Hari ni..gigi palsu mak dah siap..lawa sikit tengok muka dia dgn gigi baru hehe..
Lepas tu aku rasa masa ada byk dan aku teringatlah nak buat report polis tentang hal ejen yg masih tak hantar pembantu rumah tu dan si inur yg dah curi semua barang kemas mak.
Dari kul 6pm lebih sampai kul 7pm lebih baru siap. Lama tu sbb org datang silih berganti buat report..aku tetap jugak kat situ tak siap2 lagi..
Bila dah siap..larr..aku ingatkan ape..rupenya dia susah nak karang ayat. Dah sah BM dapat cukup makan je ni hehe..Kalau aku tau lagi awal..dah lama aku karangkan utk dia. Tak ler dia pening kepala macam pk masalah menteri nak reka ayat dlm laporan aku tu. Dah ler bahasa lintang pukang..perkataan pun tak betul ejaan..tapi aku biarkan jelah sbb ada yg salah eja je..takut aku tegur dia kecik ati lak hehe..Janji boleh faham dah ler..bukan nak masuk peksepun hehe..
Dia kata dia akan serahkan laporan aku pada pegawai penyiasat. Oklah tapi tak ler dia bitau bila dan aku anggap dia akan datang ke rumah baba dan mak esok hari.
Rupenya malam ni jugak. Aku dah ler baru balik..baru nak luruskan pinggang. Zarfan pun dah tido. Tetibe dia kata on the way ke rumah mak aku tu. Aduh..dah ler jauh nak datang dari rumah aku ni. Sabo jelah..
Nak tak nak..aku yg buat laporan jadi aku jugaklah yg kene datang. Terpaksa jugak..
Selesai keterangan yg dia ambil..dia cadangkan aku bertanya kat pejabat peguam kalau nak ganti rugi. Aduh..susahlah..belum tentu dapat duit kalau pakai peguam saman ejen tu. Duit peguam ntah ke mana..ganti rugi dari ejen ntah dapat ke tak...
Mmg takde kesudahannye pun..buat laporan polispun takat nak menyedapkan hati jelah. Yg hilang tetap hilang..org gaji tak muncul2 jugak..
Letih dah aku ni..esok ada temujanji dgn klinik mengandung..kali ni kene injit kancing gigi plak..aduh sakitnye..
Isnin, 19 Oktober 2009
Buat Laporan Polis
hasil semaian ♥nrina♥ di 10:58:00 PTG
Label: Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 bunga tulip:
Tu laa... dari awal lagi kak tie tak sedap hati pasal bibik ni. Kena tipu juga, akhirnya. Eloklah Nrina saman egen tu. Ramai yang kena ni, bukan nrina sorang.. kak tie pasti.
Risau gak, adik kak tie pun dah bayar deposit RM4000, tengah tunggu bibik la tu. Kak tie bukan main pesan lagi. Terpaksa ambil bibik sebab nak jaga Damia tu...
Tapi ikut nasib jugak kak tie..tak semua org akan alami nasib yg sama..kira dlm 10 tu cume 2 je yg ok hehe..
Dah terdesak sgt terpaksa jugak amik..harap2 adik kak tie tak terima nasib yg sama mcm saya..ditipu ejen yg tabur janji setinggi langit tapi muke menyodok kat rumput..
Catat Ulasan