Memaparkan catatan dengan label Zarfan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zarfan. Papar semua catatan

Isnin, 3 Jun 2013

Riadah dgn anak2 di AEON Bandaraya Melaka
























Lokasi ni kat AEON Bandaraya Melaka kat sebelah Tesco tu.

Tempat mainan ni masuk RM8 sorang pastu boleh main dari pagi sampai malam. Unlimited time. Best kan... kot mak bapak kasi shopping tu sumbat je anak2 kat sini pastu shopping puas2. Aku nak shopping pebendanye bukan ada duit pun. Cuma leh cuci2 mata je tgk brg2 berjenama mahal2 giler kat situ. Dapat belek ke try baju2 tu je ke...oklah. Janji puas hati hehe..

Tak lama sgt pun dok dlm ni. Ada ler dlm sejam setengah sbb aku dah bosan giler dah tak tau nak g mana.

Nota jari : Kopak duit aku...dah ler itu je duit yg tinggal masa tu huhu...

Selasa, 14 Mei 2013

Berempat





Rasa-rasanya muat ke semua tu nak dok belakang hehe.

Nampak mcm muat tapi huru-hara ko diorg kat belakang tu. Sorang nak tido baring, sorang lagi nak ruang lebih, sorang lagi tak leh dok diam. Tu kecik2 lagi. Dah besar nanti camnelah plak. Itupun sibuk semua nak dok belakang sbb nak baring..macamlah muat lagi semua nak baring situ. Dah besar panjang terjulur dah tu.

Nota jari : 4 orang rasa cam bawa 10 orang ler...




Rabu, 8 Mei 2013

Sekolah Zikry dan Zarfan






Masa ni aku nak jumpa guru kelas Zarfan.

Jadi melepaklah tgk budak2 ni berhimpun. Tiap2 pagi diorg ada perhimpunan dan kalau hujan pun diorg tetap turun berhimpun tapi kat dewan terbuka tu..kat bawah bangunan tu. 

Sekolah ni baru tahun ketiga beroperasi. Tapi pelajar makin lama makin meningkat dan kelas pun makin bertambah..dulu 2 kelas je..sekarang dah 3 kelas. Akan datang mungkin bertambah lagi agaknya..

Nota jari : Sekolah ni dekat je dgn rumah aku. Tapi nak g sekolah tu jauh pasal sekolah ni atas bukit. Rumah aku bawah bukit tu...kene pusing jauh daaa... takkan anak aku nak daki bukit tu plakkan hehe..

Isnin, 22 April 2013

Riadah di Taman Botani








Riadah kali ni plak ke Taman Botani. Ni semua dekat je dgn rumah aku kat Bukit Katil tu.

Dulu ni tempat bercinta haha... tapi skrg tempat monyet.

Ganas siot monyet kat situ. Aku takut kene hongges je bontot aku ni hihihi...kalau dia sanggup ler haha..

Datang sini jgnlah bawa beg plastik ke makanan ke...mmg dia pandang dan kejar je kita pastu nak rampas huhu...kalau sekor ok lagi ni beberapa ekor...tak ke seram tu.

Kebetulan aku terjumpa kawan baik aku dulu kat situ. Tgh borak2 tu aku dah nampak dah 2-3 ekor monyet dok ikut je aku. Pastu anak kawan aku tu ada pegang kopok... aku tgk monyet tu dah nak rampas dah. Aku pun masa tu sergah monyet tu. Konon nak takutkan dia ler...dia lari tapi lepas tu monyet tu sergah aku balik. Aku terjerit ler haaa....tapi dia tak takut sbb dia makin dekat dan tunjukkan muka garang kat aku...pastu cam nak kejar...aku suruh anak2 cepat lari masuk kete je. Gigil aku tolak stroller baby masa tu. Takut dia terjah kat anak aku je. Seram siot... 

Aku suka g Perkampungan Buku kalau g situ. Macam perpustakaan ler. Lepak kat situ baca majalah pastu anak2 g kerjakan mainan kat situ. Macam2 mainan ada contoh block, dam, eh mcm2 ler aku nak sebut pun tak reti hihi...

Nota jari : Takut dah nak g situ huhuhu..

Ahad, 21 April 2013

Riadah di AKCC















Ni adalah tempat riadah kitorg sekeluarga sbb kat sini free hihi. Kalau org luar yg bukan ahli ni mmg kene bayar ler.

Nama tempat ni Ayer Keroh Country Club (AKCC). Suami jadi ahli club kat situ. Tapi dia sendiri pun baru sekali je main golf itupun setakat pukul2 bola tu je hihi... tak minat sgt tapi ada kemudahan lain tu kitorg leh gunakan jugak...

Biasa pegi sini hari Jumaat petang. Kalau hari minggu takut ramai org. 

Nota jari : Kat sini yg dtg org kaya je tapi kitorg ni hahaha...nampak nau jakun... dah ler bawak kancil je plak tu.. sampaikan org yg jaga kat situ cam tak caya lak kat aku yg cam kolot ni. Yelah kitaorg ni miskin hihi...

Sabtu, 13 April 2013

Penyeri Hidupku..



Tanpa mereka rasanya hidup ini tidak bermakna.

Walaupun mama ni macam singa tapi jauh dilubuk hati mama ni sayang sgt kat korang tau.

Harapan mama bila masing2 semua dah dewasa dan berkeluarga..mama tidak dilupa sebab kasih mama membawa ke syurga..

Khamis, 28 Februari 2013

Klinik Jamuna - Pakar Kulit










Akhirnya g klinik mahal nak terkentut bila dia minta bayaran haha...

Tapi alhamdulillah masalah Zarfan dgn rambutnya yg mcm kene gunting tu selesai...dah tak botak sebelah lagi hehe..

Nak tau bape bilnya. RM 200 hanya setakat utk ubat sapu ada 2 jenis..satu malam satu siang. Ubat makan 3 jenis dan syampu rambut. Campur jugak air liur doktor tu beri penerangan haha..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster