


Zahran

Selamat Berpuasa

Isnin, 9 Ogos 2010

Biskut Batik



Aku tambah bijan dan kacang...

Hari ni baru habis...burrgghhhh!!!

Lagi kreativiti Zarfan


Berdiri..

Aku pelik apsal budak kecik tu diam je bila main kat depan..

Hmm..rupanya dia cuba berdiri kat pintu pagar tu..





Ini gambar sebelum dia tergolek jatuh sbb dia pegang pintu sliding tu..


Cepatnya anak mama ni belajar...skrg ni dia tgh bergerak sambil berpaut..dah pandai merangkak..lajulah sikit hehe..

Ahad, 8 Ogos 2010

...

Semalam...

Aku jaga dia kat hospital. Dari petang sampai ke malam..sebenarnya tak plan pun nak jaga sampai malam tapi dia tengah mengamuk so kalau balik awal lagi dia mengamuk jadi terpaksa tangguh sehinggalah ke lewat malam.

Sebelum tu kakak aku dah jaga dia 2 hari..maka dia nak kakak aku jaga jugak walaupun kakak aku takde..gilir2 ler kan..kesian dah kat kakak aku terpaksa ulang alik dari seremban ke sini. Kalau byk duit tu takpelah jugak. Nipun duit hasil berniaga jual kuih habis kat minyak kete dgn tol je..dah kalau tetiap hari nak balik..apa yg tinggal..

Dari petang sehingga malam guard kat situ tak jemu2 halau aku sbb aku ada bawa baby. Bukan tak nak hantar baby kat org lain tapi aku keluar petang, balik tak tentu lagi kul bape..takkan nak menyusahkan org jaga anak aku sampai tengah malam..takpelah aku bawa juga ke hospital walaupun sepatutnya mmg tak patut tapi itulah pengorbanan yg perlu aku buat..

Aku jadi bengang sbb dgn dia yg tengah buat hal mengamuk tak tentu pasal habis semua org diludahnya. Datang plak guard yg tak henti2 nak halau aku sampai cari guard lelaki konon utk marahkan akulah.

Aku terangkan kat dia..nanti saya balik nurse telefon suruh datang sbb dia mengamuk tapi ni saya ada makcik halau2 saya pulak. Makcik nak jaga ke dia tgh camni ni?? Kene ludah lagi ade ler..

Lepas dia give up aku pun bengang sbb dia masih jugak tak reda kemarahan asyik mengamuk meludah habis semua brg kat meja tu dia buang maka aku amik keputusan utk balik sbb baby pun dah sgtlah tak selesa.

Yg buat aku bengang..makcik bangang tu halang aku nak balik plak. Katanya nanti org yg aku jaga tu buat bising camne..semua pesakit kat wad tak leh tido. Eh aku peduli hape..dah dari tadi ko suruh aku balik ni aku nak balik ko tak kasi pula. P lantak kau ler..siap kejar aku tu sampai ke pintu depan hishhh!!! tak kuasa dah aku nak layan..

Hadaplah dia yg memekak tu nanti memalam...mmg pun sbb malam tu semua pesakit bengang tak leh tido pasal dia asyik bising terjerit2..

Yg aku lagi tak faham..alasan yg diberikan oleh nurse dan doktor pelatih kat wad tu katanya dia tu hanya perlukan perhatian. Seolah2 takde apa yg berlaku macam dia tu normal aje...konon nak anak2 sentiasa ada ler jaga. Tapi yg ni aku jaga dia camtu jugak..apa beza??

Kalau perhatian yg dia nak..tak cukup ke perhatian yg kitorg berikan selama ni..perhatian yg macam mana maksudnya tu. Perhatian nak kitorg jaga sendirilah..tak payah hantar hospital menyusahkan nurse dan doktor camtu???? hmmmmm....

Dah tak terkawallah kitorg terpaksa hantar hospital. Kalau tak..kitorg pun tak nak ler susahkan diri ulangalik ke hospital ni utk jaga dia..baik suruh dia duduk rumah je. Tak fahamlah diorg ni...apa nak bukti lagipun tak taulah utk membuktikan dia tu perlu rawatan lanjut. Diorg sendiri pun tau tak leh nak buat apapun kat dia..nak amik darah tak leh, masuk air tak leh, jgn kata sentuh..pandang pun tak leh sbb dia ludah nurse tu...itu kata perlu perhatian??? Datanglah dekat dan perhatikan jelah ludah yg melekat kat baju tu nanti.

Hari ni pun aku jaga juga. Dari tengahari sampai petang hmm malam ler kot kalau dah kul 8 tu. Tapi dia hari ni tak bermaya sbb kesan daripada ubat tido yg diorg bagi malam tadi. Ubat yg diorg bagi tu punyelah lambat beri tindak balas..berjam2 baru jalan. Maknanya sebelum malam kene bagi ubat tido tu supaya malam dia tido dgn nyenyak tanpa ganggu pesakit lain.

Aku rasa muak dan menyampah plak bila setiap kali datang pesakit lain cakap benda yg sama...apsal tak jaga malam, dia buat hal mengamuk malam tadi. Habis semua disebutnya...doktor nurse pun kene sembur..ntahlah aku dah malas nak pk.

Lagi satu yg aku menyampah..semua org kat wad tu nak pegang anak aku. Hishh...aku tak sukelah. Diorg tu jaga pesakit, pegang pesakit dan pesakit..pastu pegang anak aku tak cuci tangan..ntah ada kuman apa. Ni siap nak bawa kat tempat dia plak anak aku tu..lepas sorang sorang pegang..sgt geli ok..tapi aku tak mampulah buat apa..sengih kerang busuk jelah..

Sabtu, 7 Ogos 2010

Apa macam??

Bertambah masalah pula bila bawa ke hospital.

Doktor, nurse dan pesakit mohon sgtlah kat kitorg semua supaya ada sentiasa tunggu dia jika tak keadaan kat dlm wad takkan tenang. Siap telefon ni suruh datang...

Bayangkanlah dia mengamuk dlm wad plak walaupun doktor dah suntik ubat penenang bagi dia tido tapi tak sampai sejam dia bangun balik..bila dah 2 kali disuntik masih juga begitu..dlm kul 3 pagi nurse telefon suruh datang juga tenangkan dia yg mengamuk kat wad menyebabkan semua pesakit bengang tak leh tido.

Itulah...

Masalah tu skrg membebankan pihak hospital pulak. Aku pun tak taulah nak cakap camne. Nak jaga malam camne plak dgn baby ni..siang tu takpelah ada org yg tolong jagakan.

Hairan aku bila semua org kat wad tu pandang aku lain macam je dan siap pesan..jangan balik jaga dia nanti dia mengamuk lagi susah kitorg tak leh nak tido. Dia asyik jerit2 je dan meludah..

Kalau sebelum ni aku perlu kemas 2 rumah. Tapi sekarang aku tetap kene kemas dua rumah ditambah ulang alik ke hospital utk jaga dia kat sana pula. Rumah dia tetap kene kemas sbb dia yg lagi sorang tinggal kat rumah tu kencing tetap merata..kalau tak kemas nanti satu rumah hancing dgn taik ayam dgn makanan berulat...

hmmm.....

Khamis, 5 Ogos 2010

Apa hikmahnya?

Dari satu hal ke satu hal...

Aku terlalu bz sekarang ni..otak aku pun dah penuh sendat membuak2 rasanya nak pk camne lagipun tak taulah..

Bermula dari telur berbelas biji dibuang dari peti ais..esoknya gule sekilo..esok lagi bubur, lauk..air ahhh!!! byk sgt..setiap hari datang kemas..esok pagi dah bertabur balik. Apa guna aku datang kemas kalau benda tu tak leh bertahan walaupun setengah hari...itu lum dgn kencing dan ludah bersepah..tambah lagi habuk yg sedia ada dlm rumah yg tak mampu aku nak buat semua sekali.

Dah sampai tahap aku rasa kene pisahkan diorg jugak walaupun dah beratus kali buat begitu tapi tak selesaikan masalah. Takpe aku cube..

Tapi lum sampai pun rumah aku dia nak balik rumah dia semula. Aku hampir kemalangan dgn anak2 aku yg masih kecil dlm kereta. Kalau aku tak sempat brek emergency...rasanya blog ni dah tinggal sejarah jelah buat diri aku utk tatapan suami tersayang.

Kemalangan yg bukan kecuaian daripada aku tapi dari dia yg duduk sebelah dan mengganggu aku yg sedang memandu sbb marah tak bagi dia bukak pintu masa kereta tgh bergerak..

Dgn anak2 mmg dia tunjukkan diri dia yg tak puas hati tapi dgn menantu dia amat menjaga maruah diri dia apatah lagi dgn org luar terutama jiran yg tinggal berdekatan dgn aku.

Nak aku huraikan kejadian apa yg berlaku sepanjang dia berada dirumah aku yg tak sampai pun satu hari tu sgtlah panjang mcm berbulan lamanya. Malah terlalu pahit utk aku ceritakan di sini sbb mmg terlalu mengaibkan. Hanya jiran2 yg berdekatan dan hadir diwaktu kejadian sahaja yg tahu hal sebenar. Keadaan dia mmg tak ubah mcm orang yg hilang kewarasan akal...apatah lagi rasa malu. Aku apatah lagi penat sgt sbb dia mengamuk buang segala brg2 dlm rumah aku.

Dipendekkan cerita..apa kehendaknya perlulah diturutkan. Nak pulang..dihantar pulang tapi tetap juga buat perkara yg sama. Maka terpaksalah kitorg adik beradik buat keputusan yg paling sukar sebagai sorg anak iaitu memanggil ambulan utk amik dia kat rumah yg tgh mengamuk sakan. Tak tahulah apa yg dia nak sebenarnya sbb dia pun tak tahu apa yg dia nak...

Hari ni dlm sejarah keluarga aku...dia masuk hospital kerana....berat utk aku tulis perkataan tu. Agak jelah sendiri apa perkataan yg perlu diletakkan di situ. Malu? Allah jelah yg tahu. Daripada membiarkan berlarutan sampai bila nak bertahan?

Sekarang masih lagi menunggu keputusan daripada doktor hasil ujian yg dia buat. Nak tahu apa punca..dan berharap dia akan selamat dan tenang selepas dapat tido dgn nyenyak sbb dia tak pernah tido.

Sampai bila? Persoalan yg sentiasa bermain difikiran. Selagi tak selesai selagi tu aku rasa tertekan juga dgn keadaan camni. Berada dlm keadaan serba salah bila nak buat tak tahu..walaupun aku patut buat begitu supaya bukan hanya aku je yg patut diharapkan.

Berat dugaan mu ni Ya Allah...apalah hikmah disebalik kejadian ni. Aku tahu Kau lebih sayangkan dia supaya diakhirat nanti dia tak perlu dihitungkan sbb dah terbalas segala perbuatannya didunia ni. Allahu Akbar!!!

Isnin, 2 Ogos 2010

Terakhir...

Aku mmg dah tak peduli apa org akan kata.

Ini bukan masalah derhaka.

Bukan masalah tak nak jaga.

Tapi ini melibatkan nyawa.

Aku tak nak satu hari nanti dia dapat pisau dan bunuh baba aku yg tengah tido atau tengah tak bermaya.

Mungkin ini adalah satu inisiatif yg terakhir akhir akhir akhir sekali....!!!

Psikologi & Psikiatri

Ambil dari blog Doktor Salmi

Kenapa saya perlu makan ubat?

Tiada pakar atau doctor yang mahu pesakitnya menderita. Semua doctor mahu pesakitnya sihat dan sembuh daripada penyakit.

Sebelum di beri ubat doctor mesti membuat pertimbangan buruk dan baik memberi ubat.

Cuba fikirkan masalah ini:

A mengalami kemurungan teruk sehingga mendengar halusinasi ; mendengar suara” matilah kau!, matilah kau!”.

Jika tidak diberi ubat, beliau boleh membunuh diri sendiri. Doktor akan memberi ubat untuk hilangkan kemurungan ( anti depressant) dan hilangkan halusinasi ( antipsikotik) . Ubat yang sedia ada telah terbukti boleh mengubati kedua-dua masalah tersebut


Apakah pandangan pesakit dan keluarga?

Kebanyakan orang ramai tidak terdedah dengan penyakit psikiatri. Fenomena mendengar suar-suara ghaib di anggap sebagai rasukan hantu dan sebagainya. Masalah utama yang dihadapi oleh doctor adalah membetulkan fahaman pesakit dan keluarga tentang masalah psikiatri ini. Masih ramai di kalangan pesakit dan keluarga yang terlalu takut apabila dikatakan mengidap penyakit mental. Stigma terhadap penyakit ini terlalu tinggi sehingga ramai yang tidak menerima ubat dan rawatan!


Bagaimana ubat bertindak?

Penyakit mental adalah disebabkan pelbagai sebab yang berhubungkait antara satu sama lain. Antaranya sebab keturunan, tekanan dan ketidakseimbangan fungsi otak

Sesiapa yang ada saudara mara yang mengalami penyakit mental (saka, hysteria, perangai pelik atau apa jua tafsiran kepada penyakit mental) adalah berisiko untuk mendapat penyakit mental. Anda tidak 100% akan dapat penyakit tersebut, tetapi jika anda tidak pandai menangani masalah dan anda berhadapan dengan masalah, penyakit ini akan menyerang

Tekanan yang anda hadapi akan menyebabkan otak berfungsi lebih dari biasa kerana anda memikirkan masalah tersebut dan cuba mnyelesaikannya. Kalau jantung berfungsi dengan otot jantung yang mengepam darah, otak berfungsi dengan bantuan neurotransmitter yang menhantar signal untuk berfikir. Antara contoh penting neurotransmitter ini adalah serotonin, dopamine dan adrenalin. Penyakit mental berlaku apabila tekanan berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan neurotransmitter ini. Maka ubat diberi menyeimbangkan semula neurotransmitter ini.


Bahagian mana otak yang tidak dalam keseimbangan?

2 bahagian otak yang penting adalah:
Sistem limbic untuk mengawal emosi, tingkah laku, perbuatan, perasaan seperti marah, benci, cinta, geram dan lain-lain
Prefrontal Cortex untuk mengawal fungsi kognitif kita seperti membuat perancangan, mengatur kehidupan, kawalan buruk baik perbuatan, mengawal proses perbuatan dan lain-lain

Pada keadaan biasa, bahagian otak ini berfungsi secara baik. Contohnya, anda rasa sayang pada anak anda, sistem limbic akan berfungsi. Jika anda ingin memasak , prefrontal cortex akan mengawasi susun atur cara masak yang betul.

Bila anda mempunyai tekanan bahagian otak ini terlalu aktif sehingga neurotransmitter serotonin, dopamine dan adrenalin tadi tidak berfungsi dengan baik. Tanda-tanda penyakit akan muncul kerana otak tidak berfungsi dengan baik.

Ahad, 1 Ogos 2010

...

Huh..sgt tension.

Hari2 yg dilalui sgt tak seronok. Bosan..bengang..

Apa cara nak selesaikan masalah ni pun tak taulah.

Kusut..buntu..penat..

Camnelah nak hadapi perkara ni di bulan puasa nanti...

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster