Ahad, 11 Oktober 2009

Tabahlah ayah..

Mendengar luahan ayah di sini buat hati aku amatlah sayu..

Aku faham sebagai seorg suami yg mementingkan kebahagiaan keluarga..tentulah amat perit bila sentiasa perlu berpisah..

Apatah lagi dgn anak yg sentiasa bijak bertanyakan perkara yg adakala menyentuh perasaan dan sukar utk dijawab..

Rindunya anak pada ayah dia..rindu lagi aku pada suami aku sendiri..terutama di saat sebegini yg amat memerlukan perhatian dan belaian mesra disamping menanti kehadiran insan baru dlm keluarga kitorg ni..

Aku mmg sentiasa akan sokong suami aku walauapapun yg akan dilakukan. Kalau ditakdirkan kita tak semewah dulu sekalipun tak kisahlah asalkan dapat bersama mengharungi kehidupan yg serba mencabar ni..

Mmglah pada mulanya aku sukar nak menerima perpisahan ni..tapi lama kelamaan ia akan jadi biasa tapi persoalan yg samalah jugak..sampai bila? setahun..dua tahun..sebulan pun sudah cukup lama pada aku..

Kenkadang aku sampai rasa syarikat tempat suami aku bekerja tu mcm dengki je kat keluarga kitorg..yelah..syarikat tu dulukan bekas tempat keje aku jugak..jadi aku rasa ada org yg hasut bos besar kat sana supaya pisahkan kitorg sekeluarga sbb dah mcm takde org lain ler plak yg nak dihantar kat sana selain daripada suami aku..padahal ada org yg sama layak jugak tapi saje je cam nak dengki..agaklah..sbb aku berhenti keje pun ada sbb tak puas hati dgn pihak pengurusan kat sana..

Ntahlah..aku kesian kat suami yg bukan je berjauhan dgn keluarga tapi dgn takde saudara mara pun kat sana..aku walaupun kat sini bersendirian tapi aku ada saudara mara terdekat utk hilangkan bosan..dan meminta pertolongan..

Ayah..mama harap ayah tabah dan kuat hadapi apa pun dugaan dari Allah ni. Buatlah istikharah utk tetapkan apapun keputusan yg bakal ayah buat. Mama sentiasa doakan ayah sihat kat sana..mama paling risau kalau ayah sakit sbb takde sape yg nak jaga ayah..love u ayah..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster