Isnin, 31 Mei 2010

Selesailah kot..

Petang tadi aku dapat panggilan daripada kawan lama.

Kawan lama yg sama keje dgn aku dulu..skrg dia nak terima tawaran keje yg bos aku tawarkan pada aku dulu. Perkara tu mmg aku dah agak.

So dia telefon utk tanya pendapat aku. Ok je aku kata. Sekurang2nya dia dapat merasa ape keje yg aku lakukan dulu cuma aku rasa aku mcm tak sanggup nak buat keje tu semula...bila dikenang2 fuhhh!!!...takutlah hehe..

Aku ucapkan good luck pada dia. Dia kata aku ni sindir dia ke hehehe...tak lah..ikhlas ape..mmg aku doakan dia jadi pekerja yg lebih bagus daripada aku. Aku yakin dia mampu...sekurang2nya dia lebih garang daripada aku..itu satu kelebihan yg amat berguna utk dia mempertahankan diri dia daripada dibuli macam aku dulu.

Hari tu suami aku ada bitau...HR Manager call dia dari KL. Beritahu tentang tawaran bekerja utk aku. Mungkin diorg anggap suami tak benarkan jadi dia call ler suami aku utk pastikan keputusan aku tu hehe. Jawapan dia tetap sama..apa yg dia cakap..itu jugaklah aku akan cakap. Walaupun diorg takdepun tanya aku secara rasmi..takat main risik2 camtu je..rupanya mmg serius ye..aku ingat memain je diorg offer tu hehe..

Hmmm...pagi tadi Sita bg sms. Dia kata nak balik. Bila kata nak balik tu maknanya dia tak nak keje kat rumah tu lagi. Aduhai..aku dah risau dah...Ni semua pasal baba marah dia. Tak pasal2 nak melenting disebabkan Sita tu ajak makan sama..hishh...dia leh kata lak Sita tu duduk menumpang je kat rumah tu..nak balik tu baliklah tak payah datang lagi..sabau jelah..tak taulah aku apa punca dia hilang kawalan diri sampai cakap camtu. Tapi nasib baik tengahari tadi baba pujuk Sita tu balik. Kalau tak..satu hal lagi pulak nak kene pk bila Sita tu takde keje kat rumah tu lagi...

Ok..itu jelah celoteh aku hari ni..

0 bunga tulip:

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster