Khamis, 11 Oktober 2012

Nursing Pad

Ada 2 jenis Nursing pad ni. Aku suka kedua-duanya sebab bergunalah pada aku hehe. Dulu aku pernah cerita kat SINI.

Kalau Nursing Pad boleh cuci macam gambar kat bawah ni, aku suka pakai kat rumah je sebab boleh tukar bila basah. Aku banyak nursing pad boleh cuci ni. Kalau sehari tu dalam 3 pasang kot tukar hehe...saje..lepas mandi je nak tukar baru.

Lagipun kedudukan benda ni bila diletak dlm bra, biasanya x tetap kedudukannya. Benda ni takde pelekat macam yang jenis pakai buang tu. Kita sendiri yg kene selaraskan agar tepat pada kedudukannya.

Nursing Pad boleh cuci


Yang kat bawah ni plak jenis pakai buang. Aku suka yg jenama ni je sebab aku dah try jenama lain, semua tak best hehe.

Yang ni aku pilih sebab dia besar sikit dan oklah pada aku walaupun mahal tapi kalau beli byk camtu kira murah sikitlah hehe.

Aku pakai yg ni biasanya kalau keluar jalan2 ke, travel bercuti ke sbb mana plak aku nak cuci plak kan... walaupun balik kampung pun aku lebih suka guna ni sbb nanti ada org pelik plak terjumpa benda ni dalam mesin basuh.

Selalunya mmg ada spare lebih kat bag takut2 terlebih basah dan tukar je. Yang dah basah buang jelah... kalau yg nak bercuci tu kan payah nak disumbat kat mana plak lagipun yang boleh cuci tu tak cepat kering air susu kalau dah tertakung dlm tu.

Lagi satu aku suka yg pakai buang ni sbb dia ikut bentuk payudara. Macam ada bentuk cup skitlah. Kalau yg boleh cuci tu tebal sket dan xde bentuk cup dan akan ikut bentuk pad tu...bulat je nampak hihihi...

Nursing Pad pakai buang

Harganya lebih mahal dari huggies anak aku huhu...
Aku beli ni masa hari Jcard masa aku mengandung tu. Gigih tu beratur semata2 nak beli benda ni masa hari Jcard sebab aku nak amik 2 kotak. Pastu rembat baju baby sekali masa tu habis dlm RM200 so dapatlah aku voucher RM20...semata-mata tu je hahaha.. Tapi nak terpatah pinggang aku beratur sampai 1 jam dgn nak kendung baby dlm perut ni huh rasa nak pengsan masa tu...

Ok. Itu je nak cerita sebab nak beritahu kat Zie ni pasal ni semua hehe. Biasanya jadi ibu yg pertama kali ni mmg kalut sikit sebab takde pengalaman. Try and error je biasanya. Dulu nak cari pempes anak yg sesuai, semua jenis pempes aku beli. Akhirnya dapat juga yang sesuai dgn anak kita hehe.

3 bunga tulip:

Zie Madini berkata...

ooo gitu rupanya nursing bra pad yg boleh di cuci ek. nnti dh habis pantang akan gi cari sendiri...hehe

coz selama ini husband zie yg pi beli. tu yg dia kata payah nk cari yg boleh di cuci. semuanya jenis disposalable....hehe

Siti Asiah berkata...

samalah kite...sy pun guna yg jenama Tollyjoy tu n Bebe...selesa yg Bebe tu...yg washable tu jrg2 je guna...hihi

♥nrina♥ berkata...

Zie
Benda tu banyak cuma org lelaki ni tak reti sgt nak mencari kot hehe... xpelah nanti zie dah habis pantang shopping ler...byk nak beli lagi tu kan...biasalah anak pertama ni teruja sikit...rasa semua nak beli hehe..

Siti Asiah
Ha'ah...sypun pakai yg Bebe tu gak..sy try semua yg ada hihi.. Apa je jenama sy beli..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster