Khamis, 5 Ogos 2010

Apa hikmahnya?

Dari satu hal ke satu hal...

Aku terlalu bz sekarang ni..otak aku pun dah penuh sendat membuak2 rasanya nak pk camne lagipun tak taulah..

Bermula dari telur berbelas biji dibuang dari peti ais..esoknya gule sekilo..esok lagi bubur, lauk..air ahhh!!! byk sgt..setiap hari datang kemas..esok pagi dah bertabur balik. Apa guna aku datang kemas kalau benda tu tak leh bertahan walaupun setengah hari...itu lum dgn kencing dan ludah bersepah..tambah lagi habuk yg sedia ada dlm rumah yg tak mampu aku nak buat semua sekali.

Dah sampai tahap aku rasa kene pisahkan diorg jugak walaupun dah beratus kali buat begitu tapi tak selesaikan masalah. Takpe aku cube..

Tapi lum sampai pun rumah aku dia nak balik rumah dia semula. Aku hampir kemalangan dgn anak2 aku yg masih kecil dlm kereta. Kalau aku tak sempat brek emergency...rasanya blog ni dah tinggal sejarah jelah buat diri aku utk tatapan suami tersayang.

Kemalangan yg bukan kecuaian daripada aku tapi dari dia yg duduk sebelah dan mengganggu aku yg sedang memandu sbb marah tak bagi dia bukak pintu masa kereta tgh bergerak..

Dgn anak2 mmg dia tunjukkan diri dia yg tak puas hati tapi dgn menantu dia amat menjaga maruah diri dia apatah lagi dgn org luar terutama jiran yg tinggal berdekatan dgn aku.

Nak aku huraikan kejadian apa yg berlaku sepanjang dia berada dirumah aku yg tak sampai pun satu hari tu sgtlah panjang mcm berbulan lamanya. Malah terlalu pahit utk aku ceritakan di sini sbb mmg terlalu mengaibkan. Hanya jiran2 yg berdekatan dan hadir diwaktu kejadian sahaja yg tahu hal sebenar. Keadaan dia mmg tak ubah mcm orang yg hilang kewarasan akal...apatah lagi rasa malu. Aku apatah lagi penat sgt sbb dia mengamuk buang segala brg2 dlm rumah aku.

Dipendekkan cerita..apa kehendaknya perlulah diturutkan. Nak pulang..dihantar pulang tapi tetap juga buat perkara yg sama. Maka terpaksalah kitorg adik beradik buat keputusan yg paling sukar sebagai sorg anak iaitu memanggil ambulan utk amik dia kat rumah yg tgh mengamuk sakan. Tak tahulah apa yg dia nak sebenarnya sbb dia pun tak tahu apa yg dia nak...

Hari ni dlm sejarah keluarga aku...dia masuk hospital kerana....berat utk aku tulis perkataan tu. Agak jelah sendiri apa perkataan yg perlu diletakkan di situ. Malu? Allah jelah yg tahu. Daripada membiarkan berlarutan sampai bila nak bertahan?

Sekarang masih lagi menunggu keputusan daripada doktor hasil ujian yg dia buat. Nak tahu apa punca..dan berharap dia akan selamat dan tenang selepas dapat tido dgn nyenyak sbb dia tak pernah tido.

Sampai bila? Persoalan yg sentiasa bermain difikiran. Selagi tak selesai selagi tu aku rasa tertekan juga dgn keadaan camni. Berada dlm keadaan serba salah bila nak buat tak tahu..walaupun aku patut buat begitu supaya bukan hanya aku je yg patut diharapkan.

Berat dugaan mu ni Ya Allah...apalah hikmah disebalik kejadian ni. Aku tahu Kau lebih sayangkan dia supaya diakhirat nanti dia tak perlu dihitungkan sbb dah terbalas segala perbuatannya didunia ni. Allahu Akbar!!!

2 bunga tulip:

Tie berkata...

Nrina, ini adalah dugaan buat Nrina sekeluarga. Redhailah. Hanya dengan meredhainya Nrina beroleh keberkataan.

Mungkin Nrina boleh berbincang, cuba hantar dia ke hospital sakit jiwa, maafkan kak tie kerana kata demikian. Ini adalah untuk keselamatan dia dan Nrina sendiri.

Bila ada orang yang lebih layak menjaganya adalah lebih baik untuk semua. Dia perlukan penjagaan rapi. Nrina sibuk dengan anak-anak. Takut apa-apa yang lebih buruk akan terjadi, nanti nyesal tak terhingga.

KSWSK berkata...

kuatkan semangat yer nrina...

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster