Jumaat, 28 September 2012

13-14 Hari

Dah 2 minggu berlalu...

Nurse pun dah 3kali kot dtg rumah...ntah lupa lak haha... Masa nurse pertama kali datang kat rumah tgk aku dan baby. Waktu tu nurse tu sorang je. Dia ckp nak tgk aku so kene masuk dlm bilik. Sib baik aku baru lepas tukar cadar haha...Itu pun dah kene muntah Zafry huhu.

Pastu cek tekanan darah cam biasalah. Pastu dia suruh aku baring nak cek luka. Luka katne? Kat mana lagi tempat yg ada luka ye x... kat 'situ' lah hahaha..

Aku dah buat muka pucat... mcm2 pk ni... dia nak seluk ke huwaaaa..... pastu dia kata nak tgk je. Tapi dia siap pakai glove tu yg buat aku seram. Pastu dia kata ok..luka pun ok... x byk jahit tapi byk kat bontot hihihi... kes angkat punggung masa meneran.. itulah padahnya.

Aku mmg berpantang sendiri je masa ni. Mak dah xde. Mak mertua pulak kene jaga ayah mertua aku sebab dia sakit. Sebenarnya mak dgn ayah mertua ada datang rumah nak jaga aku. Tapi yg sebenarnya aku boleh uruskan diri sendiri dan baby ni. Lagipun kesian kat ayah mertua masa tu sbb dia x bape sihat. Mak mertua pun sama juga jadi aku kesian kat diorg sbb diorg x dpt layanan yg bagus bila berada kat rumah aku. Suami mmg beli lauk jelah sbb aku nak masak camne plak kan?...

Diorg pun x lama dok sini sbb ada kes hehe... biarlah rahsia. Takpelah sbb aku boleh uruskan diri sendiri. Dah biasa masa Zahran lagi. Walaupun masa tu mak masih ada tapi mak dah x sihat. Lagipun suami ada boleh buat semua keje. Nak suruh mak mertua pun susah sbb dia x tau kat mana aku letak barang hehe..

Tak susah mana pun nak jaga diri dan baby ni. Yg susah nak jaga anak2 yg dah besar nak g sekolah, mengaji dan nak makan tu ehehe..










0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster