Khamis, 11 Jun 2009

Hal di hospital

Sebenarnya tujuan aku bukak komputer petang ni lepas seharian penat uruskan rumah dan jugak mak dan baba aku tu untuk menceritakan hal semalam. Tapi disebabkan aku dapat mesej yg tak diundang tu membuatkan aku hilang mood.

Tapi aku nak citer jugaklah hehe..lepas mood aku kembali normal ni.

Semalam 9 Jun, mak ada temujanji kat Hospital Besar kat Klinik Diabetis eh betul ke aku eja tu..lantaklah..

Aku gerak kul 9am dari rumah singgah sarapan kat kedai pasal aku malas nak masak sarapan. Kalau buat sarapan kang ade kuar kul 11am jugak..

So lepas sarapan kat kedai dgn anak2..makan nasi lemak je. Aku terus g rumah abang aku yg jaga mak dan baba sementara cuti sekolah ni. Lepas mak kuar wad hari tu diorg ler yg jaga. Mak kuar wad 2 Jun. Tapi tetiap hari yg bawa baba g cuci kaki kat klinik berdekatan..aku jugak.

So sampai je tadi terus bawa baba g cuci kaki dulu pastuh dlm kul 12pm balik dan bawa mak plak ke Hospital Besar. Aku hanya bawak Zarfan pasal kete aku tak muat..mak dan kosi roda kat belakang.

Sampai hospital..fuhh..masalah biasalah parking. Doa punye doa..akhirnya Allah makbulkan jugak. Walaupun parking tu tak diiktiraf sebagai parking..tp janji kete aku tak kene langgar kete lain..dan tak kene saman hihi..

Lepas tu uruskan mak macam biasa..tunggu punye tunggu..rupanya diorg tak jumpe fail. Aku tunggu diorg cari fail dari aku sampai kul 12.25pm sampai kul 3pm hanya cari fail..belum lagi beratur jumpe doktor..

Sabar jelah tapi aku mmg tensionlah..dgn perangai Zarfan yg asyik hilang..aku yg penat takde kosi nak duduk so duduk je atas lantai sampai semutan kaki aku. Mak plak asyik menangis cam budak2..aduhh..

Rupanya fail tu ada kat wad..ada ler sorang staff tu bitau nape tak bitau mak baru kuar wad..aku cakaplah dah bitau kat kaunter tadi tapi diorg buat tak tau je. Dia cakap jgn bitau kat kaunter..diorg mmg tak tau..dah tu..aku nak bitau kat sape..mana ler aku tau..hishh..dah hangin sikit tu hati aku..

Tunggu ler plak diorg cari kat wad..sampai kul 4pm. Pastuh lepas dah 3 4 kali aku kuar masuk dlm bilik doktor..baru dia panggil. Oklah gedebak gedebuk cerita hal sakit mak aku dan ubat..so kuar plak aku kene g buat temujanji untuk mak buat ujian nanti kat hospital. Ntah hape ke benda nama ujian..endoskopi haa..camtulah namanye..ada 2 jenis ujian..kira mmg aku sentiasa akan datang Hospital Melaka ni ler..

Lepas tu..kene beratur lagi plak untuk temujanji seterusnya. Sebulan lagi kene datang jumpe doktor tu. Dlm masa yg sama mak aku nangis2 lagi..sejuk katanya..tak terpk pun nak bawa baju sejuk..pasal nak cepat sgt tadi. So aku letak mak kat luar..pasal takde kene aircond..tapi aku masuk balik pasal nak duduk kat kosi..punggung aku dah naik kematu lagi tadi takde tempat duduk..asyik duduk atas lantai yg sejuk tu..

Tapi mak masih lagi menangis2 sampai semua org tegur..aduhh..kalau aku duduk kat luar..kene duduk atas lantai lagi..pasal aku dah tak tahan nak diri lelama..

Bila selesai je buat temujanji tu, kene amik ubat plak. Kira waktu tu dah kul 5.30pm dah. Tunggu ubat pun lagi ler punye lama..Macam biasa mak kene duduk luar pasal kat dlm farmasi tu sejuk jugak. Aku pun nak jugak selesa duduk kat kosi. Sakit dah badan dan pinggang aku ni. Tapi mak masih lagi menangis sampai ramai org kerumun..

Malu aku sebagai anak sbb biarkan mak camtu tapi diorg faham tak keadaan aku masa tu. Kalau mak menangis pasal bosan lama sgt..aku pun nak menangis sama jugak dan rasa nak meraung jugak..aku lagi penat pasal kene kehulu ke hilir kejar Zarfan buat temujanji ahhh...sape yg penah berurusan dgn hospital kerajaan ni pepaham jelah. Bukan diorg buat keje lembab tapi pasal kekurangan kakitangan dan ramai sgt pesakit.

Habis semua hal ubat dlm kul 6.30pm. Aku pun balik. Alhamdulillah sepanjang aku kuarkan dan masukkan mak dlm kete..ada org yg membantu pasal mmg payah pasal mak lemah sgt..mcm org cacatlah walaupun cukup anggota..semua tak berfungsi..tangan kaki semua longlai..

Lepas habis semua tu..bolehlah aku tarik nafas lega kerana semua dah berakhir..selalu tak camni lama aku uruskan mak atau baba cuma hari tu nasib tak menyebelahi aku. Banyak sgt masalah dalaman yg berlaku..tapi bukan dari aku tapi dari pihak hospitallah..tapi aku tetap sabar..walaupun dlm keadaan tension sgt..tak ler mcm ada sesetengah org tu aku tengok dah sampai tahap sumpah seranah dah..huhuhu..aku lum lagi sampai tahap tu..

Lepas tu barulah aku terasa lapar..korang bayangkan aku hanya makan sarapan je pagi tu dan tak lagi makan tengahari..patutlah lapar sgt..singgah ler kedai makan jap..isi perut tapi mak dlm kete pasal dia makin lemah..so bungkuskan makanan. Sampai rumah dah maghrib dah. Letih tu toksah citerlah..

Untuk pengetahuan semua...tujuan aku tulis segala2 kisah kehidupan aku dan susah payah yg aku alami ni semua untuk bacaan aku dan anak2 aku dimasa hadapan. Jika mereka dah besar dan aku dah takde kat dunia ni lagi..diorg dapat jugak tahu apa yg aku buat..segala penat lelah aku besarkan anak2 dari kecik sampai besar..dgn pengorbanan aku jaga nenek dan datuk dia semasa masih ada.

Adakala kenangan byk sgt untuk diingati tapi jika dijadikan tulisan dan bacaan maka memori tu lebih tepat dan mudah untuk dicari.

Aku bukan nak minta simpati pada sesiapa yg baca. Jauh sekali aku mengharapkan pertolongan. Aku sekadar meluahkan apa yg berlaku dlm kehidupan aku supaya hati aku rasa tenang. Salah ke?

8 bunga tulip:

haruan tasek berkata...

ya sokong... coretan seseorang itu memang berguna untuk masa hadapan

julietchun berkata...

aku tak paham kalo ada yg nak sesibuk mengata org kat blog. Kita rasa, kita tulis, dan kita takpasa org baca.

AhboNd 2020 berkata...

Mama..blog adalah ibarat diari kita secara cyber..so klu buku kita boleh simpan..tp blog org boleh baca...so mcm biasalah..berbagai gaya pemahaman akan timbul..so mama ignore jer semua itu..ambil yang mana mama rasa baik dan buang yang mana mama rasa sampah...
bye mama

♥nrina♥ berkata...

haruan tasek:
tq..

julietchun:
ha kan..apsal dia nak sibuk..jaga hal sendiri dah ler..org tak sibuk pun hal dia..

ayah:
mama faham risikonya. tapi mama dah sakit hati sgt. kalau buku boleh hilang, koyak, kusam, tapi kalau kat internet ni lain sikit sbb kita leh kongsi sama2 pengalaman yg penah kita alami..

Tirana berkata...

Nrina...

Berurusan dengan pihak hospital..adeehhh..kalau nasib tak baik macam gitu lah jadinya..Tapi kak tirana selalu bernasib baik sebab husband doktor..hehehe..

~Cinta Cukulet~ berkata...

Kak Nrina, I wish u all the best..kalau akak rasa apa yg akak buat itu baik utk diri akak, teruskan..jgn difikirkan org lain huhu

♥nrina♥ berkata...

kak tirana:
helehh...tak aci arr..

cinta cukulet:
yeah..

~~ciklinn~~ berkata...

alahai ciannyer awak..saya paham sgt situasi tu....linn pun pernah alamai..rasa nak nagis sbb lama sgt2 menunggu....

takper... linn paham gak situasi surirumah mcm kita nie... penat sgt2 kadang kan...tensenn.... tapi skrg dah bagus..ada blog utk kita luahkan.... usah hiraukan org2 itu...key...

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster