Suke sgt buat mulut kecik camtu..mulut dgn idung same je besar hehe..
Seperti yang aku kata..itulah yg terjadi..dlm tak nak indius kene jugak huhu..
Aku mula daftar masuk kamar bersalin tu hari Sabtu 12.12.09 dlm waktu yg sama kawan aku Noor Farha telah selamat melahirkan anak perempuan.
Aku plak masa tu berdebar2 je macam tunggu hukuman mati. Puaslah minta kebenaran kat doktor nak pulang dulu bagi ler masa 2 - 3 hari lagi utk aku bersalin tapi doktor cakap tak leh pasal aku ada kencing manis dan perut nampak besar sgt.
Hari Sabtu tu g lewatlah. Tu pun tak jugak sakit hishh..tension aku. Mmg nak sgt kene indius ni. So malam tu bermalamlah aku kat hospital. Sedih sgt sbb kene berpisah dgn suami dan anak2 satu malam.
Malam yg sama jugak tengah aku makan..doktor panggil utk scan perut ni. Mesti dia tengok anak aku tengah makan jugak dlm perut hehe..pastu doktor cakap baby besar sgt ni. Dlm scan tu dia kira 3.8kg tapi berkemungkinan 4kg. Aku dah terkedu. Apsal besar sgt plak baby dlm perut ni. Patutlah makin tak larat aku nak berjalan.
Doktor pun bitaulah kemungkinan yg bakal berlaku bila aku bersalin normal dgn keadaan baby yg besar. Mungkin akan tersangkut bahu. Oleh itu mmg tak leh nak tunggu lama lagi pasal tu kene indius supaya baby tak terus membesar dan membesar dlm perut ni lagi. Doktor suruh bincang dgn suami plak. Aku terpk lah apsal nak bincang lagi. Indius tu indius jelah. Tapi aku terpk lak kalau tak leh nak ceaser je hehe..senang ler kononnya tak nanggung sakit nak bersalin tu. Tapi doktor tak bagi jugak sbb kene cuba normal jugak.
Malam tu aku mmg tak leh tido. Nangis je. Aku telefon mak..minta maafkan dosa aku. Manalah tau aku tak hidup lama. Ingat senang ke nak kuarkan baby besar tu. Mcm2 bermain kat fikiran aku.
Esok pagi suami sain surat kebenaran utk indius dan dia pun cakap bedah jelah kalau tak boleh. Tapi doktor tetap suruh normal jugak. Cuba dulu katanya. Aduhh...aku cuma pk koyak rabaklah kat 'situ' nanti huhuhu...
Pastu dlm kul 10.30pagi aku dah ada dlm kamar bersalin. Dlm bilik menunggu. Kul 12tengahari ubat indius tu dimasukkan. 1 pil dulu. Sakit masa doktor nak masukkan tu Allah jelah yg tau. Itulah yg aku tak nak tu. Main seluk je pakai jari. Kalau perlahan takpelah jugak..ni pergghhh..tak bernafas aku. Sebenarnya aku sendiri pun tak penah nak masukkkan jari sendiri dlm 'tu'..
Dlm bilik tu ada tv. Jadi lepas tu aku tengoklah tv. 2 jam dia tak kasi bangun. Makan pun atas katil tu je. Sampailah kul 7petang aku dlm bilik tu. Bosan tu huuiii...mmg sgtlah bosan. Rasa air mata ni dah kering dah asyik nangis je mengenangkan nasib. Lamanye masa ni berlalu. Kan best kalau sakit kat rumah. Leh buat byk perkara dan pandang muka org yg kita sayang.
Masa tengah azan maghrib. Doktor datang sekali lagi utk pecahkan ketuban. Masa tu aku rasa sakit sikit2 je. Doktor kata baru 3cm. Aduh aku ingatkan dah 5 ke 6 cm..masa nak pecahkan ketuban tu lagi sakit. Menangis lagi aku huhu..itupun dah berdarah2 dah kat 'situ' dikerjakan doktor.
Lepas je pecah ketuban, aku terus masuk dlm bilik bersalin tu. Dia suruh aku berjalan fuhh..dah ler pedih kat 'situ' dgn meleleh air ketuban aku. Jauh plak bilik yg paling hujung dia bagi kat aku.
Masa tu jantung ni lagilah macam nak terkeluar berdegub. Takut sgt. Lepas ni segalanya akan berakhir tapi nak tunggu berakhir tu satu waktu yg panjang jugak dan tak pasti.
Bermulalah kontraksi yg makin lama makin kerap. Aku bawa tuala utk tutup muka. Dah bukak tudung sbb rasa cam tercekik plak dan tak selesa. Bila dah bukak tu perkara biasa yg aku dengar diorg bertanya..ni melayu ke cina..aduhh..
Aku mmg tak leh nak telentang..sibuk dia suruh pasang alat utk dengar jantung baby tu. Pastu tak kasi aku ngiring ke kanan. Suruh ngiring ke kiri. Punyelah tak selesa. Dah ler tengah sakit. Datang doktor tu lagi dia seluk lagi bawah 'tu'. Utk buka jalan katanya. Ahh..sakitnya. Rasa nak tendang je doktor tu. Pastu aku tak bagi kerjasama dia terus merajuk kat aku. Dia terus blah sambil membebel kata dia nak tolong tapi aku tak nak so terpulanglah. Bukan tak kasi tapi aku tengah sakit..jgnlah dipaksa lagi.
Aku diberi ubat tahan sakit. Enjit kat punggung. Kononnya tahan sakit tapi tak tahan pun sakit ni. Sakit jugak. Lepas tu dlm kul 9malam aku dah makin hilang pertimbangan. Rasa nak hempas2 je badan ni. Sakit yg huhh..susahnye nak gambarkan dgn kata2. Aku terus pusing ke kanan. Posisi yg aku selesa. Lantaklah jantung baby dah tak dengar. Aku rasa nak cabut je benda yg dia lekatkan kat perut tu. sibuk org tengah sakit sibuk benda tu ade kat perut. Pastu aku cakap perlahan. Saya nak teran. Nurse kat sebelah aku dengar aku cakap tapi ada sorang nurse yg mulut jahat dia terus seluk kat 'situ' secara ganas dan kata baru 8cm lambat lagi.
Masa tu aku peduli hape. Aku terus teran sendiri. 2 3 kali gak aku teran pastu terasa cam ade benda keluar kat 'situ'..nurse kat dlm bilik tu semua dah jerit dah kata kepala baby dah keluar. Sorang doktor pun takde sbb bz dgn pesakit lain kot. So diorg paniklah suruh aku teran cepat supaya baby tak lemas ke tercekik ke..tersangkut bahu ler tu aduhh..
Nasib baik rasa nak teran tu makin kerap. Tak ler lama sgt beza masanya. Jadi aku teran dan terus teran. Sampai satu saat yg aku teran rasa cam tercabut nyawa dah. Itulah sakit yg amat sgt..yg buat org serik nak beranak lagi. Tapi bila tengok je baby yg kuar huh...hilang sakit dah hehe..
Diorg letak terus kat perut aku. Mak aii..senak jugak nak tahan. Tak sabar lak nak tau bape ler berat baby ni. Tapi yg pasti aku tengok baby ni lelaki. Maka tiadalah keajaipan yg berlaku. Bagi aku cukup sifat dan sempurna tu dah syukur alhamdulillah.
Yang paling best..jahitan aku tak byk hehe..macam tak caye je. Nurse yg mulut jahat tu cakap 2 jamlah aku kene jahit sbb aku tak dengar kata dia. Tu yg dia marah tu. Lantaklah. Yg pasti setengah jam je dah siap jahit. Selalunya aku kene jahit dlm 1 jam lebih. Tapi jahitan aku meratalah..mungkin diorg tak sempat gunting sbb kepala baby dah keluar jadi tak ler byk..agaknyelah.
Lahirlah Aiman Zahran yg beratnya 4.2kg. Doktor yg scan aku malam tu pun terkejut..dan ucapkan tahniah sbb berjaya jugak melahirkan secara normal. Tapi baby kene tahan kat nursery malam tu jugak sbb besar. Doktor pakar nak tengok kalau2 baby ada masalah tapi alhamdullillah baby sihat.
Aku balik hari Selasa. Itupun aku dah 3 kali tukar bilik. Suami amikkan aku wad kelas 1 tapi masa daftar takde kekosongan. Jadi bila ada kosong dia masukkanlah. Alhamdullillah dapat jugak aku merasa duduk wad kelas satu bilik sorang. Mmg selesa sbb sesuke hati je aku leh g tandas tanpa perlu menunggu dan amatlah privacy. Nak korek idung pun tak yah nak selindung ngeh ngeh ngeh..
Sekian sahaja cerita aku mengenai pengalaman bersalin ni. Setiap kelahiran pasti ada yg berbeza walaupun sakitnya sama je hehe..
Cuma aku rasakan bersalin kali ni macam ada keajaiban iaitu berkat doa org yang aku sayang maka aku tak mengalami kesukaran masa melahirkan. Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada kengkawan blog yg sudi juga mendoakan. Hanya Allah je yg mampu balas.
Jumaat, 25 Disember 2009
Pengalaman Bersalin Aiman Zahran
hasil semaian ♥nrina♥ di 12:58:00 PTG
Label: Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 bunga tulip:
Nrina..berbaloi sakit bila tengok baby comel ni..hehehe..
Alhamdulillah Nrina.. rasa macam nak nangis bila baca pengalaman Nrina ni, susahnya seperti beranak sulong pulak.
Biasanya anak yang ketiga mudah (seperti kaktie ni). Tapi syukur, selamat semuanya. Tahniah laa.. Esok-esok, Aiman boleh baca blog ni dan hargai pengorbanan ibunya.. :)
comelnye aiman... tahniah ye.. alhamdulillah semuanya selamat. baby pon sihat
perrghh.. bila baca bab pengalaman bersalin.. kita plak yg terasa2 ngilunya... apapun tahniah melahirkan baby aiman zahran.. so nice name
tahniah ye... cuaknya awkkk... cemana la nasib sya nanti... cewaaahhh... ngandong pun belum lg nihh... :(
Catat Ulasan