Memaparkan catatan dengan label Mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mengandung. Papar semua catatan

Selasa, 14 Ogos 2012

Sepatutnya hari ni

Ya..mmg betul.

Kalau ikut buku pink tu patutnya hari nilah. Tapi aku rasa sakit sangat kat pinggang dan kelengkang. Xdepun tanda sakit nak bersalin tu. Nak bergerak angkat kakilah yg paling susah skrg ni. Sgt2 x tahan dlm keadaan sekarang.

Paling aku malas skrg ni bila anak minta nak susu huhuhu...dia x nak der susu badan aku ni...busuk katanya chet!! Pastu x reti plak nak bersabar...aduhh dia tension aku lagi tension..x ler nak gerak laju. Berpaut2 apa yg ada sekeliling...

Ntahlah..skrg ni pun rasa sakit sgt tapi takkan nak baring je. Bosan ler plak. Bila duduk lama sgt ni lagilah sakit pinggang..eh semua sakitlah. Apa buat pun skrg semua sakit...

Harapnya keluarlah anak ni hari ni paling tidak pun esok sbb mmg sgt2 dah x larat ni. Lagipun 16hb ni kene jugak serah diri kat spital besar Melaka kalau x hersalin dan dah tentu2 ler doktor akan cadangkan indius je huhu...perkara yg paling aku x suka.

Mengandung kali ni adalah yg paling teruk aku rasa. Padahal dulu aku mengandung jugak tapi segala susah payah jerih perih dah aku rasa. Jaga mak dan baba yg tgh sakit. Uruskan anak2 tanpa suami. Pergi balik hospital. Rehat yg x cukup. Naik tangga turun tangga hospital. Makan x menentu. Berbuka kat hospital sorang diri. Apa yg x susah aku rasa semua dah aku rasa...tp kuar si zahran tu kene indius gak.

Yg ni apa senang yang aku rasa..semua aku rasa. Aku bukan memasak sgtpun. Suami yg masak. Tiap2 hari beli lauk, makanan utk berbuka. Aku rehat je lebih. Tido je. Semua segala hal skrg suami yg amik alih. Basuh baju, amik hantar anak ke sekolah. Mengemas dan uruskan anak2. Pun x nak kuar jugak budak dlm perut ni..haduyai...apalah nasib. Lagi teruk plak sbb dah overdue dah ni...klu perut tu kecik xpe gak..ni besar gedabak..kuar2 je baby ni mesti dah macam 3 bulan.

Apapun aku terpaksa jualah bersabar...uhhh tgh sakit ni baby mengeras..mungkin dia tau aku tgh kutuk dia hihihihi...

Oklah...esok ada temujanji klinik desa..rutin biasa. Esoknya baru g spital besar. Aku mohon doa daripada sesiapa yg sudi baca entry aku ni supaya doakan aku selamat melahirkan anak ini. Anak ke 4 dan yg terakhir. Pasni nak pencen hehe... cukup2 lah tu kalau 4 org lelaki lagi teruk aku kene persiapkan diri. Nak rehat dan tumpukan pada diri aku sendiri plak hehe...

Ok..jumpa lagi di entry yg dah ada baby plak....doakan ye aku selamat bersalin dan dapat baby yg comel. X kisahlah pompuan ke lelaki...aku terima  seadanya. X mengharappun dpt girl tp klu dapat ok je hehe.

Isnin, 13 Ogos 2012

Menunggu hari...

Assalamualaikum...

Menunggu dan terus menunggu hari yg mmg ditunggu hehe...

Seksanya menunggu ni tau tak...aku makin x larat dah ni...sakit tp bukan sakit nak bersalin pun..sakit pinggang, sakit perut, sakit hati, sakit mata tgk rumah bersepah, habuk bermaharajalela. Baru je lap, besok dah ada sawang balik fuhh..rasa nak belasah je labah2 yg suka buat sawang ni tau..

Tapi yg aku perasan walaupun dah nak dekat waktu bersalin dlm bulan puasa ni.. kesakitan aku adakalanya hilang seketika. Maka waktu tu aku gunakan utk buat apa je keje yg patut mcm mengemas ke. Sungguh puas hati dapat mop rumah dan lap segala habuk semua..tp masalahnya kejap je bertahan. Tu yg bengang tu. Kalau dpt bertahn sampai raya atau sampai aku bersalin ok gak. Xdelah mata aku dok berbulu je tgk semak, sampah, habuk masa aku dah langsung x larat nak pegang batang mop tu.

Apapun aku mmg dapat rasakan kenikmataan ramadhan kali ni. Anak2 dapat sama2 puasa. Yang paling best kitorg selalu dpt makan bersama yang mana sebelum ni x pernah pun camtu. Zarfan anak kedua aku yg baru 6tahun pun ok gak puasa walaupun awal2 dia x faham sgt tp lama2 dia biasa jugak. Xde curi2 minum atau makan atau lupa yg dia tu puasa hehe. Abang dia Zikry alhamdulillah..walaupun puasa tapi stamina mcm x puasa...cergas semacam je..Zahran x yah cakaplah..dia ler penggugat kat dlm rumah ni..sape yg x kuat iman mmg terbatal puasa hahaha...

Sekarang ni aku tgh gosok baju sekolah anak...x taulah sampai kul bape. Mungkin sampai sahur. Dah lama x on laptop..dah bersawang jugak haha. Otak aku pun sama sebenarnya. Tetibe je nak update blog yg juga bersawang ni... Maka inilah hasilnya. Merepek tgh2 mlm..

Buat masa ni aku cuba kemas sikit2 rumah. Mood raya sudah mari. Cuma buat kuih je lum ada mood. Barang dah beli tp tiap kali nak mulakan mulalah aku rasa badan ni dah x mampu nak berdiri maka tido je hehe. Kalau x bersalin esok..nak buat jugaklah besok biskut coklat tu. Berkobar dah ni tp kudrat xde plak.

Rumah skrg pun aku maintainkan je.dah kemas beriya hari tu sampai hampir x sahur haha..sib baik suami tolong kejutkan. Makan pun bukan berselera sgt..sikit je dah kenyang. Budak ni dah tekan perut kasi kecik..

Berpantang kali ni mmg kat rumah baru ni. Bersemangat juga sbb aku suka berpantang sendiri. Xde org nak bebelkan perangai aku yg degil ni. Sendiri buat sendiri tanggung haaa.... Suami pun sentiasa ada di sisi so aku x perlu risau mcm dulu. Ada kesempatan juga utk aku diet... nak kurus mcm masa anak dara balik cheh wahh..

Oklah...takat ni jelah..dah x tau nak cakap apa...cuma skrg aku rasa aku sayang sgt kat suami sbb tanpa dia aku rasa aku x mampu bertahan skrg..tanpa dia aku x mampu teruskan hidup..tanpa dia aku hilang arah..tanpa dia aku bukan aku...dan jika ajal menjemput...aku lebih rela pergi dulu dari dia...

Ayah...mama sayang sgt kat ayah...dlm hidup mama cuma ada ayah, anak2 dan saudara mara..walaupun tiada lagi mak dan baba dlm hidup mama tp mama tidak kesunyiaan sebab ayah sentiada sayangkan mama...sentiasa buat mama gembira.. berkorban utk mama.. penuhi segala permintaan mama...macam yg pernah mak dan baba buat utk mama masa diorg hidup dulu... dan mama sgt2 berterima kasih kat ayah dan sgt2 bersyukur pada Allah sbb kurniakan seorg suami yg sempurna macam ayah untuk mama...alhamdulillah...

Moga kelahiran anak yg ke 4 ini memberi lebih keceriaan dan kebahagiaan dlm keluarga kita..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster