Jumaat, 28 September 2012

12 Hari

Pada aku waktu berpantang ni berjalan sgt perlahan. Sgt2 x selesa aku rasakan jiwa raga bila berpantang ni.

Alhamdulillah suami byk membantu dgn menjadi Mr Mama kat rumah ni menguruskan rumah dan 3 orang anak hehe. Bukan mudah ok. Pada dia yg jarang nak amik tau hal rumah dan anak2 ni mmg mengeluh je. Katanya kenapa kerja x siap2.. lepas satu..satu.. bila nak abis.. esok kene hadapi perkara yg sama berulang2...

Dah itulah kerja surirumah... pasal tu kalau sekali sekala dpt keluar bercuti alangkah seronoknya bila dapat melupakan rutin harian yg membosankan tu.

Apapun mmg salutelah cara kerja suami yg xde istilah bertangguh... semua bereslah. Lantai je dia malas nak mop tapi bab basuh baju ni...mmg tip top... siap lipat terus simpan... aku pun selalu bertangguh berminggu bab tu tapi setiap hari lepas cuci terus lipat simpan... dasyat x dasyat hehe...

Waktu ni kesihatan aku bertambah pulihlah.. Dah x alami bengkak susu cuma kalau Zafry asyik tido je bengkaklah kalau aku malas nak kejut tu..

Luka jahitan pun ok cuma masih lagi terasa bekas jahitan...tu yg buat aku seram walaupun x sakit hehe. Buang air besar pun alhamdulillah ok. Aku x alami sembelit mcm biasa dulu sbb makan prune setiap masa dan buah oren... minum air kena banyak..itu je yg aku amalkan...








0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster