Main bunga api..
sibuk nak bawa jugak basikal tu..rumah tepi kat hujung..ada karaoke tu hehe..
kakak dan mak aku..diimport hehe..
baba aku dan sebahagian tetamu lelaki
ni tetamu perempuan..ada lagi kat hujung tu..ramai tapi gelap..
ni khemah makanan..punye byk..
ni ler penganjur..dia tinggal rumah tepi jugak dan ada kebun kecil kat belakang khemah tu..
ni baca doa..
ni Pengerusi Taman PRI ni..yg mmg tinggal dilorong yg sama cuma dia terkejutlah sbb sepatutnya persatuan penduduk yg buat aktiviti camni tapi ni melibatkan lorong je..alah..utk suke2 je..
Rumah Terbuka ni hanya utk Jalan 4 je hehe..
Tak tau ler kalau lorong lain ade buat jugak tapi aku rasa kat taman aku duduk ni..lorong ni je yg buat hehe..
Kebetulan lorong ni yg terdiri semua melayu dan ade plak org yg rajin nak jadi penganjur maka jadilah Rumah Terbuka Jalan PRI 4 ni.
Dia tak minta sumbangan duit..hanya minta sumbangan berupa makanan atau peralatan utk Rumah Terbuka tersebut. Buat pun kat hujung lorong..sekat jalan sikitlah hehe..
Khemah hanya utk makanan je dan kitorg makan duduk atas kerusi ataupun kat jalan sbb ada bentang tikar..mmg santai dan sempoi tapi yg penting happy..siap ada karaoke lagi..
Aku bersyukur tinggal dikejiranan ni sbb semua beri kerjasama yg best dan meriah walaupun tak ler mewah sgt..tapi seronoklah dapat jumpe jiran yg selama ni kita tak pernah jumpe pun walau tinggal selorong hehe..
Harap tiap2 tahun dapatlah buat camnie..
Anak2 aku ler yg bebas mcm burung..yelah dapat bermain dgn anak jiran yg lain..siap bawak basikal lagi plak tu hehe..
Gambar kebanyakkan gelap sbb pencahayaan kureng sikit..yelah budget sendiri2 je..itupun ada org sumbangkan..syukur alhamdulillah...
Aku bawa nasi himpit dan sambal ikan parang je..fuhh..makanan takyah citer byklah sbb mmg byk pun..tak termakan semua..ada satay, rendang, nasi lemak, roti jala, cendol, kuih, buah ahhh...nak senaraikan pun tak terlarat..yg penting..semua best..
Aku siap bawa mak dan baba lagi join hehe sbb segan nak pegi sendiri. Kebetulan plak kakak aku datang so ramailah..dan lagilah aku tak segan hehe..
Tapi keesokan harinye..pinggang aku cam patah je rasanya sbb terlalu letih dan kenyang kot hehe..
Isnin, 12 Oktober 2009
Rumah Terbuka Jalan PRI 4
hasil semaian ♥nrina♥ di 11:43:00 PG
Label: Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 bunga tulip:
Oooo....jeles lak.
Kak tie ni dok tunggu2..siapalah nak jemput kak tie ke rumah terbuka. Raya pun dah nak abis.
Catat Ulasan