Isnin, 22 Februari 2010

Astagfirullahalazim

Tak tahu camne aku nak mulakan ayat. Hati sakit sgt...

Pagi semalam aku terima sms dari Nazua..

Puas hati kau dah tepon semua kawan aku..bagus! time kasih!! Kau ingat kau dah cukup jahat kau tak tau jahat aku lagi jangan sampai aku buat benda luar jangkaan kau..semalam aku g maxis org kat maxis tu suruh aku buat repot sbb kau dah mengganggu kawan2 aku dgn mengutuk2 aku..kau ingat ko ada org kat maxis ko bagus ke? Kalau mak sedare dah ajar aku jahat x salah kalau aku jahat mana x tumpah kuah kalau tak ke nasi nya..bapak aku pun dah bagi sokongan untuk aku buat repot saksi semua akan tolong aku kalau tak caye tepon ah bapak aku!!! time kasih byk2 lepas ni kita tengok sama2 apa yg berlaku..sbb kau yg besar2kan citer ni dgn org luar dan ko dedahkan identiti aku kat org lain..

Terkedu sekejap bila membaca tulisan dari dia. Secara tak langsung dia mengaku bahawa mmg benarlah dia amik hp tu...tapi masih lagi tak mengaku..camne tu..dah tu dia ingat ada org dlm maxis yg tlg aku padahal aku mana ada org dlm..bodohnye..

Bukannya mak bapak dia percaya tapi bagi plak lagi sokongan...

Bukti camne lagi nak aku tunjuk...tak taulah jenis ape budak ni..kalau lelaki tu takpe ni betina..mmg betul ikut perangai mak dia yg hati batu tu...dah ada bukti pun masih tak percaya..

Oleh itu..atas sbb sms s**l yg aku terima pagi tu..hati aku terus nekad buat laporan polis walaupun pada mulanya aku pk hal keluarga je tak yah nak kecoh2 tapi ni dah kali kedua dan terlalu melampau...

Aku forward sms kat semua adik beradik aku...semua sakit hati bila baca..aku apatah lagi. Daripada pk nak selesai cara keluarga..terus aku buat laporan polis sbb dia dah cabar aku..siap suruh lagi aku buat laporan polis dan tangkap anak dia. Jadi aku buatlah..agaknya dia ingat aku tak berani.

Malam tadi dah merayu menangis2 kat aku suruh tarik balik laporan aku. Polis pun tak kuasa nak layan sbb leh selesai pun sbb hal keluarga. Dia minta maaf dan mengaku curi WALAUPUN TAK CURI..itu kata2 dia. Aku rasa budak ni jenis kalau nyawa hujung tanduk pun dia tetap takkan mengaku.

Bila tunjukkan statement hotlink tu..dia ngaku tu semua kengkawan dia jadi dia ngaku hanya curi simkad..tapi tak curi hp.

Org bodoh mana yg amik simkad tapi tak amik hp..dah ler kredit tinggal RM15 je..baik ko sharetopup mcm ko buat dulu je..pk logik jelah..itupun mak bapak tak percaya..tetap jugak mgatakan anak dia tak salah..

Camnelah lagi cara nak bukak mata diorg ni..terlalu percayakan anak sehingga anak tu naik mua..hati batu nak mengaku..sbb dia yakin keluarga dia sentiasa menyokong dia.

Akhirnya diorg datang rumah abang aku yg tua..dia bagi RM500 suruh beli hp baru dan merayu2 suruh aku tarik balik laporan. Tapi menyatakan dia telah putuskan tali persaudaraan dgn kitorg semua...dia yg nak putuskan lagipun tak rugi ape pun..dia yg rugi sbb selalu pinjam duit kat kitorg..dah ler tak bayar lagi..

Abang aku yg 2 org tu tak kasi..dia suruh aku teruslah kes ni tapi camne pun bila Abg aku yg tua dah mengatakan tarik balik maka aku buatlah sbb bila pk rosak masa depan nazua kalau polis tangkap..rekod dia akan kotor..takde masa depan dia nanti. Tapi pada aku..lantak ko lah..

Abg aku pun cakap..cukuplah tu..skrg pun dia dah cukup terseksa dgn kene soal siasat polis lagi..biarlah masa yg menentukan dan memberitahu siapa anak dia yg bernama Nazua tu..kat rumah mmg pijak semut tak mati tapi kat luar..Allah jelah yg tahu..

Dia pun bukan lagi saudara aku..harapnya lepas ni dia tak bertindak balas dendam kat aku..tapi aku tau diorg semua jenis org yg camtu..ntah ape yg dlm kepala hotak dia plan nak kenekan aku lepas ni..

Sanggup hidup sebatang kara sbb bini dia dan skrg abg aku dah buang keluarga masing2..hidup jelah ko dgn anak2 ko yg licik tapi bodoh tu..

Kali ni aku kalah dlm menang..maknanya 50%kalah 50%menang..kalah sbb dia masih tak mengaku kat mak bapak dia dan mak bapak dia masih percayakan dia. Menang sbb aku dapat buktikan mmg dia yg curi..pada dia..dia menanglah sbb aku dah tarik balik laporan dlm keadaan dia masih tak mengaku perbuatan dia yg mencuri hp datuk tu.

Perlu aku ingatkan kat sini..bukan mencuri tu yg aku pentingkan..bukan duit tapi sikap budak tu yg kurang ajar sgt dan mmg berani buat tanpa rasa bersalah sbb dia pandai berlakon..aku hanya nak buktikan mmg dia yg curi dan mak bapak dia percaya tapi sampai skrg masih jugak mak bapak dia percaya pada kata2 dia dan bukan pada bukti yg aku tunjukan..mak bapak jenis ape ni pun tak taulah..

Mmg mati akal dibuatnya sbb dgn polis pun dia boleh putar belit..rasa nak pakai mesin kesan bohong je kat dia..supaya mak bapak dia leh tau hal sebenar..tapi dlm hal ni mmg susah nak bukak mata mak bapak dia yg sentiasa tertutup dgn sikap anak dia yg sentiasa berpura2..

Kat dunia ni ko lepaslah..akhirat masih ada...kalau panjang umur kat dunia jugak Allah akan tunjukkan..kalau tak kene tangkap polis skrg..akan datang masa depan ko tetap jugak hancur..ah..lantaklah..malas nak pk lagi sbb dah takde kene mengena dgn aku..

5 bunga tulip:

SYANI berkata...

orang macam nipun ade?? Macam-macam..Sabo je lah

julietchun berkata...

moga dia akan insaf satu hari nanti

Lynda berkata...

kat sana jawap la sendiri

beby_amoy berkata...

sbr j la busu..kalau org jd busukn,org fowardkn msg2 kt pakwe2 die tu.br tau cmne..apa nk jd tah..org pn xngaku bapak sedara la cm2..malu je..bkti dh trang2 nk tipu2 lg..sm2 la kita doakn agar dia dpt blasn yg setimpal...da mencuri hp nenek atok sndri pastu menipu lak 2..

Tanpa Nama berkata...

Err... kak tie baca pun jadi sakit hati..

Toksah fikir lagi la Nrina.. Nanti naik pulak darah tu, hehe..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster