Khamis, 26 Ogos 2010

Keadaan sebenar

Nak tau keadaan sebenar.

Nak tau kene jaga sendiri. Abang2 aku pun dah rasa camne susahnya jaga mak aku walaupun sehari.

Doktor beritahu aku, mak aku ni ada penyakit nyanyuk yg tahapnya agak serius sbb boleh bertindak agresif. Sembuh tu, tidaklah sbb faktor usia. Lagipun mak dan byk kali kene strok jadi fungsi otak makin terjejas dan mengecil menyebabkan semua jadi tak betul.

Makan
Dah beripun dia cakap lapar dan kata aku tak bagi makan. Tgh makan pula dia cakap tak nak makan byk2 nanti susah nak berak. Lepas makan pula..jerit2 panggil aku semata2 nak beritau tak nak makan lagi padahal aku dah siap cuci pinggan dah..

Minum
Kerap sgt minum tapi adakala selang beberapa saat je dia nak lagi air. Sukarlah sekiranya masa tu aku tgh nak buat keje lagi. Lagi satu..suka sgt minta air sejuk dan manis..aku bagi masa nak makan ubat je. Dia ada kencing manis, tak boleh nak ikutkan sgt kehendak dia tu.

Selimut
Sentiasa berada dlm keadaan sejuk. Selimut yg ada kat dia ada 3. Bukan yg nipis tu tau..yg tebal mcm comforter tu..ada 3 kat badan dia dan dia masih lagi minta selimut dan sehelai kain batik utk diletakkan atas badan dia. Walaupun camtu punye tebal pun masih lagi terjerit2 minta selimut. Itu yg aku adakala malas nak layan dan biarkan je.

Bantal
Asyik buang bantal kat kepala dia dan terjerit2 minta bantal lagi. Letak balik dia buang dan kata aku tak bagi dia bantal. Dia tuduh aku kedekut sbb tak bagi dia bantal. Aku pun tak faham bantal apa yg dia nak...

Nak buang air kecil dan besar
Tetap terjerit2 panggil utk buang air sedangkan dia pakai pempes. Dia tahu dia tak mampu ke tandas sbb sukar nak berdiri tapi dia minta aku bawa dia kat tepi pintu utk buang air..camne tu..siap tunjukkan tempat tu..dia nak buang air kat situ katanya..

Ulang ayat
Sering ulang je apa2 ayat. Biasanya dia panggil nama. Tapi ntah sape2 ler yg dia panggil. Seolah berzikir plak. Tapi bila aku suruh berzikir..aku plak kene tengking. Biasanya aku akan berzikir kuat2 sebelah dia supaya dia ikut sama. Tapi aku tak boleh setiap masa buat begitu sbb aku pun ada keje lain nak kene buat..
Lagipun tak kira masa dia panggil. Dia bukan peduli masa tu aku tgh solat ke walaupun dia nampak aku tgh solat lagi dia panggil2..tgh berbuka ke bersahur ke susukan anak ke...
Masalahnya bukan tak nak layan tapi dah layan pun tetap juga memanggil cakap benda yg sama dan adakala tak logik pun permintaan dia tu sbb benda tu tak wujud..hanya halusinasi dia je..

Menyumpah dan memaki hamun
Kalau memori lama dia bersama baba datang semula..dia akan bertindak begitu. Pasal tu lah perlu utk pisahkan dia dgn baba supaya memori pahit dia hilang terus dlm ingatan. Alhamdulillah...dia jarang bertindak camtu lagi sbb dah hampir sebulan dia tak jumpe baba. Aku pun sering ingatkan kenangan manis je kat dia supaya dia happy selalu. Tapi dia sering kali panggil nama baba aku tu...mungkin dia tak sedar ataupun dia juga rindu.. Tapi cerita yg paling dia suka dengar pasal baba, bila baba tu terjatuh ke, sakit ke..dia akan happy.

Adakala dia berada dlm dunia dia sendiri. Dia nak kita faham dia tapi dia sendiripun tak faham apa sebenarnya yg telah berlaku. Tapi selalunya dia akan tenang dan nyenyak tido jika ada ramai org yg datang tgk dia..adakala aku risau org akan pk aku buat2 cerita sedangkan mak aku ok je bila org ramai ada. Itulah yg aku maksudkan..hanya yg jaga je tahu keadaan sebenar walaupun sehari. Mak aku ni sebenarnya takut sendirian..pasal tu dia nak ada org sentiasa berada kat sisi dia.

Mak perlu dilayan dia mcm budak kecil. Beri semangat dan pujian jika dia buat sesuatu.

Aku nak tidur pun sukar sbb selalunya mmg tak nyenyak. Bukan saje dia yg jadi punca tapi baby pun sama..bila nenek dia dah tido..si kecik tu tak tido..bila baby tido si besar pula bangun..dan bila diorg tido..zikry dan zarfan pula bergado..bising dan bila dibiarkan nanti semua tak tido...aku lagi tak leh rehat.

Sebenarnya..jaga mak aku ni walaupun sehari tapi byk sgt cerita mcm jaga seminggu..itu dari cerita abg2 aku yg amik setiap hari minggu tu ler. Sama je klu aku nak cerita pun cuma aku harungi perkara tu setiap hari..

Jgnlah kata aku ni tabah dan kuat semangat. Sebenarnya aku lemah...sbb aku seringkali jatuh tergolek cuma aku tak perlu tunjukkan itu depan semua org yg berdekatan. Cukuplah setakat aku mengadu dgn Allah diwaktu aku sgt2 tak tahan dgn apa yg berlaku...Allah tu kan Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani..

Mungkin rahmat yg Allah berikan aku pada bulan Mulia ni ialah..ketabahan..itulah hadiah yg aku dapat sepanjang masa ni..lagipun hidup tetap perlu diteruskan..tak sempurna pun aku tetap perlu terus berjalan..sakit pun sakitlah..aku tak boleh berhenti cuma boleh berehat..

3 bunga tulip:

KSWSK berkata...

teruskan berkhidmat tuk mak ye nrina..insyaallah akan ada ganjaran yg maha hebat dr Allah...

AhboNd 2020 berkata...

...Salam Mama...Inilah sebenarnya hikmah yang ingin ditunjukkan..dahulu kita kurang bersabar dan tabah..maka inilah peluang untuk menguji kesabaran dan ketabahan kita...Semoga mama boleh menghadapinya semua walaupun Ayah tiada disisi buat masa ini. Insyallah minggu depan kot baru balik. Bye n salam. Love 4ever.

Yulie Elveera berkata...

nor,
aku tak tau nk ckp pe..
cuma, aku bangga ada kwan cam ko. take care dear

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster