Jumaat, 26 Jun 2009

Aku Pandu D-Max Yuhuu..

Al-kisahnya aku pandu D-Max hehe...

Memula ni semua kes adik beradik aku yg ada kete Unser dan Wish tapi takde masa nak amik mak kat Seremban rumah kakak aku. Kakak aku plak nak keluar hari Sabtu ada urusan. Disebabkan hanya aku je yg 'terpaksa' fikirkan camne cara nak amik so aku pinjamlah kete D-Max kat kawan hubby tu..

Bukan sikit barang nak sumbat dlm kete..tak muat takat kete kecik aku tu..

Si Zikry beberapa kali tanya aku..mama nak bawa kete besar tu ke? Boleh ke? Haishhh..budak ni..ade yg kene sekel kang..aku ni tgh perkuatkan semangat lagi dia byk tanya lak..

Untuk pengetahuan semua..aku penah bawak sekali je kete ni..itupun setakat sekitar Cheng je..gigil tu jgn cakaplah..aku cuak sgt..

Ini ler kete D-Max tu..


And now..see..see...aku drive tau muahahahaha...


Ni nak balik dah..baru teringat nak amik gambar. Bukti tu aku bawak D-Max keluar dari Melaka..jauh lak tu hehe..padahal Seremban je..


Mulalah aku jadi pemandu berhemah..korang tau tak betapa payahnya aku nak kekalkan kelajuan 100km/j ni..pasal kalau ikut pijak kaki aku ni..mau 160km/j leh g tu..


Pastu yg best..kete kecik yg depan aku semua ngelak nak kasi aku lalu muahahaha...padahal aku bukan bawak laju pun..punyalah besar kuasa org bawak kete besar dan mahal ni..kalau ade yg buli aku pun..bas jelah pasal diorg potong aku kiri dan kanan..giler..kejang tangan aku kontrol stereng..


Tengok..itulah akibat kalau pandu tak pandang meter..sedap je tekan minyak..


Ni ler baby besar yg aku jaga skrg..muka toye je pasal dari rumah kakak sampai ke rumah aku dia asyik membebel je..cakap yg bukan2. Kata tak maafkan aku..doakan aku akan terima balasan..korang tau pasal ape? Pasal dia tak suke kete D-Max ni..tinggi dan susah nak naik..tapi bukan dia kene naik sendiri..ramai yg leh tolong naikkan..punyelah jahat mulut seorg ibu yg sanggup doakan anak yg bukan2 atas kesalahan yg hmm ntahlah...besar sgt ke dosa aku hanya kerana takde sorang anak lelaki dia yg punya kete besar nak amik dia dr Seremban dan aku terpaksa pinjam kete D-Max ni kat kawan hubby semata2 untuk amik dia..salah ke? Aku nak pakai kete ape lagi..dah itu je yg aku mampu..kang aku sewa lori lagi dasyat..duduk belakang je haa nak?!(gambar ni Zikry yg amik)


haa..inilah maid aku. Inur namanya..alhamdulillah baik..dan aku harap selamanya dia baik..aku panggil dia kakak je pasal aku tak retilah nak anggap org yg lebih tua dari aku org suruhan..hmm ntahlah..aku anggap dia tetamu je..baju dia pun aku basuhkan..kes cerewet punya pasal jugak hehe..
Mak aku panggil dia sama mcm panggil aku pasal Nur jugakkan namanya..so mudahlah..(Zikry gak yg amik gambar ni hehe) 


Sampai dah..Simpang Ampat..


Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar dan selamat pergi dan pulang..


Lagi satu hal yg aku cam tak puas hati dan sakit hati..mak aku ni dia leh cakap dia tak halalkan duit yg aku kuarkan untuk bayar maid..

Dia haramkan untuk sape? Untuk dia sendirilah kan..

Ntahlah..mmg dia sakit..tapi mulut dia Allah je yg tau...Doa seorang ibu tu makbul apatah lagi dlm keadaan sakit..berganda2 makbulnya..

Sampai hati mak tak maafkan aku semata2 bawa dia balik pakai kete D-Max tu..

Dia tak tau betapa susah payahnya aku minta tolong kat adik beradik aku yg ada kereta besar tapi diorg ade alasan masing2..aku yg terpaksa pecah kepala pk camne nak amik mak dan baba kat Seremban tu..

Aku kene marah dgn hubby..aku terpaksa bawak sendiri kete tu..korbankan masa dan tenaga aku..rasa tak berbaloi segala usaha aku..

Hanya aku dan HANYA AKU je yg terpaksa pk hal dan masalah untuk mak dan baba..kat mana dia tinggal..sape yg patut jaga..maid pun aku cari..

Tadi aku bagi mesej kat semua adik beradik aku..

Salam. Mohon kerjasama semua untuk datang rumah mak Sabtu ni untuk kemas rumah. Jika tak, bole cadangkan beri tarikh lain tp mak perlu dijaga oleh adik beradik yg lain sebelum 1hb. Mak&baba akan tinggal kat rumah mereka sendiri bersama org gaji. Pembayaran bulanan org gaji perlu kerjasama dr semua adik beradik. Sebulan RM450 dibahagikan dgn 6 org. Mana yg berkemampuan kene bayar lebih berbanding yg tak berkemampuan. Pembahagian bayaran boleh dibincangkan nanti. Upah org gaji lebih adil jika dibandingkan utk jaga mak secara bergilir. Oleh itu jika tak mampu beri masa dan tenaga utk mak..beri duit untuk kita sama2 tanggung kos. Maaf. Sekian, terima kasih.

Garang tak hehe...masalahnya aku terpaksa buat camtu..seolah2 akulah ketua tapi sebenarnya akulah anak yg akhir..bongsu. Pompuan lak tu..terpaksa beri arahan camtu.

Tadi dapat balasan kononnya dari kakak ipar yg menyatakan ada kenduri kawin kat rumah abang aku yg kat Muar..adik ipar dia kawin Sabtu ni. Macamlah aku tak tau..aku taulah tapi takkan dia nak melangok kat sana sampai 1 hari..bukan tolong masak pun..tolong makan je..lepas tu balik ler datang rumah kemas..tak pasal2 dah kene bahas dgn aku..terdiam terus..Muar je..bukan jauh kann..

Ntahlah..harapnya dapat selesaikan masalah ni secepat mungkin..takut maid lak tak tahan dan lari huhu...

4 bunga tulip:

MrsMama berkata...

Sabar nrina...mak awak tak sihat, saya rasa kalu dia sihat tentu dia tak macam tu. Ini ari dia....ari kita esok tak tau nasib camner. Allah sebenarnya nak duga awak....mak awak itulah syurga awak kalu awak paham maksud saya. Nrina orang melaka ker?

♥nrina♥ berkata...

Mas:
Syurga seorg isteri adalah pada suaminya..Syurga seorg anak lelaki barulah terletak pd ibunya...
mungkin itu kene lebih faham...
seperti yg saya kata...adakala masalah itu nampak mudah jika dipandang secara kasar tapi jika diperhalusi hanya org sebaik nabi yg mampu bertahan..(sy manusia biasa lum sampai tahap nabi)

AhboNd 2020 berkata...

Akhirnya Mama boleh bawak D-Max sejauh ke Seremban. Allah biasalah org tua...harap Mama bersabar..Klu mak taknak Halalkan duit tu...nanti Ayah ganti balik..tapi mesti minta semua adik beradik dulu..Apa kata mereka sekiranya Mak taknak halalkan duit dia tu..Apa kata mereka pulak?..mesti ader kata, ha kau jer bayar sebab kau yang gatal2 cari maid sapa suruh. Klu itu yang dia org cko, ayah yang bayar. Ayah akan ckp duit boleh cari tapi...pahala susah, dosa senang.. Semoga Mama sihat dan sabar. Amin. Banyak2 baca yassin mama. Pedulikan kata Mak tu sebab fikiran dia sakit juga bersama fizikalnya. Itu shj, anggap baik shj. Amin. Bye n salam.

Tirana berkata...

Nrina...

Wahhhh..sedap bawa kete beso..hehehe..Kete beso macam tu memang tak sedap kalau bawak slow..kena bawak laju baru best...

Alhamdulillah..dah dapat orang gaji. Slow talk dengan maid tu supaya bersabar dengan mak..Anggap aje mak dah nyanyuk dan dah tak ingat apa2 sebab tu dia meracau.

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster