Ahad, 19 Julai 2009

Sesat

Nak cerita hal semalam.

Aku ke Tangkak..ada hal sikitlah untuk diuruskan. Bukan beli kain haa..

Lepas tu aku mmg plan sekali nak balik kampung mertua. Tapi tak ingat jalan cuma tawakkal jelah.

Bila selesai urusan aku..jadi bertolaklah aku dgn tak tahu apa untuk pulang ke kampung di Nyalas.

Punyelah nak malang tu..semua org yg aku tepon untuk tanya tak angkat tepon. Jadinye terpaksalah aku pk sendiri.

Memula aku perhatikan simpang tapi dah lupe nak kene masuk ke simpang tu atau terus. Yang bodohnye aku terus hehe..terus tu ke Segamat.

Dah separuh jalan aku dah rasa makin lama makin jauh dan musykil yg amat. Pusing ler balik.

G balik kat simpang yg aku curiga tu. Masuklah simpang tu. Pastu teruskan perjalanan semula.

Kat kepala hotak aku ni dah set dah. Kalau aku rasa tak yakin jugak lalu jalan ni. Aku patah balik dan terus balik rumah aku hehe..

Tapi tetibe aku rasa yakin plak jalan yg aku lalu tu. Tapi sesat lagi pasal ada simpang yg aku musykil..byk sgt simpang sebenarnya.

Sesat masuk Kampung Bekoh hehe..pusing balik. Akhirnya aku jumpe simpang yg beri aku keyakinan 100% sbb ada tunjuk perkataan Nyalas.

Fuh..sampai gak hehe..

Yg buat aku tak tumpukan perhatian kat jalan ni pasal aku tengah sms dgn seseorg. Ejen pembantu rumah pasal mengadu hal diorg ler. Nak tepon aku tak cukup kredit. SMS jelah. Kebetulan je dia tanya nape aku tanya nama penuh pembantu rumah tu jadi melaratlah hal mengadu ni.

Akhirnya sampai gak rumah mertua aku. Lepak jap lepas Maghrib, balik. Risau tu risau gak sbb dah gelap tapi aku tabahkan jugaklah hati aku ni. Aku tak tido sana sbb tak pasti rancangan keesokan harinya dgn nak bawa baba cuci kaki dgn pembantu rumah lama sampai lepas selesaikan permit dan ntah hape2 lagi..

Yang pasti lepas ni aku akan ingat jalan tu sampai bila2..hihi..

Kandungan aku skrg ni dah gerak sikit2..terasa mcm ada pergerakan kecil tapi kejap je. Tapi aku rasa seronoklah pasal pergerakan dia akan buat aku leka hehe...

Baru 4 bulan..nanti dah 5 bulan lagi terasa agaknye. Pergerakan ni dah aku rasakan seminggu yg lalu.

Oklah..

3 bunga tulip:

Tirana berkata...

Aduhai..beraninya Nrina..Nasib baik tak sesat sampai ke singapore..hehehe

AhboNd 2020 berkata...

Ahha..selalu duduk sebelah jer...kali nie kena bawa sendiri..so lepas nie mesti dah tahu punya...senanglah sikit Ayah..boleh lah pulak duduk sebelah..hahhaaa..
semoga mama dan anak2 sihat..bye n salam

♥nrina♥ berkata...

kak tirana:
singapura huhu..ok gak tu pasal tak penah g sana lagi hehe..

ayah:
yelah ayah..skrg ni mana jalan mama kene belajar ler jugak..tapi mama lagi suke duduk sebelah je hehe..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster