Khamis, 28 Mei 2009

Merepek plak

Keadaan mak skrg makin teruk..

Nak kata nazak tu lum lagilah pasal adakala dia ok..cuma kadang2 dia bukan dia..

Tadi aku g tengok dia..bawa baba sekali pasal baba asyik risau je pasal mak. Biar baba tengok sendiri keadaan mak camne..

Masa datang nurse nak tukarkan tempat duduk mak. Mak jatuh sbb nak bangun sendiri. Selalunye masa takde sape yg jaga dia. Pasal tu kene sentiasa jaga dia supaya dia tak jatuh katil.

So nurse tukarkan katil berpagar dan letak mak dekat dgn kaunter supaya nurse boleh perhatikan.

Mak tak nak makan..kalau makan pun dia akan kunyah dan buang..dia tak telan. Takde selesa dan tak leh nak telan katanya.

Percakapan dia makin sukar nak difahami dan bila kita tanya dan tanya buat dia marah. Asyik menangis dan minta keluar dari hospital. Pastu dia salahkan abang aku yg masukkan dia kat hospital. Dah terlambat pun pasal bila dah masuk..nak keluar susah apatah lagi bila kesihatan makin teruk. Aku mmg ralat sgt mak dimasukkan ke hospital...mmg rasa marah sampai skrg tapi aku dah tak mampu nak kata apa2 dah skrg pasal dah terjadi pun..

Tadi mak ada cakap dgn aku..dia nampak pompuan cina selalu tengok dia malam2..tengok je tak bercakap. Aku tanya mak..sape plak cina tu? Mak aku kata hantu ler..

Aku tanya balik, mana mak tau dia hantu..eh aku tau ler..

Dia pakai baju ape? Mak aku jawab warna putih..

Aku jawablah laaa...itu nurse..tak pun doktor..

Takkkk..aku kata hantu tu hantulah..

Huhuhu...dah sampai tahap tu dah dia merepek. Tapi pada kita yg sihat ni mmg kata dia merepek tp hanya dia je yg tahu apa sebenarnya yg berlaku pada diri dia..

Tadi aku beli kerusi roda..abang aku yg suruh. Mudah kalau mak dah kuar wad nanti leh dia guna utk bergerak. Nak bawa baba aku ke hospital pun senang..tak payah nak g kaunter pinjam kosi roda..dan kene berpusing2 nak hantar baba dan cari parking..

Kerusi roda tu harga RM400. Yang ringan dan mudah dibawa. Kalau yg standard tu RM320 tp berat dan mmg tak muat kete aku yg cenonet tu..yg aku beli tadi pun berposak suruh diorg sumbat dlm kete..bonet mmg tak muat tp leh letak kat tempat duduk belakang je.

Oklah..aku kene bersiap nak jaga mak malam ni. Harap dia tak meragam nak buang air ke hape ke..pasal dia mmg tak leh bangun dah..angkat tangan pun susah dah sekarang ni.

Doakan aku dan kandungan selamat dan mak aku pulih seperti biasa ye. Jumpe lagi.

7 bunga tulip:

~Cinta Cukulet~ berkata...

saya doakan yang terbaik buat akak...semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi..aminn..:)

kayteeze berkata...

Nrina, nanti bila ada masa terluang... doakanlah untuk ibu dan babah Nrina...

Doa dari seorang anak pun termakbul... Cubalah...

Doakan agar mereka lebih tenang. Esok2 kita pun tua macam tu juga..

tentu kita taknak menyusahkan anak2 kita.... doalah banyak2... jangan putus asa, insyaallah... bila kita banyak berdoa, hati kita juga akan tenang.

haruan tasek berkata...

moga segera sembuh emak nya. dan tabahkan diri.

Tirana berkata...

Kak Tirana do'akan yang terbaik untuk Nrina...Semoga tabah ye..

julietchun berkata...

kesihatan diri sendiri pun kena jaga juga. Doakan yg terbaik utk Nrina sekeluarga.

Lynda berkata...

saya pun doakan semoga akak sehat selalu

yulies berkata...

nor, jgn lupa makan vitamin2 ko tau.. masa ni otak baby baru nk berkembang. insyaallah, tuhan akan sentiasa lindungi mak, ko & baby.. be strong ok!

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster