Kalau ade yg bertanya aku dah bersalin ke belum..
jawapannya..sudah..
2 org sudah keluar haha..dululah..
sekarang lum lagi..utk yg ketiga ni hehe..
Tapi sekarang ni dah mula rasa sakit..tak tau ler sakit ape cuma aku tahan jelah pasal aku nak citer pasal mak aku plak hari ni.
Dah lama aku takde cerita pasal mak aku yg sakit tu kan. Kalau sebelum ni macam biasa jelah. Yang paling aku kerap dengar adalah mak dan baba asyik bergaduh je. Yelah dah dekat..kalau jauh tu rindu..biasalah.
Tapi kali ni gado dia lain sikit. Mak dah mula larikan diri dari rumah. Yg aku pelik tu..terlarat plak dia keluar rumah sedangkan kat rumah...nak pegi tandas pun kene minta tolong kat baba bawakan.
Termasuk hari ni..dah 2 kali dia lari dari rumah. Yg segannya dgn keadaan dia yg kusut masai dgn tak pakai tudung..dia pegi rumah jiran yg berdekatan. Dia tinggal kat kampung..bukan kat taman jadi jarak antara rumah jiran yg berdekatan maunya dlm 50meter..larat plak dia berjalan sejauh tu. Kalau kat tandas rumah tu rasanya tak sampaipun 10meter...tak larat plak. Ntah dari mana datang kekuatan dia tu..
Yg panik mestilah baba. Telefon anak2 suruh bawa mak pulang sbb baba takkan dapat pujuk mak pulang sbb dia dah gado. Tadi disebabkan semua adik beradik aku outstation dan yg ada pun tak jawab telefon maka baba terpaksa telefon aku utk minta pertolongan. Alahai..kene tunggu suami aku jelah bantu. Tapi belum sempat suami aku pegi, dah ada org hantar mak balik rumah. Ramai yg dok kerumun mak kat taman yg berdekatan dgn rumah sbb mak dah berjalan sampai sana..kira jauh ler jugak..dlm 100meter.
Salah baba jugak sbb tak kunci pintu. Mmg selalu baba kunci pintu sbb tak nak kasi mak keluar. Hal mak nak larikan diri ni dah lama..tak kira siang atau malam. Tapi skrg dia dah pandai buka kunci pintu rasanya. Itu yg terlepas tu. Lagipun mak mmg suke melarikan diri dari rumah walaupun masa dia sihat dulu sbb asyik bergado je dgn baba. Bila dah berjauhan barulah datang sayang tu balik.
Ntahlah..kalau bergado ni mulut macam longkang..segala sumpah seranah disebutnya. Dah byk kali tegur pun masih jugak tak berubah. Nasib baik aku dah pindah, kalau tak anak2 aku membesar dgn kata2 kesat dan caci maki yg akan mempengaruhi dia nanti. Setiap hari nak bergado dan hal yg digadokan tu hal yg sama bertahun2. Hal baba tuduh mak berzina..padahal dia takde bukti dan kalau benar..apsal dia tak bertindak marah kat org yg dituduh tu. Yg digado hal lain tapi nak jugak sebut hal tu..bosan aku mendengarnya.
Ntah bilalah kesudahan diorg ni. Mak tu asyik kata nak cerai je. Kalau difikir logik..baba tu ada hak pun utk lafazkan cerai tu sbb bukan mak yg jaga dia..dia yg jaga mak. Jadi bila2 masa dia boleh lepaskan tanggungjawab dia utk menjaga mak. Tapi dia tak buat camtu..mulut dia masih lagi bertahan utk tak sebut cerai tu.
Susahlah camni. Makin lama makin teruk..yelah sejak aku kurang datang jenguk diorg..berbanding dulu aku kerap bawa diorg jenjalan bagi hilangkan tension ke hape ke..skrg ni aku mana larat lagi. Malas nak keluar rumah. Kalau keluarpun kejap je setakat nak beli ape yg perlu sbb aku kerap nak cari tandas dan kene baring sbb cepat lenguh kaki dan letih.
Oklah..skrg ni mak aku dijaga oleh abang. Ntah sampai bila tak taulah. Nanti dia mesti rindu nak balik rumah dia balik..tengoklah nanti. Aku dah bosan dah dgn sikap diorg ni..nak sangat dok rumah sendiri tapi bila dah dok rumah sendiri asyik bergado je..nak sgt bercerai tapi yg gile talak nanti mak aku jugak..baba tu ok je.
Dahlah..harap diorg tu kembali normal balik. Buat malu je kat org sekeliling tengok keadaan diorg yg gado mcm budak2 tu.
Aku pun makin sakit perut ni. Tak tau sakit ape..nak buang air atau nak bersalin hehe..harap nak bersalinlah..tapi takut huhu..
Doakan aku selamat melahirkan anak ye..
Ahad, 6 Disember 2009
Lari dari rumah..
hasil semaian ♥nrina♥ di 11:44:00 PTG
Label: Cerita Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 bunga tulip:
Moga selamat bersalin..
salam...jangan pikir banyak-banyak buat bertenang banyakkan istaghfar dan berzikir...pasal emak dan baba tu berdoalah banyak-banyak moga mereka dilembutkan hati sama-samalah kita harap mereka terus berbaik-baik.
Nrina, tumpukan perhatian pada perut tu..
Barang baby dah siap dalam beg tu ke ? Nanti bila dah sampai masanya terus capai je beg tu.
mak tak sihat, tak dpt berfikir dgn waras. moga selamat melahirkan baby, dan lepas ni buleh ler bawak mak dan baba jalan2 semula.
kak tirana:
tq kak..
naz ilyn:
tq..mak dan baba tu dah ok balik. Camtulah..gado kejap je tapi kerap hehe..
kak tie:
ni dah terlebih tumpulah ni sampaikan tak nak kuar dah dia huhu..
persediaan semua dah siap..tq ye kak tie..
julietchun:
nak bawa diorg jenjalan mcm tak kesampaian sbb kete dah tak muat dgn bertambahnye sorang lagi ni hehe..tq ye..
Catat Ulasan