Ahad, 25 Julai 2010

Tak terurus..

Terlalu sibuk..

Sejak baba masuk hospital, aku perlu lebih bekerja keras dari biasa...takde nak rehat2..

Setiap hari perlu keluar utk bawa mak ke hospital jumpa baba walaupun sebenarnya aku rasa tak perlu sgt tapi disebabkan mak aku tu 'camtu' maka terpaksalah ikutkan kehendak dia supaya dia 'tak buat hal' lagi. Tapi tak selesaikan masalah apa pun sbb dia tetap buat hal jugak sbb marahkan baba tak keluar2 hospital pulak. Dia bukan kisahpun masalah org lain. Dia hanya tau nak layan dia 24jam. Macamlah aku ni takde suami dan anak2 yg nak kene jaga jugak.

Nak diceritakan keluhan demi keluhan...malas dah sbb tetap camtu gak keadaannya. Takkan berubahpun.

Sebenarnya byk sgt benda yg aku nak ceritakan. Bermula dari besday zarfan yg lum habis cerita lagi. Zahran yg semakin pandai dan lasak, Zikry yg tercabut gigi,Sita yg nak balik. Kene amik masa nak ngadap komputer ni sehari suntuk plak.

Hari ni aku baru rasa 'bercuti' sbb dapat tumpukan hal kat rumah sepanjang masa ni tanpa perlu pk nak keluar dan keluar dan keluar...bosannya asyik keluar ni.

Terasa tak tentu arah hidup aku dlm seminggu ni. Keluar awal pun balik lewat, keluar lewatpun lagi balik lewat...apa nak jadi ler kehidupan aku yg makin tak terurus ni.

Isnin, 19 Julai 2010

Baba masuk hospital lagi

Baba aku masuk hospital..

Sebenarnya baru je Jumaat lepas tu bawa dia pegi Poliklinik Ayer Keroh sbb kaki dia bengkak mcm sembab dgn dia sesak nafas.

Tapi biasanya buat ujian tu ini begitu begini naik tangga turun tangga x-ray pebenda..tapi camtu jelah. Amik ubat terus balik.

Malam tu dia kene lagi sesak nafas so abang aku terus call ambulans. Masuk ler hospital dlm kul 3 pagi gitu.

Aku jaga pagi ler dlm kul 8am aku datang sampai petang..baby tinggal dgn Sita dan yg lain ayah dia jaga kat rumah.

Alhamdulillah nampak ok je..cuma perlu pemantauan dan ujian. Itu yg kejap2 amik darah tu..lebam lagilah tangan baba aku tu asyik kene cucuk jarum je tapi itulah hadiah yg diterima apabila tak nak makan ubat dan jaga pemakanan..terutama minum air sejuk je setiap masa..

Nasib baik ler ada kat situ. Setiap kali doktor dtg ntah mcm2 soklan kene jawab. Baba aku masa duduk pun nak tertido..so nasib baik ler ada aku yg mcm mesin jawab soklan ni..kengkadang bosan jugak soklan sama je nak ulang..dgn satu hal nak terangkan sbb doktor tu tak paham bahasa melayu..dah ler inggeris aku asyik terpelecuk je hehe..

Baba aku masuk CCU tapi kuar ke wad biasa dah semalam sbb tak kritikal tapi masih lagi dlm pemantauan..

Petang g kenduri rumah busu aku..kenduri arwah nenek tu. 2 hari berturut2 ler pegi...tolong makan jelah hehehe..nak tolong masak mmg tak dapat sbb dah sehari suntuk kat hospital sampai anak kecil pun tak minum susu badan..nasib baik tak byk ragam kata Sita so mudahlah kalau nak tinggalkan bila aku ada hal..tapi kesianlah sbb dia demam..

Dah belikan tiket penerbangan balik Sita tu. RM780. Dari KLIA-Mataram. 24hb ni kul 3pm. Harapnya berjalan lancar dan dia balik ler dgn cepat..itupun kalau dia nak balik huhuhu...

Sabtu, 17 Julai 2010

Kusutnya kepala aku..

Fuhh!! hari yg sama besday zarfan tu...byk betul perkara yg terjadi.

Memula g rumah mak dan baba aku tu...diorg suruh beli brg keperluan dapur dan keluarkan duit pencen baba.

Bila dah beli semua brg..aku baliklah tapi terlupa plak nak kuarkan duit baba tu aduhh!!! kad hilang plak. Ntah mana aku letak..lepas hampir sejam aku gelabah cari sana cari sini..dah nak tepon bsn tu suruh stopkan aktiviti kad tapi ntah tetibe aku teringat mungkin aku terletak dlm beg besar masa tgh makan ubat..mmg betulpun..dah rugi 1 jam kat situ je.

Balik ke rumah dah maghrib..sampai ke depan rumah masing2 buat muke bersalah..rupanya mak jatuh kat tangga tergolek2...dan rupanya jugak dlm masa yg sama..nenek aku meninggal dunia. Ntah keteguran ke apa mak aku tu sampai jatuh sebelum ni tak penah lak jatuh masa nak naik tangga tu..kalau turun tu biasalah.

Besoknya kebumikan jenazah tu...dah ler habis satu hari tu berkumpul keluarga kitorg kat rumah mak aku..mcm kenduri plak aku rasa sbb kebanyakkan ada.

So hari ni plak...lain plak ceritanya.

Aku ni ahhhhh...menyesal pegi rumah jiran yg katanya marahkan Sita tu. Niat aku pegi pun nak tau perkara sebenar dan terangkan pada dia keadaan sebenar keluarga aku. Tapi lain lak jadinya...

Daripada diorg elok2 je dgn keluarga aku..dah dia terasa hati dgn kehadiran aku. Katanya lepas ni byk lagilah kaum kerabat keluarga aku datang marahkan dia plak sedangkan niat dia hanya utk membantu.

Yelah cerita sebenarnya dia tegurkan sita tu kenapa tak ikut mak aku masa mak aku tu nak larikan diri. Sanggup suruh baba aku pegi ikut mak aku sedangkan masa tu dia tgh makan..tangan pun tak basuh lagi.

Mmg tak salah pun dia tegur tapi cara dia tu mcm tak sesuailah..dah ler dia tu nampak kasar orgnya..cakap pun mmg kahau ler..walaupun dia tegur tapi nampak mcm marah..lagipun kitorg yg bayar gaji ni pun tak pernah nak marahkan sita..dia tu pehal plak nak tegur..

Macamlah dia sorang je yg penah tolong hantar mak aku balik rumah..org lain pun tolong jugak hantarkan mak aku bila dia lari dari rumah pastu tak larat nak balik sendiri tapi tak ler plak dia nak marah2...marahkanlah mak yg degil tu..

Susahlah nak fahamkan org yg mmg tak faham keadaan keluarga aku ni...sape2 pun boleh kata faham tapi bila berada dlm keluarga aku je yg akan betul2 faham dan mengerti apa sebenarnya yg berlaku..

Mudah jadi org luar yg menghakimi tindakan kitorg..sampai satu tahap mmg kitorg terpaksa biarkan je apa yg mak nak buat asalkan dia puas hati. Itu yg sampai melibatkan campur tangan org luar utk pujuk mak..sbb adakala dia dah tak nak dengar cakap dgn sape2 dlm keluarga dia..

Aku tak rasa benda ni berakhir dgn aman...ntah ape yg jadi lepas ni..dia dah benci kat sita..tetibe je plak padahal sebelum ni baik. Aduhh!! itu yg aku menyesal tu. Tapi katanya takde org gaji mcm sita tu pun takpe..takpelah..nanti bila sita tu dah takde..mak aku asyik melangok je kat rumah dia..jgn dia mengamuk lak nanti haa...

Rabu, 14 Julai 2010

4 Tahun..Zarfan





Selamat Ulangtahun Kelahiran Aiman Zarfan ke 4.

Kejap je rasanya sbb dia anak yg tengah...hehehe..mmg tak perasan sgt perkembangan diri dia yg semakin membesar tu.

Semoga dia nak pegi sekolah tahun depan dan tak pakai pampes lagi huhuhu...

Jadi anak yg mendengar kata ye sayang...

Selasa, 13 Julai 2010

Perkahwinan Ayu













Sabtu lepas g kenduri kawin anak busu aku. Ayu namanya...mmg ayu sgtkan hehe...
Yang tumpang2 ayu pun ramai jugak hehehe...

Ahad, 11 Julai 2010

Din Beramboi



Ntahlah aku mmg sedih bila teringatkan dia ni. Pasal malam tadi ada cerita mengenai dia kat astro prima tu. Mmg aku menangis bila diorg cerita pasal pemergian dia tu.

Aku mmg suke dia sejak aku sekolah lagi. Lepas je balik sekolah mesti bukak radio THR tu utk dengar celoteh dia. Makan pun sebelah radio..sampai tertido.

Terutama aku tgh moody tu..lagilah nak dengar celoteh dia agar aku tenang..boleh ketawa balik hehe..

Tapi mmg tak sangkalah dia pergi...mmg terkejut sgt. Takdelah lagi aku ketawa bila dengar lawak merepek dia tu..so skrg ni si salleh yaakob tu jelah yg boleh buat aku tersenyum kambing sorang2 masa memandu..ketawa tanpa sebab..terutama masa dia buat suara mak neng yatimah tu hehe..tapi tak samalah dgn din beramboi ni..

Semoga roh dia jugak tenang di sana..al-fatihah!!

Jumaat, 9 Julai 2010

Park Yong Ha




Park Yong Ha

Aku sgt terkejut dapat tahu hal kematian dia. Masalahnya mati bunuh diri plak tu.

Mulanya aku tgk berita..tak faham sgtlah sape dia sebenarnya. Tapi bila dia kata pernah berlakon dlm Winter Sonata so aku ape lagi..terus ler amik tau sape dia.

Punyelah terkejut rupanya yg mati tu tunang kepada U-jinn tu hehe..dlm lakonanlah. Yg buat aku mcm sedih sikitlah pasal aku tgh tgk semula cerita tu.

Yelah..sambil melipat kain baju yg berlambak dan malas nak bergado dgn anak tgk tv jadi aku bukaklah cerita tu..hilang sikit bosan. Tapi mmg lamalah nak abiskan. 20cd huhu..aku baru tgk sampai 13. Rasanya aku mula tgk dulu dari awal tahun ni..tapi sampai skrg tak habis2 lagi hehehehe...xpelah cd aku sendiri..suke ati aku ler nak tgk bape byk kali.

Apapun yg terjadi dah terjadi..semoga roh dia tenang..

Jadi sedih plak bila tgk watak dia yg mmg menyedihkan tu. Tapi takdelah menangis hehehe...cuma kesian je...apsallah dia nak bunuh diri..

Kurus plak dia skrg..masa dia berlakon dlm winter sonata tu nampak cam cubby..aku lebih suke dia masa tu sbb nampak sgtlah cute hehe..

Hatiku

Related Posts with Thumbnails
 
Design by Amanda @ BloggerBuster