Khamis, 31 Disember 2009

Seribu Wajah Zahran

tangan yg aku rasa nak gigit selalu..

sebelum tangan dia aku gigit hehe..

sudah kenyang..



huh..kuatkan saya ni...lihatlah otot eh..badan saya ni bolat ini..

bergambar bersama hadiah ke2 zahran..kawan suami yg bagi jugak..

 

dah lama tak tengok gambar budak berdua ni kan hehe..

ni kalau tido..gempa bunyi pun takkan bangun..abang2 dan mama dia memekak kat sebelah telinga pun dia tak kisah..






mcm tgh azan plak..

lihatlah pipiku yg tembam ini..

tgh menyanyi lagu faizal tahir kononnye hehe..

menari ala ala wayang kulit gitu..

muka cam tak percaya menang anugerah hihihi..perasannya si mama dia ni..

sabar menunggu nenen..

muke bengkek sbb mama buat tak tau dia tgh lapar..

merajuk sambil nangis..

marah sbb tak dapat nenen..


muke tgh lapar hehe..


Sudah2 ler aku ni mendengki kat budak kecik tu hehe..

Sebenarnya ade lagi tapi malas nak upload sbb lum byk lagi..tapi semuanya gambar penyeksaan mama terhadap anak dia yg tembam tu..

Cerita terbaru pasal Zahran..hari Isnin hari tu g cek darah utk tau tahap kuning dia berapa jadi dah turun 9.8 oleh itu tak perlu g lagi klinik amik darah yahuuu...

Pastu tadi nurse datang rumah timbang berat dia..dah naik 4.9kg huhu..makin tak larat nak peganglah nanti..

Kepada semua kengkawan..Selamat Menyambut Tahun 2010..semoga kedatangan tahun baru ni akan membawa lebih keceriaan dan kejayaan dlm hidup semua..semoga rahmat Allah sentiasa berada dalam kehidupan kita..

Kepada ayah...mama sayangkan ayah dan doakan ayah sentiasa berjaya dlm hidup dan semoga apa yg ayah cita-citakan menjadi kenyataan. Mama sentiasa menyokong apa jua yg ayah lakukan dan percaya 100% pada ayah...love u..

Rabu, 30 Disember 2009

Zahran kat hospital













Keje aku upload gambar si kecik ni jelah..hehe..

Mmg penuh lagi blog aku dgn gambar..jgn bosan jelah sape yg datang jenguk sini ye hehe..

Selasa, 29 Disember 2009

Seksa berpantang



Seksanya rasa..

Ini belum ada org tua yg jaga lagilah seksa agaknya sbb asyik kene bebel je nanti.

Pening plak kepala ni..agaknya tido tak cukup. Lagi satu hal yg buat aku pening kepala ialah tak dapat nak kemas rumah. Berbulu je mata ni nampak habuk bersepah atas lantai..sisa makanan yg dah merata budak2 ni bawa..semut nak mengila lagaknya sbb aku tak dapat nak kejar dan bunuh dia..hishh..mmg seksa betul rasanya.

Sekali sekala je dapat pegang batang mop tu tapi tak dapat letak sabun sbb terdedah sgt plak kaki ni kat air..lantai kat luar pun dah lama tak berbasuh..lamanya tempoh berpantang ni. Kejap2 tak leh ke hehe...

Bosan asyik duduk je tapi macamlah boleh buat semua keje pasal baby tu asyik nak bau badan mama dia yg busuk ni je hehe..

Ahad, 27 Disember 2009

Aiman Zahran Terkini


































Aiman Zahran kene jaundis pada hari ke 5 kelahirannya. Dapat tau pun masa nak pulang ke kampung sbb nampak kuning je kat muka dia. Pastu terpaksalah pegi amik darah untuk tahu tahap bilirumin tu. Memula 13.5 pastu turun 12.1 tapi naik balik keesokan hari 12.2. Hari Khamis hari tu pegi sekali lagi kat klinik Cheng ni je sbb aku dah balik dari kg dah habis berurut. Turun lagi 11.0 tapi masih lagi ditahap yg tak memuaskan. Kene bawah 10..Isnin depan g amik darah lagi. Kesian plak kat dia sbb nak kene amik darah je. Merah2 dah kaki dia kene jarum tu.

Kawan ada bagi tips..mandikan dgn daun kucai, mandikan dgn air agar2 kene rendam semalaman. Pegi sensei beli herba mandi air kuning tu. Yang tu aku dah buat. Aku bagi susu kambing tapi tak turun pun..hmm dah mcm2 cara dah..harapnya turunlah supaya aku tak perlu keluar ke klinik lagi. Lecehlah..

Aku skrg berpantang sendiri kat rumah. Hanya mengharapkan bantuan suami. Kesian plak kat suami yg menyiapkan segala kerja kat rumah.

Hari tu masa aku kat hospital, mak mertua aku yg jaga rumah. Sementara suami pergi ke hospital uruskan hal aku. Kesian kat mak mertua sbb dia mati akal jugak nak gunakan peralatan kat rumah aku. Nasib baik along aku datang tolong juga. Kira aku bersalin kali ni mmg byk melibatkan keluarga mertua. Tanpa diorg, tak taulah ape jadi..alhamdulillah dgn pertolongan diorg..ringan sikit beban yg aku kene tanggung. Tak terbalas jasa diorg. Bersyukur aku dapat keluarga mertua yg amik berat.

Suami aku pun ape kurangnya skrg. Pagi2 lagi sebelum g keje dia dah siap basuhkan baju. Buatkan air utk aku. Terharu sgt. Segala kerja rumah yg dulunya aku buat, dia buat mana yg dia mampu..siap masak sendiri tu. Aku plak yg rasa malu hehe..

Skrg ni kesihatan aku pun bertambah baik. Berbanding seminggu lepas melahirkan. Amatlah mencabar. Dgn pelbagai kesakitan yg datang. Sakit jahitan, sakit bisa perut, sakit pinggang, sakit dada fuhh..mencabar emosi sikitlah tapi alhamdulillah seminggu jelah. Skrg ni dah stabil sikit. Dah bolehlah buat keje rumah sikit2..masak lauk sendiri..ngadap blog..hehe..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster