Khamis, 31 Mac 2016

Janam ke jahanam

Janam janam janam saath chalna yunhi
Kita akan berjalan bersama seperti ini di setiap kelahiran
Kasam tumhe kasam aake milna yunhi
Sumpah demi dirimu aku akan selalu datang menemuimu seperti ini
Ek jaan hai bhale do badan ho judaa
Meski raga kita terpisah namun jiwa kita tetap satu
Meri hoke hamesha hi rehna
setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya
Kabhi na kehna alvida
Jangan pernah ucapkan selamat tinggal
Meri subah ho tumhi aur tumhi shaam ho
kaulah pagiku dan kaulah senjaku
Tum dard ho tumhi aaram ho
Kaulah deritaku dan kaulah pelipurku
Meri duaaon se aati hai bas yeh sadaa
hanya inilah suara yang bergema dari doa- doaku
Meri hoke hamesha hi rehna
setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya
Kabhi na kehna alvida
Jangan pernah ucapkan selamat tinggal
Teri Baahon Mein Hain Mere Dono Jahaan
dalam pelukanmu terletak dua duniaku
Tu Rahe Jidhar Meri Jannat Wahin
di mana kau berada, di sanalah surgaku
Jal Rahi Aggan Hai Jo Yeh Do Tarfa
api asmara yang membara di kedua sisi
Na Bujhe Kabhi Meri Mannat Yahin
tak akan pernah padam karena hasratku ada di sini
Tu Meri Aarzoo, Main Teri Aashiqui
kau adalah kerinduanku, aku adalah asmaramu
Tu Meri Shaayari, Main Teri Mausiqui
kau adalah syairku, aku adalah musikmu
Talab Talab Talab Bas Teri Hai Mujhe
aku hanya menginginkan dirimu seorang
Main Som Tu Nasha, Banke Ghulna Yunhi
aku adalah arak dan kau rasa mabuk, kita menyatu seperti ini
Meri Mohabbat Ka Karna Tu Haq Yeh Adaa
kau penuhi kewajibanmu untuk mencintaiku
Meri Hoke Hamesha Hi Rehna
setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya
Kabhi Na Kehna Alvida
jangan pernah ucapkan selamat tinggal
Alvida..
selamat tinggal..

#asallainsangat

Selasa, 29 Mac 2016

Seksa kubur

Ceramah ustaz Ahmad Dusuki di masjid TCJ mlm smlm.. berikut adalah sedikit perkongsian yg disediakan dgn usaha oleh ahli grup muslimah tcj mlm semalam.

Semoga bermanafaat .

SIKSA KUBUR
Kena jaga 3 perkara sblm menghadap Allah :-
1. AKIDAH
2. IBADAH
3. AKHLAK

1Jaga akidah ( keyakinan )    - jgn terpesong. ingat!  hanya dgn islam..
   
2Jaga ibadah ( harus sempurna)   -
-solat jaga jgn tinggal walaupun 1 rakaat
- baca quran ... usahakan baca quran.. ( tak baca quran, dalam kubur soal jawab dgn malaikat  tak lepas)!
                   
*baca Surah baqarah dlm rumah...rumah bercahaya nmpk dr arash Allah.
                                                        
*Saat roh ditarik....seksanya amat sgt...
sakit ibu bersalin bersamaan 1 kesakitan dari 99 juzuk kesakitan semasa roh ditarik

*Himpitan kubur -semua akan merasa... bykkan zikir- hindar azab kubur.

kubur baru tutup paras lutut, malaikat mungkar nakir ( warna hitam kebiruan) yg pasti dtg..bawa  belantan...tanya  amalan ..

Quran yg dibaca sebelum solat subuh - akan jadi peguambela  kita dialam kubur semasa soaljwb tu nnti.                  

malaikat akan sandar kan kita di dinding kubur lps quran yg kita amal baca sblm subuh  tu jawab semua soalan2 malaikat.

seterusnya Kubur tukar menjadi hamparan  hijau cantik & wangi dgn tahajud yg kita amalkan. 
-cuba  tahajud . kalau payah, tahajud sbln tidur.

kalau 1/3 mlm tak boleh bangun utk buat,  bangun time dah nak dekat masuk waktu subuh, buat  tahajud lps tu ada masa sikit.. baca quran jap sblm  azan subuh masuk

*Amalan didunia....yg baik..maka cepat la soaljwb ngan mungkar nakir...dan sebaliknya.
sebaliknya ada yg sampai 70tahun tak lps soal jawab dgn malaikat walaupun hanya pasal sebatang cungkil gigi.

*Jaga amalan...jaga amanah yg diberi...

  *siapkan anak yg soleh...selamatkan kita dialam barzakh .. bekalan utk kita
- Seeloknya anak2 yg mandikan jenazah kita  - berdoa sambil mandikan jenazah ..anak2 yg lain aminkan.
- anak yg siapkan kain kafan
*Anak lelaki imamkan solat jenazah.
baca doa utk kita..

amalan anak yg soleh boleh selamatkan ibubapa nya...walaupun ibubapanya byk buat dosa sebelumnya

Klu x de anak....bela lah binatang sbb binatang tu boleh tolong kita di sana.

*Jenazah yg baik - najis sikit...peluh mengalir didahi, kadang2 masa mandi jenazah, airmata keluar mengalir sedikit.

3. jaga akhlak -walaupun amalan baik..akhlak yg buruk...akan mendtgkan siksa  
      -Jaga Allah & rasul
     - Jaga akhlak  - dgn suami, ibu bapa..makpak mertua.
mak mertua, ayah mertua sama dgn mak ayah kita sendiri. itu sbb kita tak boleh kawin dgn mak mertua/ayah mertua kita walaupn kita bercerai hidup/mati dgn pasangan kita.. sbb hubungan dgn mak/ayah mertua tetap kekal sbgai ibu ayah   hingga mati.

-jaga hubungan dengan sesama manusia yg lain, jiran. ( sisa makanan rumah kita campak ke rumah jiran pun boleh masuk neraka.)                         
    -Jaga aurat 
    -Jaga hati suami. 

Hafal  3 surah  (sebaik2 nya)
- almulk   - tiada siksa kubur dan 
Soaljwb  dlm kubur.
  - alkahfi - jauhkan fitnah.hidup dan Fitnah mati
  -albaqarah - syaitan x kan masuk dalam rumah kita dan dlm diri
kita.
والله اعلم

sekian.

Rabu, 23 Mac 2016

Solat dhuha

((  SOLAT DHUHA. ))

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan

YANG PERTAMA :
Dosa Terampun

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR Tarmidzi)

YANG KEDUA :
Org Bertaubat

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)

YANG KETIGA:
Tercatat sebagai orang yg taat

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.

Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.

Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.

Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."
(HR At-Thabrani)

YANG KEEMPAT :
Masuk  syurga daripada pintu yang khas

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”
(HR At-Thabrani)

YANG KELIMA :
Rezeki Success

Allah swt mencukupkan rezekinya.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”
(HR Abu Darda)

YANG KEENAM :
S u d a h  b e r s e d e k a h

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.

Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.

Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."

(HR Muslim)

Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja.

Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah.

InsyaAllah Azrul Iznan 😙

Isnin, 21 Mac 2016

Solat taubat

:: CARA PALING MUDAH NAK BUAT SOLAT  TAUBAT ::

Kita ni tak lari dari buat dosa.. Dosa nyata dan dosa yg tak nyata.. Bila terbukak je pintu hati dan mula sedar selama ni banyak buat dosa, hati terus rasa nak bertaubat.. Risau kalau esok lusa mati.. Terus tak sempat.. Tapi ada di antara kita tak berapa pandai.. Solat pun sebelum ni kejap buat kejap tak.. Hafal pun mana yg perlu je.. Ni nak buat Solat Taubat, bila bukak buku, ada do'a.. ada Penghulu Istighfar.. ALLaH.. Dah la tak hafal.. Nak baca arab pun tak tahu.. Abes camne?

Takpe.. Ni atok tunjukkan cara Solat Taubat yg paling mudah.. Satu atok nak tekankan.. Kita bila bertaubat, kita tak boleh assume sekali buat, kompom ALLaH terima taubat.. Kena buat selalu.. Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih.. Pastu rajin nak beribadat.. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.. Tanak lagi buat dosa-dosa lama.. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima..

Solat ni elok buat malam-malam.. Sebelum tidur atau sebelum Subuh.. Waktu sunyi malam.. Bunyi cengkerik je ada.. Baru tenang bila nak mintak ampun dgn ALLaH..

Bersihkan diri.. Amek wudhu..
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki)..

Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..


أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x

Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”

Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..

Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..

AstaghfiruLLaHhal'adziim /

AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.

Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..

Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?

Bukan tak boleh baca do'a taubat atau Penghulu Istighfar, tapi kalau nak baca pun masih terkial-kial, camne? Kita nak mintak ampun ni.. Takkan dgn air mata meleleh-leleh tu jugak kita nak refer kertas baca do'a? Guna je do'a bahasa melayu dulu.. Nanti inshaALLaH bila dah istiqomah, baru la upgrade sikit.. Cari do'a bahasa arab..

Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;

Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.. Camne kita nak bersihkan hati..

InshaALLaH, kalau buat selalu, kita akan rasa beban yg ditanggung tu hilang.. Senang kan?
Satu kita kena ingat, ALLaH Maha Pengampun.. RahmatNya melebihi MurkaNya..

Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

Kalau rasa ada manfaat, SHARE ler... Mana tau ada kawan2 kita yg masih mencari2 camne cara nak bertaubat...

Ahad, 20 Mac 2016

Kata-kata hikmah Imam As-Syafie

BELAJAR DARI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."
- (Imam asSyafie)

"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".
- (Imam asSyafie)

"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang"
- (Imam asSyafie)

"Jangan cintai orang yang tidak m'cintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"
- (Imam asSyafie)

"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".
- (Imam Syafie)

"Doa di saat tahajud  adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafie)

"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafie)

"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan".
- (Imam asSyafie)

"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam asSyafie)

"Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk  matamu"
- (Imam asSyafie)

Sama2 kita beramal....

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster