Khamis, 30 Julai 2009

Berita Terbaru

Semalam byk betul perkara yg berlaku..

Konon mcm kejutanlah..

Memula mcm biasa aku duduk rumah memasak, kemas ape yg patut..ada lak org dtg kat rumah jiran sebelah..tapi diorg takde..tak penah lak makcik ani tu takde kat rumah. Rupenye diorg g hospital..ayah dia sakit.

Ok..pastuh cikgu hantar Zikry balik ke rumah. Pasal hujan jadi dia tak naik basikal. Berita mengejutkan cikgu tu akan berhenti so hari semalamlah kira hari terakhir dia. Uihh..aku mmg terkejutlah pasal aku suke dia jadi Cikgu Zikry..lagipun dia ramah dan mudah utk aku bertanya perkembangan Zikry. Tapi katanya ada masalah dgn pihak majikan iaitu owner tadika tu sendiri yg tak penuhi kehendak dia utk tadika. Dia sedaya upaya membangunkan tadika tapi owner buat tak nampak. Of coz aku sendiri nampak kesungguhan cikgu tu berkorban duit, masa dia sendiri utk pelajar kat situ. Apa boleh buat..owner dia buat dek je..hmm..sayang sungguh pasal dia sorg guru yg bagus..

Seterusnya..aku bawa baba cuci kaki. Sambil tu ejen pembantu rumah tu call aku. Sbb lagi malam tadi aku call tak dapat jadi dia calllah aku balik. Nak tau ape cerita terbaru huhuhu...

Camni..aku baru dapat penemuan si Inur tu telah gunakan talian tetap kat rumah mak aku sebanyak RM63 hanya sehari..tapi itu je sekali dia gune..bykkkan.. Waktu dia telefon adalah sehari selepas aku bawa mak dan baba pindah ke rumah mereka. Hari Sabtu jadi dia pakai telefon tu hari Ahad..penggunaan yg amat lama sampai lebih dari setengah jam. Dah tentu2lah masa tu baba takde kat rumah pasal g cuci kaki. Dlm kul 11 pagi camtu..

Yg buat aku terfikir..pindah hari Sabtu..dia call hari Ahad maknanya dia dah jumpe barang kemas mak tu..jadi seboleh2 dia nak hubungi suami dia utk tanyakan ape tindakan seterusnya..mungkinlah..

Lebih memeranjatkan nombor telefon yg tertera sama dgn no telefon yg aku telefon dia di batam. Maknanye..itu adalah nombor telefon suami dia. Ok..dgn jelas aku terangkan. Suami dia ada bersama dia di Batam. Jauh gak tu dari Medan nak ke Batam..sanggup datang tu.

Tujuan ape tu? Itulah yg lebih menguatkan andaian aku bahawa dia yg mencuri segala brang kemas kepunyaan mak aku.

Ejen yg telefon aku tu pun bitau dia amat curiga dgn Inur jugak pasal skrg ni Inur tak pulang ke tempat yg dia tinggal di Batam. Lagipun Inur tu dah tau tentang penyelongkaran rahsia yg telah ejen tu buat di Batam kat beg dia. Tapi dah terlambat sbb tak temui ape2..mungkin dia dah bagi kat suami dia lah tu..

Dan skrg..Inur tak pulang dan ejen di Batam masih lagi mencari dan terus mencari dia. Kalau dapat..mau disumbat dlm jel je kata ejen tu.

Ape pun segalanya mungkin dah terlambat sbb brg yg Inur bawa pergi bukan setakat barang kemas mak je..hp aku..carger..duit..beg troli mak aku..hutang yg dia tinggalkan kat sini..dah cecah ratus2 gak..tapi kalau dicampur hmm..puluh ribu jugak tu..

Oklah..mulai dari hari ni aku takkan nak letakkan kepercayaan pada pembantu rumah. Lantaklah diorg nak merayu ke ape ke..kemudahan dan kemewahan yg sepatutnya dia akan dapat, lepas gaji diorg patut diterima maknanye tolak terus. Bukan dlm keadaan masih dlm jaminan mcm skrg sbb kalau dia lari..mmg kira burn lah..

Camne pun aku mmglah tak sangka...terlalu amat tak sangka dia sanggup buat aku sekeluarga camni. Hakikatnye benda ni semua dah berlaku.

Skrg ejen tengah cari org baru utk ganti si Inur tu. Harap dapatlah yg amanah dan rajin. Yg ikhlas nak bekerja kerana Allah..

Si Zila tu tak tau ape2..kalau dia tau mesti dia nak lari jugak pasal mmg takde kesudahannye hal ni. Dia tak nak tinggal lama kat rumah mak aku tapi terpaksa tinggal lama jugak. Kesian dia..nak amik pun hanya amik duit jelah..dah takde ape pun yg dia nak kebas kat rumah mak dan baba aku tu lagi..yg berharga semua dah habishhh..

Ntahlah ek..kengkadang tgk org layan maid dia mcm binatang. Ekceli aku tak nak ler layan sampai buruk gitu. Aku nak layan mcm manusia..tapi kita lak diperbodohkan. Ape punye nasiblah..

Isnin, 27 Julai 2009

Hujan Lebat & Tenang

Entry kat bawah tu penuh emosi kan..

Sbb tadi mmg aku terlalu emosi sgt..dgn keadaan keseorg tetibe nak meluahkan rasa isi hati jadi terlebih2lah emosinye..sambil berjurai air mata dan jiran aku nampak plak..

Ntahlah ek..

Aku tak tahu cara nak melepaskan rasa tekanan perasaan ni. Lagi lama duduk rumah lagi sakit jiwa bila dapat panggilan yg memerlukan aku berfikir dan terus berfikir utk selesaikan masalah mak dan baba..

Tapi tadi bila dah keluar..dgn keadaan hujan lebat yg hampir menenggelamkan Melaka ni tadi..aku kembali sejuk, tenang..lagipun hari ni aku puasa. Alhamdulillah dugaan aku berpuasa hari ni tak dasyat sgt..cuma kesian kat baby dlm perut asyik menendang bila aku terhidu makanan hehe..

Mau tak sbb aku belikan donut utk anak2..donut yg ada coklat yg lazat giler tu hehe..6 biji RM12. Tapi aku tak tergodalah pasal aku tak lapar cuma godaan coklat tu je..tapi mmg kesianlah dgn baby yg asyik tendang je..maaf ye baby..mama puasa.

Tadi masa berbuka fuhh..marah betul dia pasal tak henti gerak dlm perut..lapar kot hehe tapi aku makan simple je sbb tetap takde selera nak makan nasi..makan roti je..

Mak..aku tengok makin ok plak. Dia dah mula ingat dan nampak normal. Lagi satu yg paling amat ketara..dia dah mula melatah semula. Aku terkejutlah sbb mak ni dah lama tak melatah sbb tak penah terkejut..terperanjat, sejak dia sakitlah. Penah aku tembak pistol mainan kat tepi telinga dia..tapi dia tetap takde respon..blur je..seolah tak dengar bunyi bising ye memeranjatkan tu tapi hari ni..hmm..oklah tu ek..

Pasal tu hati aku mula tenang kembali..pasal Zila pun dia tak ler mendesak nak pulang. Tapi sampai bila dia harus tanggung keje si Inur tu..dah ler tak bergaji..lainlah Inur pasal dah mmg tu keje dia..

Lagi satu baba aku dah bayar hutang aku pasal tadi dia kuarkan duit pencen dia. Jadi dia belanja tuang minyak kete aku lagi hehe..jadi kepala aku tak payah kusut2 nak pk duit lagi..dapatlah beli brg dapur sikit.

Ok tu jelah..aku kembali ok cuma penat sikitlah..dah ler tadi hujan tak dapat nak tido siang hehe..tapi serius ni Melaka hampir tenggelam dalam hujan tanpa henti dari tengahari sampai petang tadi. Lebat yg amat sgt sehingga banjir disesetengah tempat dan menyebabkan kesesakan lalu lintas..eh mcm ramalan kaji cuaca lak aku ni hihi..

Nasib baik kete aku tak meragam bila aku sesah air banjir yg byk tu..dah tu takkan nak genti lak bila dah terperangkap tu..sesah jelah hehe..

Tapi aku bersyukur dapat bawak kete dlm keadaan hujan lebat camni..kesian org yg bawak motor..seksa aku tengok. Tapi aku akan rasa lebih beruntung kalau bawak D-max dlm keadaan hujan lebat ni hehe..

Tensionnyerrr..

Aku tengah tension giler skrg ni...

Terlalu byk masalah yg menimpa. Sebenarnya bukan masalah aku tapi aku kene ler pk pasal aku terlibat.

Masalah Inur yg masih lum balik dari Batam.

Masalah Zila yang asyik kata nak balik ke Kuantan.

Masalah mak dan baba takde sape nak jaga kalau Zila balik Kuantan. Tapi aku dah sms kat semua adik beradik. Abg aku nak jaga tapi ntahlah..sampai bila..

Masalah kehilangan barang emas emak dan duit baba yang masih lum selesai.

Masalah mak mengadu kat sedara mara dia katakan anak2 tak pedulikan dia dan aku dah kuarkan semua duit simpanan mak utk dibahagikan pada adik beradik..

Aku tak ler seburuk itu nak amik harta mak aku dan guna sewenang2nya. Aku amik keluarkan dulu sbb nak bayar org gaji..bukanlah semua duit dia aku kuarkan. Tapi dah itu pemahamam dia jadi nampak sgt buruk betul perangai aku dimata adik beradik mak.

Susahlah..nak kata sakit tak sakit ler kalau masih boleh menuduh aku tahap gitu. Yg selama ni aku sentiasa datang rumah setiap hari bawak lauk, hantar baba cuci kaki, belikan barang dapur tu ape semua tu? Takkan hari minggu aku nak cuti sehari tak datang kat rumah dia pun salah..apsal anak lain hari minggu tak dapat tengok mak tak plak diorg nak marah..

Dia langsung tak pk yg aku ni tak bekerja..lainlah adik beradik yg lain yg sibuk tu pasal keje..dah tentulah ade gaji.

Aku mana nak datang gajinye..dah ler susah payah pegi balik belanja itu ini..mana nak datang byk duit.

Kalau diorg susah payah keluar bekerja setiap hari takpe sbb tiap bulan ada masuk duit. Aku? Nak harapkan hubby bagi tapi bukan byk sampai ribu2 pun..adakala terpaksa kuarkan duit bank aku utk tampung lebihan perbelanjaan yg aku nak gunakan.

Lagipun apa ler kata hubby aku asyik belanja je..habiskan duit. Tapi korang bayangkanlah..tiap kali kuar rumah..tak byk sikit pun tetap kene kuarkan duit. Duit minyak kete aku setiap minggu RM30..kalau anak2 minta belikan makanan, belikan lauk atau makanan utk bawa kat rumah mak kalau aku tak sempat nak masak. Kalau masak pun aku kene beli barang mentah tu semua utk masak. Setiap hari tau..setiap hari.

Itu belum lagi bil kat rumah mak yg dah guna duit aku. Baba kirim barang beli utk rumah. Semua tu duit aku. Bila mintak kat baba..takde duit sbb dah hilang katanya. So mmg bulan ni aku sesak sikit. Kalau RM50 tu tak sampai sehari pun leh habis.

Mak tu dah kata tak nak duduk rumah dia lagi. Bila duduk rumah aku sibuk nak balik rumah dia. Dah duduk rumah dia..nak lari jugak. Nak duduk dlm hutan agaknye. Ada masa mmg aku hilang sabar dgn sikap yg sakit ni tapi dia bukan sakit badan ke ape ke..dgn penyakit nyanyuk dia yg makin menyakitkan hati org lain..terutama anak2. Lebih khusus anak yg sentiasa amik berat pasal diorg. Kan baik aku buat tak tau je..tak sakit hati..tak tambah dosa..tapi mampu ke aku buat tak peduli hal diorg tu? Camne pun jari semua tertunding pada aku jugak pasal AKU TAK BEKERJA!!!!!!!

Aku dah bosanlah dgn semua ni. Hidup dlm kongkongan. Dah ada org gaji tapi masih lagi menyusahkan aku. Ntah hape pihak Imigresen Batam bangang tu buat..keje lembab untuk uruskan hal Inur tu..kata passport dan ic tak samalah..bodoh bangang punye masalah yg tak settle lagi sampai skrg dah masuk 3 minggu.

Si Zila tu pulak sibuk nak balik jumpe pakwe dia. Dah ler tak buat ape pun kat rumah. Pemalas. Rumah dah kotor sgt dah. Masak pun nasi asyik hangit je. Tau tengok tv je. Kot iye pun ejen dia tak ganti yg lain plak. Ni aku yg pecah kepala nak pk camne nak selesaikan masalah ni. Dah ler masih dlm warranty hal org gaji ni..mmg patut ejen yg bertanggungjawab tapi dia buat diam je..nak aku paham masalah dia. Masalah aku ni sape nak paham!! Kalau aku boleh selesaikan aku tak payah amik org gaji.

Dgn perut aku yg makin membesar. Pinggang aku makin sakit. Badan aku yg lemah..masih jugak aku yg diharapkan utk jaga...balik2 kat aku jugak..aku jugak..aku..aku..aku...

Macam dah tak wujud anak lain dah dlm keluarga mak baba aku ni...

Hisshhhhhh...mmg tension sgt. Rasa lebih baik mati jelah..tak ler nyusahkan sape2 nanti. Selesai masalah aku.

Tapi..cukup ker bekalan amalan aku nak mati ni huhuhu...lagi masalah..

Jumaat, 24 Julai 2009

Baby dlm skrin

22hb hari tu g Klinik..

Saje nak tengok baby dlm perut. Beritau ler kat anak2 aku ni..so diorg mmg excited dan tertanya2lah camne bentuk baby dlm perut mama dia hehe..

Pastu doktor berilah Zikry duduk sebelah doktor dekat dgn skrin. Dia dgn rasa pelik dan amatlah teruja tengok skrin tu hehe..takde babypun tanya dia kat doktor hehe..

Lum lagi..jap lagi nanti ade ler baby..

So lagilah dia happy dapat tengok baby dlm skrin tu. Dan yg hebatnya aku rasa si Zikry ni dapat agak bentuk baby walaupun dlm skrin yg blur tu. Dia nampak. Tangan baby tu..perut baby..kepala baby..semua dia nampak. Aku pun adakala blur tak nampak hehe sbb tak paham..

Masa tengok tu baby pun geraklah dlm tu so kelihatanlah kat skrin hehe..cute je. Tapi seperti yg aku jangka..baby tu baby boy huhu..tapi doktor tu harap dia salah hehehe...

Jadi skrg Zikry amatlah puas hati dan menyatakan keseronokkan dia dapat tengok baby dlm perut mama dia ni hehe..

Byk betul persoalan dia tanya kat doktor..mana perut baby..nape baby camtu..baby buat ape..baby boy ke girl hehe..

Sekurang2nya aku rasa Zikry ni buat aku rasa mcm ayah dia ada bersama...huhu..sedihlah..rindunye kat ayah dia...hehe

Hari Jcard

Semalam ada Hari Jcard..biasalah bagi hantu shooping ni.

Aku? hehe..kalau tak g takkan aku nak cerita plak kan.

Aku mudah dapatkan parking pasal aku parking kat MBMB dgn alasan nak bayar cukai taksiran tapi hubby dah bayar jadi aku hanya bawa surat je kononnye nak bayar muahahaha...lengang giler parking kat mbmb tu..sampai tak tau nak pilih yg mana satu tempat kosong..

Dah masuk tu hmm..ingat senang nak keluar..jgn haraplah. Tapi aku ke sana sebenarnya takdelah tujuan nak bershooping sgt..saje je nak sibukkan diri dicelah org ramai tu hehe..dgn erti kata lain.saje nak menyeksa diri..

Tempat yg aku tuju hanya kat Smart Wonder World..tempat mainan budak2 ni ler. Sambil bawa diorg main kat dlm tu so aku leh ler pk nak beli ape hehe...

Masuk kat taman mainan tu..dgn hanya RM5 leh duduk seharian. Amat berbaloi..So biasanye keluarga budak2 tu tinggalkan anak2 dia dlm kandang mainan tu ler dgn dijaga oleh pekerja kat situ.

Aku? hehe..lari sekali kala utk urusan sendiri tapi selalunya hati aku mesti tak senang tinggalkan diorg lelama..

Tapi aku tak beli ape pun..takat beli baju anak2 dan suami je..utk aku hmm..takde apepun sbb tak tau nak beli ape..kang beli kang habis byk plak duit..itu pun belanja leh tahan gak tu hehe..

Yg tak tahan dgn org yg ramai2 ni..nak memilih mcm nak berperang..nak membayar pun satu hal..mcm nak kene hukum daaa...punyelah lama nak berdiri..aku dgn perut yg dah makin membesar ni..kaki lemah..beg berat..tangan penuh brg..bestnye kalau ada suami yg leh tolong huhuhu..sedih..(tp rasanya hubby takkan g jugak kalau dia ada sini pun hehehe..tul tak ayah?!!)

Yang seronok nak cerita ni..Zikry tu dapat hadiah tempat ke3 pertandingan mewarna tapi main2 je tu hehe..masuk dlm kandang mainan tu diorg mmg adakan aktiviti mewarna ler..aku ingatkan suke2 je tak sangka lak itu pertandingan hehe..

Dapatlah hadiah gule2 dgn bekas air jenama milo hihi..tapi tetibe je aku dapat byk sbb budak2 yg menang tu tinggalkan hadiah diorg jadi aku kebaslah muahahahaha..jahatkan..

Pastu kat dlm tu ade tulis kalau dapat 3 kupon SWW akan dapat hadiah misteri. Aku tanya ler kupon mende..camne rupe..budak tu tunjuklah. Pastuh aku ape lagi mcm org giler ler cari hehehe...cari punye cari punye cari akhirnya jumpe jugak..sukelah mcm aku lak budak2 hehe..dapatlah bekas gule2 yg sederhana besar..byk betul gule2 dlm tu.

Yg pelik..mamanya yg terlebih excited duduk dlm kandang mainan tu hehe..

Mesti diorg cam pelik sbb aku duduk dlm teman anak2..tak shooping ke? mungkin persoalan tu ditanya oleh kebykkan kaum bapa yg dlm kandang tu teman anak2 dia jugak pasal wife diorg bz shooping hehe..

Ntahlah ek..aku lebih happy tengok anak2 aku happy..hilang sikit perasaan rindu dia kat ayah dan enjoy sbb aku tak bagi dia main kat luar rumah jadi dia mainlah dan berkawan dlm kandang mainan tu hehe..

Eh..tak dasyatlah kan aku gune perkataan kandang mainan hehe..pasal kalau kat mahkamah pun diorg panggil kandang saksi tul tak muahahahaha..

Oh ye..sepatutnya mmg ada gambar tapi disebabkan aku blur dgn camera sony aku yg baru dibaiki tu jadi tak dapatlah nak upload hehe..nantilah ye..

Khamis, 23 Julai 2009

Beli jugak hp ni

Ok..aku kata dari mula tujuan aku ke Tesco masa besday Zarfan hari tu pasal nak beli hp utk maid kan..haa..inilah dia..








RM78.00 je mmg aku cari yg bawah seratus pun hehe.. 

kalau nak jaminan lagi 2 tahun kene bayar lagi RM8 maknanya jaminannya selama 3 tahun


Semalam (maknanya 13/7) aku baru tau yg barang kemas yg mak aku simpan dah hilang dari simpanan.

Semua ni berlaku masa maid sampai dan mak baba pindah rumah diorg. Barang mak semua maid yg kemaskan so aku mmg langsung tak tahu menahu mana letaknya beg yg mak letak brg kemas tu semua. Terakhir yg aku nampak ada kat rumah aku..

Beg tu berpindah randah ikut mak jugak pasal tu ade yg terlepas pandang beg tu. Ntahlah pening dah kepala aku mencari dan mencari beberapa hari tapi tak jugak jumpe.

Ayah mertua aku leh ler jugak menilik brg hilang ni tapi ini sekadar ikhtiar je..dia kata brg tu hilang waktu siang dan dah jauh..

Kat kepala hotak aku ni hanya pk maid Inur tu je. Sbb aku dah buat sportcheck kat maid Zila tapi takde kat dia.

Dia yg kemas brg mak jadi hanya dia je yg tau dlm beg tu ade barang kemas mak. Dia plak ke Batam urusan permit dan punye peluang amik brg kemas mak bawa ke sana utk dikirimkan ke keluarga dia huhuhu..jauhnye prasangka aku ni.

Tapi sape lagi yg nak dituduh tu...Ya Allah...kenapalah dugaan ni plak yg diberikan. Dah ler habis beribu utk amik maid tapi hilang lagi beribu dgn tak dapat dikesan.. bape byk dosa ler nak tebus ni agaknye..mak setiap tahun bayar zakat tapi kenapalah nasib mak camni sekali Allah beri..dgn penyakit nyanyuk..dan mcm2 masalah plak yg melanda..

Aku ingat tak nak beli hp lagi sebelum nampak dia datang balik. Kat kepala hotak aku ni hanya pk dia dah lari balik ke keluarga dia sbb dah dpt habuan besar brg kemas mak aku tu. Langsung tak hubungi aku walaupun aku dah bekalkan hp aku utk dia pakai kat sana. Dah ler lewat dari yg aku sangka..katanya seminggu tapi ni dah lebih seminggu..alasan pilihanraya kat indonesialah..sekat rakyat tak leh kuarlah..ntah iye ke tidak ler kata ejen tu..ntah2 Inur tu dah lari dan dia tengah cari..agaknyelah..aku skrg pk negatif jelah.. 

Susahnya nak percayakan org 100% skrg ni. Nampak baik tak semestinya baik..itu lumrah ler tu. Org yg jahat takkan nak tunjuk muka jahat plak kan..mestilah berlakon tunjuk baik supaya dapat kepercayaan org. Ya Allah...tak elok menuduh tapi aku tak tau nak buat ape lagi dah nie..

Aku dlm keadaan amatlah serba salah skrg ni..tak amik maid pun masalah..dah amik maid pun masalah..heiiii...tensionyerrrr...

Rabu, 22 Julai 2009

Hadiah Zarfan




Lepas si Zikry amik mainan dia..aku pening kepala nak cari mainan utk Zarfan plak.

Kalau ikutkan tak payah belipun takpe sbb Zarfan tak kisah sgt tapi kesian plak dia sbb hari ni besday dia..so cari ler jugak.

Dapat yg ni..

Janji dia suke..

Berita terkini

Hari ni..

Pembantu Rumah Inur masih lagi belum pulang..termasuk hari ni dah 2 minggu 2 hari. Padahal dulu ejen tu janji seminggu paling lewat. Pembantu Rumah Zila pula sibuk kata nak pulang jumpe pakwe dia di Kuantan..

Serba salah lagi aku dibuatnye. Mana nak pk kehilangan barang dan duit mak dan baba. Mana nak pk kenapa Inur tak pulang2. Ape ler ejen kat sana buat sampai lewat camni..

Aku dah tak leh tido malam dah. Bukan tak nak tido..badan aku amatlah letih tapi bila nak tido mata aku tetap terbuka. Kengkadang aku ingat dah tido tapi rupenya mata aku masih lagi memandang dinding..tak nak langsung pejam mata..

Badan aku pun makin tak selesa..duduk lelama sakit pinggang..baring rasa sesak nafas..sakit2 dah badan aku. Apa yg buat semua jadi tak kene..semua buat aku tak selesa..

Sampai pagi dah Subuh barulah nak tido..dah tentulah aku perlukan rehat masa tu dan tido balik sampaikan Zikry pergi sekolahpun asyik lewat je.

Dah ler Zikry pergi sekolah sendiri naik basikal. Nak harap aku hantarkan skrg ni huhu..mmg tak dapatlah pasal aku makin penat nak berjalan. Ntahlah tetibe sakit plak pinggang ni...

Hari ni jugak..Zikry demam. Tadi masa nak balik dari tadika..cikgu telefon bitau Zikry nangis kata perut dia sakit. Aku dah risaulah tapi kat fikiran aku hanya fikir yg Zikry ni mesti nak buang air besar..atau perut dia ada angin.

Lepas amik dia dgn sumbat basikal dia dlm kete..balik jap rumah letak basikal dan terus gerak ke rumah baba plak bawa dia cuci kaki.

Zikry tido je dlm kete...lepas sapukan minyak. Legalah sikit sakitnya dan tak nangis..barulah angin dlm perut dia keluar dlm bentuk 'kentut' hehe..

Malam ni plak dia demam. Badan dia panas. Mungkin tak ke sekolah esok. Dia tak larat pun nak bangun dari tempat tido dia..kesian tengok. Tapi dia tetap layan main dgn adik dia si Zarfan tu. Walaupun setakat berbaring. Zarfan pun manja dgn dia skrg. Yelah..dgn sape ler lagi nak berkawan..

Selasa, 21 Julai 2009

Zikry dan Polis

Alkisahnye..

Org lain punye besday..org lain yg sibuk minta hadiah hmmm...

Jadi untuk tidak menghampakan kedua2nya..aku belilah utk Zikry sekali..

Sebenarnya byk pilihan mainan yg dia nak tapi aku reject pasal mahal dan akhirnya dia pilih yg dia dan aku puas hati..

Inilah mainan yg dia nak..







Punyelah berlagak dgn baju polis dia tu kononnye..

Dgn setiap peralatan tu..

Tentang gaya dia tu hehe..aku ler yg arahkan..

Isnin, 20 Julai 2009

Polis



Ape hal ni..

Sape polis ni?

Ape dia buat kat rumah aku?

Nak tau..tunggu besok hihihi..

Ahad, 19 Julai 2009

Sesat

Nak cerita hal semalam.

Aku ke Tangkak..ada hal sikitlah untuk diuruskan. Bukan beli kain haa..

Lepas tu aku mmg plan sekali nak balik kampung mertua. Tapi tak ingat jalan cuma tawakkal jelah.

Bila selesai urusan aku..jadi bertolaklah aku dgn tak tahu apa untuk pulang ke kampung di Nyalas.

Punyelah nak malang tu..semua org yg aku tepon untuk tanya tak angkat tepon. Jadinye terpaksalah aku pk sendiri.

Memula aku perhatikan simpang tapi dah lupe nak kene masuk ke simpang tu atau terus. Yang bodohnye aku terus hehe..terus tu ke Segamat.

Dah separuh jalan aku dah rasa makin lama makin jauh dan musykil yg amat. Pusing ler balik.

G balik kat simpang yg aku curiga tu. Masuklah simpang tu. Pastu teruskan perjalanan semula.

Kat kepala hotak aku ni dah set dah. Kalau aku rasa tak yakin jugak lalu jalan ni. Aku patah balik dan terus balik rumah aku hehe..

Tapi tetibe aku rasa yakin plak jalan yg aku lalu tu. Tapi sesat lagi pasal ada simpang yg aku musykil..byk sgt simpang sebenarnya.

Sesat masuk Kampung Bekoh hehe..pusing balik. Akhirnya aku jumpe simpang yg beri aku keyakinan 100% sbb ada tunjuk perkataan Nyalas.

Fuh..sampai gak hehe..

Yg buat aku tak tumpukan perhatian kat jalan ni pasal aku tengah sms dgn seseorg. Ejen pembantu rumah pasal mengadu hal diorg ler. Nak tepon aku tak cukup kredit. SMS jelah. Kebetulan je dia tanya nape aku tanya nama penuh pembantu rumah tu jadi melaratlah hal mengadu ni.

Akhirnya sampai gak rumah mertua aku. Lepak jap lepas Maghrib, balik. Risau tu risau gak sbb dah gelap tapi aku tabahkan jugaklah hati aku ni. Aku tak tido sana sbb tak pasti rancangan keesokan harinya dgn nak bawa baba cuci kaki dgn pembantu rumah lama sampai lepas selesaikan permit dan ntah hape2 lagi..

Yang pasti lepas ni aku akan ingat jalan tu sampai bila2..hihi..

Kandungan aku skrg ni dah gerak sikit2..terasa mcm ada pergerakan kecil tapi kejap je. Tapi aku rasa seronoklah pasal pergerakan dia akan buat aku leka hehe...

Baru 4 bulan..nanti dah 5 bulan lagi terasa agaknye. Pergerakan ni dah aku rasakan seminggu yg lalu.

Oklah..

Video lak..

Layan jelah hehe..



Kalau korang tengok betul2..bukan Zarfan yg tiup tapi Zikry..

Sabtu, 18 Julai 2009

Makan Time

Ini Zikry yg potong tadi..kecik je..

Coklat tu je yg jadi penarik selera..

makan sambil nyanyi..

ngaaaa...



Budak shakey's bagi dia belon..



hirup tak pandang org langsung..

Diorg ni lebih teruja dgn sup tu dari segala makanan yg ada. 



shakey's sensation..

sorang satu potong je..lebih dibungkus..ntahlah aku tetibe tgk anak2 makan dan happy jadi kenyang lak..


Lum habis..ade lagi hehe..

Jumaat, 17 Julai 2009

Potong Kek

Acara Potong Kek plak..

Si Zarfan ni tak ler xcited sgt cam abg dia..

Yg sakit hati..beli kek hanya utk tiup lilin je..makan tak nak..sape nak makan tu..aku ler jugak..hishhh...




bawak api dari rumah tu hehe..

tiup tu tiup ler tapi dgn air liur sekali lak tu..huhu..aku tu tak dapat tunjuk muke tunjuk jari pun ok..hehe.. 



kali kedua..lum sempat lagi amik video dia dah tiup..

si Zarfan bukan heran sgt pasal kek tu..roti tu jugak yg dia sental dulu..si Zikry je yg sibuk2 nak potong kek tapi tak nak makan..


Ok..jumpe lagi esok hehe..masih ada sambungannya huahuahua...

Khamis, 16 Julai 2009

Selingan cerita hehe..

Nak menyelit cerita terbaru disamping cerita hal Birthday Zarfan masih berjalan..

Nak cerita hal semalam..

Hal anak2 je...

Disebabkan mood aku baik semalam..kebetulan ada sorang budak yg aku rasa mmg selalu setiap petang datang bertandang kat luar rumah aku..layan Zikry dan Zarfan. Jiran hujung rumah..jauh ler jugak dia tinggal.

Jadi Zikry minta izin nak main kat luar. So aku benarkan. Aku nak halang Zarfan tapi dia nak jugak ikut abang dia so takpelah aku benarkan jugak.

Aku tengah memasak jadi utk perhatikan diorg kat luar tu cam payah ler.

Tetibe aku dengar senyap je. Rupenya budak2 ni dah jauh main kat rumah budak tu. Kat hujung..rumah corner lot tu..kira 100meter dari rumah aku. Patutlah tak dengar suara dah.

Mulanya aku tak risau sbb budak yg dia berkawan tu dah besar..dah sekolah. Tapi lama kelamaan hati aku jadi risau plak. Dgn kete..motor..diorg plak main tepi jalan tu..kat selekoh..hishhh..kepala hotak aku dah pk yg bukan2.

Aku cuba panggil diorg suruh balik tapi langsung tak pedulikan aku.

Akhirnya aku dengar Zarfan menangis. Ntah ape yg berlaku tak tahulah tapi aku rasa pasal mainan. Satu hal lagi diorg ni keluar rumah kalau diikutkan mmg semua mainan nak dibawanya..bukan yg murah lak tu..semua yg mahal2..

Aku sarung tudung dah berlari ke arah diorg..haa...mmg kene..aku dah naik hangin satu badan. Kat rumah pun aku tak boleh handle diorg main apatah lagi jauh dari mata aku..

So aku cakap..inilah yg pertama dan terakhir aku benarkan diorg main kat luar. Lepas ni merayulah menangis sepuas2 nak minta main luar takkan lagi aku benarkan... Biar korang menangis keluar air mata darah sekalipun takkan aku benarkan lagi main kat luar. Jangan aku yg menangis tengok korang kene langgar kereta ke..cacat ke ape ke atas perbuatan org lain. Biar apepun yg terjadi kat dlm rumah bukan kat luar rumah.

Mmg mood aku semalam mengila sungguh. Aku tak sangka diorg akan main jauh sampai sana. Aku sangka diorg akan main sekitar rumah aku je..takat main basikal kat dlm rumah aku pun luas nak main. tak payah nak langgar taik kucing dan bahayakan diri dgn motor dan kereta yg lalu lalang.

Akhirnya setiap sorang kene habuan..si abang kene denda mop lantai luar rumah dan si adik kene kemas semua mainan masuk dlm bakul.

Aku hehe..goyang kaki tengok tv. Untuk meredakan kemarahan yg tadinye seperti volcano.

Aku sebenarnya tak nak orang cakap...anak sape ni dibiarkan main kat luar..tak takut ke kene langgar kete ke ape ke..

Sbb aku penah tengok org camtu. Mak dia buat tak peduli anak yg sekecil 1 tahun yg baru tahu berjalan main kat jalan diwaktu kereta aku lalu. Nasib baik tak langgar. Yg nampakpun kakak budak tu dan mak dia? Ntah hape yg dibuat kat dlm..ape ler salahnye kunci gate supaya budak tak bersepah main kat jalan..

Aku plak bukanlah jenis melangok depan rumah borak dgn jiran. Jadi utk perhatikan setiap masa anak aku main kat luar tu hmmm jgn haraplah. Byk lagi keje kat rumah nak dibuat ataupun nak berehat tengok tv.

Ntahlah ek..mungkin suasana kat taman ni buat aku tak percayakan anak2 utk main kat luar dan berkawan. Mungkin kalau hanya Zikry sorang aku boleh benarkan tapi Zarfan mesti nak ikut. Jadi aku jadi risau dan mmg tak leh bertenang bila pk diorg tu main kat luar..ade je perkara buruk yg terlintas kat fikiran aku..

Pastu waktu malam plak aku suruh Zikry belajar. Matematik je sbb dia masih lemah dlm bab mengira dan ingat nombor ni. Dia tak nak sbb bila cakap nak belajar je mesti dia tak nak, byk alasan dan nangis..lum pun lagi aku marah. Jadi aku pujuklah dia dan akhirnya dia nak jugaklah ikut mengira. Tapi lepas 5 minit dia dah blur. Bila aku tanya dan tanya suruh dia mengira..dia cakap apa tau...

aduhh..nak pengsan dah aku ni..

Aku tergelak besar dia cakap camtu. Mcm org tua je bila bercakap tapi bab belajar punyelah malas..

Tak sampai 10 minit dah genti. Tapi kalau tengok kartun kat tv tu dari balik sekolah sampai malam pun takpe...hmm..

Besday Boy Bad Mood

Aku belikan ferrari tau hehehe...


Lawak bosan je tu hehe...

Sebenarnya tujuan aku g Tesco tujuan utama adalah nak cari hp utk maid..

Tapi mmg nak happykan budak2 ni sbb kat sana pun ape kurangnya mainan yg ada..duit je yg ada takde hehe..

So si Zikry dah meluru masuk kat tempat mainan berbayar selama 30minit tu RM3. Si Zarfan tak nak plak..nanak..nanak..katanya..jadi aku pun tak leh buatpelah..tunggu kat luar beli coin bagi dia main mainan kat luar tu..










Lepas abang dia kuar tu..terus main kete ni bersama..



Pastu si Zikry g naik train..dia ni tak nak jugak..nak naik gajah tu plak..

Tu abang dia dgn train yg selalu dia nak naik kalau nampak..

Mood dia tak bape elok sgt hari ni..dr pagi sampai ke mlm..mcm ade je yg tak kene..semua salah..asyik nangis..hmm..tension gak dibuatnye..


tunggu besok lagi utk sambungan muahahahaha...

Rabu, 15 Julai 2009

Kek Besday Boy

Aku sambut besday si Zarfan kat Shakey's Tesco..amatlah sederhana..

Sedih pasal kitorg bertiga je..sepatutnya berempat huhu..

Ok..buat masa ni aku tunjuk gambar kek je dulu ye..gambar terlalu byk so bersambung dan terus bersambung..harap bersabar je ler ye hehe...


Kek beli kat Tesco gak..kat King's Confectionery haa..camtulah ejaan kot malas tul aku nak eja bebetul..halal ok..


Nama kek ni..coklat cruncy betul ke tak ejaan tu..aku belasah je hehe..janji sedap nyam..


Ni gambar dlm Shakey's tu..kebetulan mmg dia lekat perkataan ni..


Yg ni hanya kebetulan..beli roti tarikh luput adalah besday si Zarfan..itu bermakna roti tu dah tak leh makan skrg huhu..


Bersambung haa...

Selasa, 14 Julai 2009

Hantar Ayah





Buat pertama kalinya aku hantar hubby ke LCCT.

So balik sendiri dgn anak2 dgn kete D-Max lagi hehe..

Ofcoz cuak pasal aku mcm ingat lupe..tapi nasib baik masih boleh contact hubby sbb dia lum berlepas lagi..

Alhamdulillah segalanya lancar dan aku pulang dgn selamat.

Untuk ayah..jgn risau mama ingat camne nak datang balik amik ayah nanti. Mama dah update peta yg ayah lukiskan hari tu hehe..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster