Khamis, 30 April 2009

Nak balik yeehaaa...

Nak balik esok..yaahuuuu...


Tak tertahan rasa badan ni menanggung segala mengidam yg tak berkesudahan. Kat kepala aku ni asyik pk nak makan apa kat malaysia..lepas satu kedai ke satu kedai aku nak senaraikan dan tak lupa jugak aku nak g pasau beli ikan parang, tenggiri dan udang besar2 nak goreng dan buat sambal tumis..kerang jugak huhu..sotong haha..dan kuih yg aku nak makan hihi..

Untuk 2-3 hari ni aku rasa tak larat nak bangun..terhuyung-hayang badan aku. Mcm lantai ni lembut sgt rasanya..

Tadi aku rasa sakit mcm nak bersalin masa buang air..bukanlah pasal susah sgt tp ntahlah tetibe je nak sakit mcm tu..seksa sgt..bila kenang balik rasa takut je..

Dah lama blog aku tergendala camtu je pasal aku tak larat langsung nak ngadap komputer ni..tengok komputer pun rasa nak muntah..hmm..

Sebenarnya kitorg dah kehabisan duit kat sini..maklumlah makan asyik kat luar je..duit tetiap hari mengalir mcm air paip hihi...

Harap2 hubby dapat selesaikan masalah tu secepat mungkin..kat sini takde Maybank..payah sikit..plak tu hubby penah cakap kalau guna maps kat sini kene tolak RM15...giler kan..baik takyah..

Aku tepon baba aku semalam..katanya dia masuk hospital. Kene potong ibu jari kaki dia pasal dah bernanah. Dia ada kencing manis so takut merebak lebih teruk. Kesian baba..

Tapi itu kesan daripada kecuaian diri dan kemalasan nak makan ubat. Harap dia sedar dan ubah cara hidup dia lepas ni..

Tak sabar rasanya nak tunggu esok. Aku akan naik kapal terbang tengahari dlm kul 1pm camtu..doakan aku sekeluarga selamat pulang ke tanah air yg tercinta ye hihi...

3 bunga tulip:

kayteeze berkata...

Naik kapalterbang ??

Ingat nak naik tongkang tadi, kak tie dah siap sedia nak tunggu kat jeti tu, ekekekekeee....

Selamat berangkat dan selamat kembali ke Malaysia.. Jangan pulak uwek kat dlm kapal tu...kihkih..!!

Lynda berkata...

selamat pulang...

Rantong berkata...

Salam ziarah. Mungkin ini dapat membantu kita diwaktu gawat sekarang.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster