Sabtu, 9 Mei 2009

Mak..

Selamat Hari Ibu

Untuk mak yg dah jaga aku selama ini..

Hari tu ada berlaku kejadian yg amatlah syahdu..

Dalam keadaan aku yg tengah tak menentu ni..dgn mabuk, pening, loya dan sebagainya..amatlah terseksa untuk aku lalui kehidupan yg amat sibuk dgn menguruskan rumah dan menjaga anak serta mak dan baba..

Segalanya jadi lambat..ntahlah..dalam keadaan camtu, emosi aku mudah terganggu..

Aku buat kerja sambil menangis dan terasa amat perit sekali rasanya dgn badan yg tak larat ni..

Tak sangka pulak mak aku perasan keadaan aku camtu..so dia bitau kat baba dan dia dapatkan aku kat dapur sambil menangis..

Korang tau tak dia cakap ape..

Dia sedih tengok aku...susah payah jaga dia sedangkan aku mengandung..kalau tak mengandung tu tak kisahlah.

Mak aku rasa bersalah sangat dan dia nak pulang kat rumah dia hidup sendiri dgn baba..bukan merajuk tp rasa tak sampai hati menyusahkan aku..

Lagi ler berjurai air mata aku gugur...

Aku terus tatap dia..cium dia..peluk dia..aku cakap..mak, org sayangkan mak..org buat semua ni bukan kerana terdesak atau terpaksa tp dah mmg tanggungjawab anak pada mak dan baba.

Bila lagi nak balas jaga mak dan baba..inilah masa yg amat sesuai..mak jgn rasa bersalah sbb org dah lama menyusahkan mak dulu dan ini ler masa org balas balik jasa mak dan baba...

Tapi mak aku tetap berdegil untuk minta bantuan dari adik beradik aku yg lain untuk bantu aku...

Cukuplah tu mak...ada ke mak minta bantuan anak yg lain masa mak jaga org dulu? Bersusah payah mak penuhkan permintaan org yg ntah ape2 ler dulu semata2 nak tengok org bahagia..sanggup habiskan duit beli ape je brg yg org nak..manjakan sangat sampai tak tahu memasak walaupun dah berkahwin..

Bukan tamak nak kaup pahala tp aku rasa hanya aku je mampu tumpukan perhatian pada mak dan baba skrg ni..baba tu nak kene cuci kaki setiap hari..mak dgn kerenah yg sakit tak henti2..nak beli ubat itu ini..

Aku tak sampai hati nak tengok adik beradik aku yg lain yg sibuk bekerja dlm masa yg sama nak jugak uruskan rumahtangga dan di tambah plak tugas nak menjaga mak dan baba..cukuplah aku ni je yg jaga sbb aku tak bekerja so beban tu tak ler teruk sgt..cuma halangan buat masa skrg aku mengandung 2 bulan dgn keadaan kesihatan yg tak menentu..

Aku mampu..aku masih kuat nak hadapi semua ni.

Untuk kakak aku kalau baca blog aku ni..maaf sbb org tak benarkan kakak utk jaga mak dan baba..jgn rasa bersalah walau sikit pun..jgn peduli kalau org kata ada kakak tp biarkan adik yg mengandung jaga mak dan baba..

Org faham keadaan kakak..cukuplah kakak dah byk berkorban untuk keluarga kakak..membanting tulang berniaga kuih..tak hiraukan letih dan sakit..semata2 nak dapatkan pendapatan untuk keluarga

Tak naklah tambah beban akak lagi..kalau lepas kaki baba dah baik nanti..kalau nak jaga bolehlah sbb tak perlu g ke klinik hari2 untuk cuci..

Orang sayang kakak jugak..orang ada sorang je kakak..kalau boleh org tak nak kehilangan kakak jadi jagalah kesihatan sebaik mungkin..jgn kerja teruk sgt..

Alamak..terlebih sudah hihi..sebenarnya air mata aku tak henti mengalir masa menaip ni..sedih sgt..aku tak sampai hati menyusahkan org lain di waktu aku mampu lakukan segalanya dgn sendiri..abang aku yg Azmi tu plak masuk hospital sbb sakit jantung..tu lagi buat aku risau sbb dia jugak abang yg aku sayang sbb selalu amik berat masa aku belajar dulu..malah dialah yg paksa aku amik SPM kali kedua waktu aku tengah form 6 sbb nak aku ada aliran sastera jugak sbb sebelum tu aku amik aliran sains.

Aku sayang semua adik beradik aku..semua sekali..jadi kalau boleh aku tak nak menyusahkan diorg jaga mak dan baba..diorg semua keje..biarlah aku yg jaga..aku tak kisah dan janganlah rasa bersalah..

dari aku untuk semua ibu kat dunia ni..Selamat Hari Ibu..

5 bunga tulip:

kayteeze berkata...

Hu hu....sebak rasanya.

Tak tahu nak kata apa..... Kita sama2 jadi ibu sekarang.... hu hu....

~Cinta Cukulet~ berkata...

selamat hari ibu kak nrina :)

Tirana berkata...

Selamat hari ibu buat Nrina..bersabar banyak-banyak...

Lynda berkata...

selamat hari ibu nrina...family mmg segala galanya tuk kita kan..

jay[baek] berkata...

sedey baca entry ne.. saya salu degil dgn mak saya..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster