Sabtu, 12 Disember 2009

Barang yg diminta..

Inilah dia barang yg aku minta kat suami. Semua tu bukan murah..huhu..tu yg sampai dah segan tu hehe..

Ini set bersalin Tropical Herbs + minyak bayi RM262.50. Set bersalin tu je RM240. Minyak bayi RM22.50. Beli kat internet. Minyak bayi ada sekali dlm set tu tapi masa anak kedua dulu aku suke sgt bau minyak tu tapi nak cari org jual lagi takde plak sbb aku bukan ahli amway jadi aku beli extralah. Klik sini


Yang ni bengkung moden. Harga RM225. Mahal sgt tapi macam best plak fungsinya. Jimat masa dan tenaga..terutama senang nak g tandas hehe..takdelah seksa nak bukak tali lagi. 


Ini kad org yg jual bengkung tu. Beli kat internetlah. Klik sini


Yang ni plak water heater..RM430. Suami yg beli sendiri. Yg aku survey semua dlm RM500++


Yang ni baru sampai tadi. Beli kat internet jugak. Klik sini


Tungku moden RM95. Ada magnet dan batu bertenaga gunung berapi. Punyelah berat...pasti lepas ni perut aku leper hehe..yg ni saiz paling besar 2kg. Kira yg paling mahal ler jugak hehe.. 


Itulah semuanya. Semua persediaan utk bersalin dan berpantang nanti. Maklumlah aku berpantang sendiri. Takde sape nak siapkan segala utk aku. Takde sape nak bakarkan batu jadi belilah tungku moden..cas pakai elektrik je. Takde sape nak masakkan air panas jadi pakailah water heater. Takut takde masa nak ikat bengkung jadi pakai je bengkung moden yg pakai lekap je. Yg set bersalin Tropical Herbs tu mmg aku gune sejak anak kedua. Best sgt sbb tu nak gune lagi.

Apepun diucapkan jutaan terima kasih kat ayah sbb sudi membeli semuanya ini utk mama. Demi keselesaan mama katanya. Aduh..sungguh terharu. Mama hanya mampu balas dgn kelahiran anak ketiga ni jelah ye ayah hehe..

love u so much ayah..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster