Ahad, 2009 Oktober 25

Sabar Menunggu..



Cakap je sabar tapi dlm hati tak sabar nak tengok baby ni keluar..

Tapi takut gak bila pk masa nak melahirkan tu huhu..kalau dikenang balik mmg tak sanggup tapi itulah kelebihan seorang wanita...

Sabtu, 2009 Oktober 24

Nak ni...



Aku dah ada dah benda ni..masa beli dulu RM44 je. Cuma kualiti kurenglah.. 

Tapi skrg dah takde jual lagi yg murah dan kalau aku jumpe pun harga dah ratus2..

Hari tu jumpe kat Jaya Jusco tapi RM189..mahal giler..aku nak tunggu offer ler konon baru nak beli..tapi bila tengok balik dah takde huhu..sedih..

Jenama Hotata..tapi rupenye brg tu produk Indonesia..tapi takkanlah suami aku nak angkut benda tu pulang..lagipun kos penghantaran ntah bape ..same je beli kat Malaysia..lagipun ntah dia jumpe ke tak benda tu..mungkin kat Jakarta..

Agaknye kat mana lagi ye nak cari benda ni tapi murahlah sikit hehe..

Sbb2 aku suke..leh jemur bantal..jemur byk sekaligus tak ler kene ikut giliran bantal2 yg sedia byk kat rumah aku ni..hilang sikit bau yg pelbagai bau tu hehe.. (zarfan byk berpeluh kat kepala termasuk aku hehe)

Jumaat, 2009 Oktober 23

Pesona Lady



Hari tu aku ada g Maybank..suami aku dah pesan suruh amik Insuran Pesona Lady tu.

Aku hampir terlupe sbb mmg terlupe hehe..dah teringat tu g jelah.

Pegawai kat sana pun terangkanlah ape yg patut tapi mmg baguslah. Dia bitau..kalau kita terpotong jari masa buat keje kat dapur sekalipun..dan bila g klinik utk ubat ke ape ke..nanti insuran ni akan bagi RM100 utk cover balik duit yg kita bayar kat klinik tu.

Lagi satu..kes ragut. Kalau diragut walau dimana pun..kat depan mesin ATM sekali pun akan diberikan pampasan..dgn syarat ada laporan polis dan mengikut prosedur biasalah.

Kalau dapat anak kembar..dapat RM1000 huhu..sape nak bagi ek hehe..tapi anak aku sorang jelah dlm perut ni..kalau kembar rasanya aku dah tak nampak kaki sendiri bila berjalan hehe..

Kene dera dgn suami pun akan dapat jugak..insyaallah aku tak kene dera pukullah cuma kene dera berjauhan je hehe..terdera ape perasaan aku ni..

Jadi pada wanita yg berumur antara 18-40 RM22 kalau 41-60 RM40 setiap bulan. Oklah tukan. Keselamatan kita terjamin selagi kita bayar. Tapi sekiranya 3 bulan berturut2 tak bayar insuran ni maka terbatal dan kene buat semula..

Kalau korang ade sebarang pertanyaan..jgn tanya aku..tanyalah Maybank yg berdekatan..

Khamis, 2009 Oktober 22

Primax 95




Introducing PETRONAS PRIMAX 95*, our new fuel that promises a rewarding driving experience. PETRONAS PRIMAX 95 is developed to satisfy the demand for better fuel economy and efficiency. So, whether it’s stop-and-go city driving or more exhilarating dashes up and down highways, PETRONAS PRIMAX 95 won’t disappoint.



PETRONAS PRIMAX 95 has been formulated with advanced additives for greater performance. A Friction Modifier protects engine components, while a Combustion Improver enhances overall engine efficiency. Detergents are also added to the fuel to clean and prevent the build-up of deposits that degrade engine performance. PETRONAS PRIMAX 95 is also friendlier to the environment, as it meets Euro 2-M Petrol Standards.

Now PETRONAS Primax 95 is available nationwide.

Memperkenalkan PETRONAS PRIMAX 95, petrol terbaru yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang cukup bermakna apabila menggunakannya. PETRONAS PRIMAX 95 direka untuk memberikan kepuasan bagi penjimatan petrol dan prestasi yang efisien. Jadi, sama ada anda memandu dalam kesibukan bandar atau lebuhraya, PETRONAS PRIMAX 95 tidak akan mengecewakan anda.

Prestasi Enjin yang Optimum

PETRONAS PRIMAX 95 telah dirumus dengan bahan tambahan termaju untuk memberikan prestasi yang lebih baik. Bahan pengurang geseran (Friction Modifier) berfungsi melindungi komponen enjin, sementara bahan peningkatan pembakaran (Combustion Improver) bertindak meningkatkan lagi prestasi enjin secara keseluruhan. Malah ‘bahan cuci’ juga ditambah di dalam petrol untuk membersih dan mencegah daripada terbentuknya mendapan yang boleh menjejaskan prestasi enjin. PETRONAS PRIMAX 95 telah menepati piawaian petrol Euro 2-M, menjadikannya bahan bakar yang bersih dan lebih mesra terhadap pengguna dan alam sekitar.

Beralih kepada Petrol RON 95Q. Apakah itu RON?
A. RON adalah singkatan untuk “Research Octane Number”. Iaitu kadar menyukat ketahanan terhadap kualiti “ketukan” atau rintangan untuk pra-nyalaan atau ledakan yang berlaku dalam kebuk pembakaran.

Q. Apakah itu “Ketukan enjin”?
A. “Ketukan” adalah pembakaran luar biasa yang berlaku apabila petrol terbakar secara tidak matang sebelum pencucuhan. Ketukan yang berpanjangan dan berat akan merosakkan enjin. Ia juga menunjukkan keperluan untuk petrol beroktana tinggi.

Q. Adakah RON 95 sesuai untuk kereta saya?
A. Kebanyakan kenderaan berpetrol boleh menggunakan petrol RON 95. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda merujuk kepada manual kereta anda atau melihat di belakang penutup tangki petrol anda untuk tahap oktana yang disarankan. Anda juga boleh memeriksanya dengan pengeluar kereta anda atau pengedar kenderaan yang sah.

Q. Apakah RON minimum untuk kereta saya?
A. Pengeluar kenderaan anda perlu memastikan tahap oktana minimum yang disarankan. Maklumat ini biasanya terdapat di dalam manual kereta anda atau di belakang penutup tangki petrol kereta anda.

Q. Bolehkah saya mencampurkan petrol beroktana yang berlainan gred?
A. Boleh. Namun begitu, anda perlu memastikan sama ada petrol tersebut memenuhi atau melebihi RON minimum yang diperlukan oleh enjin kereta anda.

Q. Adakah petrol beroktana tinggi meningkatkan prestasi kereta saya?
A. Jika anda telah menggunakan petrol beroktana yang disarankan, kuasa kereta anda tidak akan meningkat hasil penggunaan petrol beroktana tinggi.

Q. Adakah petrol beroktana rendah meningkatkan penghausan enjin?
A. Tidak, jika petrol beroktana yang digunakan bersesuaian dengan enjin.

Q. Apakah yang membezakan petrol PETRONAS PRIMAX 95 dengan PETRONAS PRIMAX 3?
A. PETRONAS PRIMAX 3 adalah gred premium bagi gasolin tanpa plumbum yang mempunyai kadar oktana 97. PETRONAS PRIMAX 95 baru kami membawa RON 95 sebagai pilihan petrol yang memenuhi kehendak penjimatan dan kecekapan petrol.


Aku tak tahulah sejauh mana kebenaran yg diberitahu..

Yang aku tahu..sejak aku gunekan minyak ni..makin kerap aku kene tuang minyak. Kalau dulu seminggu lebih RM50 aku kene tuang tapi skrg tak sampai seminggu aku terpaksa tuang minyak..

Rasanye penggunaan yg sama je. Dulu lagi teruk pasal mak masuk hospitallah..kene kerap keluar hantar baba cuci kaki setiap hari..tapi skrg ni tak ler camtu. Cuma ulang alik ke rumah dia je dan sekali sekala g hospital utk temujanji.

Apa pendapat korang..terasa tak pasal minyak ni cepat membakar..dan cepat habis..

Tensionlah pasal sebulan kene habiskan RM200++ hanya utk minyak kete je. Aku ni dah ler tak bekerja..aduhh..parah sungguh..habis elaun aku bulan ni..kering kontang dibuatnye..dah sampai tahap negatif dah..

Aku ni mmg tak teror sgt pasal minyak pebenda ni. Suami aku cakap gune RON97 tapi kat Petronas takde minyak RON97 pun..yg ada Primax3 dan Dynamic Diesel itu je. Tak tau ler plak kalau Shell atau stesen minyak lain ade gune. Yg aku tau..minyak tu yg paling murah RM1.8 per liter dan tak tau ler kalau minyak tu tak sesuai dgn kete Wira Aeroback aku yg manja tu hehe..kuat telan minyak cam aku jugak..kuat telan duit belanja hehe..

Rabu, 2009 Oktober 21

Jam Ben 10







Sebenarnya aku ada belikan utk harijadi Zikry bulan 11 nanti tapi tetibe aku tengok RM10 je plak jam tu kat kedai luar kat Mydin. Yg hari tu aku beli RM15.90..itupun kira murahlah pasal biasa aku tengok harga RM19.90

Takpelah..Zikry hairan mama dia penah beli tapi tak penah kasi pakai..yg ni pakailah...kalau jahanam pun yg ni, ada lagi satu utk bagi hadiah hari jadi dia nanti hehe..

Mama terpaksa pilih hadiah yg murah2 je..kalau nak yg mahal mintak kat ayah jelah hihi..

Yg aku happy..Zikry dah pandai tengok jam tu..takdelah dia main lampu je. Aku tanyalah kul bape?..nanti dia akan bitau dgn melihat angka digital tu dlm bahasa inggeris sbb dia tak pandai sebut nombor dlm bahasa melayu..sabo jelah..alhamdulillah dia makin pandai..

Selasa, 2009 Oktober 20

Baru hehe..




Cepat aje aku membelinye..

Kekok sungguh rasa tanpa ada bekas air panas ni hehe..

Saje pilih warna yg ni..tak ler mudah nampak kotor..harga RM129.90

Isnin, 2009 Oktober 19

Buat Laporan Polis

Hari ni..gigi palsu mak dah siap..lawa sikit tengok muka dia dgn gigi baru hehe..

Lepas tu aku rasa masa ada byk dan aku teringatlah nak buat report polis tentang hal ejen yg masih tak hantar pembantu rumah tu dan si inur yg dah curi semua barang kemas mak.

Dari kul 6pm lebih sampai kul 7pm lebih baru siap. Lama tu sbb org datang silih berganti buat report..aku tetap jugak kat situ tak siap2 lagi..

Bila dah siap..larr..aku ingatkan ape..rupenya dia susah nak karang ayat. Dah sah BM dapat cukup makan je ni hehe..Kalau aku tau lagi awal..dah lama aku karangkan utk dia. Tak ler dia pening kepala macam pk masalah menteri nak reka ayat dlm laporan aku tu. Dah ler bahasa lintang pukang..perkataan pun tak betul ejaan..tapi aku biarkan jelah sbb ada yg salah eja je..takut aku tegur dia kecik ati lak hehe..Janji boleh faham dah ler..bukan nak masuk peksepun hehe..

Dia kata dia akan serahkan laporan aku pada pegawai penyiasat. Oklah tapi tak ler dia bitau bila dan aku anggap dia akan datang ke rumah baba dan mak esok hari.

Rupenya malam ni jugak. Aku dah ler baru balik..baru nak luruskan pinggang. Zarfan pun dah tido. Tetibe dia kata on the way ke rumah mak aku tu. Aduh..dah ler jauh nak datang dari rumah aku ni. Sabo jelah..

Nak tak nak..aku yg buat laporan jadi aku jugaklah yg kene datang. Terpaksa jugak..

Selesai keterangan yg dia ambil..dia cadangkan aku bertanya kat pejabat peguam kalau nak ganti rugi. Aduh..susahlah..belum tentu dapat duit kalau pakai peguam saman ejen tu. Duit peguam ntah ke mana..ganti rugi dari ejen ntah dapat ke tak...

Mmg takde kesudahannye pun..buat laporan polispun takat nak menyedapkan hati jelah. Yg hilang tetap hilang..org gaji tak muncul2 jugak..

Letih dah aku ni..esok ada temujanji dgn klinik mengandung..kali ni kene injit kancing gigi plak..aduh sakitnye..

Zarfan









Gambar semasa g hospital hantar mak dan baba untuk temujanji tu. Masa ni tengah tension cari parking yg dekat takde..yg jauh mungkin ada tapi tak kuasa nak menapak sbb tak larat.. 

Aku lebih rela duduk dlm kereta..pilih tempat redup dan bukak tingkap..tunggu telefon berbunyi je hehe..nasib baik baba pegi utk uruskan mak..kalau aku sorang..susahlah...

Tapi aku dapat jugak parking yg berdekatan. Alhamdulillah pasal masa tu ada org nak bagi parking kat aku tapi disbbkan kete byk, aku terpaksa blah sbb tak leh nak gostan hehe..bolehlah gune perkataan tu..tapi masa aku pusing tu ade plak parking yg betul2 depan pintu masuk huh..lega..

Maka dapatlah aku bawa mak jumpa doktor..kalau nak harapkan mak dgn baba..lain yg doktor bitau..lain yg dia paham..tapi kebetulan abang aku pun ade jugak..datang lepas dia balik keje..dia tolong tunggu utk dapatkan temujanji seterusnya dan amik ubat. Dapatlah aku balik awal amik Zikry yg aku tinggalkan rumah kawan dia..

Yg aku rasa nak marah tu. Temujanji mak kul 12pm rupenye..yelah aku terdatang awal. Dia suruh datang kul 12pm jugak..ok lagi..takpe aku g tempat lain dulu..g klinik buat gg palsu mak dan bawa dia makan. Punyelah leceh nak kuar masuk kosi roda dan mak. Pas tu kul 11.30am sampai sana..sampai kul 3.30pm baru panggil masuk jumpe doktor..tak ke sakit hati..

Rupenya temujanji mak dlm rekod kat hospital tertulis kul 3.30pm..tapi dlm kad temujanji mak tulis 12pm...ape punye bengonglah kan..yg nak menanggung sengsara ni..aku, mak dan baba..yg masing2 bukanlah sihat sgt nak tunggu lelama tu.

Camne pun keje ni semua amatlah memenatkan. Dah ler takde gaji. Apatah lagi dlm keadaan aku skrg ni. Aku tau diorg simpati tapi disebabkan diorg ade keje yg mmg tak boleh dielakkan..maka terpaksalah mengharapkan aku jugak. Ntahlah..aku nak kesiankan diorg ke..aku nak kesiankan diri aku..dah terbalik plak ye..

Temujanji yg seterusnya..lantak diorglah nak pk camne. Aku dah mengumumkan perletakan jawatan pengurus mak dan baba..pasal dah ada baby..tapi jawatan tu tetap available utk aku punye hehe..

Sebenarnya takde sape yg lebih byk meluangkan masa utk mak dan baba berbanding aku. Mak tu cakap je nak g mana..nak makan ape..katne..nak beli ape..semua yg aku mampu buat aku tunaikan. Sbb tak kuasa nak dengar dia sebut tiap2 hari..tapi fitrah manusia..mana ler penah puas..lepas satu..satu permintaan dia. Tak pernah selesai..lagi byk ditunaikan..lebih byk permintaan..

Tak di layan..lagi tambah masalah pada aku..sbb aku je yg terpaksa mendengar rintihan dia..lagipun bukannye dia takde duit..jadi tunaikan jelah..duit dia utk dialah..tak kisahlah dia nak buat apa..nak beli ape..janji dia bahagia..

Aku ingat lagi masa aku ke bandung dulu..dari sebelum aku pegi..aku lupe dia suruh belikan kopi radix..sampai lepas aku balik bandung..barulah aku belikan..punyelah lama masa tu..takde sapepun yg nak layan permintaan mak tu..melainkan aku je..tapi tak semua jugak..permintaan mak yg ratus2 ringgit kebykan abg aku yg carikan macam pengukur tekanan darah dan kencing manis..

Ataupun mak hanya selesa nak suruh itu ini kat aku je..sbb dia tau permintaan dia akan termakbul punye hehe..camne agaknye kalau aku keje jugak..aku rasa tetap aku jugak yg kene uruskan urusan mak dan baba tu..pasal aku anak dia hehe..berbanding anak lelaki..diorg suke suruh isteri diorg..manalah mak dan baba tu selesa..

Ahad, 2009 Oktober 18

Habis dah riwayatnye walaupun masih bernyawa..

Sekali tengok macam takde ape masalah..

Aku jaga dgn baik..lap dan nampak seperti baru walaupun dah 3 tahun..

Ini adalah hadiah perkahwinan..aku dapat 3 benda ni..sbb diorg tau aku suke jadi diorg bagi terbanyak plak hehe..tapi aku hanya pakai satu sbb satu lagi kat rumah mak aku masa aku duduk sana dulu..dah rosak jugak..yg lagi satu kat rumah mertua sbb aku berpantang kat sana..konon nak gune tapi diorg tak reti nak pakai..


Sebenarnya takde masalah apepun..lampu masih menyala..panas pun ok..semua masih berfungsi..

ni kat dlm..air dah buang..

Pada mulanye aku hairan..apsal ada butiran putih yg halus dlm tu..puas dah aku tukar air..tapi masih ada lagi..ingatkan masalah air..

tak puas hati aku bukak skru dlm tu..

nah kau..punyelah karat..sebenarnya yg ni gambar yg tak bape terkejut sbb masa aku terkejut tadi aku dah cuci bekas tu pakai air paip..geli pasal karat sgt..

ni ler punca butiran putih tu..plastik yg hampir mereput..itupun pasal aku dah tekan benda tu dan mmglah amat rapuh.. 

yg ni toksah citer..aku dah cuci ni..kalau tak keadaan dia lagi teruk..hishh..geli..aku dah byk minum plak air dlm bekas ni huhu..



Ada kebaikan ada keburukan gune benda ni..

Tapi aku amat suke bekas air panas ni..amat2lah suke..sbb memudahkan aku dan menjimatkan masa bila nak buat susu anak dan bila tetamu datang..terus je buat air tanpa perlu tunggu mendidih sambil terdengar bunyi hon keretapi tu..

Tapi maknanye kene kerap tukarlah..tak leh ler nak gune sampai 10 - 20 tahun..1-2tahun pun belum tentu benda tu elok..tapi apsal dia tak bitau tarikh luput penggunaan barang tu sebelum beli ek..hish..

Oleh itu setelah mendapat izin dari suami maka dapatlah aku beli yg baru huahuahua...

Sabtu, 2009 Oktober 17

Hmm...

Pada mulanya aku kecik ati ler jugak..

Dah sarat camni pun aku masih lagi uruskan hal temujanji mak kat hospital.

Hari tu takpelah pasal setakat amik darah je aku leh ler bawakan tapi kali ni aku minta tolong kat adik beradik aku bawa mak kat hospital sbb dia ada temujanji dgn doktor yg memerlukan masa yg lama utk menunggu.

Aku dah tak laratlah nak kejar si Zarfan yg asyik menghilangkan diri..dgn masalah parking yg takde dan kene parking jauh..dah ler tempat duduk susah nak dapat nanti. Dgn kene berdiri..aduh..aku seriklah. Kalau tak bawa perut ni takpelah jugak..aku boleh menapak sejauh mungkin dan dgn selamba duduk kat lantai tapi masalahnye dgn sakit pinggang ni hah..dgn budak dlm perut yg aktif bergerak..adakala mmg sakit kalau nak berjalan dan berdiri lama apatah lagi duduk atas lantai..

Bila tibe hari malam sebelum pergi..diorg telefon aku tanya yg aku boleh ke bawakan. Yelah..ape leh buat..terpaksalah kalau diorg semua ada hal yg tak boleh dielakkan. Salah aku jugak sbb tak bitau awal2..tapi kalau bitau awal nanti diorg lupe plak hmm..setakat bitau seminggu sebelum tu kira awallahkan..tapi abang aku datang awal pagilah utk bawakan sarapan dan siapkan apa yg patut sebelum aku bawa mak dan baba pegi hospital tu..kurang sikit beban aku sbb tak yah bawa sarapan dan mandikan mak sebelum pegi..

Aku terfikir jugak..sementara aku masih ada ni bolehlah. Kalau aku dah ada baby nanti maaflah ye pasal dah tentulah aku malas nak kuar rumah dah. Tapi mungkin lepas baby dah besar sikit mungkin aku terpaksa buat rutin harian tu semula bawa mak dan baba utk temujanji kat hospital tu. Tapi kalau aku mati? Agaknye barulah diorg pk betul2 camne nak uruskan mak dan baba tanpa adanye aku ni kan..

Ataupun aku cari kejelah lepas ni supaya aku juga punye alasan yg sama...hehe..

Ayah...izinkan mama keje hehe..

Jumaat, 2009 Oktober 16

Cermin mata

Kali ni nak cerita pasal cermin mata aku plak..

Sebenarnya cermin mata yg penah aku beli ada 5 pasang sebenarnya.

Pertama kali aku beli masa aku form6 pasal aku duduk paling belakang dalam makmal pasal kelas tak cukup. Masa tu aku dlm aliran sains yg aku paling tak suke tapi dapat pindahlah lepas tu kat aliran sastera. Kat depan semua budak cina..hampeh je.

Disebabkan aku tak nampak ape yg cikgu tulis dan selalu pinjam buku kawan utk tulis balik nota jadi aku terpaksalah buat cermin mata hehe..rabun jauh rupenye..tapi silau pun ye..Harga cermin mata tu RM300.

Yg kali kedua aku beli masa aku keje..pasal masa tu konon nak yg kanta berubah warna bila terkene matahari..RM300 jugak harga cermin mata tu. Byk gak jasa cermin mata tu. Kira aku bercinta dan bertunang dan berkahwin pun masih lagi pakai cermin mata tu hehe. Ntah mana aku simpan agaknye..

Pastuh..konon nak tukarlah pasal dah bosan plak. Kanta dia jadi kuning..tak cerah sbb asyik bertukar warna kot hehe..lagipun power aku makin bertambah.

Jadi aku belilah yg ni..klik on hehe..kira kalau panas aku kliklah cermin gelap tu..Harga RM240

Tapi ada tapi hehe...pasal berat sgt plak rasa bingkai dia. Aku tak selesa nak ngadap komputer lelama..pening kepala aku pasal tertekan kat batang hidung sampai berbekas..



Tak sampai 4 bulan aku tukar yg ni plak. Utk keselesaan aku mengadap komputer dan buat keje..tak ler asyik nak pegang je cermin mata tu pasal berat sgt..harga RM120


Pastu yg ni paling terbaru..sbb2 aku beli hehe..takde sbb yg pentinglah pasal dah gatal mata lak tengok harga dia..RM79 je. Gara2 nak cari cermin mata mak..aku plak terbeli cermin mata jugak hehe..



Jenis yg klip on jugak pastuh harga murah. Makin lama makin murahkan..hehe..lagipun aku suke berbingkai pasal leh tutup wajah sebenar aku..mmg pun pasal ramai yg tak kenal aku sejak aku pakai cermin mata ni hehe..

Tak puas hati aku beli cermin mata awal dulu pasal mahal giler..yelah mungkin pasal tak tau nak pilih lagi..dan cermin mata yg dlm gambar ni semua ada dlm beg hitam aku tu..standby kalau cermin mata yg biasa pakai tertinggal kat rumah hehe.. 

Lepas ni harap aku takdelah nak tukar lagi..tapi kalau pegi lagi kedai cermin mata mesti ade je yg aku berkenan nanti huhu..harap power tak bertambah supaya aku tak pegi lagi kedai cermin mata hehe..

Khamis, 2009 Oktober 15

Belajar ye..

Kerap plak cikgu suruh Zikry bawa balik buku utk siapkan keje sekolah yg tak habis dia buat kat sekolah tu. Main je lebih pasal tu tak siap keje..

Jadi aku ler nak siapkan dia kat rumah ni hehe..

Memula mcm2 alasan dia bagi..penatlah..letihlah..haus..

Yg paling aku panas hati dia leh cakap..buat keje sekolah siang hari..malam hanya utk tido..tapi bila aku suruh buat siang dia bagi alasan yg macam2 plak..

Jadi biasa aku dera dia habiskan keje sekolah ada sampai kul 1 pagi pasal dia mula lambat dan buat lembab sgt..

Tapi kali ni dia buat petang..itupun pasal aku kunci pintu bilik supaya dia tak leh bukak komputer hehe..

si adik pun sibuk nak buat keje jugak..



tengah perah otak..

ntah pebenda yg dia tulis pun tak tau ler..tapi dia banggalah pasal dapat tulis kat buku tu..

lebih bersemangat dari abang dia...

macam dah teror sgt..

keje sekolah abang dia..

buku byk sbb aku kuarkan semua buku sekolah yg lama utk dia ulangkaji..


Akhirnya siap jugak tapi yg aku tengok Zikry ni kalau bab mewarna palinglah dia malas. Hmm...macam aku jugaklah hehe..

Rabu, 2009 Oktober 14

Bertambah je..

Sebenarnya kat rumah ni bukan anak je yg bakal bertambah..tapi ada benda lain jugak yg bertambah2 hehe..

ni saje je nak tunjuk muka adik yg bakal jadi abang lak lepas ni..





inilah yg bertambah tu hehe..

untuk pengetahuan ayah..mama beli jugak kotak yg kecil tu sbb memudahkan anak2 duduk masa nak salin baju..

kura2 ni Zikry yg punye..

tambah lagi kusi besar ni utk letak barang..

inilah barangnye..

huggies penuh dlm tu..sbb mama nak masuk lagi huggies playtime tu jadi kene keluarkan semua huggies dlm polybeg utk dihantar redem hehe..


Untuk pengetahun kengkawan yg tak tau pebenda tu..sebenarnya itu adalah kotak penyimpan tapi boleh duduk atas kotak tu. Jadi disebabkan rumah aku takde perabot maka aku belikan kotak penyimpan tu supaya tetamu leh duduk disamping dlm kotak tu pelbagai barangan yg aku sumbatkan tanpa pengetahuan org yg duduk tu hehehe...

Jadi byk ler brg yg aku boleh sorokkan dlm kotak tu hihi..masalahnye makin byk beli makin byk plak nak disumbat..aduhh...

Selasa, 2009 Oktober 13

Gambar suka suke je..

Gambar ni lepas aku hantar mak dan baba balik rumah lepas Rumah Terbuka Jalan PRI 4 tu. Sbb tadi gambar aku takde huhu..nak jugak bergambar tu hehe..

Masa tu mmg tak sempat nak amik gambar sendiri pasal sibuk mengejar anak2 yg asyik terbang sana sini huh..penat sungguh..pinggang aku nak patah je rasanye..

Kandungan aku dah 7 bulan..lagi 2 bulan je lagi huhu..seremmm...

Yang pelik..berat aku tak naik sgt..bermula 68kg dari usia kandungan 4 bulan dan sehingga skrg baru 72kg..mungkin naik 2kg kot lepas aku belasah makan kat Rumah Terbuka tadi hehe..




besarkan perut hehe..



anak2 dah tukar baju tido sbb dah mandi dan ready nak tido..



tengah betulkan tangan Zarfan utk buat tumps up..



dah 3 tahun pun masih tak reti lagi huhu..

Zikry yg suke buat aksi pelik masa bergambar..











tengah ajar adik..

Zikry tension sbb susah nak bentukkan jari adik hehe..

susahnye..

bolehlah hehe..



merajuk sbb baru lepas kene marah dgn abang dia hehe..



bear beg aku hehe..

beg kesayangan aku skrg..mcm poket doraemon..semua ada..



sebenarnya nak tunjuk tudung baru ala siti hehe..


Semoga terubat rindu ayah kat kitorg di sini..

Isnin, 2009 Oktober 12

Rumah Terbuka Jalan PRI 4

Main bunga api..



sibuk nak bawa jugak basikal tu..rumah tepi kat hujung..ada karaoke tu hehe..

kakak dan mak aku..diimport hehe..

baba aku dan sebahagian tetamu lelaki

ni tetamu perempuan..ada lagi kat hujung tu..ramai tapi gelap..

ni khemah makanan..punye byk..

ni ler penganjur..dia tinggal rumah tepi jugak dan ada kebun kecil kat belakang khemah tu..

ni baca doa..

ni Pengerusi Taman PRI ni..yg mmg tinggal dilorong yg sama cuma dia terkejutlah sbb sepatutnya persatuan penduduk yg buat aktiviti camni tapi ni melibatkan lorong je..alah..utk suke2 je..



Rumah Terbuka ni hanya utk Jalan 4 je hehe..

Tak tau ler kalau lorong lain ade buat jugak tapi aku rasa kat taman aku duduk ni..lorong ni je yg buat hehe..

Kebetulan lorong ni yg terdiri semua melayu dan ade plak org yg rajin nak jadi penganjur maka jadilah Rumah Terbuka Jalan PRI 4 ni.

Dia tak minta sumbangan duit..hanya minta sumbangan berupa makanan atau peralatan utk Rumah Terbuka tersebut. Buat pun kat hujung lorong..sekat jalan sikitlah hehe..

Khemah hanya utk makanan je dan kitorg makan duduk atas kerusi ataupun kat jalan sbb ada bentang tikar..mmg santai dan sempoi tapi yg penting happy..siap ada karaoke lagi..

Aku bersyukur tinggal dikejiranan ni sbb semua beri kerjasama yg best dan meriah walaupun tak ler mewah sgt..tapi seronoklah dapat jumpe jiran yg selama ni kita tak pernah jumpe pun walau tinggal selorong hehe..

Harap tiap2 tahun dapatlah buat camnie..

Anak2 aku ler yg bebas mcm burung..yelah dapat bermain dgn anak jiran yg lain..siap bawak basikal lagi plak tu hehe..

Gambar kebanyakkan gelap sbb pencahayaan kureng sikit..yelah budget sendiri2 je..itupun ada org sumbangkan..syukur alhamdulillah...

Aku bawa nasi himpit dan sambal ikan parang je..fuhh..makanan takyah citer byklah sbb mmg byk pun..tak termakan semua..ada satay, rendang, nasi lemak, roti jala, cendol, kuih, buah ahhh...nak senaraikan pun tak terlarat..yg penting..semua best..

Aku siap bawa mak dan baba lagi join hehe sbb segan nak pegi sendiri. Kebetulan plak kakak aku datang so ramailah..dan lagilah aku tak segan hehe..

Tapi keesokan harinye..pinggang aku cam patah je rasanya sbb terlalu letih dan kenyang kot hehe..

Ahad, 2009 Oktober 11

Tabahlah ayah..

Mendengar luahan ayah di sini buat hati aku amatlah sayu..

Aku faham sebagai seorg suami yg mementingkan kebahagiaan keluarga..tentulah amat perit bila sentiasa perlu berpisah..

Apatah lagi dgn anak yg sentiasa bijak bertanyakan perkara yg adakala menyentuh perasaan dan sukar utk dijawab..

Rindunya anak pada ayah dia..rindu lagi aku pada suami aku sendiri..terutama di saat sebegini yg amat memerlukan perhatian dan belaian mesra disamping menanti kehadiran insan baru dlm keluarga kitorg ni..

Aku mmg sentiasa akan sokong suami aku walauapapun yg akan dilakukan. Kalau ditakdirkan kita tak semewah dulu sekalipun tak kisahlah asalkan dapat bersama mengharungi kehidupan yg serba mencabar ni..

Mmglah pada mulanya aku sukar nak menerima perpisahan ni..tapi lama kelamaan ia akan jadi biasa tapi persoalan yg samalah jugak..sampai bila? setahun..dua tahun..sebulan pun sudah cukup lama pada aku..

Kenkadang aku sampai rasa syarikat tempat suami aku bekerja tu mcm dengki je kat keluarga kitorg..yelah..syarikat tu dulukan bekas tempat keje aku jugak..jadi aku rasa ada org yg hasut bos besar kat sana supaya pisahkan kitorg sekeluarga sbb dah mcm takde org lain ler plak yg nak dihantar kat sana selain daripada suami aku..padahal ada org yg sama layak jugak tapi saje je cam nak dengki..agaklah..sbb aku berhenti keje pun ada sbb tak puas hati dgn pihak pengurusan kat sana..

Ntahlah..aku kesian kat suami yg bukan je berjauhan dgn keluarga tapi dgn takde saudara mara pun kat sana..aku walaupun kat sini bersendirian tapi aku ada saudara mara terdekat utk hilangkan bosan..dan meminta pertolongan..

Ayah..mama harap ayah tabah dan kuat hadapi apa pun dugaan dari Allah ni. Buatlah istikharah utk tetapkan apapun keputusan yg bakal ayah buat. Mama sentiasa doakan ayah sihat kat sana..mama paling risau kalau ayah sakit sbb takde sape yg nak jaga ayah..love u ayah..

Naik bot






Lepas je survey rak pinggan tapi tak beli sbb tak berkenan..

Aku pun bawa kakak jenjalan sekitar bandar Melaka diwaktu malam ni.

Yelah..bila lagi masanye sbb anak2 dia pun takde masa nak bawa jenjalan sbb sibuk belajar dan baru bekerja..

Tempat yg aku pegi adalah Taman Rempah.

Kat situ boleh naik bot dan mengelilingi sungai Melaka tu sampai ke Banda Hilir. Dewasa RM10 dan kanak2 RM5.

Lama ler jugak dok dlm bot tu sbb pemandu pelancong tu mmg terangkan habis2 pasal keadaan sekeliling kawasan yg dilalui..oklah takdelah mcm ada bot tu laju bebeno dan mcm tak mesra pelancong je..

Si Zikry paling happy sbb dia dah paham..Zarfan hmm..dia tetap camtu..takde beza apepun sbb mmg sentiasa happy sampai tak hingat diri..

Malam tu berjalan sampai pagi..kul 1 pagi sampai rumah camtulah..hehe..takpe sekali sekala kan kak hehe..

Gambar tak byk dapat diambil sbb gelap je..yg best kene naik sendiri bot tu dan saksikan waktu malam sepanjang laluan sungai tu..mmg menakjubkan..dasyat dah pelancongan kat Melaka ni..dah mcm2 ade cume aku je cam ketinggalan tak tau hehe..

Sabtu, 2009 Oktober 10

Cabutan Bertuah..Anak Bertuah..

9 Oktober 2009..

Seperti yg aku bitau yg aku akan amik hamper daripada cabutan bertuah yg aku dapat kat Pasaraya Mydin.

Aku pun pegilah dgn hati membunga..yelah pestaim dapat hadiah gitu..naik pentas lagi hah hehe..

Aku rupanya yg awal sampai..punyelah berkobar2 tu. Tapi kakak aku ada sekali sbb dia nak survey rak pinggan dgn aku. Tapi tak dapat cari sbb aku tunggu kat bawahlah depan pentas.

Aku tengok jam dah lebih daripada kul 8 malam..aku tanyalah budak tu kul bape nak start ni..aku ada byk hal ni sbb nak survey kat byk pasaraya lain utk rak pinggan tu.

Budak tu cakap kul 8.30malam. Aku dah mula bengang..

Zikry buat hal..angin dia tak elok jadi ape je yg dia buat jadi tak kene dan asyik nak nangis je..Zarfan pulak tak boleh nak duduk diam..asyik lari sana sini..jauh plak tu dan org makin ramai..jadi sukar nak cari dia celah org ramai tu..dah ler kalau lepas je tempat duduk tu org lain akan amik..nanti aku nak duduk mana? takkan nak bersila atas lantai lak..

Jadi angin aku pun jadilah tak baik jugak..muka aku pun dah mula masam mencuka sbb sakit hati dgn anak2 dan aku kene tunggu dan duduk kat situ tanpa buat ape..bosannye..

Nak dekat kul 9malam barulah bagi hadiah tu..itupun setelah aku tengok tarian india yg terkinja2 tu haduhh...dgn muzik yg bingit..kuat..pening kepala aku..rasa nak lari je masa tu..tapi hadiah tu tak amik lagi jadi terpaksa tunggu dlm tak sabar ni..

Rupenye hadiah tu ada saguhati..tempat 1 - 3..aku tunggulah apsal dia tak panggil2 nama aku ni..hishh..rasa nak ngamuk lagi ni..

Masa Zikry sibuk nak cari makanan..nama aku dipanggil. Menang tempat kedua rupenye so hamper tu besar ler sikit dan berat..org Mydin je amik gambar utk tujuan promosi tu.

Kakak aku tak sempatlah amik gambar aku kat pentas tu pasal layan Zikry yg sibuk nak kaya ball huh..sakit hati aku tapi ape leh buat..

Apepun nasib baiklah dapat tempat kedua...kira berbaloi gak hamper yg aku dapat dgn pembelian yg aku buat dan masa aku yg terbuang tu..

Lepas je dapat hamper tu..terus aku mintak troli dan blah dari situ..rimas aku ramai2 dan bingit2 camtu..sbb akan buat aku lagi moody..itupun dan bape kali tangan aku mengetip Zikry dan Zarfan suruh diam dan berperangai elok...

Menyampah plak dgn keadaan anak2 yg tak reti bahasa ni..bosan sgt..itulah masalahnye aku tak suke menunggu lelama..sbb anak2 aku takkan boleh duduk diam..ade je hal yg akan diorg buat yg pasti semua hal tu mmg sangat menyakitkan hati aku..

Secara keseluruhannye..oklah..cuma kalau aku tak perlu menunggu lama mungkin lebih elok..sbb aku rasa masa tu amatlah berharga..





tu ler hampernyer..yg tinggi tu aku punye..aku pun heran apsal yg dapat no. 1 tu hamper dia rendah tapi gemuklah hehe..

muka dah mula bengang..

ni amik kat rumah plak..Zarfan dah sibuk suruh bukak..jadi sebelum dilapah..aku terpaksa amik gambar malam tu jugak..







inilah hadiahnye..aku dah kata mesti dapat ketupat tu jugak..yg dlm kotak tu pun tak habis pakai lagi huhu..

Alhamdulillah...

Khamis, 2009 Oktober 08

Nak raya ke nak duit je?

Mmg tetiap tahun sejak aku dok kat rumah aku ni setiap hari raya mmg aku terima je tetamu2 kecil ni..

Kalau setakat sekitar taman ni oklah tapi adekala sampai taman sebelah yg mmg jauh ler kalau takat nak jalan kaki..tapi agaknye demi duit, bebudak ni sanggup berjalan jauh.

Cuma tahun ni aku rasa cam tak kuasa lak nak layan..

Setakat baru seminggu dua hari raya tu takpelah jugak boleh aku terima. Tapi sampai ke hari ni hah masih ade..

Plak tu yg datang org yg sama sampai dua tiga kali..ape ke jadahnye..

Bila aku cakap..wei ko kan dah datang hari tu..tapi tak plak dia mengaku hmm..takpelah..mungkin dia lupe penah datang rumah aku tapi aku tak penah lupe dia yg penah datang rumah aku ni hehe..

Yg peliknye lagi..kat rumah org lain yg berdekatan dgn aku takde plak dia nak datang..asyik2 rumah aku je..eh melampau plak rasanye ye..

Tadi tu aku biarkan je diorg beri salam..jawab dalam hati jelah..utk terima masuk..minta maaf pasal aku tengah sakit pinggang..susah nak bangun..lagipun budak yg sama jugak..malas nak layan..

Yg kantoinye anak2 aku ler tadi pasal aku bukak pintu jadi diorg dengar org beri salam terus nak amik kunci rumah bukak pintu..aku marahlah..cakap dgn budak2 tu mama tido..

Tapi mama tak tido kan kata Zikry..hishhh...sabo jelah...

Yg buat aku rasa tak bestnye budak2 nak datang beraya kat rumah ni..habis satu rumah dia rayau..masuk bilik lagi pasal Zikry tunjukkan game dan komputer ni..dan ada yg mata dia melilau kat sekeliling rumah..

Kalau sedara mara tu takpelah jugak ko nak masuk sampai bilik tapi ko tu sape..aku tak kenal pun..kalau hilang ape2 pun kat rumah ni camne aku nak cari diorg sbb tak tau pun rumah diorg katne..bukan tak penah kes barang hilang musim perayaan ni kan..leka kejap je..habis dia sapu..

Nak salahkan mak bapak diorg pun..tak bleh jugak sbb bukannye mak bapak diorg tau pun anak2 dia beraya sampai kat rumah kita ni hah..macam mintak sedekah plak datang dari jauh nak beraya..tapi ade niat lain tu tak tau ler kan..

Aku ni dah malas nak buat baik sangat sbb org selalu pijak kepala aku bila aku buat baik kat org..sebelum ape2 terjadi lebih baiklah aku buat diamkan diri je..lantaklah..org lain kat taman ni semua tak terima tetamu kecil ni..aku je cam terhegeh2 terima..kesian..

Rabu, 2009 Oktober 07

Cabutan Bertuah

Wah..rasanye macam pestaim je dapat cabutan bertuah ni.
Tapi mmg betul sbb aku ni bukanlah selalu bertuah..terutama tang cabutan bertuah ni..
Rezeki anak ketiga ni agaknye..

Tadi baru dapat call dari Pasaraya Mydin, yg aku antara yg bertuah terpilih daripada cabutan bertuah tu utk menerima hadiah hamper..

Itu semua pasal aku beli sekotak nasi himpit nona masa raya hari tu..tak sangka lak dapat hehe..

So hari Jumaat kul 8 malam nanti aku akan amik hamper tu kat pentas cehh...glamer ler konon hehe..

Harap dapatlah hamper besar ker..cehh..berangan ler plak hehe..ntah2 nasi himpit jugak aku dapat..yg ada kat kotak tu pun tak habis pakai lagi huaaa....

Aku rasa anak ketiga aku ni mmg bertuahlah..kalau aku mmg tak bertuahlah hehe..sbb sepanjang aku hidup aku tak penah dapat cabutan bertuah melainkan cabutan bertuah tu semua org mmg dapat hehe.. disebabkan aku bawa dia jadi segala dlm hidup aku bertuah je..alhamdulillah..dah byk dah hadiah aku dapat sejak mengandungkan dia ni..tapi tak kurang juga cabaran masa mengandung kali ni...sbb aku tak pernah sekuat ni masa mengandung..leh jaga mak dan baba yg sakit lagi..hmm...kuasa Allah semua ni kan..

Beraya di kampung













Suasana meriah masa beraya kat kampung saudara mara suami. Kat kampung aku tak sempat pasal sesak..ramai org..pastuh bawa mak lagi..so terlupe nak kuarkan kamera hehe..

Ini ntah rumah ke berapa..tak hingat dah pasal byk..muke pun dah comot..anak2pun tak nak pakai songkok dah..panas..letih pun ye..kesian sbb konon nak tido dlm kete tapi baru terlelap dah kene kuar hahaha...biasalah..

Selasa, 2009 Oktober 06

Pagi Raya di Rumah









Kat rumah aku yg simple je..tak siap pun letak kuih raya dlm bekas kuih tupperware aku tu...tak sempat nak keluarkan bekas sbb byk lagi ruang utk dikemas kat rumah..tak sempat langsung sbb waktu siang nak masak lauk raya dgn pagi2 takde air pastuh nak kemas rumah mak..rumah sendiri plak terbengkalai..

Penat tu Allah je yg tahu..dlm keadaan aku yg memboyot..kene cuci lantai luar..mop lantai dlm dan kemas bilik..tukar cadar..kemas ruang tamu..pagi tu aku tak leh berdiri sbb sakit pinggang..so berjalan dah macam org dlm pantang huhu..seksa..

Apepun aku puas hati sbb aku berjaya buat hanya dlm 1 malam hehe..itupun lepas kul 10 malam sbb sebelum tu ngemas rumah mak dulu..so tido kul 3 pagi..

Isnin, 2009 Oktober 05

TV kecik hehe..




Ini semua gara2 aku tak nak diorg kacau aku tengok tv kat luar..pasal aku nak tengok cerita yg best2 hari raya ni..

Tetibe je dapat idea utk korbankan laptop aku utk diletak dlm bilik diorg..diorg tu tengah tengok cerita Upin Ipin..byk lagi dvd kartun..so malam2 diorg tengok dvd jelah hehe..aku suke muahahahhaa...

Ops..abaikanlah bilik yg serupa stor tu ye hehe..nasib baik ayah dah belikan kipas..so budak2 leh lepak dlm bilik tu lelama..

Ahad, 2009 Oktober 04

Balik Kampung Oooo...

Hari Raya Pertama..

Dlm perjalanan balik ke kampung aku..pastuh kampung hubby plak..senangkan kawin dekat2 ni hehe..

Gambar beraya kat rumah kat kamera lain..nantilah upload hehe..









Sabtu, 2009 Oktober 03

Potong Rambut

Betapa aku tunggu saat ni utk tengok rambut dia togel sebegitu rupe hehe..

Itupun secara kebetulan sebelum raya hari tu..petang yg kebetulan suami berbuka diluar dan aku dapatlah ronda sana sini tak kejar masa sbb leh beli je hehe..

Tetibe aku cabar dia nak potong rambut dia..sekali dia cam sahut cabaran aku so ape lagi..aku pun terus g kat kedai gunting rambut yg berdekatan dgn rumah aku dan terus tarik tangan dia masuk dlm kedai..

Mulanya dia tak nak dan menangis tapi ntah tetibe aku dah nekad dan terus dokong dia letak kat kerusi tu..meronta pun merontalah aku menyampah sgt dah tengok rambut dia yg kusut masai tu..

Mmg tak dapat amik gambar sbb tangan aku hanya pegang tangan dia..dia tak kasi lepas..takpelah asalkan dia diam..tapi aku gelaklah sepanjang urusan potong rambut dia tu..lawak plak tengok keadaan dia yg dah togel tu hehe..

Aku ni puaslah janjikan macam2 kat dia supaya dia tenang..at last dia nak aiskrim je..bolehlah..









Jumaat, 2009 Oktober 02

BM-BI

Dlm perjalanan pulang dari kampung aku...dlm kereta..

Zikry : Mama..School tu dlm bahasa inggeris kan..Sekolah tu bahasa melayu kan..

Aku : hmm...betullah tu..kalau teacher?

Zikry : Teacher?..

Aku : Teacher bahasa inggeris..Cikgu bahasa melayu..

Zikry : Oo..kalau cicak mama?

Aku : Cicak bahasa melayu..dlm bahasa inggeris lizard

Zikry : Kalau Cicakman?

Aku : Errr...bahasa melayu kot hehe..

Khamis, 2009 Oktober 01

Lamanyer..

Inipun kebetulan si Zikry bukak komputer..aku tumpang sekaki ler utk update..

Lama dah tak jengah..hari tu sibuk nak raya dan beraya..

Yg ni plak dah sibuk buat aktiviti biasa..dan keadaan tetamu yg datang adakala tak dijangka..

Aku rasa masa yg ada utk aku tido je..letih sungguh..

Masa ada suami di sisi pun letih...takde pun letih huhu..ape citer ni hehe...

Rindunye kat suami..takde lah sape2 nak cium pipi ni lagi sebelum tido huhu..anak2 jelah hehe..

Keadaan kandungan yg semakin membesar ni amatlah terasa seksanye sekarang. Nak tido pun susah ape lagi nak buat aktiviti harian. Bukan sakit perut tapi sakit pinggang..mungkin tulang pinggul dah terbuka jadi sakit bertambah2 ler..

Seperti biasa yg aku dah agak org yg tengok perut aku mesti cakap aku dah cukup bulan..nak tunggu hari bersalin kononnye padahal lama lagi hehe..bulan doblas nanti..

Letihlah...nak rehat lagi..hehe..gambar pun tak upload lagi..punyelah malas aduuhhh..

 
Design by Amanda @ BloggerBuster