Isnin, 27 Ogos 2012

Dah tanggal..

Yeahhh...tali pusat Zafry dah tertanggal..

Kes malam tadi aku lasak sgt menepuk badan dia setiap kali lepas menyusu sbb aku kan mengadap komputer sampai kul 4pagi haha.. lepas gian betul dgn blog ni..maklumlah dah lama x berkesempatan nak update sedangkan cerita dah terlalu byk sampaikan nak ceritakan semula dah xde mood dah..

Nurse pun baru datang tadi..kali yg ke 3..tgk baby kuning ke x, timbang dan cek tekanan darah aku.

Baby dah 4.2kg berat. Aku sihat macam biasa..dada bengkak jap je lepas dia isap ok balik dan aku sgt sgt sgt byk minum air..tp buang air kecil plg byk 3 kali je sehari hehe..semua g kat susu air tu agaknya. Alhamdulillah rezeki anak...

Aku buang air besar masa hari ke4 bersalin..punyelah seram huhu...sib baik ok kecik2 je hihi. Pastu berturut2 ler membuang sbb aku makan buat prun tu..agaknya klu x makan mesti x membuang so mengeras dan menyeksakan jiwa aku nak meneran sbb luka jahitan masih lum pulih sepenuhnya...sangat pedih kalau nak kuarkan besar2 tu huhu..janganlah..

Oklah tu je nak bitau hehehe..

Nota jari : Hari ni Zafry dah 1 minggu 2 hari..

Kerenahnya..


Mudahnya jaga budak kecik sorang ni. X byk sgt ragamnya cuma dia akan berjaga dari jam 4 pagi sehingga 8 pagi..non stop menyusu..pastu muntah hehe..

Tapi kalau waktu siang dan sebelumnya tu..tido je sampaikan aku kene kejutkan dia untuk menyusu sbb dah bengkak dada. Tapi biasanya dia nangis hanya sbb nak susu jelah.

Risau gak aku kalau dia sakit perut sbb aku ni belasah je makan kuih raya, kuih tat pun aku belasah hehe...x tahan beb tgk kuih tu menari2 depan mata...suh aku makan dia huhu..

Masa mandi pula mmg xkan dengar suara dia...ciri2 suka main air ni huhu...Masa pakai baju pun sama..kalau menangis pun sbb lapar sgt dah kot.. aku plak byk benda nak dibelek kat badan dia tu hehe..

Berpantang kali ni macam biasa...sendiri bela diri sendiri je. Suami buat semua kerja rumah dan uruskan anak2... Kesian kat dia tapi aku mmg tabik kat dia sbb dia terima tugas tu dgn rela hati dan bersungguh2 buat kerja tu semua walaupun nampak mmg sukar dan dia letih tapi itulah pengorbanannya.

Lagipun dia buat aku tidak rasa kehilangan seorg mak yg dulunya pernah jaga aku masa dalam pantang. Dia boleh masak masakan kegemaran aku yang kene selera aku. Tak hairan sgtlah pasal makan ni, mana yg ada jelah aku makan sbb mmg nak diet pun cuma aku mmg minum air dan oat utk tambahkan susu badan. Nasi pun mmg klu boleh seminggu sekali pun xpe. Kalau dah lapar sgt tu, roti kan ada..

Tali pusat dia buat masa ni lum tanggal lagi..aku harap cepatlah tanggal. Tadipun tgk dah genting giler..harap tercabutlah esok hehe..senang sikit nak nyarapkan dia atau lasak2 urut perut dia bagi jgn kembung..

Oklah...takat ni jelah...nnti aku upload gambar dia lagi..setiap hari amik gambar dia nak tgk perkembangan dia hehe...lagipun hari ni je aku dapat ngadap komputer ni sbb sebelum ni ingat nak buat keje dlm bilik tapi wifi x dpt dlm bilik so g kat bilik yg dekat dgn wifi...bawak ler budak kecik ni sekali..tapi dia tgh tido sbb nak keje kul 4 pagi kang sampai 8 pagi hehehe... Aku jugaklah yg jadi mangsanya...xpelah..aku suka hehe..

Aiman Zafry


Seperti yang dijanjikan..kali ni bercerita pasal baby plak hehe...

Alkisahnya aku bersalin juga seperti yg aku ingini iaitu secara semulajadi.

Begini ceritanya..

Aku sebenarnya baru dapat tahu bahawa jika ingin cepat bersalin selalunya bersama dgn suami. Nurse kat klinik pun selalu cakap camtu gak. So aku mmg praktikkan jugaklah walaupun x bape nak larat.. Suami ler yg jadi mangsa hahaha... 

Pada 18hb tu akupun bersamalah macam biasa Cuma aku suka bila lepas bersama aku biarkan lama baru cuci..konon nak serap ler sbb nurse cakap air mani tu akan melembutkan lapisan servic kot..nnti mudahkan bukaan rahim camtu.

Masa tu pun dah nak sahur so suami g masak sementara aku nak mandi dulu. Masa tu dah sakit giler dah tapi aku cuba tahan sbb kalau sakit camtu dah biasa dah aku rasa setiap hari tapi x beranak pun hehe.

Lepas tu sahur macam biasa. Sahur terakhir sbb dah nak raya dah esoknya tu kan. Sempat gak borak nak masak apa hari tu sbb org semua masak lauk raya. Pastu kitorg plan nak makan kat McD je buka puasa nanti sbb aku teringin giler nak GCB tu hehe. Aku masih lagi sakit dan rasa susah nak berjalan sbb sakit kat ari2 tu. Tapi buat dek jugak Cuma aku berehat je. X sempat nak solat Subuh sbb mmg x leh berdiri lama sgt pun..duduk pun x leh.. baring je utk hilangkan sakit tapi x hilang jugak.

Aku bangun ke tandas nak buang air besar sbb mmg dah lama x buang air besar. Ada aku makan ubat utk buang air besar so x hairan sgtlah g tandas kerap tu. Aku g dalam 4 kali camtu..habis semua aku dah buang kot..Tapi dalam masa yg sama sakit masih x hilang. Sampai x leh berdiri betul..berpaut2 nak berdiri tu.

Bila aku rasa lain macam tu, aku bersiaplah apa yg patut macam mandi, ketip kuku, berkemas baju anak2 utk dihantar ke rumah abang.

Dalam kul 9am camtu aku suruh suami g hantar anak2 dulu. Aku xpe..masih boleh bertahan. Nasib suami aku ni x panik..tenang je. So aku releks lagi kat kerusi sambil layan sakit yg datang 15minit sekali tu. Fuhh mmg x tahan sakit tu tp dah itu prosesnya so bertahan jelah.

Dalam kul 11am aku gerak ke hospital bila aku pk aku ni nak bersalin anak ke 4, bukaan jalan dah ada so takut kang terbarai kat rumah plak. Tapi aku suruh suami bawak kete perlahan je, x payah nak laju2..dah sampai hospital pun aku masih lagi nak tunggu dlm kete. Kul 12pm baru gerak ke kamar bersalin. Itupun g kat bahagian kecemasan tu soh diorg hantar aku ke kamar bersalin sementara suami g cari parking.

Pastu dah sampai diorg pun tanyalah ada kuar tanda ke, aku cakap xde sbb diorg nampak aku releks je muka. Pastu diorg suruh g kencing dan tukar baju. Baring kat katil utk diorg cek bukaan. Aku dah debar dah bab seluk menyeluk ni..fobia hehe. Tapi bila doktor cek dia cakap dah 7.. Kat hati aku ni rasa nak meloncat je..suka sgt hahaha...

Diorg terus bergegas bawa aku ke bilik bersalin tu. Apa semua prosedur buat kat dalam bilik tu. Aku sakit kejap2 je agaknya dalam 10 ke 5 minit sekali kot.. Suami masa tu g kaunter bayaran utk kemasukan wad. Aku mmg request wad kelas pertama bilik sorang je.. malas nak berebut tandas hehe dan bole control aircond...

Nasib baik suami aku sempat masuk bilik bersalin tu so aku mmg lega sgt2.. Tapi bukaan aku masih lagi 7 masa tu. So diorg jalankan prosedur macam biasa, pecah ketuban plak. Kali ni aku bersalin diorg xdepun masukkan ubat yg cucuk kat jubur tu utk buat kita berak hehe..

Lepas je diorg pecahkan ketuban tu aku rasa nak mengiring sbb dah lenguh asyik terlentang je. Tapi x lama je lepas aku mengiring tu tetibe aku rasa cam nak meneran sgt plak tp aku cuba tahan tapi x tahan rupanya. Terus aku kata nak meneran dan aku mmg meneran. Terus kepala baby dah nampak so nak tak nak mmg kene teruskan teran utk kuarkan baby..fuh masa tu tuhan je yg tahu perasaan dan rasanya camne...

Nasib baik ada suami yg teman..so aku x rasa keseorangan masa..walaupun dah x nampak dia tapi dapat dengar suara dia pun dah beri kekuatan pada aku. Aku x nampak sbb aku dah pejam mata x leh bukak..sakit punye pasal hehe..

Meneran pun x lama..dalam 3-4 kali je kot terus kuar dah baby sbb mmg gesanya sgt kuat. Lepas diorg potong tali pusat maka meluncurlah baby tu kuar bila diorg tarik..lega sgt aku rasa masa tu..
So macam biasa mmg xde keajaiban pun.. lelaki jugak hehe tapi xpelah sbb mmg dah byk dah baju aku beli mmg semua boy..secara x sengaja ok. Maka bermulalah hari aku bersama baby baru..aku mmg suka baby..bau dia harum sgt..lembut dan hmmm sukarnya nak gambarkan perasaan happy ada baby ni.

Lepas diorg bawa keluar baby, suami pun keluar jugak tunggu kat luar..tinggal nak jahit luka aku je. Luka tetap ada walaupun aku x terasa sgt..yelah yg kuarkan baby 4kg..x byk, sikit mesti koyak jugak. Tapi kali ni mmg sikit je koyak kata nurse hanya kulit sahaja. Isi dalam x koyak.alhamdulillah tapi sakit jugak dia jahit huhuhu...

Lepas jahit diorg bagi aku baby suruh menyusu badan...moment yg aku tunggu sgt..mmg suka susukan baby...indahnya dapat tgk muka dia dekat2. Tapi dalam keadaan jahitan yg masih baru dan keadaan yg x selesa malah masih baru lagi..susu pun xde..saje je bagi ransangan kat baby tu..tp mmg sgt x selesa sbb aku x leh baring, kene bagi duduk, diorg tegakkan kepala katil je huhu..sakit wooo kat jahitan tu..

Lepas lama menunggu nurse kat wad amik aku balik wad dlm kul 4pm camtu. Oh lupa nak bitau, masa bersalin aku ni x sampai 1 jam pun. Masuk dlm kul 12pm pastu bersalin dlm 12.49pm..kejap je rasa malah aku x sempat nak nangis pun hehe..

Aku menangis pun lepas bersalin tu sbb aku x sangka apa yg aku doakan dimakbulkan Allah..kesemuanya..xde satupun yg Dia x tunaikan...aku sgt terharu sbb aku ni bukanlah hambanya yg baik tapi Dia sgt2 Maha Penyayang dan Maha Mendengar.. aku rasa malu sgt..

Apa yg aku minta masa tu utk lahirkan anak ni secara semulajadi. Aku nak dalam keadaan tenang. Kurangkan kesakitan dan mudahkan bersalin. Alhamdulillah semuanya aku dapat.. lagipun suami ada g umrah sebelum ni mmg minta dia doakan supaya mudahkn bersalin dan dapat baby girl tp mg x mengharap sgtpun..asalkn baby sihat dan sempurna pun alhamdulillah.

Lepas masuk wad maka x sudah2lah aku menyusukan Zafry ni tapi susu tetap xde sbb masih lum kuar lagi. Aku dah mampu ke tandas lepas tu dan bole berjalan...x letih sgt sbb kejap je kesakitan tu.

Tapi waktu malam aku mmg x selesa dgn ada jarum kat tangan dan ada air yg dia masukkan utk kecutkan rahim..aduh dah ler sakit benda tu kalau aku gerakkan tangan. Pastu baby nangis je plak. Rupanya dia berak. Tapi dlm masa aku nak salinkan berak dia tu, dia muntah warna cam coklat gelap pastu aku tgk tali pusat dia cam berdarah..so aku mmg panik giler ler..

Call nurse suruh datang pastu diorg amik baby bawak ke depan. Panggil doktor paedatrik tgkkan baby tapi baby ok. Doktor cakap kalau muntah hijau tu bahaya...muntah dia cam warna coklat darah ni mungkin terminum masa nak lahirkan dia..darah kat tali pusat tu bukan kat pusat dia tapi darah dari pusat yg dikepit..maknanya darah aku jugak.

So selesaikan masalah tu. Tido semalam kat hospital. Dengar takbir raya dr Masjid yg berdekatan..sayu sgt. Tapi mesti arwah mak dan baba puas hati sbb dapat tgk aku dan baby dan aku yakin dia ada doakan dan membantu aku sedikit sebanyak...

Tapi mmg x leh tido pun sbb baby asyik nangis je..rupanya kali ni sbb dia lapar so nurse bagi susu kat dia dan dia tido je lepas tu. Esoknya aku bole balik maknanya hari raya yg xde rasapun rayanya pada aku dan keluarga. Tapi happy sbb dapat baby hehe..

Apapun pengalaman bersalin kali ni sgt2 mudah dan kalaulah aku nak beranak lagi mesti rasa x serik bila kenangkan semula apa yg aku alami ni. Tapi sayangnya ini adalah yg terakhir aku nak mengandung lagi. Cukuplah lelaki 4 orang dah. Aku pun nak tumpukan perhatian skrg kat anak2 yg sedia ada dan diri sendiri. Ini pun dah rasa x cukup kaki dan tangan nak buat keje.

Aku berharap anak2 aku ni nanti akan menjadi anak yg soleh dan menyayangi keluarganya terutamanya aku. Aku Cuma risau jika aku sakit nanti ntah ada ke tidak anak2 yg sudi jaga aku macam aku jaga mak dan baba aku dulu...harapnya ada salah seorg daripada mereka yg sayang aku lebih dr diri sendiri yg sanggup berkorban apa sahaja demi aku dan juga ayahnya..berbakti bukan utk harta tapi pahala..

Nota jari : Aku hanya ganti puasa hanya 1 hari je. Aku juga xde minum air selusuh cuma aku minum air zam zam yg suami bawa balik masa mengerjakan umrah dulu. Sebelum minum tu ada doakan agar mudah bersalin je..



Ahad, 26 Ogos 2012

Dah bersalin dah..

Hi..saya dah bersalin hehe..

Alhamdulillah berkat doa dari suami, keluarga, org2 terdekat dan sesiapa yg mengenali saya, saya telah selamat melahirkan anak ke 4 saya dengan jayanya.

Nama : Aiman Zafry Bin Zolpaka
Tarikh : 18 Ogos 2012
Waktu : 12.49 tengahari
Cara : Normal
Berat : 4kg

Semuanya sgt berjalan lancar dan mmg seperti yg diharapkan. Kelahiran kali ni sgt mudah dan sy x mengalami sebarang masalah pun. Penat pun x sgt hehe..nnti saya ceritakan pengalaman bersalinkan Aiman Zafry ni ye..

Sabtu, 18 Ogos 2012

Seminggu lagi..

Ye..klu ikut tarikh due 14hari bln tu..aku.kene tunggu lagi seminggu.

Maknanya sampai 21hb ni. 21hb tu kira terus serah diri kat wad bsalin jelh.

Itupun jenuh wei aku g klinik kat spital besar melaka tu. Bayangkn dr kul 9am smpi kul 1pm huhu..nak tunggu tu yg buat aku tension.

Memula jumpa doktor yg ckp septh dua pastu dia soh g scan. doktor yg scan tu ckp ok je x besar baby xde mslh lain so boleh teruskn. Pastu g buat ctg plak. cek gerak dan jntg baby..pun ok je. So bole balik pastu ktnya tp kene masuk wad 21hb. Tu je.

Maka dptlh aku beraya hehe..muat x muat baju aku x kira dah..yg penting anak2 happy. Oklh..jumpa lagi pasni dgn smbtn raya yg sederhana sbb aku x larat nak buat apa2.

Selasa, 14 Ogos 2012

Sepatutnya hari ni

Ya..mmg betul.

Kalau ikut buku pink tu patutnya hari nilah. Tapi aku rasa sakit sangat kat pinggang dan kelengkang. Xdepun tanda sakit nak bersalin tu. Nak bergerak angkat kakilah yg paling susah skrg ni. Sgt2 x tahan dlm keadaan sekarang.

Paling aku malas skrg ni bila anak minta nak susu huhuhu...dia x nak der susu badan aku ni...busuk katanya chet!! Pastu x reti plak nak bersabar...aduhh dia tension aku lagi tension..x ler nak gerak laju. Berpaut2 apa yg ada sekeliling...

Ntahlah..skrg ni pun rasa sakit sgt tapi takkan nak baring je. Bosan ler plak. Bila duduk lama sgt ni lagilah sakit pinggang..eh semua sakitlah. Apa buat pun skrg semua sakit...

Harapnya keluarlah anak ni hari ni paling tidak pun esok sbb mmg sgt2 dah x larat ni. Lagipun 16hb ni kene jugak serah diri kat spital besar Melaka kalau x hersalin dan dah tentu2 ler doktor akan cadangkan indius je huhu...perkara yg paling aku x suka.

Mengandung kali ni adalah yg paling teruk aku rasa. Padahal dulu aku mengandung jugak tapi segala susah payah jerih perih dah aku rasa. Jaga mak dan baba yg tgh sakit. Uruskan anak2 tanpa suami. Pergi balik hospital. Rehat yg x cukup. Naik tangga turun tangga hospital. Makan x menentu. Berbuka kat hospital sorang diri. Apa yg x susah aku rasa semua dah aku rasa...tp kuar si zahran tu kene indius gak.

Yg ni apa senang yang aku rasa..semua aku rasa. Aku bukan memasak sgtpun. Suami yg masak. Tiap2 hari beli lauk, makanan utk berbuka. Aku rehat je lebih. Tido je. Semua segala hal skrg suami yg amik alih. Basuh baju, amik hantar anak ke sekolah. Mengemas dan uruskan anak2. Pun x nak kuar jugak budak dlm perut ni..haduyai...apalah nasib. Lagi teruk plak sbb dah overdue dah ni...klu perut tu kecik xpe gak..ni besar gedabak..kuar2 je baby ni mesti dah macam 3 bulan.

Apapun aku terpaksa jualah bersabar...uhhh tgh sakit ni baby mengeras..mungkin dia tau aku tgh kutuk dia hihihihi...

Oklah...esok ada temujanji klinik desa..rutin biasa. Esoknya baru g spital besar. Aku mohon doa daripada sesiapa yg sudi baca entry aku ni supaya doakan aku selamat melahirkan anak ini. Anak ke 4 dan yg terakhir. Pasni nak pencen hehe... cukup2 lah tu kalau 4 org lelaki lagi teruk aku kene persiapkan diri. Nak rehat dan tumpukan pada diri aku sendiri plak hehe...

Ok..jumpa lagi di entry yg dah ada baby plak....doakan ye aku selamat bersalin dan dapat baby yg comel. X kisahlah pompuan ke lelaki...aku terima  seadanya. X mengharappun dpt girl tp klu dapat ok je hehe.

Isnin, 13 Ogos 2012

Menunggu hari...

Assalamualaikum...

Menunggu dan terus menunggu hari yg mmg ditunggu hehe...

Seksanya menunggu ni tau tak...aku makin x larat dah ni...sakit tp bukan sakit nak bersalin pun..sakit pinggang, sakit perut, sakit hati, sakit mata tgk rumah bersepah, habuk bermaharajalela. Baru je lap, besok dah ada sawang balik fuhh..rasa nak belasah je labah2 yg suka buat sawang ni tau..

Tapi yg aku perasan walaupun dah nak dekat waktu bersalin dlm bulan puasa ni.. kesakitan aku adakalanya hilang seketika. Maka waktu tu aku gunakan utk buat apa je keje yg patut mcm mengemas ke. Sungguh puas hati dapat mop rumah dan lap segala habuk semua..tp masalahnya kejap je bertahan. Tu yg bengang tu. Kalau dpt bertahn sampai raya atau sampai aku bersalin ok gak. Xdelah mata aku dok berbulu je tgk semak, sampah, habuk masa aku dah langsung x larat nak pegang batang mop tu.

Apapun aku mmg dapat rasakan kenikmataan ramadhan kali ni. Anak2 dapat sama2 puasa. Yang paling best kitorg selalu dpt makan bersama yang mana sebelum ni x pernah pun camtu. Zarfan anak kedua aku yg baru 6tahun pun ok gak puasa walaupun awal2 dia x faham sgt tp lama2 dia biasa jugak. Xde curi2 minum atau makan atau lupa yg dia tu puasa hehe. Abang dia Zikry alhamdulillah..walaupun puasa tapi stamina mcm x puasa...cergas semacam je..Zahran x yah cakaplah..dia ler penggugat kat dlm rumah ni..sape yg x kuat iman mmg terbatal puasa hahaha...

Sekarang ni aku tgh gosok baju sekolah anak...x taulah sampai kul bape. Mungkin sampai sahur. Dah lama x on laptop..dah bersawang jugak haha. Otak aku pun sama sebenarnya. Tetibe je nak update blog yg juga bersawang ni... Maka inilah hasilnya. Merepek tgh2 mlm..

Buat masa ni aku cuba kemas sikit2 rumah. Mood raya sudah mari. Cuma buat kuih je lum ada mood. Barang dah beli tp tiap kali nak mulakan mulalah aku rasa badan ni dah x mampu nak berdiri maka tido je hehe. Kalau x bersalin esok..nak buat jugaklah besok biskut coklat tu. Berkobar dah ni tp kudrat xde plak.

Rumah skrg pun aku maintainkan je.dah kemas beriya hari tu sampai hampir x sahur haha..sib baik suami tolong kejutkan. Makan pun bukan berselera sgt..sikit je dah kenyang. Budak ni dah tekan perut kasi kecik..

Berpantang kali ni mmg kat rumah baru ni. Bersemangat juga sbb aku suka berpantang sendiri. Xde org nak bebelkan perangai aku yg degil ni. Sendiri buat sendiri tanggung haaa.... Suami pun sentiasa ada di sisi so aku x perlu risau mcm dulu. Ada kesempatan juga utk aku diet... nak kurus mcm masa anak dara balik cheh wahh..

Oklah...takat ni jelah..dah x tau nak cakap apa...cuma skrg aku rasa aku sayang sgt kat suami sbb tanpa dia aku rasa aku x mampu bertahan skrg..tanpa dia aku x mampu teruskan hidup..tanpa dia aku hilang arah..tanpa dia aku bukan aku...dan jika ajal menjemput...aku lebih rela pergi dulu dari dia...

Ayah...mama sayang sgt kat ayah...dlm hidup mama cuma ada ayah, anak2 dan saudara mara..walaupun tiada lagi mak dan baba dlm hidup mama tp mama tidak kesunyiaan sebab ayah sentiada sayangkan mama...sentiasa buat mama gembira.. berkorban utk mama.. penuhi segala permintaan mama...macam yg pernah mak dan baba buat utk mama masa diorg hidup dulu... dan mama sgt2 berterima kasih kat ayah dan sgt2 bersyukur pada Allah sbb kurniakan seorg suami yg sempurna macam ayah untuk mama...alhamdulillah...

Moga kelahiran anak yg ke 4 ini memberi lebih keceriaan dan kebahagiaan dlm keluarga kita..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster