Jumaat, 4 Disember 2009

Tensionlah..

Melihat angka yg makin sikit tu..buat aku jadi takut plak..

Lagi seminggu..atau mungkin tak sampai seminggu..

Hari tu 3/12/09 pegi Hospital Besar sbb Klinik Cheng tu buatkan appointment utk aku kat sana..kes kencing manis ni ler..

Macamlah besar sgt kes aku padahal aku takde kencing manis tapi seboleh2 diaorg tu nak buktikan yg aku ni ade kencing manis..macam bodoh je rasanya diorg tu lah..menyusahkan aku je..

Tau ler nak tunggu giliran tu..berjam2..pinggang aku naik lenguh duduk je..dah ler tak larat nak bawa badan..baik aku duduk kat rumah..byk benda lagi aku boleh buat..daripada dok melangok kat sana..dah ler macam bola..jap masuk bilik ni jap bilik tu pastu bilik ni balik..

Tapi doktor bitau kat aku..walaupun aku takde kencing manis skrg tapi disebabkan anak pertama dulu ade jadi aku akan dipaksa bersalin jika melebihi dari tarikh jangkaan. Aduh..aku mmg bersumpah kat diri sendiri ni tak nak kene indius lagi. Tobat aku..mmg menyesal sungguh dulu..tak suke langsung ni..menyampah..

Pasal tu aku sanggup bohong kat nurse klinik desa ni yg aku takde keturunan kencing manis..padahal mak dan baba tu mmg kronik dgn penyakit kencing manis ni..kes tak nak indiuslah ni tapi ntahlah..hishh..ni yg buat aku tension ni.

Harapnya baby ni cepatlah keluar sebelum tarikh yg dimaksudkan iaitu 13hb ni..kalau tak jugak bersalin 12hb aku kene masuk wad...uwahhhhhh....tak nakk..

Hairanlah..apsal masa aku mengandung Zarfan dulu takde plak nurse kecoh2 nak buktikan aku ni kencing manis jugak. Dah buat ujian sekali tu dah ler..kalau dah terbukti takde tu takde lah..ni tak..selagi boleh nak jugak indius aku..ingat tak sakit ke kene indius..bencilah..dah dua tiga kali buat ujian tapi masih negatif tu..negatiflah..apsal seboleh2 nak jugak dia tengok aku positif kencing manis ni aduyaiii...

Nanti mengandung anak ke 4 nanti aku tak nak bitau langsung yg aku penah kene kencing manis tu. Buku merah tu hilang hehe. Kalau betul ade, masa test urine mesti dah nampak..kalau takde tu takdelah..tak payahlah nak kecoh..hmm..kes nurse klinik desa yg takde keje cari keje ler ni..tension..tensionlah..

1 bunga tulip:

Tie berkata...

He he... Nrina ni, macam-macam laa..

Tapi sekarang ni memang leceh. Mujurlah zaman kak tie mengandung dulu tak macam ni. Sabor je la nrina ooii.. untuk kebaikan diri dan baby tu jugak.

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster