Cakap je sabar tapi dlm hati tak sabar nak tengok baby ni keluar..
Tapi takut gak bila pk masa nak melahirkan tu huhu..kalau dikenang balik mmg tak sanggup tapi itulah kelebihan seorang wanita...
Ahad, 25 Oktober 2009
Sabar Menunggu..
hasil semaian ♥nrina♥ di 12:10:00 PTG 3 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Sabtu, 24 Oktober 2009
Nak ni...

Aku dah ada dah benda ni..masa beli dulu RM44 je. Cuma kualiti kurenglah..
Tapi skrg dah takde jual lagi yg murah dan kalau aku jumpe pun harga dah ratus2..
Hari tu jumpe kat Jaya Jusco tapi RM189..mahal giler..aku nak tunggu offer ler konon baru nak beli..tapi bila tengok balik dah takde huhu..sedih..
Jenama Hotata..tapi rupenye brg tu produk Indonesia..tapi takkanlah suami aku nak angkut benda tu pulang..lagipun kos penghantaran ntah bape ..same je beli kat Malaysia..lagipun ntah dia jumpe ke tak benda tu..mungkin kat Jakarta..
Agaknye kat mana lagi ye nak cari benda ni tapi murahlah sikit hehe..
Sbb2 aku suke..leh jemur bantal..jemur byk sekaligus tak ler kene ikut giliran bantal2 yg sedia byk kat rumah aku ni..hilang sikit bau yg pelbagai bau tu hehe.. (zarfan byk berpeluh kat kepala termasuk aku hehe)
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:21:00 PG 1 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Jumaat, 23 Oktober 2009
Pesona Lady


Hari tu aku ada g Maybank..suami aku dah pesan suruh amik Insuran Pesona Lady tu.
Aku hampir terlupe sbb mmg terlupe hehe..dah teringat tu g jelah.
Pegawai kat sana pun terangkanlah ape yg patut tapi mmg baguslah. Dia bitau..kalau kita terpotong jari masa buat keje kat dapur sekalipun..dan bila g klinik utk ubat ke ape ke..nanti insuran ni akan bagi RM100 utk cover balik duit yg kita bayar kat klinik tu.
Lagi satu..kes ragut. Kalau diragut walau dimana pun..kat depan mesin ATM sekali pun akan diberikan pampasan..dgn syarat ada laporan polis dan mengikut prosedur biasalah.
Kalau dapat anak kembar..dapat RM1000 huhu..sape nak bagi ek hehe..tapi anak aku sorang jelah dlm perut ni..kalau kembar rasanya aku dah tak nampak kaki sendiri bila berjalan hehe..
Kene dera dgn suami pun akan dapat jugak..insyaallah aku tak kene dera pukullah cuma kene dera berjauhan je hehe..terdera ape perasaan aku ni..
Jadi pada wanita yg berumur antara 18-40 RM22 kalau 41-60 RM40 setiap bulan. Oklah tukan. Keselamatan kita terjamin selagi kita bayar. Tapi sekiranya 3 bulan berturut2 tak bayar insuran ni maka terbatal dan kene buat semula..
Kalau korang ade sebarang pertanyaan..jgn tanya aku..tanyalah Maybank yg berdekatan..
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:38:00 PG 1 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Khamis, 22 Oktober 2009
Primax 95

Introducing PETRONAS PRIMAX 95*, our new fuel that promises a rewarding driving experience. PETRONAS PRIMAX 95 is developed to satisfy the demand for better fuel economy and efficiency. So, whether it’s stop-and-go city driving or more exhilarating dashes up and down highways, PETRONAS PRIMAX 95 won’t disappoint.
PETRONAS PRIMAX 95 has been formulated with advanced additives for greater performance. A Friction Modifier protects engine components, while a Combustion Improver enhances overall engine efficiency. Detergents are also added to the fuel to clean and prevent the build-up of deposits that degrade engine performance. PETRONAS PRIMAX 95 is also friendlier to the environment, as it meets Euro 2-M Petrol Standards.
Now PETRONAS Primax 95 is available nationwide.
Memperkenalkan PETRONAS PRIMAX 95, petrol terbaru yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang cukup bermakna apabila menggunakannya. PETRONAS PRIMAX 95 direka untuk memberikan kepuasan bagi penjimatan petrol dan prestasi yang efisien. Jadi, sama ada anda memandu dalam kesibukan bandar atau lebuhraya, PETRONAS PRIMAX 95 tidak akan mengecewakan anda.
Prestasi Enjin yang Optimum
PETRONAS PRIMAX 95 telah dirumus dengan bahan tambahan termaju untuk memberikan prestasi yang lebih baik. Bahan pengurang geseran (Friction Modifier) berfungsi melindungi komponen enjin, sementara bahan peningkatan pembakaran (Combustion Improver) bertindak meningkatkan lagi prestasi enjin secara keseluruhan. Malah ‘bahan cuci’ juga ditambah di dalam petrol untuk membersih dan mencegah daripada terbentuknya mendapan yang boleh menjejaskan prestasi enjin. PETRONAS PRIMAX 95 telah menepati piawaian petrol Euro 2-M, menjadikannya bahan bakar yang bersih dan lebih mesra terhadap pengguna dan alam sekitar.
Beralih kepada Petrol RON 95Q. Apakah itu RON?
A. RON adalah singkatan untuk “Research Octane Number”. Iaitu kadar menyukat ketahanan terhadap kualiti “ketukan” atau rintangan untuk pra-nyalaan atau ledakan yang berlaku dalam kebuk pembakaran.
Q. Apakah itu “Ketukan enjin”?
A. “Ketukan” adalah pembakaran luar biasa yang berlaku apabila petrol terbakar secara tidak matang sebelum pencucuhan. Ketukan yang berpanjangan dan berat akan merosakkan enjin. Ia juga menunjukkan keperluan untuk petrol beroktana tinggi.
Q. Adakah RON 95 sesuai untuk kereta saya?
A. Kebanyakan kenderaan berpetrol boleh menggunakan petrol RON 95. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda merujuk kepada manual kereta anda atau melihat di belakang penutup tangki petrol anda untuk tahap oktana yang disarankan. Anda juga boleh memeriksanya dengan pengeluar kereta anda atau pengedar kenderaan yang sah.
Q. Apakah RON minimum untuk kereta saya?
A. Pengeluar kenderaan anda perlu memastikan tahap oktana minimum yang disarankan. Maklumat ini biasanya terdapat di dalam manual kereta anda atau di belakang penutup tangki petrol kereta anda.
Q. Bolehkah saya mencampurkan petrol beroktana yang berlainan gred?
A. Boleh. Namun begitu, anda perlu memastikan sama ada petrol tersebut memenuhi atau melebihi RON minimum yang diperlukan oleh enjin kereta anda.
Q. Adakah petrol beroktana tinggi meningkatkan prestasi kereta saya?
A. Jika anda telah menggunakan petrol beroktana yang disarankan, kuasa kereta anda tidak akan meningkat hasil penggunaan petrol beroktana tinggi.
Q. Adakah petrol beroktana rendah meningkatkan penghausan enjin?
A. Tidak, jika petrol beroktana yang digunakan bersesuaian dengan enjin.
Q. Apakah yang membezakan petrol PETRONAS PRIMAX 95 dengan PETRONAS PRIMAX 3?
A. PETRONAS PRIMAX 3 adalah gred premium bagi gasolin tanpa plumbum yang mempunyai kadar oktana 97. PETRONAS PRIMAX 95 baru kami membawa RON 95 sebagai pilihan petrol yang memenuhi kehendak penjimatan dan kecekapan petrol.
Aku tak tahulah sejauh mana kebenaran yg diberitahu..
Yang aku tahu..sejak aku gunekan minyak ni..makin kerap aku kene tuang minyak. Kalau dulu seminggu lebih RM50 aku kene tuang tapi skrg tak sampai seminggu aku terpaksa tuang minyak..
Rasanye penggunaan yg sama je. Dulu lagi teruk pasal mak masuk hospitallah..kene kerap keluar hantar baba cuci kaki setiap hari..tapi skrg ni tak ler camtu. Cuma ulang alik ke rumah dia je dan sekali sekala g hospital utk temujanji.
Apa pendapat korang..terasa tak pasal minyak ni cepat membakar..dan cepat habis..
Tensionlah pasal sebulan kene habiskan RM200++ hanya utk minyak kete je. Aku ni dah ler tak bekerja..aduhh..parah sungguh..habis elaun aku bulan ni..kering kontang dibuatnye..dah sampai tahap negatif dah..
Aku ni mmg tak teror sgt pasal minyak pebenda ni. Suami aku cakap gune RON97 tapi kat Petronas takde minyak RON97 pun..yg ada Primax3 dan Dynamic Diesel itu je. Tak tau ler plak kalau Shell atau stesen minyak lain ade gune. Yg aku tau..minyak tu yg paling murah RM1.8 per liter dan tak tau ler kalau minyak tu tak sesuai dgn kete Wira Aeroback aku yg manja tu hehe..kuat telan minyak cam aku jugak..kuat telan duit belanja hehe..
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:50:00 PG 3 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Rabu, 21 Oktober 2009
Jam Ben 10





Sebenarnya aku ada belikan utk harijadi Zikry bulan 11 nanti tapi tetibe aku tengok RM10 je plak jam tu kat kedai luar kat Mydin. Yg hari tu aku beli RM15.90..itupun kira murahlah pasal biasa aku tengok harga RM19.90
Takpelah..Zikry hairan mama dia penah beli tapi tak penah kasi pakai..yg ni pakailah...kalau jahanam pun yg ni, ada lagi satu utk bagi hadiah hari jadi dia nanti hehe..
Mama terpaksa pilih hadiah yg murah2 je..kalau nak yg mahal mintak kat ayah jelah hihi..
Yg aku happy..Zikry dah pandai tengok jam tu..takdelah dia main lampu je. Aku tanyalah kul bape?..nanti dia akan bitau dgn melihat angka digital tu dlm bahasa inggeris sbb dia tak pandai sebut nombor dlm bahasa melayu..sabo jelah..alhamdulillah dia makin pandai..
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:42:00 PG 1 bunga tulip
Label: Zikry
Selasa, 20 Oktober 2009
Baru hehe..


Cepat aje aku membelinye..
Kekok sungguh rasa tanpa ada bekas air panas ni hehe..
Saje pilih warna yg ni..tak ler mudah nampak kotor..harga RM129.90
hasil semaian ♥nrina♥ di 8:35:00 PG 5 bunga tulip
Label: Cerita Aku
Isnin, 19 Oktober 2009
Buat Laporan Polis
Hari ni..gigi palsu mak dah siap..lawa sikit tengok muka dia dgn gigi baru hehe..
Lepas tu aku rasa masa ada byk dan aku teringatlah nak buat report polis tentang hal ejen yg masih tak hantar pembantu rumah tu dan si inur yg dah curi semua barang kemas mak.
Dari kul 6pm lebih sampai kul 7pm lebih baru siap. Lama tu sbb org datang silih berganti buat report..aku tetap jugak kat situ tak siap2 lagi..
Bila dah siap..larr..aku ingatkan ape..rupenya dia susah nak karang ayat. Dah sah BM dapat cukup makan je ni hehe..Kalau aku tau lagi awal..dah lama aku karangkan utk dia. Tak ler dia pening kepala macam pk masalah menteri nak reka ayat dlm laporan aku tu. Dah ler bahasa lintang pukang..perkataan pun tak betul ejaan..tapi aku biarkan jelah sbb ada yg salah eja je..takut aku tegur dia kecik ati lak hehe..Janji boleh faham dah ler..bukan nak masuk peksepun hehe..
Dia kata dia akan serahkan laporan aku pada pegawai penyiasat. Oklah tapi tak ler dia bitau bila dan aku anggap dia akan datang ke rumah baba dan mak esok hari.
Rupenya malam ni jugak. Aku dah ler baru balik..baru nak luruskan pinggang. Zarfan pun dah tido. Tetibe dia kata on the way ke rumah mak aku tu. Aduh..dah ler jauh nak datang dari rumah aku ni. Sabo jelah..
Nak tak nak..aku yg buat laporan jadi aku jugaklah yg kene datang. Terpaksa jugak..
Selesai keterangan yg dia ambil..dia cadangkan aku bertanya kat pejabat peguam kalau nak ganti rugi. Aduh..susahlah..belum tentu dapat duit kalau pakai peguam saman ejen tu. Duit peguam ntah ke mana..ganti rugi dari ejen ntah dapat ke tak...
Mmg takde kesudahannye pun..buat laporan polispun takat nak menyedapkan hati jelah. Yg hilang tetap hilang..org gaji tak muncul2 jugak..
Letih dah aku ni..esok ada temujanji dgn klinik mengandung..kali ni kene injit kancing gigi plak..aduh sakitnye..
hasil semaian ♥nrina♥ di 10:58:00 PTG 2 bunga tulip
Label: Cerita Aku



