Sabtu, 17 Julai 2010

Kusutnya kepala aku..

Fuhh!! hari yg sama besday zarfan tu...byk betul perkara yg terjadi.

Memula g rumah mak dan baba aku tu...diorg suruh beli brg keperluan dapur dan keluarkan duit pencen baba.

Bila dah beli semua brg..aku baliklah tapi terlupa plak nak kuarkan duit baba tu aduhh!!! kad hilang plak. Ntah mana aku letak..lepas hampir sejam aku gelabah cari sana cari sini..dah nak tepon bsn tu suruh stopkan aktiviti kad tapi ntah tetibe aku teringat mungkin aku terletak dlm beg besar masa tgh makan ubat..mmg betulpun..dah rugi 1 jam kat situ je.

Balik ke rumah dah maghrib..sampai ke depan rumah masing2 buat muke bersalah..rupanya mak jatuh kat tangga tergolek2...dan rupanya jugak dlm masa yg sama..nenek aku meninggal dunia. Ntah keteguran ke apa mak aku tu sampai jatuh sebelum ni tak penah lak jatuh masa nak naik tangga tu..kalau turun tu biasalah.

Besoknya kebumikan jenazah tu...dah ler habis satu hari tu berkumpul keluarga kitorg kat rumah mak aku..mcm kenduri plak aku rasa sbb kebanyakkan ada.

So hari ni plak...lain plak ceritanya.

Aku ni ahhhhh...menyesal pegi rumah jiran yg katanya marahkan Sita tu. Niat aku pegi pun nak tau perkara sebenar dan terangkan pada dia keadaan sebenar keluarga aku. Tapi lain lak jadinya...

Daripada diorg elok2 je dgn keluarga aku..dah dia terasa hati dgn kehadiran aku. Katanya lepas ni byk lagilah kaum kerabat keluarga aku datang marahkan dia plak sedangkan niat dia hanya utk membantu.

Yelah cerita sebenarnya dia tegurkan sita tu kenapa tak ikut mak aku masa mak aku tu nak larikan diri. Sanggup suruh baba aku pegi ikut mak aku sedangkan masa tu dia tgh makan..tangan pun tak basuh lagi.

Mmg tak salah pun dia tegur tapi cara dia tu mcm tak sesuailah..dah ler dia tu nampak kasar orgnya..cakap pun mmg kahau ler..walaupun dia tegur tapi nampak mcm marah..lagipun kitorg yg bayar gaji ni pun tak pernah nak marahkan sita..dia tu pehal plak nak tegur..

Macamlah dia sorang je yg penah tolong hantar mak aku balik rumah..org lain pun tolong jugak hantarkan mak aku bila dia lari dari rumah pastu tak larat nak balik sendiri tapi tak ler plak dia nak marah2...marahkanlah mak yg degil tu..

Susahlah nak fahamkan org yg mmg tak faham keadaan keluarga aku ni...sape2 pun boleh kata faham tapi bila berada dlm keluarga aku je yg akan betul2 faham dan mengerti apa sebenarnya yg berlaku..

Mudah jadi org luar yg menghakimi tindakan kitorg..sampai satu tahap mmg kitorg terpaksa biarkan je apa yg mak nak buat asalkan dia puas hati. Itu yg sampai melibatkan campur tangan org luar utk pujuk mak..sbb adakala dia dah tak nak dengar cakap dgn sape2 dlm keluarga dia..

Aku tak rasa benda ni berakhir dgn aman...ntah ape yg jadi lepas ni..dia dah benci kat sita..tetibe je plak padahal sebelum ni baik. Aduhh!! itu yg aku menyesal tu. Tapi katanya takde org gaji mcm sita tu pun takpe..takpelah..nanti bila sita tu dah takde..mak aku asyik melangok je kat rumah dia..jgn dia mengamuk lak nanti haa...

1 bunga tulip:

kayteeze berkata...

Salam Nrina,

Kak tie selalu datang sini tapi tak tinggalkan komen pun. Kak tie faham situasi Nrina. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Memang kita kena luahkan apa yang terbuku, baru rasa lega kan. Kak tie dulu kerap buat begitu kerana stress sangat. Tapi, kekadang orang salah faham, anggap kita suka mengeluh. Sabor aje laa.. Orang tak rasa penderitaan kita, sebab tu dia fikir dia hebat dan pandai.

Nrina anggaplah keadaan Nrina sekarang ni sebagai simpang-simpang jalan yang Nrina lalui. Sampai ke penghujung jalan nanti, Nrina akan rasa, "wah... aku seorang yang cukup bertuah kerana dapat merasa pengalaman berharga ini."

Salam ikhlas dari Kak Tie.

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster