Ahad, 8 Ogos 2010

...

Semalam...

Aku jaga dia kat hospital. Dari petang sampai ke malam..sebenarnya tak plan pun nak jaga sampai malam tapi dia tengah mengamuk so kalau balik awal lagi dia mengamuk jadi terpaksa tangguh sehinggalah ke lewat malam.

Sebelum tu kakak aku dah jaga dia 2 hari..maka dia nak kakak aku jaga jugak walaupun kakak aku takde..gilir2 ler kan..kesian dah kat kakak aku terpaksa ulang alik dari seremban ke sini. Kalau byk duit tu takpelah jugak. Nipun duit hasil berniaga jual kuih habis kat minyak kete dgn tol je..dah kalau tetiap hari nak balik..apa yg tinggal..

Dari petang sehingga malam guard kat situ tak jemu2 halau aku sbb aku ada bawa baby. Bukan tak nak hantar baby kat org lain tapi aku keluar petang, balik tak tentu lagi kul bape..takkan nak menyusahkan org jaga anak aku sampai tengah malam..takpelah aku bawa juga ke hospital walaupun sepatutnya mmg tak patut tapi itulah pengorbanan yg perlu aku buat..

Aku jadi bengang sbb dgn dia yg tengah buat hal mengamuk tak tentu pasal habis semua org diludahnya. Datang plak guard yg tak henti2 nak halau aku sampai cari guard lelaki konon utk marahkan akulah.

Aku terangkan kat dia..nanti saya balik nurse telefon suruh datang sbb dia mengamuk tapi ni saya ada makcik halau2 saya pulak. Makcik nak jaga ke dia tgh camni ni?? Kene ludah lagi ade ler..

Lepas dia give up aku pun bengang sbb dia masih jugak tak reda kemarahan asyik mengamuk meludah habis semua brg kat meja tu dia buang maka aku amik keputusan utk balik sbb baby pun dah sgtlah tak selesa.

Yg buat aku bengang..makcik bangang tu halang aku nak balik plak. Katanya nanti org yg aku jaga tu buat bising camne..semua pesakit kat wad tak leh tido. Eh aku peduli hape..dah dari tadi ko suruh aku balik ni aku nak balik ko tak kasi pula. P lantak kau ler..siap kejar aku tu sampai ke pintu depan hishhh!!! tak kuasa dah aku nak layan..

Hadaplah dia yg memekak tu nanti memalam...mmg pun sbb malam tu semua pesakit bengang tak leh tido pasal dia asyik bising terjerit2..

Yg aku lagi tak faham..alasan yg diberikan oleh nurse dan doktor pelatih kat wad tu katanya dia tu hanya perlukan perhatian. Seolah2 takde apa yg berlaku macam dia tu normal aje...konon nak anak2 sentiasa ada ler jaga. Tapi yg ni aku jaga dia camtu jugak..apa beza??

Kalau perhatian yg dia nak..tak cukup ke perhatian yg kitorg berikan selama ni..perhatian yg macam mana maksudnya tu. Perhatian nak kitorg jaga sendirilah..tak payah hantar hospital menyusahkan nurse dan doktor camtu???? hmmmmm....

Dah tak terkawallah kitorg terpaksa hantar hospital. Kalau tak..kitorg pun tak nak ler susahkan diri ulangalik ke hospital ni utk jaga dia..baik suruh dia duduk rumah je. Tak fahamlah diorg ni...apa nak bukti lagipun tak taulah utk membuktikan dia tu perlu rawatan lanjut. Diorg sendiri pun tau tak leh nak buat apapun kat dia..nak amik darah tak leh, masuk air tak leh, jgn kata sentuh..pandang pun tak leh sbb dia ludah nurse tu...itu kata perlu perhatian??? Datanglah dekat dan perhatikan jelah ludah yg melekat kat baju tu nanti.

Hari ni pun aku jaga juga. Dari tengahari sampai petang hmm malam ler kot kalau dah kul 8 tu. Tapi dia hari ni tak bermaya sbb kesan daripada ubat tido yg diorg bagi malam tadi. Ubat yg diorg bagi tu punyelah lambat beri tindak balas..berjam2 baru jalan. Maknanya sebelum malam kene bagi ubat tido tu supaya malam dia tido dgn nyenyak tanpa ganggu pesakit lain.

Aku rasa muak dan menyampah plak bila setiap kali datang pesakit lain cakap benda yg sama...apsal tak jaga malam, dia buat hal mengamuk malam tadi. Habis semua disebutnya...doktor nurse pun kene sembur..ntahlah aku dah malas nak pk.

Lagi satu yg aku menyampah..semua org kat wad tu nak pegang anak aku. Hishh...aku tak sukelah. Diorg tu jaga pesakit, pegang pesakit dan pesakit..pastu pegang anak aku tak cuci tangan..ntah ada kuman apa. Ni siap nak bawa kat tempat dia plak anak aku tu..lepas sorang sorang pegang..sgt geli ok..tapi aku tak mampulah buat apa..sengih kerang busuk jelah..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster