Sabtu, 1 Ogos 2009

Ape ler nasib..

Kali ni lagi dasyat..

Hal si Zila kene halau dgn abang aku. Bukan setakat kene halau tapi kene sepak lagi. Pasal dia dah terlalu kurang hajar..

Sebenarnya abg 'A' aku tu pun tak penah sepak aku..betul..ntah kenapa sifat penyabar dia hilang dgn org gaji yg ganti ni. Nasib dialah..pasal dah terlalu biadap sgtlah tu.

Mmg baguslah tindakan abang A aku tu. Of coz mmg aku puji. Tapi...dia takde penyelesaian pun dlm masalah sape nak jaga mak dan baba setelah dia halau si Zila tu. Sepatutnya segala tindakan dia tu perlu dia fikirkan sekali utk jaga mak dan baba dgn ketiadaan org gaji ni.

Yang paling tak best...dia tak nak pulak jaga mak dan baba skrg ni. Jadi aku dan abang aku yg sorang lagi 'Z' kene fikir camne nak selesaikan masalah yg dah dia buat. Terpaksalah mak dan baba tinggal kat rumah abang Z.

Dah tentulah si Zila tu happy sbb dia mmg tengah cari sbb nak keluar dari rumah tu. Aku seboleh daya cube tahan supaya ejen dapat cari pengganti sebelum zila pergi. Yelah..aku sentiasa fikir..sape nak jaga mak kalau takde org gaji ni. Takkan aku yg makin memboyot ni. Tak laratlah..pinggang aku dah ler sentiasa sakit. Lagipun sape nak jaga mak bila aku bawa baba cuci kaki. Nak bawa mak ke kereta pun amik masa setengah jam..mana sempat dgn waktu yg ada dan sape nak angkat mak bawa turun tangga..uihh..leceh tau tak.

Kalau ikutkan dari apa yg diberitahu mak dan baba aku. Zila tu selalu bertindak kasar dan mmg malas buat kerja. Yelah..sape yg tahan. Abang aku tu pun tak nak jaga mak tapi nak org lain jaga mak sebaik mungkin. Pakai akal logiklah sikit. Kalau dia nak jaga mak takpelah jugak dia bertindak begitu...ni tidak. Masalah tu terbeban dlm kepala hotak aku ni jugak nak pk camne lagi cara nak buat supaya tak nyusahkan adik beradik utk jaga mak dan baba. Dah ler org gaji pun diorg tak nak cari. Aku jugak..dah jadi hal camni..aku jugak kene fikir dan sentiasa fikir nak selesaikan masalah sape nak jaga mak dan baba.

Ape ler nasib aku ni. Agaknye inilah yg telah ditakdirkan bila aku punye tahi lalat dibahu. Beban yg sentiasa perlu dipikul dan satu masalah ke masalah yg lain tanpa ade penyudahnye.

Bosanlah asyik nak tulis cerita yg bengang dan sedih. Korang baca pun mesti bosan. Ape lagi aku yg mengalaminye. Dahlah...

3 bunga tulip:

yulies berkata...

wah mcm2 hal! siannya ko nor....

kayteeze berkata...

Hmm...nrina dengan masalah begini, kak tie pulak dengan masalah anak. Cuma kak tie tak boleh nak ceritakan, sebab seolah2 membuka pekung di dada... sekurang2nya Nrina boleh luahkan di sini...

♥nrina♥ berkata...

yulie:
dugaan aku yg takde penyudahnye..

kak tie:
itulah..semua org ada dugaan hidup masing2. Kalau tak besar..kecik pun mesti ade..
bersabar jelah ye..hidup tetap perlu diteruskan jugak..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster