Selasa, 16 Jun 2009

Tak tahan dah..

Malam tadi ada org datang..saudara baba. Datang bawa pengantin hehe..

Mak seperti biasa tak ramah tapi byk kerenah..dia tak kira ada tetamu atau tidak. Siap tanya..diorg dah balik ke padahal belum lagi tu..

Laku ler jugak jual kain batik 2 helai hihi..

Lepas diorg pulang..ingatkan dapatlah berehat. Dah seharian aku tak dapat luruskan badan. Letih sgt dah rasanya terutama bila ada tetamu pasal waktu bersantai tengok tv dan jadi kene layan tetamu.

Macam biasa sebelum tido mop lantai. Dlm masa yg sama baba tengah layan lagi kerenah mak yg ntah hape2..

Aku duduk jap lepas lelah. Mak panggil kata nak buang air besar. Pastuh bawalah ke tandas, cebukkan dan pakaikan pempes balik. Tak lama lepas tu..mak panggil lagi..nak berak lagi katanya..merayu seolah terseksa sgt dgn adanya tahi kat pempes tu.

Aku datanglah nak cuci tapi kali ni pakai tisu basah je sbb tak larat sgt lah jap2 nak angkat g tandas. Bila bukak takde pun tahinye. Dia tipu aku...tapi katanya tahi dia dah berlambak2..masalahnya pempes yg baru aku beli tu tak leh pakai ulang..dah bukak terus koyak..so mmg amat membazir..dah ler mahal.

Tak lama lagi..kul 4 pagi plak..kejut lagi nak berak lagi..so dah 3 kali bangun hanya untuk jaga bontot dia je...setiap 2 jam tu..sakit badan aku bangun tido dah ler tak leh tido sgt pun..

Kul 6 pagi..dia bangun lagi..nak kencing plak. Padahal pakai pempes tu..

Bezanya jaga baby besar ni..dia bukan je menangis tapi pandai plak bercakap dan kata2 dia tu mmg menyakitkan hati..ayat mudah..mulut jahat..

Ntahlah..aku rasa cam hilang akal sikitlah sbb tension sgt..aku dah mmg betul2 tak tahan sgt dah..kenapalah penyakit mak ni suka menyusahkan org..aduyai..

Bilalah lagi masa untuk aku tido berehat..pagi dah bawa baba g cuci kaki, tengahari dah sibuk memasak, membasuh..mengemop kene setiap masa..cuci tandas setiap hari..habis semua tu sampai petang..waktu tu dah nak maghrib dah. Dah nak siapkan makan malam lak..kemas sana kemas sini waktu yg aku leh betul2 tido kul 1 pagi..tapi tak jugak leh tido...ape nak jadi nie...

Cam ni aku nak keje jugaklah..baru aku ada alasan supaya aku tak leh nak jaga mak jugak pasal aku keje..boleh ke? hmmm....

7 bunga tulip:

kayteeze berkata...

Nrina.... elok talipon kat abang2 nrina tu.. suruh mereka berkongsi cari bibik.

Kalau kak tie, dah tiba masanya mereka membantu. Dan kalau mereka buat2 tak tahu, antor je mak nrina kat rumah mereka.

Cakap Nrina dah nak pitam... atau mungkin pura2 pitam depan mereka. Kak tie rasa geram pulak, sebab nrina sorang yang tanggung. Tak de siapa yang faham jika mereka sendiri tak rasa apa yang nrina rasa. Jangan tunggu lagi. sekarang juga talipon mereka tu....

Dan pada mak nrina tu.... mungkin nrina kena tunjuk yang nrina dalam keletihan dan sakit juga... biar dia sedar yang nrina tak mampu turut kehendaknya. Tapi kalau dia dah nyanyuk, susah laaa...

Gi ambil koyok tu tampal satu badan... jalan tencot2 seolah2 nak rebah... tengok je reaksi mereka macam mana, ya.....Dan kalau dah tak tahan... pura2 pengsan depan mereka.. (nrina tido laaa...)

AhboNd 2020 berkata...

Sudah tiba masanya untuk Ayah bertindak..Hahahha. Pasti mereka semua merasa akan terhina..Allah Kat Tie, My wife sendiri yang kesian dekat adik beradik dia..adik beradik dia tak kesian pun dekat dia..Dan mereka tak sedar yang datang dan lahir dari perut yang sama..Tak tahu ker dia (wife den nie) mengandung. Mama, Maaf bukan nak ungkit tapi ini realiti. Saya beri mereka muka lagi, sehingga saya pulang dan sekiranya tiada perubahaan dibuat. Maka dgn kuasa ATONOMI yang saya ada saya akan tidak membenarkan isteri saya menjaga mak dia sebab dia kena jaga saya dan dia kena jaga kandungan dia dan lebih baik saya bawa mereka pergi ke Indonesia. Alasan jer agar taklah bermasam muka... Insyallah ..bye n salam

yulies berkata...

yap aku setuju.. nor, ko dhla peknen. mana boleh semua nk beban kat ko je.. bukanla menidakkan tanggungjawab. tapi bab2 ni semua kene amik tau. zoff, pada aku ko ada hak. cuma just make sure ayat2 yg bakal keluar dari mulut ko nnti adalah ayat2 yg rasional. i know u can do it.. tuhan maha mengetahui. good luck korg!

kayteeze berkata...

Aaiikk ??

AhboNd ?? He he.... malu sebentar !!!

Errr.... tak tahu nak cakap apa... he he...

Hmm... buatlah apa2 yang patut... sebelum Nrina betul2 pitam.. dan baby dalam perutnya tetiba menangis pulak !!! Ekekekeke.....

haruan tasek berkata...

perlu di ingat tetamu adalah rezeki. menolak tetamu adalah menolak rezeki

julietchun berkata...

mmg tggjwb kita utk jaga makayah tapi bkn harus dibebankan pada seorg shj. mmg patut kalian cari bibik mcm yg kakty ckp.

♥nrina♥ berkata...

kak tie:
nak sedih jadi tergelak plak hehe..betullah kata hubby saya tu..saya je yg kesian dgn diorg tu tapi diorg tu ntah pk ke tidak keadaan saya..setakat pk tapi tak bertindak same jelah kan..

ayah:
sabar ayah..nanti mama nak bitau abg nal dulu tentang keadaan mama..jgnlah tetibe je ayah terkam diorg huhu..

yulie:
ntahlah yulie..aku tak sampai hati plak nak bebankan adik beradik ni pasal diorg keje..
harap2 cepatlah aku dapat bibik..macamlah bibik tu datang nak menyerah diri..

haruan tasek:
bukan tolak tapi kongsi rezeki dgn org lain plak..

julietchun:
hmm..betul tu pasal baru skrg rasa cam diorg ni lepas tangan je dgn pelbagai alasan..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster