Khamis, 22 Oktober 2009

Primax 95




Introducing PETRONAS PRIMAX 95*, our new fuel that promises a rewarding driving experience. PETRONAS PRIMAX 95 is developed to satisfy the demand for better fuel economy and efficiency. So, whether it’s stop-and-go city driving or more exhilarating dashes up and down highways, PETRONAS PRIMAX 95 won’t disappoint.



PETRONAS PRIMAX 95 has been formulated with advanced additives for greater performance. A Friction Modifier protects engine components, while a Combustion Improver enhances overall engine efficiency. Detergents are also added to the fuel to clean and prevent the build-up of deposits that degrade engine performance. PETRONAS PRIMAX 95 is also friendlier to the environment, as it meets Euro 2-M Petrol Standards.

Now PETRONAS Primax 95 is available nationwide.

Memperkenalkan PETRONAS PRIMAX 95, petrol terbaru yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang cukup bermakna apabila menggunakannya. PETRONAS PRIMAX 95 direka untuk memberikan kepuasan bagi penjimatan petrol dan prestasi yang efisien. Jadi, sama ada anda memandu dalam kesibukan bandar atau lebuhraya, PETRONAS PRIMAX 95 tidak akan mengecewakan anda.

Prestasi Enjin yang Optimum

PETRONAS PRIMAX 95 telah dirumus dengan bahan tambahan termaju untuk memberikan prestasi yang lebih baik. Bahan pengurang geseran (Friction Modifier) berfungsi melindungi komponen enjin, sementara bahan peningkatan pembakaran (Combustion Improver) bertindak meningkatkan lagi prestasi enjin secara keseluruhan. Malah ‘bahan cuci’ juga ditambah di dalam petrol untuk membersih dan mencegah daripada terbentuknya mendapan yang boleh menjejaskan prestasi enjin. PETRONAS PRIMAX 95 telah menepati piawaian petrol Euro 2-M, menjadikannya bahan bakar yang bersih dan lebih mesra terhadap pengguna dan alam sekitar.

Beralih kepada Petrol RON 95Q. Apakah itu RON?
A. RON adalah singkatan untuk “Research Octane Number”. Iaitu kadar menyukat ketahanan terhadap kualiti “ketukan” atau rintangan untuk pra-nyalaan atau ledakan yang berlaku dalam kebuk pembakaran.

Q. Apakah itu “Ketukan enjin”?
A. “Ketukan” adalah pembakaran luar biasa yang berlaku apabila petrol terbakar secara tidak matang sebelum pencucuhan. Ketukan yang berpanjangan dan berat akan merosakkan enjin. Ia juga menunjukkan keperluan untuk petrol beroktana tinggi.

Q. Adakah RON 95 sesuai untuk kereta saya?
A. Kebanyakan kenderaan berpetrol boleh menggunakan petrol RON 95. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda merujuk kepada manual kereta anda atau melihat di belakang penutup tangki petrol anda untuk tahap oktana yang disarankan. Anda juga boleh memeriksanya dengan pengeluar kereta anda atau pengedar kenderaan yang sah.

Q. Apakah RON minimum untuk kereta saya?
A. Pengeluar kenderaan anda perlu memastikan tahap oktana minimum yang disarankan. Maklumat ini biasanya terdapat di dalam manual kereta anda atau di belakang penutup tangki petrol kereta anda.

Q. Bolehkah saya mencampurkan petrol beroktana yang berlainan gred?
A. Boleh. Namun begitu, anda perlu memastikan sama ada petrol tersebut memenuhi atau melebihi RON minimum yang diperlukan oleh enjin kereta anda.

Q. Adakah petrol beroktana tinggi meningkatkan prestasi kereta saya?
A. Jika anda telah menggunakan petrol beroktana yang disarankan, kuasa kereta anda tidak akan meningkat hasil penggunaan petrol beroktana tinggi.

Q. Adakah petrol beroktana rendah meningkatkan penghausan enjin?
A. Tidak, jika petrol beroktana yang digunakan bersesuaian dengan enjin.

Q. Apakah yang membezakan petrol PETRONAS PRIMAX 95 dengan PETRONAS PRIMAX 3?
A. PETRONAS PRIMAX 3 adalah gred premium bagi gasolin tanpa plumbum yang mempunyai kadar oktana 97. PETRONAS PRIMAX 95 baru kami membawa RON 95 sebagai pilihan petrol yang memenuhi kehendak penjimatan dan kecekapan petrol.


Aku tak tahulah sejauh mana kebenaran yg diberitahu..

Yang aku tahu..sejak aku gunekan minyak ni..makin kerap aku kene tuang minyak. Kalau dulu seminggu lebih RM50 aku kene tuang tapi skrg tak sampai seminggu aku terpaksa tuang minyak..

Rasanye penggunaan yg sama je. Dulu lagi teruk pasal mak masuk hospitallah..kene kerap keluar hantar baba cuci kaki setiap hari..tapi skrg ni tak ler camtu. Cuma ulang alik ke rumah dia je dan sekali sekala g hospital utk temujanji.

Apa pendapat korang..terasa tak pasal minyak ni cepat membakar..dan cepat habis..

Tensionlah pasal sebulan kene habiskan RM200++ hanya utk minyak kete je. Aku ni dah ler tak bekerja..aduhh..parah sungguh..habis elaun aku bulan ni..kering kontang dibuatnye..dah sampai tahap negatif dah..

Aku ni mmg tak teror sgt pasal minyak pebenda ni. Suami aku cakap gune RON97 tapi kat Petronas takde minyak RON97 pun..yg ada Primax3 dan Dynamic Diesel itu je. Tak tau ler plak kalau Shell atau stesen minyak lain ade gune. Yg aku tau..minyak tu yg paling murah RM1.8 per liter dan tak tau ler kalau minyak tu tak sesuai dgn kete Wira Aeroback aku yg manja tu hehe..kuat telan minyak cam aku jugak..kuat telan duit belanja hehe..

3 bunga tulip:

AhboNd 2020 berkata...

Salam Mama,
Mama guna jer RON95 nie..sebab dia murah dan kalau mama guna RON97 dia mahal..beza dekat 30sen juga...

Ayah bukan suruh pakai Ron97..ayah suruh pakai ron 95...Mama silap dengar tak...

Maka kurangkan perjalanan anda..hahahha. Semoga Mama menjaga kesihatan mama dan budak2. Bye n salam
I love u

julietchun berkata...

Ron97 RM2.20 seliter kalo tak silap. Kat Esso & Shell ada RON95 & 97. Aku guna mana yg murah jek,hihihih.

♥nrina♥ berkata...

ayah:
ha'ah mama silap baca sms tu..bila baca balik baru perasan hehe..
mama mmg kurangkan aktiviti keluar skrg..kira dlm seminggu tu 3-4kali je..cuma kalau terpaksa tu keluar jugak..

julietchun:
itulah..tapi kat petronas jual kebykan yg murah tu.

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster