Ahad, 27 Disember 2009

Aiman Zahran Terkini


































Aiman Zahran kene jaundis pada hari ke 5 kelahirannya. Dapat tau pun masa nak pulang ke kampung sbb nampak kuning je kat muka dia. Pastu terpaksalah pegi amik darah untuk tahu tahap bilirumin tu. Memula 13.5 pastu turun 12.1 tapi naik balik keesokan hari 12.2. Hari Khamis hari tu pegi sekali lagi kat klinik Cheng ni je sbb aku dah balik dari kg dah habis berurut. Turun lagi 11.0 tapi masih lagi ditahap yg tak memuaskan. Kene bawah 10..Isnin depan g amik darah lagi. Kesian plak kat dia sbb nak kene amik darah je. Merah2 dah kaki dia kene jarum tu.

Kawan ada bagi tips..mandikan dgn daun kucai, mandikan dgn air agar2 kene rendam semalaman. Pegi sensei beli herba mandi air kuning tu. Yang tu aku dah buat. Aku bagi susu kambing tapi tak turun pun..hmm dah mcm2 cara dah..harapnya turunlah supaya aku tak perlu keluar ke klinik lagi. Lecehlah..

Aku skrg berpantang sendiri kat rumah. Hanya mengharapkan bantuan suami. Kesian plak kat suami yg menyiapkan segala kerja kat rumah.

Hari tu masa aku kat hospital, mak mertua aku yg jaga rumah. Sementara suami pergi ke hospital uruskan hal aku. Kesian kat mak mertua sbb dia mati akal jugak nak gunakan peralatan kat rumah aku. Nasib baik along aku datang tolong juga. Kira aku bersalin kali ni mmg byk melibatkan keluarga mertua. Tanpa diorg, tak taulah ape jadi..alhamdulillah dgn pertolongan diorg..ringan sikit beban yg aku kene tanggung. Tak terbalas jasa diorg. Bersyukur aku dapat keluarga mertua yg amik berat.

Suami aku pun ape kurangnya skrg. Pagi2 lagi sebelum g keje dia dah siap basuhkan baju. Buatkan air utk aku. Terharu sgt. Segala kerja rumah yg dulunya aku buat, dia buat mana yg dia mampu..siap masak sendiri tu. Aku plak yg rasa malu hehe..

Skrg ni kesihatan aku pun bertambah baik. Berbanding seminggu lepas melahirkan. Amatlah mencabar. Dgn pelbagai kesakitan yg datang. Sakit jahitan, sakit bisa perut, sakit pinggang, sakit dada fuhh..mencabar emosi sikitlah tapi alhamdulillah seminggu jelah. Skrg ni dah stabil sikit. Dah bolehlah buat keje rumah sikit2..masak lauk sendiri..ngadap blog..hehe..

1 bunga tulip:

Ciklinn berkata...

salamm... tahniahh rina... sgt tembamm ha anak teruna nie.... geramm tgokk...


psttt........ kita pun bakal dpt baby boyy gak lagi.. hehheehhe

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster