Ahad, 9 Ogos 2009

Ntah ler ek..

Aku skrg ni cam jahat je..
Aku rasalah hehe..

Aku buat tak tau je skrg ni..
Macam diorg buat..
Macam pahat..tak ketuk tak jalan..

Aku pun tak pasti sampai bila aku boleh bertahan..
Tapi adakala aku g jugak tengok mak dan baba pasal kesian kat diorg..

Cuma tak sekerap dulu menjadikan setiap hari aku perlu keluar dan keluar..

Camne pun hati aku tetap tak senang bila biarkan diorg..hmm..kesian..

Bila aku buat tak tahu..org lain yg mmg buat tak tahupun lagi buat tak tahu..
Yg kesian abang yg jaga mak dan baba tu ler..
Mesti marah betul dia kat aku sbb buat tak tau skrg ni..
Yelah kalau dulu..walaupun dia jaga tapi setiap hari aku jugak yg kene bawa baba cuci kaki tu..

Aku sebenarnya nak diorg rasa camne perasaan aku masa jaga mak dan baba dulu. Sehingga membuatkan aku terpaksa jugak carikan org gaji untuk kurangkan beban walaupun aku dah beritahu byk kali kat adik beradik tapi tak sorang pun yg amik tindakan. Setakat mendengar dan kesian je.

Kalau aku jugak yg jaga..sapelah nak tolong aku.
Ade ke org nak bawakan baba cuci kaki?..tidak.
Ade ke org nak tolong aku masak, paling tidakpun hantarkan lauk ke?..tidak..
Ade ke org leh tolong jaga mak dan kemas rumah dgn air kencing menjejes baba tu?..tidak..

Tapi kalau kat rumah diorg..ada isteri, suami, anak..yg leh membantu sama2 ringankan beban. Bergilir2 berkorban. Salah sorang kene bangun malam sbb penyakit tak tido malam mak tu tetap ada..Lagipun hanya aku je yg punye anak kecil yg nakal dan sedang mengandung. Anak diorg semua dah sekolah dan boleh diharap.

Aku?...camne pun semua aku kene buat..diorg datang pun takat tengok2 mak je..diwaktu yg sepatutnya aku berehat tapi adakala diorg datang sampai lewat malam dan aku tak dapat nak rehat...bila waktu nak tido mak dah buat perangai balik..jadi amatlah letih..

Cukuplah..aku dah lalui semua tu. Tolonglah gilir pada yg lain pulak. Biarlah sama2 rasa dan sama2 dapat pahala disamping tanggung dosa...

Best gak kalau pentingkan diri sendiri tapi tak best plak bila pk balik..hmm..ntahlah ek..camne perasaan diorg yg mmg hanya pentingkan diri sendiri tu..kenapa aku tak boleh hidup seaman diorg..

Mungkin aku tak patut meluahkan hal keluarga kat dlm blog ni. Tapi aku nak semua org tahu dan bukak mata supaya janganlah tindas adik beradik dan hanya pentingkan diri sendiri. Tolong jangan ulangi apa yg telah terjadi kat keluarga aku. Fahamilah perasaan masing2..kalau kita ada masalah..fikir org lain pun ade jugak masalah sendiri..jadi janganlah pentingkan diri sendiri. Muafakatlah adik beradik utk selesaikan bersama masalah yg ada ni. Jgn diam dan biar je...

Tapi kalaulah diorg baca luahan hati aku ni...mesti diorg kata..dah kau yg tak keje..byk masa kau boleh luangkan utk mak dan baba..kitorg ni keje..ada komitmen lain..

Kalau korang pun akan cakap camtu jugak ke? Hmm..tapi takat ni diorg tak tau ler cuma kakak aku je yg baca sbb dia je yg memahami dan pernah rasakan ape yg aku rasa.

Ok hal lain plak.

Skrg ni aku takut betul nak keluarlah..nak beli pempes anak pun aku takut pasal tak nak terdedah dgn persekitaran luar yg amatlah bahaya dgn wabak yg terus merebak ni.

Pegi sana sini semua tengah demam..batuk..selsema..jadi susah utk aku bergerak. Kat rumah abang aku tu pun anak2 dia tengah demam. Nak duduk lama pun aku takut sbb tak nak Zikry dan Zarfan berjangkit. Hish..serba salah dibuatnye..tekak aku pun dah mula perit ni..jgnlah..

ni lagi satu..

Ejen bangang yg off hp dia setiap kali aku call tu pun satu hal. Nampaknye dia pun nak lari dari tanggungjawab. Duit nak cepat tapi masalah aku tak jugak selesai. Walaupun aku tak bayar habis cuma RM3400 dari RM5000 tapi jika nak dihitung lebih byk drpd jumlah tu yg dia hutang kat aku. Yelah..dia kene ganti rugi apa yg dah hilang. Lantaklah ape dia perlu buat. Carilah Inur tu sampai lubang cacing..utk bayar balik apa yg dah diambil..

Lagi..

Aku...tak sedarpun sebenarnya kandungan aku dah 6 bulan. Kejap je aku rasa..bulan depan dah masuk trimester yg ke 3.. Tak sabar nak tengok baby keluar sbb budak2 ni dah tak sabar nak tunggu jaga baby hehe.. 

Macam2 hal kan. Bilalah semua ni akan berakhir ye..

6 bunga tulip:

AhboNd 2020 berkata...

Semoga Mama lebih tabah menghadapi hari hari mendatang..Bye n salam

Masokis berkata...

SElamat mendapat baby :D

kayteeze berkata...

Dah nak dapat rezeki... senyum2 la selalu.... jaga perut tu baik2 tau !

Lynda berkata...

bukan jahat..kenkadang terpaksa selfish

CuTeMiUt78 berkata...

eemmmm takpe skali skala kena gak selfish kan.. betul bagai dikata..
apapun semoga tabah menghadapi segala ujian dan dugaan2 ni.

♥nrina♥ berkata...

ayah:
aminn..

masokis:
tq..

kak tie:
alhamdulillah..tq..

lynda:
ha'ah kan..

cutemiut:
tq..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster